Kenyataan. Terima kasih kerana membaca :) .

Bismillah ar Rahman ar Rahim. InsyaALLAH, mulai hari ini, blog ini saya jadikan arkib entri terdahulu memandangkan entri-entri tersebut tidak akan di ulang siar di blog baru saya. InsyaALLAH, dengan ini, saya akan seterusnya menarikan jejari dengan melakar buah fikiran di blog saya yang terbaru. Terima kasih kepada para tetamu yang singgah di sini. InsyaALLAH boleh kiranya teruskan menghirup setitis manfaat dengan izin ALLAH swt di blog terbaru saya. Untuk ke sana boleh lah terus menekan link di bawah ini :

www.nahwannur.hadithuna.com

Thursday, July 17, 2008

.: Hibernasi dan muhasabah diri :.

Alhamdulillah, beberapa minggu lalu saya mengambil keputusan berhibernasi sebentar, atas beberapa sebab [peribadi]. Dalam beberapa ketika, saya agak clueless dengan aktiviti saat hibernasi selain hanya menelaah buku [kerana tentunya saya akan kebosanan, mungkin]. Namun alhamdulillah, awal minggu yang lepas, seorang pensyarah arsitektur menawarkan ‘kerja’ buat mengisi waktu hibernasi saya.


Behavioral study. Lumayan! ia salah satu cabang yang saya minati. minal mahdi [hahaha] wa ila lahdi [insyaALLAH]. Alhamdulillah dalam masa tidak sampai sehari setelah diterangkan skop kerja, saya bersetuju.


Hampir seminggu berkampung di site, bukan sekadar observasi ke atas manusia sekeliling, sedikit sebanyak berjaya merungkai kusut hati [muhasabah] dan menyingkap tabir kelemahan diri. Astaghfirullahal aziim. I do seek and ask [with my most modest hope] for Your forgiveness in whichever had committed [astaghfirullah]-will be committed [nau’dzubillah]-could be committed sins [lahau lawala kuwwatailla billah].


Dalam waktu ini, sempat saya nyatakan dan cuba fahamkan kepada diri:


Tanamkan dalam khayalmu tentang kejayaan, dan biar ia tertulis dalam hatimu dan pasakkan dalam ingatanmu tentang keikhlasan, biar ia berbekas di dalam jiwamu


Jadi teringat saya kepada kata-kata dr.yusuf al-qardhawi mengenai permasalahan hati [I do admit all these are much related on this tiny heart]


‘Mereka yang bermasalah dengan jati ini seperti pesakit. Rawatlah mereka seperti sang doktor yang berusaha mengubati pesakitnya. '


And above all, I barely deny in all these, HE is the one who strike a chord on me with His Anugerah and Hidayah in guiding me in this world and for hereafter.


Ia menyingkap kenangan lagu nasyid nostalgia yang benar-benar mengena hati saya dendangan dan karya Nahwan Nur bertajuk Anugerah .


Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita


Rabbi yassir wala tuassir ya kariim, Rabbi atmim bilkhair

0 komentar:

Post a Comment

Qul al-haqq wa lau kaana murran. Moga buah pandangan anda punya manfaat buat semua, insyaALLAH. Jazakallahu khairan katsira

 
design by suckmylolly.com