.: Sexual harassment: Muslimah, Hormatilah Dirimu dengan Ketegasan :.

by - 10:05 AM

Geram! Saya mengetap bibir sesekali mendengar cerita-cerita yang di ketengahkan oleh hos rancangan The Breakfast Show: Worth working up for [cayalah, hehe] minggu lepas. Membincangkan tentang sexual harassment ke atas wanita, dengan mengetengahkan kes ke atas kaum wanita di India yang bekerja sebagai buruh. Kes penindasan buruh wanita dan kanak-kanak di India sudah berlaku berkurun lama namun tindakan hanya di ambil apabila dunia mula prihatin beberapa tahun kebelakangan ini akan nasib mereka yang tidak terbela oleh Negara sendiri. Malah kes wanita di India jauh lebih teruk sehingga kewanitaan mereka di ragut namun tiada siapa berani bersuara dek kerana fahaman kasta yang masih menebal di sana [tidak lama dahulu, walau sekarang masih ada sedikit].


Itu di India, di Malaysia?! Sungguh saya rasa tiada beza. Sexual harassment saya sudah dengar semenjak kecil, namun saya tidak fahami bentuk dan gaya gangguan yang dimaksudkan sehinggalah saya berada di sekolah teknik, sewaktu di tingkatan 4, saya cuba di tindas dan melihat sahabat muslimah saya di tindas. Mengimbau memori zaman sekolah terlalu indah bagi saya, namun menghidupkan kisah sexual harassment membuat saya geram dengan segelintir lelaki. Gangguan berlaku seawal bulan pertama kami di sekolah. Bayangkan, sedang bergelumang dengan ketakutan kerana pertama kali menetap di asrama, menyulam rindu dengan keluarga dengan tangisan sendirian, tiba-tiba terkejut dengan sexual harassment oleh orang yang kami mahu percayai sebagai bapa sementelah bapa betul kami berada jauh. Seorang yang layak kami hargai sebagai murabbi kami, tiba-tiba berkelakuan kurang hormat pada kami.


Awalnya saya bukan lah orang terpilih sebagai mangsa nya [mungkin saya bukan lah seindah mana, apapun, syukur alhamdulillah], yang saya cuma dengar jeritan-jeritan kecil dan tangisan selepas kelas mengadu masalah. Saya tekad, dia harus saya beri amaran pada masa yang sesuai. Sehingga suatu hari, dia menghampiri meja saya [dalam keadaan sambil menerangkan pelajaran kepada kami] dan cuba mencabul [malu tambah geram], tangkas saya menepis seakan mahu bersilat sambil bangun. ‘Apa cikgu ni?!’ tingkah saya, agak keras [rasanya]. Dia terkejut namun tersengih. Diam dan berlalu ke meja sambil meneruskan penerangan tentang pelajaran. Saya tak tahu jika ada yang memandang kerana malu untuk berpaling ke mana-mana. Selesai kelas, semua diam tidak seperti biasa, yang ada cuma suara berbisik. Agaknya terkejut. Saya malu yang amat, namun buat seperti tiada apa-apa. Sejak hari itu dia selalu tersengih setiap kali memandang saya. Gile! Bentak hati saya. [Geram ya amat]. Namun saya tidak sampai hati memperlihatkan wajah dendam pada dia memandangkan terlalu banyak ilmu yang dia sampaikan pada saya. Namun, setiap kali dia mahu melakukan sexual harassment kepada kawan-kawan, jika saya perasan, saya akan menjelingnya dan membuat seperti muka ‘harimau yang kelaparan memandang mangsanya’. Dan, alhamdulillah kadangkala dia tidak jadi bertindak dan hanya berlalu dengan sengihan. Saya ingat dia sudah berubah atas amaran tidak langsung saya, sehingga suatu hari dengan kayu pembarisnya [kayu cikgu dulu-dulu yang panjang berwarna kuning mempunyai measure], dia sekali lagi cuba mengganggu saya dan alhamdulillah cepat saya perasan dan sempat merampas dan dengan pantas dan sekuat hati [tindakan reflex di atas sedar (unconcious mind)] mencampakkan ke papan putih di hadapan. Keletang!! Kelas yang mulanya gamat [pelajar bersembang sebelum kelas bermula] diam, dia lalu terhenti dari melangkah di sebelah saya. Memandang saya. Saya diam sambil denyutan jantung saya tersangat laju sehingga rasa mahu pengsan. Semua diam dan dia diam. Kali ini tiada sengihan di wajah dia. Biar dia tahu ketegasan saya!


Sejak itu, saya lihat di dalam kelas aman tanpa gangguan atau acahan mahu mengganggu. Sengihan kurang, senyuman ada. Saya tiada dendam, malah makin bersyukur. Dia? Saya tidak pasti, namun saya harap dia halal kan setiap ilmu yang dia beri. Takut juga sebenarnya namun diri ini harus saya hormati, juga saya perlu lindungi sahabat muslimah saya di kelas itu dan di sekolah itu umumnya. Saya selalu mengucap syukur setiap kali habis kelasnya jika dia tidak melakukan gangguan dan terusan berdoa agar perangainya berubah. Tidak, saya tidak sesekali membencinya, yang saya benci adalah kelakuannya. Saya akan selalu hormat nya [sehingga kini, insyaALLAH] selaku pendidik saya.


Ini suatu kajian kes yang berlaku sendiri di hadapan dan terhadap diri saya. Waktu itu, beberapa sahabat saya yang menjadi mangsa selalu merengek-rengek ‘Ape ni cikgu, hikhik, geli la, tak elok cikgu ni…’ dan pelbagai rengekan [manja] yang hanya di balas sengihan dia yang lagi meluap-luapkan larva di dalam diri saya ketika itu. Kadangkala mengundang fikiran jahat saya. ‘Itu manja lagi la laki tu suka. Cubala tegas sikit kawan!!’ jahat saya menghasut fikiran sendiri untuk su’u dzon. Mujur punya hati memujuk untuk khusnuldzon ‘mungkin dia tiada upaya dan sememangnya di lahirkan begitu (seakan manja), lalu kamu punya peranan membela mereka’. Lantas itu saya bangun dengan cara saya membela diri dan sahabat.



Tegas dalam percakapan/ amaran


Hormatilah diri kamu wahai muslimah, lakukan lah ia dengan ketegasan. Lalu apa yang kita faham akan ketegasan? Ketegasan bukanlah tindakan yang di luar batasan tanpa sebab dan di luar akhlak seperti memaki hamun, namun ketegasan saya definisikan dengan tindakan dengan logik kawalan ke atas keadaan semasa. Jika berlaku sexual harassment, maka bertindaklah untuk mengelak, janganlah merengek meminta untuk tidak di ganggu atau hanya mengelak mahu tak mahu, berlalulah ke posisi yang lain atau apa sahaja. Merengek seakan kanak-kanak yang minta di pujuk dan dibelai, jadi ia seolah menggalakkan pemangsa untuk tidak rasa bersalah malah terhibur.


Firman Allah swt:

“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”



Tegas dengan pemakaian


Ketegasan juga saya klasifikasikan kepada tindakan mengelakkan dari mempromosikan atau mendedahkan diri untuk diperlakukan hal sedemikian. Pernah suatu ketika di kedai makan, saya mendengar perbualan dua lelaki [sesama mereka] mengenai seorang wanita seksi di situ.


‘Ini sexual harassment ni, geram aku!’ kata lelaki tu. Saya terfikir, adakah geram dia sama macam geram saya pada lelaki yang melakukan sexual harassment ke atas wanita.


‘Haah, mencabul jiwa emosi aku betul minah ni…’ sambut sahabatnya. Sambil mereka terus memerhati. Lalu saya terdetik. Kaum wanita sendiri mengganggu/ mencabul kaum lelaki lalu memberi peluang dan mendedahkan diri kepada perbuatan balasnya.


Lalu muslimah, hormati dan jagalah diri mu dengan bertegas di dalam persoalan pemakaian. Iltizamkan dirimu dengan pakaian islam.


Firman Allah swt;

“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.” Al Ahzab : 59.


Dan firman NYA lagi:

Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”



Tegas dengan tidak menghampiri kawasan berisiko


Seterusnya, pelihara dirimu dari mendekati tempat yang membuka peluang kepada perbuatan pencabulan seperti tempat yang terlalu sunyi dan tempat yang terlalu sesak.


Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.


Jika mampu elakkan, maka harus kita elakkan, dan jika benar tidak boleh, maka berhati-hatilah di sana dan siapkan diri untuk memelihara kehormatan itu dengan ketegasan. Ini yang saya mahu pemerintah juga tegas, iaitu dalam menyediakan pengangkutan awam dengan pembahagian gender [namun berbeza untuk keluarga]. Kaum wanita ini terlalu mudah membawa fitnah, dengan lentok tubuhnya sahaja pantas mengundang fitnah dan aib.


Firman ALLAH swt:

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik (Al-Ahzab:33)


[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.

[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.



Self defense


Adapun jika punya kesempatan, Bantu dan persiap diri kita dengan sistem dan barang pertahanan seperti senjata [tidak semestinya benda tajam yang mampu membunuh dan mencedera parahkan] payung pun ok, dan mungkin jika berpeluang dapat mendalami ilmu mempertahankan diri seperti silat, teak-wan-do atau apa sahaja yang mengajar skill bertindak melawan musuh. Alhamdulillah, saya telah berpeluang mempelajari silat cekak hanafi semasa mengaji di Kelantan, syukur cikgu-cikgu dan penuntut semua wanita [mungkin tarbiyyah pimpinan tuan guru] dan tamat tanpa proses pengijazahan [hanya saya dek kerana beberapa sebab pandangan dan pendirian sendiri], namun belum berpeluang berpencak di gelanggang realiti [alhamdulillah tidak didatangkan perkara yang memerlukan saya membuka buah silat].



Tegas dalam tindakbalas


Lalu jika sudah terjadi, maka bertindaklah dengan tindakan setimpal. Apa yang setimpal? Saya tersenyum bangga membaca cerita seorang sahabat yang menendang lelaki yang telah mencabul wanita di LRT dan seorang lagi yang menghempuk dengan seketul batu sehingga berdarah seorang lelaki yang mencabul adik sahabatnya. Bagi anda saya tidak tahu apa pandangan nya, namun bagi saya itu dua tindakan yang amat setimpal mengikut suasana. Apa lagi balasan yang setimpal dengan tindakan merendahkan martabat dan kehormatan kaum wanita? Dan jika berpeluang dan punya organisasi yang menjaga, maka buatlah aduan. Jika berlaku di pejabat, maka mengadulah kepada pihak pengurusan [jika ada kepada wanita, jika tak, tak mengapa kepada lelaki]. Jika di sekolah, cuba beritahu guru wanita yang boleh di percayai. Jika di tempat awam, maka boleh juga terus memulangkan paku buah keras dan boleh hantar sahaja kepada pihak berkuasa.



Lembut muslimah itu beretika


Wanita itu lembutnya tidak bererti boleh di jual beli. Lembut kita juga bukan hiasan, bukan suatu kebanggaan, tapi kita mampu menjadi sayap kiri pada lelaki yang berbakti [ihsan lagu hijjaz], kita mampu menggoncang dunia, namun dalam ketegasan. Ketegasan bukanlah kekasaran. Ketegasan itu merupakan emosi yang mempertahankan kehormatan diri kerana ALLAH swt. Itulah muslimah, lembutnya di hiasi etika yang menjaga penuh syariat dan anugerah di dalam diri. Tegas itulah etika muslimah, tegas itu tanggungjawab muslimah, tegas itu lah penjaga kehormatan muslimah.


p/s [nahwanNUR] : Wahai sahabatku muslimah sekalian, moga sama kita jaga diri, pelihara dengan penuh hormat, menghormati diri bermakna menghargai anugerah ILAHI, menghargai anugerahNYA menggambarkan sayang dan cinta kita pada ALLAH swt. Lakukan ia untuk diri sendiri dan untuk saudara muslimah seluruhnya. Maka janganlah takut, kerana ALLAH amat mencintai kita dan sentiasa memelihara diri kita. Allah ma’a kunna

You May Also Like

7 komen

  1. salam..

    Bagi sy, gangguan sexual ini berlaku dalam 2 jenis. Pertama kekerasan sbgaimana pencbulan atau rogol. yg kedua melalui lemah-lembut mlalui kata2 pujukan dan biasanya dilakukan oleh Pakwe ke atas Makwenye. Paling byk berlaku mslh yg kedua. Bagi sy tu yg nampak bahaya sgt sbb dlm diam ubi berisi..

    Kadang2 perlu dilihat balik kenapa dan mengapa lelaki menjadi sbgitu..seakan menuding jari bukan?tpi bukan..relitinya mmg begitu..melihatkan suasana semsa siapa yg lbh rmai berbogel..lelaki atau wanita?sama2 fikirkan..

    Silat?alhamdlh, ana jga minat..dlu pnah blaja..skrg je tak berkesmpatan..ana syorkan mmg pempuan ssuai blja seni silat spt Cekak hanafi lbh mlibatkan pergerakan kaki..krg sesuai taekwando..

    sekian..

    ReplyDelete
  2. syukran azraq atas komennya...

    actually, jika di kaji betul-betul tulisan saya ini juga bertujuan 'menuding jari kembali kepada wanita'

    memandang diri sebagai punca, lalu memahami suatu kejadian langsung memerhati rapat kepada kesan. Dari semua itu, outcome harapnya dapat memberi perhatian kepada cara wanita menjaga diri dari menjadi asbab kepada kejadian seperti ini

    toyyib, gangguan sexual ini juga boleh dibhgikan spt nta katakan. InsyaALLAH saya bakal bincangkan tentang itu jika berkesempatan..tapi ada juga point di sini yang berkaitan

    syukran atas buah fikiran nta

    ReplyDelete
  3. salam.
    zaman skrg ni sukar nak dijangkakan sikap masyarakatnya. kadang2 yg pakai tudung labuh atau berpakaian sopan tetap menjadi bahan usikan kaum adam. Mgkn keadaan sebegini lebih merujuk kpd sikap seseorang, suka mengusik mungkin, menganggu wanita, bersikap nakal dll walhal wanita tu ok jer,,x mengedik2 pun..ntahla,,sikap lelaki akhir zaman.

    ana setuju byk gangguan seksual ni sering berlaku kpd wanita yg kurang menjaga @lgsg xmenjaga akhlaknya sama ada akhlak pemakaian atau akhlak pergaulan. ada jg yg suka bila ada lelaki yg memandang dgn pandangan nafsu sbb dia rasa diri tu cantik bila lelaki bt mcm tu..mmg mengada2..

    walau bagaimanapun, seseorang lelaki tu kebiasaanya mmg sgt menghormati wanita yg mempunyai keperibadian yg cukup tinggi. walaupun lelaki tu nampak kurang baik agamanya tapi dgn muslimah2 sebegini mereka agk respect .

    tak kisahla apapun pndgn kita, wanita itu ttp fitnah dunia..maka segalanya adalah berbalik kpd diri yg bergelar wanita.

    ReplyDelete
  4. salam ustazah-engineer

    zaman sekarang saya kira kejadian ini berlaku dek kerana sebahagian wanita yang lain di luar sana yang tidak menjaga pemakaian mereka :/

    namun saya memandang golongan wanita sebagai mereka yang perlu di bimbing dan di ingatkan kerana yakin bahawa perkara ini terjadi di sebabkan kurangnya pendedahan agama di dalam institusi negara kita... (weather in family, institutional or government)

    sesungguhnya wanita itu memang pembawa fitnah yang maha hebat di dunia sehingga banyak di sebut dalam kalamNYA dan di sebut oleh Rasulullah. Jadi harus kita yang kuat utk tidak mendedahkan diri menjadi sumber fitnah dan peranan kita kaum muslimah untuk membantu muslimah yang lainnya.

    inilah intention saya dalam penubuhan blog ini dan setiap entri yang di letakkan

    insyaALLAH biidznillah

    ReplyDelete
  5. sekali lagi rasa tergerak hati untuk ana komen atas tajuk ini.

    Pertamanya, ana sebagai lelaki kadang2 terasa tercabar seandai perempuan yang baik2 diganggu gugat. Kalau perempuan itu ternyata ahli maksiat kita rasa kurang sikit tekanan tu, tetapi seorang yg dkategorikan solehah diganggu menyebabkan timbul perasaan semacam.

    Keduanya, ada seorang muslimah menceritakan kisahnya juga diganggu gangguan sexual melalui mesej hanset. Katanya setiap kali tukar nombor baru, ada saja gangguan sehingga tension memikirkannya. Kesian sungguh...

    Ketiganya..ana berharap, rakan2 muslimah mana2 yang tahu cara, ada idea mcmmana nak selesaikan masalah tersebut boleh kongsikan. Mungkin ada badan2 bertanggungjwab boleh membantu muslimah diganggu gangguan sexual barangkali?sila nyatakan...

    sekian..wallahualam

    ReplyDelete
  6. salam, selamat malam sedamai embun malam...

    syukran ibnurashidi atas perkara yang di ketengahkan.

    1st: Memang agak menyedihkan apabila tempias terkena kepada muslimah solehah lagi2 yang amat menjaga jati diri dan aurat mereka sebagai wanita. Namun, itu realitinya jika suatu organisasi itu tidak terjaga keseluruhannya.
    'Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mengubahnya..'[lengkap sila rujuk al-quran]. Jelas di sini organisasi itu sangat penting. Membina peradaban, lalu ini salah satu intention saya dengan ingin menfokus kepada seluruh muslimah.bukan untuk individu sahaja.

    2nd: gangguan melalui mesej memang ada dan agak popular. Namun, kebanyakan kes terjadi kepada wanita yang meringankan hal ber-mesej-an dengan lelaki. ANa tidak mahu menuduh, namun, koreksi balik. Jika benar sudah terjadi berulang kali walau dah menukar no, maka timbang balik kepada siapa yang kt beri no. Harus tegas sikit bila sampai bab ni.

    3rd: sekarang ini gangguan sexual sudah menjadi suatu isu global yang dipandang berat oleh banyak pertubuhan. Contohnya malaysia sudah ada talian nur,dan sexual harassment salah satu perkara yg di utamakan. Jika berkaitan majikan dan orang atasan, boleh terus direct pd orang atas sekali, big bos etc. Lapor kpd yg berkuasa di pejabat. Dan jika selesa boleh mengadu pada mana-mana sahabat muslimah, insyaALLAH aib lebih terjaga. Ini yang ana galakkan. Muslimah untuk muslimah. Lebih mudah lebih afdhal begitu. Jangan takut melaporkan kerana jika anda tidak lakukannya, maka akan ada muslimah lain sbg mangsa

    Namun, apa yang ana nak rungkai kembali, perihal ini sebenarnya berdasarkan berapa tegasnya kita atas suatu pendirian. Bukanlah ana kata tidak boleh ber sms dgn lelaki, tetapi sms lah jika penting dn pada mereka yg kita percayai akhlaknya. BERTEGASLAH dan koreksi kembali, mana lemahnya kita dalam hal ini dan BERUBAHLAH

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  7. Sila ke blog saya

    www.gugat-gugat.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.