Masak oh Masak
‘Siapa masak ni?’ soal makngah saya yang datang menziarah. Langkah kanannya hari itu, sesampainya di rumah kami bersama opah terus di hidangi makanan yang kebetulan baru selesai di masak. Saya tersengih.
‘Anak dara berdua tu…’ beritahu ayah saya sambil tersenyum memaksudkan saya dan angah. Ops, cerita ni terjadi sebelum angah berkahwin.
‘Tak sedap maaf lah ye…hehe.’ Seloroh angah agak pesimis.
‘Oklah ni dah boleh kawin.’ Usik opah. Mak dan ayah senyum. Saya dan angah pun senyum jugak.
‘Haah, oklah ni. Pada kak E bini si U tu, langsung. Hari tu suruh masak nasi, cayor macam bubur…last-last si tua ni la jugak yang masak. Nasib baek lauk mak ngah dah siapkan awal. Kalau tak kelaparan la kami...’ cerita makngah seakan membuka aib menantunya sendiri. Aduh, malunya saya sendiri.
Siapa sangka dalam bijak pandainya seorang muslimah, lawanya seakan ratu, akhir sekali bab masakan juga yang membawa ‘aib’ kepada si menantu muslimah tersebut. Jadi, tidak seharusnya kita sebagai muslimah yang mendambakan diri menjadi isteri mithali mengambil enteng bab masakan. ‘Sedap tak sedap toksah kire, janji aku masak!’, elakkan pemikiran begini kerana bila berkerja kita pasti mahu lakukan yang terbaik supaya bos menyanyangi kita, begitu juga hal masakan. Bagi muslimah, suami adalah big boss kita, jadi usahalah sebaik mungkin supaya perihal kebajikan ‘perut’ suami kita terjaga sebaiknya sekaligus membawa redha sang suami pada kita.
Motivasi AYAH
‘Nak pikat suami dari perut lah...’ beritahu ayah. Dan ayat itu juga yang selalu saya dengar baik dari mulut orang-orang tua, pakar motivasi rumahtangga dan sebagainya.
Ayah sememangnya pakar motivasi kami adik beradik. Tertib ajarannya membuatkan kami malu sendiri jika tidak berjaya atau bermalas-malasan atas apa yang di ajarnya. Setiap kali cuti, angah dan saya akan di kerah ‘berlatih’ memasak dan ilmu rumah tangga lain, bagi persiapan kami (kata ayah lah, eheh) buat pelaburan jangka panjang.
‘Haa, goreng ikan keli ni biar garing, baru sedap. Tapi kena hati-hati, minyak dia suka meletup tu...’ ajar ayah perlahan dan beredar kebilik sebentar. Saya dan angah yang masih mentah umur ketika itu terusan berlari mendapatkan ‘perisai’ masing-masing, angah memakai helmet dengan viser hitam milik ayah, manakala saya mengambil penutup periuk seakan perisai pahlawan di zaman dahulu. Setelah yakin dengan ‘sistem keselamatan’, kami terus menggoreng. Selesai menggoreng beberapa ekor, kami dengar gelak ketawa di belakang, rupa-rupanya ‘lelaki-lelaki budiman’ di rumah kami, adik, alang dan termasuk ayah diam-diam mengintai gelagat kami sambil merakam nya di video. Teruk kami di gelakkan sehingga tahap berguling ke lantai.
‘Macamni...masuk ikan ni, pastu tutup dengan penutup ni...lepas beberapa minit periksa, kalau ok, baru balikkan...ni bukan perisai kat muka, dan tak payah pakai topi ade viser...’ terang ayah sambil meneruskan gorengan ikan selebihnya. Live demo untuk kami sambil mengusik. Ayah memang begitu, ada beberapa perkara dia ‘biarkan’ kami melakukan kesalahan (kekurangan) kerana itulah pengajaran yang paling ‘melekat’ di kotak ingatan kami, kata ayah.
‘Kadang-kadang dalam mencari ketepatan, kita kene guna cara try and error...’ beritahu ayah.
Senyum dan ikhlas
Sewaktu oral test EPT (English Placement Test) semasa kemasukan program master di u, soalan yang saya dapat secara cabutan adalah mengenai perihal makanan dan masakan. Ada 3 soalan namun hanya 2 yang saya berjaya ingat. Namun soalan terakhir yang menarik senyuman saya dan berjaya memadamkan gementar saya saat itu.
‘Did you agree that the best chefs in the world are among man?’ soal pemeriksa wanita yang sedari awal saya terpegun dengan kecantikan senyumannya. Saya tersenyum dan melepaskan nafas panjang. Entah mengapa sedari dulu saya suka soalan berbentuk provokasi kepada wanita.
‘Well...ehem..’ entah apa semangat yang bertiup. Pemeriksa itu mengangkat kening, seakan tidak sabar menanti jawapan saya (aiceh, ini Cuma kes perasan, eheh).
‘I just agreed a part of it...and the rest...I can say, it’s erroneous...’
‘proof it…’ pemeriksa semakin kurang sabar agaknya. Dia tersenyum lebar. Nasib baik dia muslimah, berani juga hamba berkata-kata.
‘Ok, I don’t want to talk about those entire famous chef that I haven’t taste their cooking at all until now… I just want to give some simple comparison about my mother and father’s cooks. As I’ve been grown up with the cuisine prepared equally by both of them, I can easily say that both are the best chef for me, ever. Indeed, my father can successfully cook the same taste or sometimes are even better from my mother; he is very hardworking person and will kindly prepared cuisine for my family especially in my mother’s hard conditions. However, for me, when it comes to my mother’s hand cooking, I will barely looking to others food. There’s something special and delicious rather than the cook’s taste. And I’m sure that the taste comes from the pure love from the one we call mother where we cannot get it better from someone we call man…’ jelas saya ringkas. Saya lihat wajah pemeriksa itu tersenyum dan mengangguk-angguk, untungnya dia seorang muslimah lalu dia bersetuju dengan saya. Jika pemeriksa itu seorang lelaki tentu dia akan mengatakan saya seorang yang ‘tidak dapat menerima kenyataan’…mungkin. Saya lihat orang sebelah menyebelah yang datang awal berbanding saya masih terus dengan hujjahnya sedangkan saya ringkas sahaja. Oh, tolong, saya sudah tidak ada idea dan gementar itu datang kembali.
‘Fad, cepatnya…’ tegur sahabat baru saya yang setia menunggu di luar.
‘Huhu, takdak idea…’ jawab saya ringkas.
Dan alhamdulillah, apabila akhirnya di dalam kertas keputusan exam EPT, oral test saya menunjukkan band yang tertinggi berbanding yang lain. Dan alhamdulillah saya boleh terus kepada pengajian fakulti tanpa perlu kandas sepenuhnya di celpad.
Hari ini saya senyum kembali. Apabila semalam saya berbicara mengenai masakan dengan seorang sahabat saya.
‘Ada 2 perkara yang paling penting dalam memasak...’
‘Apa dia?’ soal saya.
‘Senyuman dan ikhlas’
Dan itulah yang saya lihat emak selalu praktikkan sedari saya kecil. Emak penat, emak tetap senyum. Bila emak gundah dengan masalah, ayah datang ‘mengusik’ memancing senyuman emak. Sesekali emak menitiskan air mata ketika memasak, itupun kerana bawang dan cili belender yang memercik ke mata. Itulah emak yang sentiasa senyum ketika memasak untuk ayah dan keluarga, ikhlasnya hanya ALLAH yang tahu namun kami sekeluarga merasanya dari masakan mak. Bagaimana anda? Tentu sekali bukan.
Jadi benarlah kata pujangga...’masakan ibu adalah yang terbaik...’
Dan buat muslimah di luar sana, walau sibuk dengan kerja dakwah, walau sibuk dengan apa sahaja sekalipun, jangan di lupa fitrah asal kita sebagai ‘ketua adat dan protokol perut sang suami’. Buktikan jika kita mampu hebat di medan dakwah, di medan rumahtangga dan masakan juga kita hebat, dan walau kita hebat di dapur dan dirumah, kita juga mampu hebat di dalam dakwah dan kerjaya.
p/s [nahwanNUR] : Wanita hari ini terlalu menginginkan hak kesaksamaan dengan lelaki, menjadi imam untuk lelaki dan pelbagai kerenah yang di luar kehendak islami. Namun kadangkala fitrah sendiri tidak teraplikasi, di pandang rendah sendiri. Salah satunya bab masakan, dan terbukti lelaki kadangkala lebih hebat berbanding wanita itu sendiri. Justeru sebagai muslimah hari esok, biar kita berjaya mengungguli fitrah muslimah itu sendiri, lalu kita teruskan dengan seiring dengan muslimin di dalam jihad atau dakwah namun cara dan identiti kita sendiri. Lelaki mengikut cara lelaki, wanita dengan kewanitaannya, islam itu adil. Cuma kita sendiri perlu untuk memahami fungsi kejadian masing-masing. Erm, entah ada kaitan atau tidak, fikirkanlah sendiri.
6 komen
salam.
ReplyDeleteoh. memasak.
muslimah Harus/Wajib/Sunat tahu memasak? hehe ;)
sebelum sampai jordan, saya tak pernah masak langsung. kui3x. hatta, masak nasi skali pun. aduh. habis kena ketawa dengan kawan2.
[aduhai lah kenangan.]
but,now, everything has changed. alhamdulillah. saya dah suka memasak. ^^ or at least, enshaAllah, boleh laaa.. (housemates2 yang slalu menjadi mangsa experiment-ku.. hehehee)
______
*hugs*
"Dan buat muslimah di luar sana, walau sibuk dengan kerja dakwah, walau sibuk dengan apa sahaja sekalipun, jangan di lupa fitrah asal kita sebagai ‘ketua adat dan protokol perut sang suami’. Buktikan jika kita mampu hebat di medan dakwah, di medan rumahtangga dan masakan juga kita hebat, dan walau kita hebat di dapur dan dirumah, kita juga mampu hebat di dalam dakwah dan kerjaya."
ReplyDeletesalam ukhti fad..
ana setuju benor dgn perenggan tu..rmai skrg para isteri ambik endah tak endah.beliau tak tau yg benda kecik tula kdg2 laki terasa nk lari mkn kedai..bile lama2 mule nak psng pmpn lain..sape yg jeles?hehe...so,pndaila fkir yer...
Ada lelaki yang menceraikan isteri dengan alasan isterinya tak pandai masak. Ish... macam tak ada alasan lain je...
ReplyDeleteSalah siapa ye? Salah isteri yang tak mahu belajar memperbaiki skil memasak atau salah suami yang tak pandai nak memotivasikan isteri supaya perbaiki kemahiran utama bila berada didapur?
Tak ada ruginya kalau belajar masak. Paling tidak belajar masak makanan yang disukai suami dan anak-anak.
assalamualaikum...
ReplyDelete[sang penenun mimpi]:
actually kalau tanya ana, Harus/Wajib/Sunat tahu memasak? ana jawab wajib. At least makanan ruji, cthnya kalau malaysia, masak nasi. Hehe.
Alhamdulillah nti dah tahu masak, samalah, ana pun dulu selalu gelak dengan adik-adik. Tapi sekarang, walau diorang tak puji depan, tapi sepupu ade jugak bagitau adik ana cakap, 'hari tu anjang buat ni sedap'..haha (ini kes masuk bakul angkat sendiri)bolehlaa...bak kata nti kan..hehe
[tinta_permata @ ibnu rashidi]:
alhamdulillah ade juga ikhwah yang menyuarakan pendapat yang mengukuhkan lagi pandangan ana bahawa menguasai skill memasak ni penting bagi muslimah
bak kata yop (abang sulung ana), 'kalau xtau masak, nanti jangan salahkan suami kalau dok jatuh cinta dengan mamak (kedai mamak)'
[suara @ kak n]:
Memang macam takde alas an lain kak, tapi itu realitinya kan…nak salah siapa tu saya pun tak pasti, namun bagi pihak saya, rasanya bila dah mendirikan rumah tangga tu, masing-masing kene terima kelemahan dan kelebihan masing-masing. Si suami kalau dapat yang tak tahu masak, jadi harusnya member galakan untuk isteri belajar masak. Kena ada give and take bila hidup berumah tangga ni kan. Si isteri pulak kalau dah tak reti tu bawak-bawakla belajar memasak. Sebab dalam memasak ni pun kita boleh pikat suami dengan mengamalkan beberapa surah dan doa ketika memasak yang dapat mengikat lagi kasih suami isteri
Wallahua’lam…
Selamat Berjaya untuk semua
[sang penenun mimpi]:
ReplyDelete*hugs* untuk anti jugak...
hmm..boleh ajar macamana nak bold tulisan kat komen ni? ana tak reti nak edit html nya... nti beri contoh ya...
tq very much ^__~
salam.
ReplyDeletemaaf, lambat menjawab persoalan tu, sbb tak perasan ada soalan. hehe ><
btw, i have sent you an email (nahwannur4@gmail.com - rite?) ^^
sbb, tag untuk bold-kan perkataan, tak leh tunjuk kat sini satu persatu, dia tak nak keluar .. :P
(^__^)
Komen. Terima kasih.