Beberapa hari lalu saya berjumpa dengan dua orang supervisor saya untuk membincangkan progress report master saya. Aduhai, lemah longlai mendengar komen-komen mereka.
‘We are not done yet with your chapter. You need to revise it properly and we need to go one step further and one step behind as one. Go and read books as much as you can to justify your proposal especially on the Islamic aspect.’ Nasihat supervisor saya.
Aduh, pasti di situ punya masalah. Sejak saya membentangkan proposal pertama sehingga kini, bahagian itu pasti punya masalah. Islamic aspect. Saya teringat satu conference kebangsaan yang membincangkan perihal alam bina di Malaysia. Ketika seorang pensyarah membentangkan perihal islam dan alam bina dan arsitektur. Selesai perbentangan, seorang cerdik pandai beragama islam berbangsa melayu bangun dan bercakap.
‘What the hell you talking about?! Islam is Islam, architecture is architecture. There’s nothing related on each topic.’ Katanya dengan lantang. Fikirkan apa reaksi tetamu lain yang bukan sahaja terdiri dari orang beragama islam.
Teringat saat saya mahu menyambung master dan bertanya pendapat tentang topik kajian saya, pelbagai pandangan di berikan membuatkan topik saya beralih-alih arah kajian dan tajuknya semenjak kemasukan saya yang belum pun sampai setahun usianya seusia blog ini. Alhamdulillah.
‘Erm, ok I can except anything but just allow me to stand with my interest on relating my research with Islamic point of view’, pernah suatu ketika saya sudah seakan ‘letih’ dengan proses ini sehingga saya meminta begitu kepada supervisor saya. Bagi lah ape pun tajuk asalkan benarkan saya mengkaji dari sudut islam. Akhirnya mereka setuju dan mencadangkan 2 objek kajian iaitu crime prevention dan housing landscape, serta1 subjek kajian (skop) iaitu Islamic value. Alhamdulillah. Satu subjek kajian itulah yang mereka cadangkan untuk saya pergi berhibenasi di tengah kota ini dengan buku-buku yang kelak akan membantu mengukuhkan pendirian dan kajian saya pada subjek kajian iaitu Islamic value for both crime prevention and housing landscape.
Atas cadangan beberapa sahabat alam saya, dan hasil pertimbangan diri sendiri, saya bakal memulakan perjalanan ke seantero kota, berhibernisasi, mencari pandangan, kupasan dan ilmu dari seluruh alam dan hidupannya yang lain. Mungkin saya akan kembali menulis di sini setelah isu-isu berbangkit akan dapat saya cari kesimpulan yang tegap untuk dipersembahkan kelak dan berupaya menyumbang kepada pembangunan seluruh hidupan yang mampan dan berteraskan syariat sang pencipta kami/kita semua. Doakan semoga urusan saya di permudahkan dengan kebaikan yang penuh barakah.
Dalam tempoh hibernasi nanti tidak bermakna saya tidak akan menjenguk ke teratak saya sendiri di sini, tetapi mungkin saya tidak berupaya menulis untuk beberapa ketika, mungkin memakan hari, mungkin minggu, atau tidak mustahil memakan masa berbulan, entah saya juga tidak tahu dan tidak pasti. Apapun harapan saya, setelah selesai tugasan dan tempoh itu, ada perkara yang lebih bermanfaat dapat saya kongsikan buat semua pembaca di sini dan untuk diri saya sendiri.
Jom bersama saya berhibernasi dan mungkin kalian boleh membantu saya dengan pandangan, nasihat atau berkongsi ilmu dengan menyatakan komen di sini mengenai beberapa perkara atau buku yang boleh membantu mengukuhkan beberapa isu kajian saya:-
1. Al-Quran and sunnah on built environment
2. Specifically on housing and landscape, social problem, and crime prevention
3. Ulama’ review or perhaps fatwa on all related topics indicate
4. Apa-apa ja yang anda rasakan berkaitan dan boleh membantu
Berhibernasi, bermuhasabah mengenal erti fungsi diri.
boleh baca juga di sini














2 komentar:
Semoga dipermudahkan segalanya..
InsyaAllah.. lebih susah dicapai.. lebih nikmat bakal dirasakan bila dah tercapai nanti..
Just keep up you good works!!
La tahzan innallaha ma'ana..
Amiin..mohon doa semua. Syukran
Post a Comment
Qul al-haqq wa lau kaana murran. Moga buah pandangan anda punya manfaat buat semua, insyaALLAH. Jazakallahu khairan katsira