Permata Hati Kami
by
nahwanNur
- 10:47 AM
Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.
Shall I compare thee to a summer's day? |
Thou art more lovely and more temperate: |
Rough winds do shake the darling buds of May, |
And summer's lease hath all too short a date: |
Sometime too hot the eye of heaven shines, |
And often is his gold complexion dimm'd; |
And every fair from fair sometime declines, |
By chance or nature's changing course untrimm'd; |
But thy eternal summer shall not fade |
Nor lose possession of that fair thou owest; |
Nor shall Death brag thou wander'st in his shade, |
When in eternal lines to time thou growest: |
So long as men can breathe or eyes can see, |
So long lives this and this gives life to thee. |
Jangan cepat memperkecilkan langsung marah dan menghina pandangan dan perlakuan mereka. Kenapa? Kerana dia bukanlah kita dan kita bukanlah dan kadangkala kita bukan seperti diri kita yang kita mahu dan apa yang DIA mahu.
Penciptaan manusia sememangnya berbeza. Ada kanak-kanak ada dewasa. Ada wanita dan ada lelaki. Pelbagai warna dan rupa. Semua berlainan kelebihan dan kelemahannya. Kefahaman dan pengetahuan berbeza. Jadi, adillah dalam mencari makna fikiran dan pandangan orang lain. Jangan kita terlalu cepat melatah mendengar orang menyatakan sesuatu yang kita senang mahupun yang membuat kita kurang selesa. Kerana kita berbeza, jadi berilah nilaian dari dua sudut berbeza. Seterusnya, carilah kesimpulan, carilah penyelesaian semoga ia membawa kebaikan buat kita dan semua.
Waktu : 9.30pm, 2 Rabiulakhir 1429H, 9 April 08
‘Apelah! Sikit-sikit menangis...’ kata Fahmi. Anak sepupu saya yang baru berada di darjah 5 mengkritik hebat filem di televisyen.
‘Menangislah, sedih...Fahmi pun pernah nangis jugak kan?’ balas saya. Bukan mengkondem tapi cuba memperbetulkan persepsi kanak-kanak sebaya dia, ops, bukan cuba memperbetulkan, tapi memahamkan dia dengan situasi orang lain. Dia senyum memandang saya.
‘Tapikan mak njang, Fami tengok kan orang besar ni suka sangat ikut emosi mengalahkan fikiran.’ Tambahnya sambil berpaling semula ke tv. Itulah fahmi yang saya kenal, kadangkala kata-katanya mengalahkan saya yang dah dewasa.
‘Alah, kalau masalah kecik pun dah sensitif lebih-lebih, camne nak pegi berperang, takpun jadi macam naruto.’ sambungnya lagi.
Aduh, pening saya hendak menilai. Cerita naruto pun jarang tengok habis satu episod, jadi kurang faham. Nak kait 'benda kecil' dengan pergi berperang? Berhempas pulas juga otak saya menyimpulkan. Kanak-kanak, fikiran mereka terlalu jurus, namun ikhlas dan ‘pure’ bagi saya. Kehidupan biasa dan perang mungkin dua perkara besar bagi si dewasa, namun bagi kanak-kanak satu perkara kecil dan satu perkara besar. Yang satu hanya emosi yang satu lagi tindakan yang menunjukkan kekuatan sebenar. Lembik?! Begitukah pandangan mereka pada kita. Iya, mungkin mereka kurang faham kerana belum melalui rencah hidup yang cukup mencabar, namun, sesekali kita harus kecilkan kefahaman dengan cara mereka namun di timbang dengan neraca kedewasaan kita. Jom berfikir dan nilai bersama saya yang masih dalam proses benar-benar memahami kata-kata fahmi dan kanak-kanak lain yang turut sedang menilai kita.
Dah Jatuh, kalau menangis lagi malu...bangun je lah
‘Fami menangis jugak bile ayah marah, diam jelah sebab dah buat salah, mengaku je lah, lepas tu Fami buatla ikut apa yang ayah kate, bukan lari dari rumah..’ tambahnya lagi dengan satu contoh tindakan yang biasa si dewasa lakukan.
Saya diam sejenak. Mungkin ada das tembakan yang terkena diri sendiri. Dewasa di mana dunia kita membesar dengan keadaan sekeliling dan diri sendiri. Sehingga ada yang menafikan hak ibu bapa dan orang lain yang tiada kena mengena untuk masuk campur apatah lagi menegur. Kebanyakkannya begitu, mungkin itu yang mempengaruhi Fahmi dan rakan-rakannya berfikir begitu. Dan kedewasaan itu membuatkan kita kuat memalingkan kesalahan sendiri pada yang lain, dan terlalu lemah untuk mengakui kelemahan sekaligus terus menangis di muka tanah. Susah sangat mendengar kata dek kerana benteng ego yang menggunung dan mendadak dengan keputusan yang jauh dari kotak rasional.
‘Tak semua camtu...’ sambung saya walau jauh di sudut hati saya mengiyakan. Niat di hati hendak mendidik dia berfikiran positif. Mungkin bagi sesetengah orang akan mengatakan contoh diambil terlalu extreme dan hanya segelintir yang melakukan begitu. Namun itu mungkin kita dapat jadikan sebagai contoh untuk berfikir tentang perkara lain dan bertapa teruknya tindakan kita bukan sahaja di mata mereka namun di kalangan golongan emas di atas kita.
‘Ek elleh...dah jatuh lagi mau nangis, biasalah tu!! buat malu je...ape susah bangun je lah...’ kritik Fahmi lagi pada scene drama di tv.
‘Alah kamu ni along, bising!! jatuh menangis sebab sakit. Asyik nak bising je...hee’ angah yang baru darjah 2 tu mula berang.
‘Ye la..nak nangis-nangislah, tapi bangunla sendirik...ni nak lama-lama sampai orang tolong, macam patah je kaki tu...’ bidas Fahmi lagi. Suasana terus diam. Nasib baiklah tak melarat ke pertelingkahan. Angah dah Fahmi kembali melayan cerita drama tersebut.
Walau saya tahu tiada kena mengena dengan kata-katanya di atas, dan hanya mengkritik scene drama tersebut, namun saya jumpa kata kuncinya. Fahmi sendiri menyimpulkan pandangannya tanpa saya susah payah mencari. Namun, harus kita muhasabah dan fikirkan dengan cara kita dan akal waras kedewasaan kita dengan ilmu yang jauh lebih banyak dan luas.
Memang tak sama
Memang tak sama. Fahmi dan rakan seusianya, saya dan sahabat seusia saya. Memang jauh berbeza.
Kita sudah lama dan lebih dahulu hadir; tentunya
Kita lebih berpengalaman; ya
Dan kita lebih tahu; mungkin juga
Kita lebih bijak, hmm; tidak semestinya
Jangan cepat memperkecilkan langsung marah dan menghina pandangan mereka. Kenapa? Kerana dia bukanlah kita dan kita bukanlah dan kadangkala kita bukan seperti diri kita yang kita mahu dan apa yang DIA mahu.
Jadi, adillah dalam mencari makna suara kanak-kanak ini. Jangan kita terlalu cepat melatah mendengar orang menyatakan sesuatu yang kita senang mahupun yang membuat kita kurang selesa. Kerana kita berbeza, jadi berilah nilaian dari dua sudut berbeza, kerana kita mampu sebab kita telah melalui zaman mereka tetapi mereka belum sampai ke usia kita. Seterusnya, carilah kesimpulan, carilah penyelesaian semoga ia membawa kebaikan buat kita dan semua.
Pilihlah...
‘Tidak akan aku biarkan mereka mengatakan diri mereka beriman sedangkan aku tidak mengujinya’-surah al-quran
Dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan, pasti kita mahukan kejayaan. Namum, apakah terlalu mudah melayari kehidupan tanpa perlu di uji? Begitukah keadilan bagi neraca timbangan kita? Seringkali ujian dianggap pembawa derita, dan di anggap sebagai kegagalan dalam hidup. Betulkah itu seindah kehidupan? Hanya di hiasi kegembiraan tanpa ada sedikit pun pahit dan sakit?
Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)~ibnu atthoilah as sakandari~
Sedangkan manusia itu ada akal dan pengutus wasilah kebenaran dari ALLAH swt yang menyatakan kelebihan manusia berbanding makhluknya yang lain. Sesungguhnya telah DIA ciptakan kita sebaik-baik kejadian, untuk kita bina kekuatan diri, dari kegembiraan mahupun kesakitan, kerana kedua-duanya adalah ujian. Ujian buat meneliti ‘mutiara di dalam diri’, yang di namakan IMAN. Mutiara yang mampu berkilau dengan hidayahNYA mahupun malap dan sirna dengan kelemahan kita. Ujian itu juga hakikat perhambaan, memperlihatkan kita si lemah yang angkuh, atau si teguh yang patuh, sang pembekal ke tempat abadi, akhirat yang pasti.
kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)
Pilihlah, menangis kerana menyesali khilaf diri, bangun dengan hakikat ketakwaan padaNYA, atau terus terbaring di tanah gersang yang basah dengan air mata penyesalan dan putus asa.
Walau banyak sekali dikau tersungkur, bangunlah dengan keyakinan kepadaNYA. Teruslah menggilap mutiara iman itu dengan amal soleh dan menifestasi dari hakikat perhambaan kita.
‘Kerana kau terpaku pada bentuk, maka kau tak menyedari makna. Bila kau bijak, ambillah mutiara dari cengkerangnya’~Jalaluddin Rumi
p/s [nahwanNUR]: istimewa buat diri sendiri dan sahabat yang di sayangi. Moga terus tsabat, istiqamah dan menjadi pendamping setia pelayaran hidup ini, insyaALLAH peneman taman syurgawi, biidznillah
‘Ok, malam ni aku belanja...tapi, sambil makan kita main sesuatu boleh?’ beritahu Ani kepada sahabat-sahabatnya.
Malam itu mereka 8 bersahabat keluar makan malam meraikan Ani yang mendapat ganjaran. Makan malam yang juga sebenarnya mungkin makan malam terakhir buat mereka ber 8 yang bakal menamatkan pengajian mereka setelah 4 tahun bersama mengharungi hidup bergelar siswazah.
‘Kita main kotak beracun ye..’ beritahu Ani lagi tentang cadangannya. Yang lain melihat sesama sendiri dan akhirnya bersetuju. Peraturannya cukup mudah, soalan akan ditanya oleh setiap orang mengikut giliran pusingan jam, dan setiapnya wajib menjawab sejujurnya.
Sementara menunggu makanan tiba dan permulaan permainan, setiap orang di beri peluang memberi ucapan ‘perpisahan’ dan merupakan saat yang mengharukan. Setibanya makanan yang dipesan, permainan di mulakan. Setiap orang memilih persoalan masing-masing dan suasana menjawab menjadi riuh dengan gelak ketawa mereka. Sehinggalah tiba giliran Ani yang merupakan orang terakhir memberi soalan ‘beracun’.
‘Okeh, sekarang aku nak, setiap orang beritahu satu je kelebihan setiap orang ikut urutan dan lepas tu kelemahan setiap orang...’ Ani menghadiahkan kami soalan yang betul-betul beracun. Sahabat yang lain terdiam dan berpandangan sesama sendiri.
‘Boleh kan?’ soal Ani mendapatkan kebenaran. Yang lainnya bersetuju dan rupa-rupanya masing-masing tidak sabar mendapat giliran.
‘Errmm, maaf ya. Oleh sebab ni special question dan yang terakhir, apa kata kita rotate giliran, ikut lawan jam pulak?’ cadang Nur di sebelah Ani. Senyum mengharap kerana ada sesuatu yang dia takutkan. Namun, alhamdulillah yang lainnya bersetuju. Jauh di sudut hati Nur, dia tahu Ani yang juga ‘roomate’ nya sudah merancang sedari awal dek kerana kes yang melibatkan diri Ani dan sahabatnya yang lain. Dan dia tahu Ani ikhlas berbuat begitu untuk memperbaiki diri nya.
Sesi menyatakan kelebihan selesai dengan mudahnya. Seterusnya sesi menyatakan kelemahan setiap orang kepada sahabat yang lain agak lambat kerana di susuli dengan pelbagai emosi. Namun sesi itu berjaya menyatakan kelemahan setiap individu dimata setiap sahabat ini, sehinggalah sampai giliran Nur.
Senyum. Sambil melihat setiap sahabatnya yang turut senyum, namun pasti setiapnya terluka mengetahui kelemahan diri di hadapan orang ramai.
‘Aku redha dengan setiap perlakuan kalian...’ ringkas jawapan Nur yang membuat sahabat-sahabatnya berkerut. Nur perasan.
‘Aku...seperti yang aku kata tadi, setiap orang ada kelebihan, jadi setiap orang jugak ada kelemahannya. Jadi, aku redha dengan setiap perangai kalian sahabat aku...itu je.’ Jelas Nur. Tersenyum dan harap sahabatnya memahami. Namun, yang lain terdiam dan memandang sesama sendiri.
'jadi boleh bagitau kami satu je? Macam kamu bagitahu kelebihan kami?’ pinta salah seorang. Nur menggeleng dan tetap senyum.
‘Kenapa?’
‘Ntah...Cuma tak tahu...’
‘Mana mungkin! Mesti ada yang kamu tak puas hati dengan kami?!’ desak seorang lagi yang tidak berpuas hati.
‘Alah sporting la sikit...bagitahu je bukan kami nak marah pun...’ tambah Ani sambil menggoncang tangan Nur. Nur tunduk.
‘Maaf, aku betul-betul tak tahu. Memang aku ada terasa hati dengan setiap orang, pasti ada. Tapi, aku dah maafkan dan lupakan. Sebab, aku redha siapa sahaja sahabat aku...’ terang Nur sambil masih lagi tersenyum, namun matanya merah menahan sebak. Sebak bukan kerana sakit menahan rasa marah atas setiap kelemahan sahabatnya yang membuku di hati, namun sebak dek kerana terasa kebaikan dan keikhlasan sahabatnya selama ini.
‘Ish aku tak percaya...mesti ada sesuatu yang kamu simpan. Malam ni tak payah nak pendam apa-apa lagi, kita semua open ya..’ kata seorang sahabatnya yang cuba meyakinkan Nur supaya tidak ‘takut’. Nur menggeleng.
‘Aku bukan takut. Sungguh! Aku tak mampu nak simpan rasa marah dan sakit hati lama-lama sebab aku tahu aku pun punya kelemahan, satu aku tuding kelemahan kalian, kelak 4 kelemahan aku yang ALLAH swt akan tunjukkan...takpa, jangan risau, aku redha dengan semua orang..’terang Nur takut-takut sahabatnya salah faham.
‘Aku tak suka betul orang hipokrit!’ bentak seorang sahabatnya.
‘Macam ni, apa kata kamu nasihatkan kelemahan kami...’ cadang seorang lagi.
‘InsyaALLAH...nanti kalau kalian buat salah, aku akan tegur, dan kalian tegur aku...’ setuju Nur, masih senyum. Sahabat-sahabatnya masih tidak berpuas hati. Mahu tahu saat itu juga. Namun, nasib menyebelahi Nur kerana kedai makanan segera itu sudah mahu tutup, jadi mereka terpaksa pulang.
‘Apa kelemahan aku Nur...tadi mungkin kamu segan nak cakap takut-takut memalukan kawan depan orang lainkan?’ soal Ani sambil cuba memahami. Ketika itu mereka sudah di bilik. Nur tersenyum.
‘Memangla satu sebab takut memalukan. Tapi, memang sebenarnya aku tak tahu. Sebab aku kawan bukan nak lihat dan simpan kelemahan kawan. Itu tujuan persahabatan. Dan aku tak pernah mengharapkan apa-apa kelebihan pun. Aku redha semuanya. Tapi, tadi tu aku tak marah pun korang cakap pasal aku. Terima kasih ya.’ Terang Nur tenang sambil bersiap untuk tidur. Ani bergerak mematikan lampu.
‘Kamu selalu cakap kamu redha. Tapi takkan tak pernah terasa sedih dan marah dekat kami kot?’ sambung Ani dalam kegelapan.
‘Mestilah ada, kan aku dah kata tadi. Tapi aku takut nak simpan lama. Takut aku sendiri tak boleh nak kawal lagi. Lagipun, siapa lah aku nak pertikaikan kelemahan orang sedangkan aku sendiri ada kelemahan yang mengundang marah orang dan murka ALLAH swt. Aku malu nak ingat lah! Percaya lah Ani, aku redha dengan korang. ‘ Terang Nur lagi. Dia sudah mengagak sejak soalan di kemukakan, pasti ada yang mempertikaikan jawapannya, sejak dahulu lagi.
‘Habis waktu dulu kenapa tak tegur?’ Ani mempertikaikan kembali.
‘Pernah jugak. Ingatkan? Ada yang aku cakap direct, ada yang aku cerita-cerita, ada yang aku bunga-bungakan...’
‘Hmm...oklah. Maaflah kalau aku banyak sakitkan hati kamu. Lainkali tegur lagi ya.’ Jawab Ani. Kali ini dia dah beralih baring di sisi Nur.
‘Dari dulu aku dengar cakap kamu macam tu. Aku rasa kamu hipokrit. Tapi sebenarnya, aku rasa kamu ikhlas sebab dah lama aku jadi roomate kamu. Memang aku masih belum rasa apa kamu rasa, sebab tu aku tak faham dan terus cuba pertikaikan. Tapi aku akan cuba praktikkan dan fahamkan. Kamu tolong aku ya.’ Terang Ani lagi tentang isi hatinya.
‘Ok, insyaALLAH. Sebab aku sayang kalian jadi aku redha. Kita sama-sama tolong ya. Dah jom tidur...’ Jawab Nur. Bersyukur kerana sahabatnya cuba untuk faham dan sama-sama menuju ukhwah yang lebih di redhai ALLAH swt. Kerana kita bina ukhwah ini demi kasihNYA. Senyum (^__~)
Khalas....
Abu Sa’id Al-Khudri adalah orang ke tujuh yang banyak meriwayatkan hadist dari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. Telah meriwayatkan 1.170 hadits. Orang orang pernah memintanya agar mengizinkan mereka menulis hadits hadits yang mereka dengar darinya. Ia menjawab
“ Jangan sekali kali kalian menulisnya dan jangan kalian menjadikan sebagai bacaan, tetapi hapalkan sebagaimana aku menghapalnya”.
Abi Sa’id lebih dikenal dengan nama aslinya adalah Sa’ad bin Malik bin Sinan. Ayahnya Malik bin Sinan syahid dalam peperangan Uhud, Ia seorang Khudri nasabnya bersambung dengan Khudrah bin Auf al-Harits bin al-Khazraj yang terkenal dengan julukan “Abjar”.
Ketika perang Uhud pecah ayahnya (malik) membawanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dan meminta agar anaknya diikutkan dalam peperangan. Pada waktu itu Jabir masih berusia 13 tahun, namun ayahnya menyanjung kekuatan tubuh anaknya:” Dia bertulang besar ya Rasulullah” tetapi, Rasulullah tetap menganggapnya masih kecil dan menyuruh membawanya pulang.
Abu Sa’id al-Khudri adalah salah seorang diantara para sahabat yang melakukan bai’at kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam mereka berikrar tidak akan tergoyahkan oleh cercaan orang dalam memperjuangkan agama Allah Subhanahu wa ta’ala, mereka tergabung dalam kelompok Abu Dzarr al-Ghifari, Sahl bin Sa’ad, Ubaidah bin ash Shamit dan Muhammad bin Muslimah.
Abu Sa’id al-Khudri bersama Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam dalam perang Bani Musthaliq, perang Khandaq dan perang perang sesudahnya, secara keseluruhan ia mengikuti 12 kali peperangan.
Riwayatnya dari para sahabat lain banyak sekali namun sumber yang paling terkenal adalah bapaknya sendiri Malik bin Sinan, saudaranya seibu Qatadah bin an-Nu’man, Abu Bakan, Umar, Utsman, Ali, Abu Musa al-Asy’ari, Zaid bin Tsabit dan Abdullah bin Salam.
Sedangkan orang orang yang meriwayatkan hadits darinya adalah anaknya sendiri Aburahman, istrinya Zainab bin Ka’ab bin Ajrad, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas, Abu Thufail, Nafi’ dan Ikramah.
Abu sa’id membawa putranya Abdurahman ke tanah pemakaman Baqi, dan berpesan agar ia nanti dimakamkan di bagian jauh dari tempat itu. Katanya:
“ Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kelak, kuburkanlah aku disana, Jangan engkau buat tenda untuk, jangan engkau mengiringi Jenazahku dengan membawa api, Jangan engkau tangisi aku dengan meratap-ratap, dan jangan memberitahukan seorangpun tentang diriku”.
Kemudian ia beliau wafat pada tahun 74 H
Disalin dari Biografi Abu Sa’id dalam Tahdzib at Tahdzib 3/49
sumber: ahlulhadith.wordpress
[nahwanNUR] :: Abu sa'id al-khudri merupakan salah seorang periwayat hadith yang saya amat berminat untuk mengkaji tentang latar belakang dan kehidupan beliau. Ini kerana nama ayah saya bersempena nama beliau...Saadul Kurzi. Jadi sesiapa sahabat, pelawat dan rakan blogger yang ada infor tambahan dan ada cadangan buku yang boleh di baca mengenai beliau dan hadith yang di riwayatkan boleh beri tahu saya. Syukran ^__^
Pengalaman dan psikologi kehidupan
Alhamdulillah, minggu ini umur saya telah mencecah 24 tahun mengikut kalendar hijriah. Saya sudah tua. Tua dengan dosa rasanya, aduh. Moga ALLAH swt ampunkan dosa saya.
Sekitar jam 5 pagi hari selasa, saya mendapat panggilan dari yop, abang sulung saya menyatakan isterinya selamat melahirkan bayi ketiga mereka. Alhamdulillah, lahirnya juga permata hati kami sekeluarga, cucu makayah yang ketiga, anak yop yang ketiga dan anak buah saya yang ketiga. Dalam perjalan pulang ke ipoh, saya lihat wajah yop cukup ceria walau baru semalam dia pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti selama hampir sebulan, kerana menjalani pembedahan dan rawatan penyakit batu karangnya. Belum pun hilang lelahnya memandu selama 3 jam dari ipoh ke KL, hari ini tidak sampai 24 jam dia terpaksa kembali ke ipoh dan dengan di temani saya. Ada saya offer diri untuk memandu, namun dia menolak. Nampak warna kulitnya masih pucat kerana rawatan, namun wajahnya cukup ceria. Aduhai, itulah pengorbanan ibu ayah. Tiada tolok bandingnya.
Sampai di rumah sekitar jam 3, solat dan ambil emak untuk sama-sama melawat kakak ipar dihospital. Naim dan iman yang demam panas di jaga oleh ayah di rumah. Permata hati kami yang ke3 lelaki, moga menjadi mujahid Islam, anak soleh penyejuk hati kami. Melihat dia, pelbagai perasaan ada.
Melihat kakak ipar yang lemah setelah melahirkan ditambah keadaan badannya yang sememangnya sedang demam selesema dan batuk sejak sehari sebelum melahirkan si kecil, namun, tetap kelihatan ceria dari sinar matanya. Saya melihat emak yang duduk disisi katil kakak ipar silih berganti, membayangkan emak seperti itu 24 tahun 6 hari(ikut kalendar hijriah) yang lalu ketika melahirkan saya.
‘Kenapa dilah?’ soal kakak ipar saya. Saya tersenyum menyimpan perasaan.
‘Sakit tak? Eheh..’ soal saya walau saya tahu bertapa bodohnya soalan itu. Ah biarlah, sekadar menutup keterharuan di hati. Dia tersenyum sambil memandang ke arah mak. Mak pun senyum.
‘Kawin dulu, lepas tu baru fikir nak soal sakit atau tak bersalin...’ jawab kakak ipar saya dalam senyum. Aduh, kena sebijik! Mak ketawa pulak dia. Rasa nak peluk sangat mak waktu tu, terima kasih mak kerana bawa saya di sini! Terima kasih ya ALLAH kerana benarkan saya hadir di dunia ini.
Balik dari melawat, mula tugas saya menjaga dua orang anak buah, naim dan iman, yang demam panas. Kasihan, sedih tengok budak-budak kesakitan. Emak, ayah dan alang, kerja. Yop pulak sibuk menguruskan hal isteri dan anak baru nya, berulang alik ke hospital, uruskan itu dan ini. Jadi sayalah yang dipertanggungjawabkan menjaga naim dan iman, alhamdulillah, ALLAH berikan saya kesempatan dan ruang untuk skip sebentar dari universiti, kalau tak, kasihan keluarga di sini. Tangan kanan memeluk dan mengelap badan naim dengan air, tangan kiri menghenjut iman di buaian, sorang meracau dan mengigau, sorang lagi merengek dan menangis.
‘Naim nak sekolah universiti....eee’ racau naim sambil menangis. Terkejut saya. Amin..moga ALLAH swt perkenan doa si kecil yang suci ini. Puas mengiyakan si naim, si iman bangun, mencari si abi dan umi. Nasib baiklah tak merengek lagi setelah di beritahu abi ke hospital jemput umi dan baby iman. Kembali berbaring di buaian sambil bercerita yang sukar difahami dek kerana pelbagai genre yang ditampilkan ditambah lagi dengan dialek comelnya. Hanya mengiyakan sehingga mereka berdua lelap. Aduh, pukul lima petang ni ada submission via email kepada supervisors untuk research progress. Saya mulakan kerja di sisi mereka yang lelap sehingga ayah dan alang pulang dari kerja. Dan yop selamat bawak baby dan kakak ipar pulang.
Penat juga, namun banyak yang boleh dipelajari dan diambil iktibar. Baru penat sikit, eheh. Belum terbanding dengan kisah berjuta ragam rencah rasa kehidupan emak dan ayah mendidik 5 anak mereka ni.
‘Ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari..’
Impian membalas citra cinta
Kawan maya: Doktorgigi? Nti doktorgigi ke? Kenapa doktorgigi?
Soalan kerap diterima oleh saya ketika sesi taaruf di ym. Tentu kebanyakannya sahabat maya yang tidak tahu identiti sebenar saya, yang bertanya berdasarkan id ym sahaja. Jauh di depan komputer sini, saya hanya tersenyum. Soalan rutin setiap sesi taaruf.
Doktorgigi04: Eheh...impian dulu-dulu yang tak berjaya dicapai...sekarang dr.gg tak kot, dr. Falsafah mungkin =D
Doktorgigi04: InsyaALLAH....amiinn...
Jawapan saya seperti kebiasaannya.
Bercakap soal cita-cita, pasti mengundang senyuman. Sedari kecil kita telah di didik untuk mempunyai cita-cita, melalui soalan dan semangat. Kita di didik? Ya. Secara psikologinya. Contoh melalui kata-kata dan soalan kebiasaannya di tanya oleh guru-guru.
‘Belajar rajin-rajin ya, dah besar nanti pandai..boleh jadi doktor..’
‘Dah besar nanti cita-cita nak jadi apa?’
Itu semua contoh ayat didikan yang melahirkan kanak-kanak berkeinginan menjadi seseorang.
Tak kurang juga yang mendidik secara reverse psikologi.
‘Kenapa malas ni! Dah besar nak jadi apa hah?! Penyangak?!!’pernah saya terdengar seseorang mengherdik anak nya begini. Aduh, reverse psichology lah kaedah yang paling saya tak gemari sehingga kini. Kurang tertibnya dan silap hari bulan boleh melemahkan lagi seseorang itu. Lagipun, islam sendiri tak menggalakkan kita mengnasihati seseorang dengan kata-kata yang menghiris perasaan.
Teringat cerita sepupu yang pernah tinggal dengan keluarga saya waktu kami adik beradik masih kecil dahulu.
‘Ayah kamu risau sangat dengan kamu..’ Beritahu dia, saya hanya tersenyum sebabnya saya sudah tahu perkara yang paling merisaukan ayah sejak dulu tentang saya.
‘apa cita-cita kamu dilah?’ soal ayah. Kenangan terindah di samping semua ahli keluarga, mak, ayah, yop, angah, alang dan adik, semua masih kecil, saya tadika kalau tak salah. Habis semua ditanya, dan akhir tiba giliran saya menjawab.
‘Nak jadi macam mak..’ beritahu saya ceria dan excited. Tetapi,lain pulak reaksi semua orang..tercengang..mak kerja ape?. Sedangkan waktu itu mak hanya seorang suri rumah tangga dan baby sitter kepada anak-anak jiran tetangga yang keluar bekerja.
‘Nak jadi macam mak lah...suri rumah tangga’ jawab saya sambil tersengih lagi kesukaan memikirkan puas dan bangga semua orang tahu cita-cita saya.
Rupanya cerita tak habis di situ. Kak ijah (sepupu) buka balik cerita lama dan saya seperti biasa cuma senyum..Ya, sememangnya itu cita-cita saya dulu kini dan selamanya. Dan rasanya, ramai sahabiah yang bercita-cita demikian. Cuma yang menghairankan, kenapa mesti ada orang yang hairan dan ada yang tidak boleh menerima.
‘kamu ingat lelaki sekarang boleh harapke? Sekarang taraf hidup tinggi, semua kene guna duit, mampu ke laki kamu nak tanggung? Mungkin bagi kamu niat tu suci, tapi kita mesti tolong suami..’
‘Loh, penat-penat belajar tinggi, tup tup nak dok umah jadi fulltime housewife’
‘Belajar dengan mak pun dah boleh masak, jaga makan pakai suami dengan anak. Tak rasa membazir ke belajar ilmu tinggi tak sumbang pada masyarakat?’
Rakan-rakan saya membidas dan mempersoal. Apapun, itu belum di luaskan skop lagi, persoalan begitu bagi saya hanya jika dipandang suri rumah tangga pada skop yang terhad. Kenapa kita sendiri kaum wanita merendahkan ‘peranan asas’ kita dalam rumah tangga?.
Siapa kata tak mahu tolong suami, siapa kata niat tu suci dan siapa pulak kata lelaki sekarang tak boleh diharap? Yang dicari yang tak boleh diharap buat apa? Apapun, bagi saya anggapan orang, tiada yang betul dan tiada yang salah, kita tak boleh nak ubah. Cuma bagi saya, ada sebabnya setiap impian manusia simpan dalam hati. Setiap impian dan cita-cita tentunya bermatlamat umumnya yang sama, iaitu membalas citra cinta. Citra cinta oleh kedua ibu bapa, membalas jasa mereka, merasakan balasan atas setiap didikan mereka. Begitu juga citra cinta ALLAH swt dan Rasulullah saw, bercita menyanjung kasih NYA, menyambung perjuangan Rasul sebagai tanda kasih pada DIA dan Rasulnya.
Wanita suri rumah tangga
‘Nak jadi macam mak sebab mak tak pernah marah kalau saya nakal, tapi, mak cukup pantang kalau saya jahat.. mak yang mula ajar saya ABC, mak yang mula-mula ajar saya faham malu, mak yang jaga saya dengan adik beradik lain, tak penah mengeluh..mak yang mula-mula suap saya, mak yang selalu senyum kalau ayah balik walau dalam keadaan penat atau marah dek seharian melayan kerenah kami, mak yang ajar saya dan kawan-kawan mengaji..dan dalam mak lah saya mula-mula tinggal’ . Hmm..begitu. Saya tahu bukan mudah ibu-ibu di dunia nak melaksanakan tugas sebagai suri rumah.
‘Pak Cik selalu suruh kak ijah tolong kamu, sebab dia risau sangat bila kamu kate nak jadi macam mak?’ cerita kak ijah lagi. Tak sangka saya ayah begitu risau akan anaknya yang seorang ni. Tetapi saya tahu, ayah risau bukan sebab kerja mak sebagai ‘suri rumah tangga’ tu hina atau rendah martabatnya, cuma, sememangnya dalam banyak adik beradik, saya lah yang punya cita-cita seunik itu, ditambah lagi, pencapaian akademik ketika itu pun seperti menyokong keinginan saya (teruk lah tuh..eheh). Alang yang tua setahun dari saya dan selalu sekolah satu sesi bersama selalu di panggil dengan cikgu kelas saya sebab adik dia ni malas buat keje, kerap tidur dan sebagainya. Aduh, nakalnya waktu kecil dulu.
Memahami peranan suri rumah sebagai tanggungjawab utama wanita dalam rumah tangga sebagai suatu yang bukan mudah dan amat memerlukan ‘ilmu’ yang cukup luas dan implimentasi yang berkesan dari pelbagai sudut. Suri rumah tangga, itulah kerjaya yang paling mulia. Ia bukanlah definisi bagi wanita yang hidup tidak berkerjaya dek kerana rendah tahap ilmunya. Ia juga bukan lah kerjaya yang di klasifikasikan kerjaya bermartabat rendah dan tidak perlu ilmu khas untuk berjaya sebagai suri rumah tangga. Siapa kata begitu sesungguhnya dia lah yang berkelas rendah yang tidak fasih dengan rencah dunia. Berapa ramai suri rumah tangga yang berjaya sebagai ‘suri rumah’ dalam erti kata sebenar? Lihat sahaja intitusi keluarga yang ada sekarang. Lihat sahaja dunia remaja sekarang. Bukan mahu menyalahkan kaum ibu, namun, sedikit sebanyak rasanya pasti disebabkan pentadbiran rumah tangga yang lemah menyebabkan masalah timbul di kalangan anak-anak.
Selain itu, ada juga suri rumah tangga yang bekerja part time. Atau tak kurang yang membuat perniagaan sampingan, free lance atau sebagainya. Cuma apa yang kita perlu faham, setiap kaum ibu itu, tanggungjawab sebagai suri rumah tidak akan terlepas, samaada fulltime mahupun part time, kerana tujuan penciptaan kita bukan sahaja sebagai pengisi kekosongan jiwa lelaki, malah jauh kepada skop sebagai pengurus sesuatu rumah tangga. Kerjaya yang sebenarnya paling memerlukan ketabahan, kesabaran dan stratergi yang berkesan dalam pengurusan. Jadi siapa kata tidak perlu ilmu? Ilmu itulah buat membantu kita mengatur stratergi, walau tak tertulis dan dibukukan atau tiada pengajian secara formal, namun ilmu itu tetap ada dan sama tingginya dengan ilmu ALLAH yang lain.
Sedarlah wahai muslimah sahabiah ku sekalian. Jangan terlalu sibuk melihat hak kesamaan taraf dan peluang setanding lelaki sedangkan tanggungjawab utama ini tidak dapat terlaksana. Sedangkan tanggungjawab inilah yang menyempurnakan taraf kita di akhirat kelak. Jangan terlalu meletakkan tanggungjawab ini terlalu rendah di sisi kalian sedangkan ia tinggi dan cukup mulia di sisi ALLAH swt. Berkerjaya lah apa sahaja namun jangan lupa ‘kerjaya asas dan kekal’ kita ini. Kutiplah ilmu setinggi mana sekalipun namun jangan di lupakan ‘ilmu’ terpenting ini.