.: Kosong :.

by - 1:28 PM

Hari itu, bangunku dari tidur diiringi doa moga semuanya indah belaka. Lalu hari ku mulakan ceria, Rutin permulaan hidupku menampakkan cahaya, Kaki melangkah menuju destinasi amanahku, ya, setiap hariku punya tanggungjawab yang sama dan ada yang berbeza, tambahan namun tidak membebankan.


Namun hari itu, destinasiku agak jauh seperti biasa, memulakan perjalanan tanggungjawab ku dengan senyuman, di tengah kesibukan warga kota berlumba mencari rezeki. Buku ku setia menemani, namun kadangkala galak mataku memerhati perlakuan manusia. Sehingga suatu ketika, mataku terpaku pada si dia, Maha suci ALLAH, dia hamba Mu, ciptaan Mu yang cukup cantik cukup indah, tampak sempurna. Namun, kenapa wajahnya sayu, kuyu, cahaya itu, sirna… Oh ALLAH, hiasan indahnya yang KAU beri dia paparkan hampir keseluruhannya, sungguh indah, namun hati ku gundah. Kerana ia tidak sepatutnya terdedah. Lelaki di hadapanku mencerlung matanya. Aku malu sendiri. Namun, bukan itu sepenuhnya yang mengganggu hati ku. Bukan pakaiannya, namun dirinya. Insan itu. Mengapa cahaya itu kusam di wajahnya?


Ku lihat ada luka di wajahnya, lebam di bibirnya, badannya cengkung menampakkan bentuk tulangnya. Mungkin sayu yang ku lihat di wajahnya menggambarkan luka di hatinya. Ku tutup buku dan berkeputusan menghampiri. Dia berpaling seperti menyedari perhatianku. Aku senyum. Dia tunduk, sambil menarik jeans pendek yang hanya betul-betul menutup permatanya. Semakin dekat dengannya baru ku menyedari matanya kemerahan. Aku senyum lagi saat dia memandang. Mengatur kata-kata. Tiba-tiba bunyi loceng kuat itu menandakan satu destinasi telah sampai. Aku lantas menoleh sebentar melihat nama destinasi, lalu memandang semula kepada insan itu. Hilang!. Pintu sudah tertutup, Dia memandang aku dari luar dan aku memandangnya dari dalam. Gagal. Aku gagal. Dia memandangku sebelum tunduk sambil berat-berat mengukir senyuman. Aku?! Kaget. Aku sempatkan tersenyum dan dengan gerakan bibir ku ucap ‘Assalamualaikum’. Dia mengangguk , berlalu sambil masih senyum, hambar menampakkan bertapa dia punya masalah amat berat, langkahnya longlai. ‘Maafkan aku adikku, sungguh lambat tindakan aku. Moga adik seagama ku, sayang muslimahku, kita semua di pelihara, dan peroleh hidayah dari ALLAH swt. Moga ALLAH membantu menyelesaikan masalahmu adikku’.


Dia, aku, muslimah lainnya. Kosong. Perasaan aku kosong. Hari ku indah?


Pedih. Aku Gagal lagi. Dia pergi dan…aku yang meninggalkannya. ALLAH, ampunkan aku.





Setiap hari pun, hari yang indah bagi ku.... insyaALLAH

You May Also Like

8 komen

  1. Assalamualaikum..

    Percubaan pertama merasmikan komentar dibawah..syukran

    ReplyDelete
  2. nahwanNUR original running a test...jazakallahu khairan jazak kepada 2 sahabat blog ana...ya kalian berdua yang ana maksudkan ^__~

    ReplyDelete
  3. KOSONG...

    Apakah kosong yang akk rasa sama dengan apa yang anis rasa?
    Tak mudah nak huraikan & refleks kembali KOSONG ni..
    Tanpa sedar kita terlalu prihatin tentang diri sendiri sehingga lupa menyimpan sedikit keprihatinan kita pada orang lain..
    Sedangkan hidup dan indahnya Islam ni kerana kuatnya ukhwah..

    ReplyDelete
  4. Salam.
    Kosong. Banyak sebabnya... Dalam kisah ini rasanya kosong terjadi kerana ada hasrat yg tak kesampaian. Hasrat untuk memulakan satu langkah yang mungkin mampu menawan dia kembali ke satu arah...

    ReplyDelete
  5. Salam untuk semua.... yang berikut adalah komen di chat box tentang entri Kosong

    .: sesuci embun petang/pagi/daun keladi/etc :.
    aduhh,sungguhku tak mengerti entri enti kali..apakh mksdnya?adkh sbuah mmpi?lelaki apkh yg pkai jeans skert?knpa mta mrh?knpa gagal?

    .: ibnurashidi :.
    benar kata ssjuk embun petang tu..ana pening dgn kosong..isilah kekosongan itu segera.."Buka pakaiannya, namun dirinya. Insan itu. Mengapa cahaya itu kusam di wajahnya?"buka@bukan?syukran..dh fhm jalan citenye..begitu rupenye..

    .: Ustazah_Engineer :.
    kosong..kne kosongkan minda nak baca artikel ni, spt jalan cerita sebuah novel yg plu diteruskan utk bab2 yg akn dtg. ohw...so puitis, ana xminat baca novel, tp knape bla baca entri 'kosong' seolah2 ana membaca sebuah novel.tiba2, ana jd berminat

    ReplyDelete
  6. .: sejahati : KOSONG... mungkin sama kot dik. Indeed, hidup dan Islam ini akan jadi lebih indah atas kuatnya suatu ukhwah..

    .: Suara : salam kak..alhamdulillah, akak dah simpulkan untuk saya buat semua. Banyak yang kurang faham sebenarnya sampai semalam terpaksa melayan byk YM mintak cerita balik ^__~. Point sipi-sipi kot saya bagi, atas kelemahan saya juga

    .: sesuci embun petang/pagi/daun keladi/etc :dia tu seorang wanita, muslimah melayu...bukan mimpi..rasa gagal menyingkap di sebalik mata merah dn mslh dia

    .: ibnurashidi : semua sudah jelas, 'buka+n' pun sudah dibetulkan, alhamdulillah n tq tegur

    .: Ustazah_engineer : haah, saya pun kosongkan minda waktu menulis, hmm..actually memang tgh kosong. malangnya ini bukan novel, hehe. Tulisan ni mungkin pengaruh novel atas ana, ana minat sangat :D...usrah maya KOSONG kita macamana? huhu

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Wahh, rupanya kosong itu berisi..Jangan dibiarkan sentiasa kosong kerana nnti ada makhluk lain mengisi kekosongan itu. Teruskan mancapai matlamat yg murni itu selagi terdaya, ramai wanita diluar sana tercari2 arah tujuan hidup akibat kekosongan melanda..


    P/S : "nahwanNUR original running a test"..erm,nahwannur ada yg ori ada yg cetak rompak jugake?mcm CD la pulak..

    ReplyDelete
  8. ibnurashidi

    waalaikumsalam...ya, kosong tu harapnya berisi, tapi cuma sempat mengisi harapan, namun tak sempat tertunai. Akibat lambat dalam tindakan, atas kelemahan sendiri.

    p/s: testing 1st under nama nahwanNUR sbnrnya atas pertolongan seorang sahabat ana :) terima kasih banyak.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.