.: Biarkan ia berbicara :.

by - 8:20 AM

Saya teringat kata-kata pensyarah kelas grafik semasa undergrad di selatan tanah air dahulu. Katanya, grafik adalah salah satu cara kita meluahkan apa yang terbuku di hati [katanyalah]. Fair enough, I have to agree with that. Sebab saya begitu. Minat meluah di atas lakaran teknologi. Walau tidak sehebat mana, namun cukup menjadi tarbiyyah buat diri sendiri. Kita memang begitu, kadangkala hanya mahu mendengar kata hati sendiri, meluahkan dan ingin orang lain mendengar luahan hati kita. Lalu bila ada yang mula bicara, hati keras menolak jika terasa terluka [wal'iyyazubillah].


Kata pensyarah saya lagi, gambar itu bisa menggambarkan seribu makna, berupaya menyampai setiap bicara. Benarkah? Anda saya tidak pasti, namun saya sendiri harus akui setiap kali melihat gambar, saya terlihat pelbagai luahan. Dan tidak kurang, ia mampu mentarbiyyah hati saya. Lantas, kali ini, saya mahu mereka [gambar-gambar ini] sendiri bercakap. Lalu terpulang kepada semua untuk menafsirkan sendiri.


Kata sahabat saya, manusia bebas dan normal menyatakan pendapat mereka, berlandaskan beberapa perkara yang mereka rasa benar dan harus di lihat. Selebihnya, ia terletak kepada sejauh mana kita menilai pandangan dan pendapat tersebut. It’s my moment to silent. Dan saya alu-alukan pandangan kalian, kali ini saya mahu diam mendengar. Moga pandangan dan nasihat kalian mampu mendidik hati kerdil ini. Open for discussion. Tafaddhol.










my latest masterpiece [hehehe] for my friendster background


This is just my pieces of works [this section is nothing melainkan hanya santai minda aja]

Just some collections of people that i love and my life.

my little niece and nephew






just my blog banners


my latest masterpiece [hehehe] for my house mate birthday

You May Also Like

9 komen

  1. "Dan saya alu-alukan pandangan kalian, kali ini saya mahu diam mendengar. Moga pandangan dan nasihat kalian mampu mendidik hati kerdil ini. Open for discussion. Tafaddhol."

    ..seakan ada sesuatu masih tersimpan spt terguris dan dicalari sehingga sang burung beterbangan diawan biru mendiamkan bunyi, ombak dilautan berhenti membunyi hempas pantai..hening begitu..jauh disudut hati si nelayan memikir mengapa segalanya berdiam diri?kerana ada waktunya si nelayan menginginkan alunan zkirullah sang beburung diawan nan biru..inginkan bunyi lautan bergelora..."

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Gambar hanya akan berbicara bila tidak ada bahasa yang sempurna untuk menyampaikan maksud.

    Bila rangkaian kata tercurah di atas layar warna, ia hanyalah aksesori semata. Namun begitu kesannya tetap ada. Cuma sejauh mana?

    Kalau mahu gambar yang bercerita, kurangkan barisan kata di atasnya...

    Kalau mahu bahasa menjamah rasa, kurangkan warna mengalih tumpuan pembaca....

    Warna santapan mata, bahasa santapan jiwa.

    Sesungguhnya keindahan itu milikNya. Kesan warna dan kata pd jiwa hanya individu tertentu yang mampu menentukannya... Lain orang, lain kesannya, lain penilaiannya...

    Apa yg tertulis di sini hanya sekadar penilaian dari mata kasar dan jiwa usang kak su yang cetek ilmu tentang seni...

    ReplyDelete
  3. salam semua...

    syukran atas pandangan ustaz dan kak su...amat-amat di hargai dan amat bermanfaat untuk di fikirkan. Teruskan mewacana minda kita

    *silent mode

    ReplyDelete
  4. Salam NahwanNur..

    Terima kasih bertanya khabar, Akak sihat alhamdulillah, mengharapkan yg sama buat NahwaNur.

    Nak memberi pandangan, akak nie taklah sebijak mana (terlalu kurang ilmu dalam diri) cuma hati berkata "Gambar membawa seribu makna, dan setiap insan yg memndang sekeping gambar tafsirannya mungkin berlainan"..

    ReplyDelete
  5. Akak

    terima kasih sudi singgah ya kak. Saya sihat juga, luar biasa ;) alhamdulillah

    syukran atas pandangan, bijak itu tiada ukuran pada jumlah ilmu, tapi bijak itu dinilai sejauh mana kita fahami suatu ilmu yang kita miliki dengan neraca iman dan syariat ALLAH swt. Kakak-kakak saya ni bijak belaka, insyaALLAH :-*

    ya memang begitu tafsiran manusia berlainan..terpulang pada kita juga menilai setiap pandangan yang di utarakan... tq ye kak

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,,

    maaf, akk tidak bijak menilai seninya sesuatu..namun teringin nak berkata sesuatu.

    kadang2 ada hasil penulisan yg kurang baik, tetapi menarik orang untuk membacanya, hanya kerana gambar/graphic yg digunakan menarik.

    kata-kata ada mengatakan, don't judge book by is cover. tapi ada masanya akk tertarik utk menilai sesebuah buku kerana penggunaan graphic cover yang menarik walhal isi kandungan sebaliknya.

    memang betul.. graphic, warna memberi pengaruh tarikan sebagai strategi merangsang minat dan respon seseorang.

    sebagaimana seseorang yang tertarik dengan ketampanan seorang lelaki dan kecantikan seorang wanita pada pandangan pertama walaupun hakikat di dalam diri tidak mempamerkan 'ketampanan' dan 'kecantikan' sebenar. namun pengaruh pada apa yg dilihat oleh mata merangsang minat untuk menilai sesuatu itu cantik.

    warna..juga satu nilai graphic yg perlu diberi perhatian..
    pada keadaan sekarang, warna cukup memberi nilai sensitiviti lebih2 lagi bila ada yg fanatik tentang warna. warna HIJAU paling sensitif, tapi bila warna BIRU, x mengapa pula. sehinggakan kadang2, ada yang kata kurangkan penggunaan warna HIJAU, sensitif..(kat sini ingat nak letak smile, tp xjadi pun. buat smile sendiri la :-)

    graphic juga membicaran tentang ciri-ciri peribadi seseorang. kita dapat menilai seseorang hanya pada melihat graphic, ciri warna, kata-kata pada gambar yang menjadi minat seseorang. so tak mustahil..akk serba-sedikit mengenali nahwan dengan melihat pada penggunaan picture, warna, susun kata pada blog ini..

    ntahla..aper yg akak kata ni ntah menepati ke x lah kehendak entri...erm,,redah jelah..

    salam sayang..dari insan yang meminati warna hitam dan oren serta menyukai graphic yang abstrak dan ekslusif. sememangnya saya seorang yang abstrak dan sukakan ekslusif...

    ReplyDelete
  7. ustazah-engineer

    waalaikumsalam kak dayah..;))..ana minat HIJAU memang tak leh nak kurangkan dah, sampaikan kalau pakai baju warna lain, orang duk tegur, 'ape yg lain pd kamu hari ni ye?' rupanya diorang kata saya punya collection baju banyak hijau dan biru. wallahua'lam... ;;D

    dapat mengenal identiti saya ye dari graphic2 atas? boleh bitau ke? ;)

    apapun, suara dan pandangan akak sememangnya sangat bernas dan punya manfaat untuk sama-sama kita fikirkan

    sayang buat akak jugak...saya sentiasa menanti pertemuan itu :X

    ReplyDelete
  8. erm..dengan nada serius..sy hanya nak cakap yg lukisan design itu mmg cantik..buat sendirike?

    ReplyDelete
  9. salam sesejuk embun malam

    dengan nada tak berapa sirius ana kata ya memang ana buat sendiri, tetapi bukan keseluruhannya, maksud ana, ada teknik superimpose dan photo manipulated. Gambar ada yang di cuplik dari internet dan di adun mengikut citarasa sendiri. Ada juga yang memang sepenuhnya karya ana. Ada dasar foto juga hasil tangkapan ana.

    Apapun, haza min fadhliy rabbi. syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.