.: Menulis dengan makna, membaca mencari manfaat :.
Alhamdulillah, beberapa hari lalu setelah meletakkan 2 entri terbaru seseorang dengan nama pena ‘sesejuk embun pagi’ telah menegur kelemahan penulisan nahwanNUR.
Dua entri ini saya tulis dalam 1 malam setelah selesai kajian lapangan saya dan saya publish tanpa double-check [berbeza dengan entri sebelumnya yang pasti saya akan kaji sebelum udarakan]. Itu kekurangan pertama yang saya nampak atas setiap kajian. Di sini bukanlah saya mahu mendefense entri sendiri, tidak terniat langsung, cuma saya mahu tolong menyuluh dengan terang apa sebenar yang saya ingin sampaikan ‘makna’ dalam entri-entri tersebut.
Hibernasi dan muhasabah diri, dua perkara yang berbeza namun punya matlamat sama. Beberapa minggu lalu saya menyatakan hasrat untuk berhibernasi dek kerana beberapa tuntutan kerja yang memerlukan lebih perhatian dari saya [maaf, ini mungkin alasan saya cuma]. Dan, atas suatu sebab yang mungkin khilaf saya sendiri, saya pinta masa untuk berhibernasi sambil bermuhasabah sendiri tentang kelemahan-kelemahan. Dan alhamdulillah, rezeki ALLAH swt datangkan pada saya, saya mendapat ‘kerja’ sebagai research assistant untuk kajian lapangan mengenai kajian perwatakan manusia kepada alam bina [behavioral study].
Behavior study suatu cermin diri. Sepanjang melakukan kajian lapangan mengenai perwatakan manusia, maka sewaktu ini saya tersedar diri dan kelemahan dan mencermin sendiri diri saya atas apa yang saya kaji. Melihat kumpulan manusia
Kehidupan
Namun, untuk mempertahankan iman dan takwa kita, itu semua amat memerlukan diri kita untuk selalu bermuhasabah, bak kata seorang sahabiah ana [ustazah_engineer], jangan optimis biar dalam ketaatan. Dan di samping terus bermuhasabah, perlu juga terus-terusan kita memohon ampun dan bimbingan ILAHI kerana tanpa izin ALLAH juga kita takkan mampu berdiri tegak atas iman dan agamaNYA.
Atas semua ini, melalui behavioral study ini, saya bina kekuatan atas setiap semangat saya yang sering bertiup dan tergugah atas beberapa khilaf yang saya anggap kekalahan iman sendiri dan kelemahan sehingga kadangkala takut untuk bermimpi indah sebagai hambaNYA yang solehah. Kekuatan itu saya bina dengan keyakinan bahawa adanya ALLAH swt sebagai pengatur hidup kita, hanya perlu semangat dan keazaman untuk melakukan yang terbaik sehabis mampu dan melakukannya dengan penuh ikhlas dan bersabar.
Tanamkan dalam khayalmu tentang kejayaan, dan biar ia tertulis dalam hatimu dan pasakkan dalam ingatanmu tentang keikhlasan, biar ia berbekas di dalam jiwamu
Suatu Cerita: Semasa proses kajian lapangan, tentunya saya melalui pelbagai cerita, ceritera ragam manusia yang setiapnya punya nilai dan manfaat jika kita seorang yang mahu berfikir.
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya[683], dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya[684], tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir
(Surah Yunus: 24)
p/s [nahwanNUR]: Harap penjelasan kali ini berjaya menyuluh serba sedikit isi makna yang saya mahu sampaikan, selebihnya hanya sebuah cerita kepada aktiviti nahwanNUR. Walaubagaimanapun, saya akui kelemahan setiap entri saya dan penulisan, lalu saya amat mengalu-alukan kritikan nasihat, komen atau sewaktu dengannya dan amat-amat menghargai dan berterima kasih atas setiapnya. Jazakallahu khairan jazak. Arigatou kozaimas. Terima kasih daun keladi, nanti-nanti jemput komen lagi :D
4 komen
salam..
ReplyDeleteAlhamdulillah, yg dimaksudkan ketidakfahaman sy mksdkan ialah dri segi penggunaan Istilah perktaan yg mngkin atas kfhaman sy krg dfahami..10q mmberikan penjelasan..dan penyampaian yg berterabur itu dpt dlihat apbila pembca krg fhm apa kta mksdkan..tpi dh ada artikel bru menjelaskannya..bagus..
Tempeltes kali ni agak suram..indah lgi yg lama bak sesejuk wrna hijau daun keladi muda..
sekian..
assalamualaikum
ReplyDeleteSesejuk Embun Pagi Menitis Di Daun Keladi
aduh panjang nama. Alhamdulillah dah faham ya. Harap punya manfaatnya. Maaf ya, ada certain perkataan tu merupakan bahasa 'alam bina' yang ana tak tahu nak translate. insyaALLAH lepas ni ana akan cuba berikan suatu yang mudah di fahami
template kali ini ana lebih selesa. Bukan apa, senang di edit warna dan jenis tulisan, jika yang dulu kene adit guna html. itu yang lemah. Lagipun yang ini ana suka sebab belakangnya ada background daun. Apepun, janji HIJAU hehe.
syukran atas ziarah, nampaknya anda seperti sudah lama mengunjungi blog ana. terima kasih daun keladi. Ada masa jemput datang lagi
Nama yg panjang ttpi org yg sama:-)yer,kdg2 ada jga sy tak fhm penggunaan bhasa2 bombastik bgitu.mungkin bhasa mlyu bru kot.Lbh2 lgi english sastera lgi krg fhm.
ReplyDeleteHijau?erm..mcm kenal wrna tu..tapi dimana ya?abaikan..mungkin wrna pucuk keladi agaknya.
Sy sebenarnya org baru lgi dalam dunia memblog ni. Kalau salah tlg tunjukkan yer..
Bukanlah bahasa bombastik, bahasa melayu baru, dan jauh sekali bahasa sastera inggeris. cuma itu istilah alam bina dan atas kelemahan diri sendiri ana tak mampu menghuraikan dalam bahasa ibunda kita.
ReplyDeleteApapun, harap ada manfaatnya. Ana pun masih bertatih mengharap redha ilahi dalam dakwah maya ini. Sama-sama kita saling menegur dan memperbetulkan. Lillahita'ala, insyaALLAH biidznillah
Komen. Terima kasih.