.: Menulis dengan makna, membaca mencari manfaat :.

by - 5:18 PM

Alhamdulillah, beberapa hari lalu setelah meletakkan 2 entri terbaru seseorang dengan nama pena ‘sesejuk embun pagi’ telah menegur kelemahan penulisan nahwanNUR. Susah mencari makna dalam tulisan katanya. Namun, saya kurang pasti entri yang mana tetapi saya simpulkan bahawa ia berkaitan kedua-dua entri terbaru saya, Hibernasi dan Muhasabah Diri; dan, Behavior Study suatu cermin diri: Sekadar Cerita.


Dua entri ini saya tulis dalam 1 malam setelah selesai kajian lapangan saya dan saya publish tanpa double-check [berbeza dengan entri sebelumnya yang pasti saya akan kaji sebelum udarakan]. Itu kekurangan pertama yang saya nampak atas setiap kajian. Di sini bukanlah saya mahu mendefense entri sendiri, tidak terniat langsung, cuma saya mahu tolong menyuluh dengan terang apa sebenar yang saya ingin sampaikan ‘makna’ dalam entri-entri tersebut.


Hibernasi dan muhasabah diri, dua perkara yang berbeza namun punya matlamat sama. Beberapa minggu lalu saya menyatakan hasrat untuk berhibernasi dek kerana beberapa tuntutan kerja yang memerlukan lebih perhatian dari saya [maaf, ini mungkin alasan saya cuma]. Dan, atas suatu sebab yang mungkin khilaf saya sendiri, saya pinta masa untuk berhibernasi sambil bermuhasabah sendiri tentang kelemahan-kelemahan. Dan alhamdulillah, rezeki ALLAH swt datangkan pada saya, saya mendapat ‘kerja’ sebagai research assistant untuk kajian lapangan mengenai kajian perwatakan manusia kepada alam bina [behavioral study].


Behavior study suatu cermin diri. Sepanjang melakukan kajian lapangan mengenai perwatakan manusia, maka sewaktu ini saya tersedar diri dan kelemahan dan mencermin sendiri diri saya atas apa yang saya kaji. Melihat kumpulan manusia kota dengan pelbagai perwatakan yang kadangkala menakutkan diri saya dan menggerakkan minda saya untuk mengukur perbuatan saya selama ini. Adakah menakutkan seperti apa yang saya lihat dan kaji? Naudzubillah.


Kehidupan kota bukanlah indah seperti yang selalu di gambarkan. Indah mungkin dalam gambaran kemewahan dan keboleh capaian kepada kejayaan dalam aspek kerjaya dan hiburan, namun, ia merupakan ketakutan bagi saya. Melihat berleluasanya dan bertapa biasanya budaya ‘hedonisme’, couple dan beberapa idealisme barat yang di imani kebanyakan warga, menarik diri saya untuk lebih bersyukur atas beberapa nikmat iman ke atas agamaNYA. Lalu saya terfikir, mungkin saya tidak mampu mempertahankan iman saya kepada ALLAH swt dan ajaran agamaNYA, tanpa adanya bantuan dari Yang Maha Esa itu sendiri. Anugerah dan hidayah ALLAH swt lah yang sebenarnya membimbing kita selama ini untuk kuat berada di atas syariatnya. Pernah jua tersungkur, namun atas hidayahNYA, kita mampu bangkit semula. Dan setiap kejayaan dan nilai baik kehidupan itu pula merupakan anugerah ALLAH swt. Lalu itu melekatkan kembali ingatan saya pada kebenaran lirik lagu nahwanNUR, itu yang bertajuk anugerah dan hidayah.


Namun, untuk mempertahankan iman dan takwa kita, itu semua amat memerlukan diri kita untuk selalu bermuhasabah, bak kata seorang sahabiah ana [ustazah_engineer], jangan optimis biar dalam ketaatan. Dan di samping terus bermuhasabah, perlu juga terus-terusan kita memohon ampun dan bimbingan ILAHI kerana tanpa izin ALLAH juga kita takkan mampu berdiri tegak atas iman dan agamaNYA.



Atas semua ini, melalui behavioral study ini, saya bina kekuatan atas setiap semangat saya yang sering bertiup dan tergugah atas beberapa khilaf yang saya anggap kekalahan iman sendiri dan kelemahan sehingga kadangkala takut untuk bermimpi indah sebagai hambaNYA yang solehah. Kekuatan itu saya bina dengan keyakinan bahawa adanya ALLAH swt sebagai pengatur hidup kita, hanya perlu semangat dan keazaman untuk melakukan yang terbaik sehabis mampu dan melakukannya dengan penuh ikhlas dan bersabar.



Tanamkan dalam khayalmu tentang kejayaan, dan biar ia tertulis dalam hatimu dan pasakkan dalam ingatanmu tentang keikhlasan, biar ia berbekas di dalam jiwamu


Suatu Cerita: Semasa proses kajian lapangan, tentunya saya melalui pelbagai cerita, ceritera ragam manusia yang setiapnya punya nilai dan manfaat jika kita seorang yang mahu berfikir.


Antaranya adalah mengenai bidang alam bina itu sendiri. Tidak semestinya sesiapa yang bukan dari bidang ini tidak mampu mengambil ibrah, namun jika di fahami dari sudut kehidupan, alam bina itu merupakan padang di mana manusia bermain dengannya. Pentas di mana manusia memperagakan kemahiran dan perwatakan mereka.


Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya[683], dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya[684], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir

(Surah Yunus: 24)


Ada banyak perkara tetapi saya sempat highlightkan dua (baik dan buruk) namun saya pasti punya pengajaran untuk di fikirkan. Selebihnya insyaALLAH jika berkesempatan akan saya bincangkan moga ada kesedaran dapat di bina tentang hubungan dan pengaruh alam bina dalam membina perwatakan manusia seterusnya dalam membina tamadun. Samada tamadun itu punya nilai atau jauh menyimpang dari syariatnya. Dan moga punya manfaat dalam pembangunan ummah dan muslimah khasnya.


p/s [nahwanNUR]: Harap penjelasan kali ini berjaya menyuluh serba sedikit isi makna yang saya mahu sampaikan, selebihnya hanya sebuah cerita kepada aktiviti nahwanNUR. Walaubagaimanapun, saya akui kelemahan setiap entri saya dan penulisan, lalu saya amat mengalu-alukan kritikan nasihat, komen atau sewaktu dengannya dan amat-amat menghargai dan berterima kasih atas setiapnya. Jazakallahu khairan jazak. Arigatou kozaimas. Terima kasih daun keladi, nanti-nanti jemput komen lagi :D

You May Also Like

4 komen

  1. salam..

    Alhamdulillah, yg dimaksudkan ketidakfahaman sy mksdkan ialah dri segi penggunaan Istilah perktaan yg mngkin atas kfhaman sy krg dfahami..10q mmberikan penjelasan..dan penyampaian yg berterabur itu dpt dlihat apbila pembca krg fhm apa kta mksdkan..tpi dh ada artikel bru menjelaskannya..bagus..

    Tempeltes kali ni agak suram..indah lgi yg lama bak sesejuk wrna hijau daun keladi muda..

    sekian..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    Sesejuk Embun Pagi Menitis Di Daun Keladi

    aduh panjang nama. Alhamdulillah dah faham ya. Harap punya manfaatnya. Maaf ya, ada certain perkataan tu merupakan bahasa 'alam bina' yang ana tak tahu nak translate. insyaALLAH lepas ni ana akan cuba berikan suatu yang mudah di fahami

    template kali ini ana lebih selesa. Bukan apa, senang di edit warna dan jenis tulisan, jika yang dulu kene adit guna html. itu yang lemah. Lagipun yang ini ana suka sebab belakangnya ada background daun. Apepun, janji HIJAU hehe.

    syukran atas ziarah, nampaknya anda seperti sudah lama mengunjungi blog ana. terima kasih daun keladi. Ada masa jemput datang lagi

    ReplyDelete
  3. Nama yg panjang ttpi org yg sama:-)yer,kdg2 ada jga sy tak fhm penggunaan bhasa2 bombastik bgitu.mungkin bhasa mlyu bru kot.Lbh2 lgi english sastera lgi krg fhm.

    Hijau?erm..mcm kenal wrna tu..tapi dimana ya?abaikan..mungkin wrna pucuk keladi agaknya.

    Sy sebenarnya org baru lgi dalam dunia memblog ni. Kalau salah tlg tunjukkan yer..

    ReplyDelete
  4. Bukanlah bahasa bombastik, bahasa melayu baru, dan jauh sekali bahasa sastera inggeris. cuma itu istilah alam bina dan atas kelemahan diri sendiri ana tak mampu menghuraikan dalam bahasa ibunda kita.

    Apapun, harap ada manfaatnya. Ana pun masih bertatih mengharap redha ilahi dalam dakwah maya ini. Sama-sama kita saling menegur dan memperbetulkan. Lillahita'ala, insyaALLAH biidznillah

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.