.: Lantas nikmat mana yang mahu kau dustakan? :.

by - 5:10 PM

Alhamdulillah, hari ini selesai behavioral study part 2 saya di lokasi yang sama.


Semalam, jumaat, entah kenapa rasa kurang selesa hati. Langsung saya berkeputusan pulang awal dari terjadual.


Semalam juga sebelum pulang, sempat bertemu seorang mak cik. Mulanya, saya bersama seorang akhawat [actually, baru kenal masa tu], saja bertegur sapa memandangkan sahabat yang sepatutnya menemani saya di kawasan kajian terpaksa membatalkan saat akhir dek kerana punya tanggungjawab yang lebih penting. Sedang bersembang, melihat seorang makcik payah-payah turun dari bas dengan membawa 3 barang besar. Tiada siapa menolong. Kesian. Niat mahu menolong tetapi sahabat baru tadi tidak henti bercakap. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, bas sahabat baru saya sudah tiba dan dia mengundur diri. Bersalam dan lalu saya pun bergegas pergi mendapatkan makcik. Mahu menolong namun awalnya di tolak. ‘Berat ni dik…’ beritahunya. ‘Takpe makcik, kita angkat sama-sama ya…’. Akhirnya dia setuju dan memberi saya bawa barang tersebut. Rasanya besar barang tersebut hampir separuh besar saya. Memang berat pun! Aduh!. Tapi saya usaha juga, ikhlaskan hati. Hehe. Selesai mengangkat ke satu kawasan tempat makcik akan menunggu basnya, kami bersembang, Rupanya makcik itu saudara kita dari seberang.


‘Ibu orang minang. Ini mahu di bawa pulang ke Indonesia.’ Jelasnya tersenyum. Ramah.


Dan, rupa-rupanya makcik tersebut kehilangan beg tangannya. Di curi semasa dia tertidur keletihan di dalam bas pertama tadi. Innalillah…sungguh suatu ujian buatnya. Namun, saya lihat senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya semenjak pertama kali saya lihat dia turun dari bas, seperti tiada masalah. Padahal habis semua hilang termasuk passport, hp dan sebagainya. Mujur ada sedikit duit makcik simpan di dalam poketnya. Namun, ada suatu perkara yang saya baru perasan, rupanya makcik ini kekurangan dari segi fizikal. Ya, tanggannya. Sungguh saya baru perasan. SubhanALLAH, sungguh makcik ini seorang yang sangat tabah dan sabar. Dengan kekurangan fizikalnya [tangan] dia masih mengangkat 3 barang tanpa meminta tolong, walau kehilangan beg, dia tetap mampu tersenyum.


Lalu dia menjemput saya ke penginapannya di sini, di kampong baru KL, mungkin rumah saudaranya. Sempat saya bercerita tentang perancang sahabat saya, dan mungkin saya, untuk ke bukit tinggi untuk kajian budaya minang. Dan dia menawarkan bantuan buat kami. kami bertukar nombor talifon sebelum berpisah. SubhanALLAH, sesungguhnya di sebalik suatu perkara yang ALLAH takdirkan pasti punya nikmat. Dan nikmatnya saya dapat bertemu makcik yang bakal membantu kami di padang dan bukit tinggi kelak, insyaALLAH. Alhamdulillah.


Pertemuan dengan makcik Berjaya mengubat kecewa saya pada awal pagi [semalam] dek kerana beberapa masalah yang menimpa walau sehingga kini masih tiada penyelesaiannya.


Pertama tentang virus. Kecewa saya kerana virus itu bukan sekadar menyerang hendap pc kesayangan saya, tetapi pendrive dan paling saya geram adalah ia juga turut bermain kasar dengan handphone pertama saya beli hasil titik peluh sendiri. Habis semua mesej di delete, nasib baik belum memadam gambar-gambar dan mp3 saya. Pulang saja saya dari tapak terus memasukkan data-data dari hp takut-takut virus itu terus bertindak kejam. Sedihnya semua mesej-mesej istimewa dan bermakna dari teman-teman tersayang hilang. Saya pasti ia [virus] masih di dalam, namun bijak menyorok. Virus kali ini tidak berjaya saya padam walau dalam pc mahupun pendrive seperti biasa. Entah apa jenis virus baru mungkin. Langsung dengan itu, hardisk bermasalah, cdrw pula gagal berfungsi.


Hari ini [pagi ini], masalah itu di teruskan lagi dengan wang saya keciciran, entah berapa, yang pasti kesemua yang saya baru keluarkan 2-3 hari lepas. Jadi saya terus ke atm untuk mengeluarkan baki wang. Waduh, masalah lagi, duitnya tidak keluar dan di skrin terpapar transaction fail. Namun, bila keluar resit penyata, ya! Di katanya saya berjaya mengeluarkan wang seperti diminta. Bagai nak pitam, saya bergegas ke atm lain. Ya, sememangnya duit itu tiada yang bermakna transaksi saya sebentar tadi Berjaya. Langsung hilang mood saya di kawasan kajian. Secepatnya saya selesaikan tugasan.


Namun, tidak lama hati saya geram. Semasa di dalam Lrt tadi, saya duduk betul-betul di hadapan dua beradik. Seorang kakak bersama adik lelaki kecilnya yang sindrom. Saya lihat wajah anak kecil yang kurang sempurna akalnya itu, dia tersenyum. Senyumannya menyiram lantai hati yang remuk redam sebentar tadi. Lalu kata hati saya, ‘Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? ; which of ALLAH favors will u deny?’. [ar-rahman]. Sentap. Hati saya tersentap. Ayat surah kegemaran saya yang saya selalu ulang hafal [walau belum hafal] menyentap jantung, jiwa raga saya. Sungguh dengan masalah sementara sekecil itu hati saya remuk? Sedang bagaimana hati si kecil sindrom ini? Dan bagaimana makcik yang kekurangan fizikal [cacat tangan] tadi? Ujian mereka kekal.






Saya mengiyakan kata-kata sahabat saya sebelum ini. ‘Kalau jatuh bangun sendiri!’ walau dalam nada seloroh, namun penuh kebenaran. Siapa lagi mahu memapah hati saya yang jatuh longlai dek kerana masalah menimpa jika bukan saya. Saya akan bangun, saya mahu bangun. Saya akan usaha cari si pakar computer yang mampu memadam virus-virus tersebut. Dan saya akan cuba mencari penyelesaian pada masalah keluar masuk duit saya. Dan saya akan mencari mereka sumber kewangan saya. Hehe. Buat masa ni family, aduh, maafkan anjang ya my beloved family :)


Kosong. Saya mahu kosongkan hati ini. Kosongkan dari rasa tidak bersyukur. Di sebalik kepayahan ada kesenangan, di sebalik ujian ada nikmat. Bagi mereka yang mahu berfikir. Dan ini boleh di capai jika kita sentiasa berfikiran positif. Walau ia datang bertimpa, tiada sebab untuk saya berpaling dari bersyukur atas nikmatnya. Berubahlah hati dari mengeluh, pancarlah rasa syukur hanya buat ALLAH pemberi segala nikmat. Lantas nikmat mana yang mahu aku dustakan lagi? Syukur , Alhamdulillah.


p/s [nahwanNUR]: Syukur Alhamdulillah. Kadangkala perlu juga di ketuk hati ini dengan pelbagai ujian supaya tidak sentiasa suka dan selesa dengan kesenangan. Biar ia juga senang walau dalam ujian. Kerana ujian itu kan tarbiyyah dari ALLAH swt.

You May Also Like

6 komen

  1. Moga ketabahan & kesabaran senantiasa bersama akak :)

    ReplyDelete
  2. Insya'allah Allah bersama org2 yang benar dan sabar..Trima kasih Surah Ar-Rahman tu ya..terasa syhadu dengar..

    Apapun, ana harapkan jangan kerana sedikit ujian enti mengambil langkah undur ke belakang..teruskan mara kehadapan..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    senjahati
    terima kasih adik. Moga ketabahan dan kesabaran sentiasa bersama kita semua... dan terima kasih kerana banya menolong ya :X

    ibnurashidi
    Amiin, moga ALLAH sentiasa bersama kita semua. Sama-sama. Makanan jiwa paling berharga adalah Kalam ALLAH. Ketenangan pasti menjengah bagi mereka yang berusaha mahu memahami :)

    InsyaALLAH tak undur diri, banyak sahabat lain yang membantu bagi semangat. Lagipun, siapa yang tidak di datangkan ujian kan? Moga kita semua kuat dan istiqamah.. ALLAHumma amiin

    ReplyDelete
  4. Baguslah begitu..
    wahh, ada satu peningkatan baru nampaknya. Smile sudah muncul dikotak komentar. Belajar buat sendirike?:)

    ReplyDelete
  5. ibnurashidi

    buat sendiri 1st time jadi, bile refresh bermasalah...alih-alih sahabat blogger adik tersayang juga yang bantu

    mungkin saya bab blogging ni masih di tahap amatur...harus mengaku itu. :/ jadi harus banyak belaja, namun saat ini tak punya banyak masa untuk menggodek blogging system ni. InsyaALLAH belajar sikit-sikit lama-lama mampu menjadi bukit , insyaALLAH

    ReplyDelete
  6. ana harapkan tuan rumah blog ini terus thabat dan istiqamah dalam medan blogger..teruskan menulis artikel ilmiah..:D

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.