Tuesday, June 30, 2009

Mana pergi matahari di saat malam?

Saya ada satu soalan, boleh lah anggap sebagai kuiz.

Soalannya;


Sumber klik sini


Dimanakah sang matahari sewaktu bulan menjengah bumi? Malam lah tu yang manusia gelarkan.

Seorang kakak yang baik dengan saya menjawab ini;

Kalau ikut minda upin dan ipin... mungkin kak su akan kata, matahari tu masuk dalam wayar elektrik dan duduk kat mentol

Jawapan itu memang mengundang ketawa saya.

"Upin dan ipin tak bersunat lagi kak, minda nya belum mumayyiz, suruh jadi saksi pun tak sah." Canda saya.

* Bagaimana jawapan anda?

Tak mengapalah, saya sahaja mahu kongsikan jawapan dari akal saya. Setakat kemampuan yang saya faham begini.

Dunia, ALLAH cipta bukan sahaja untuk manusia
Tetapi juga untuk makhluk lain ciptaan Nya
Setiap makhluk itu ada fungsi untuk memakmurkan dan membahagiakan makhluk lain
Bila di bumi, bulan dan matahari bersilih ganti, membentuk satu suasana supaya tidak pudar dengan perubahan, kerana atas ilham ALLAH swt, bulan dan matahari tahu, bahawa manusia ini, cepat merasa bosan dengan hanya 1 keadaan
Jadi mereka (baca: bulan dan matahari) bergandingan memberi satu suasana yang lengkap, malam dan siang, melengkapi fitrah manusia
Malah merekalah bukti kepada firman ALLAH swt, bukti kebesaran ALLAH

Namun, apa yang saya faham:
Apabila matahari menyuluh bumi, di mana perginya rembulan?
Dan apabila bulan tiba menjengah bumi...adakah matahari menghilang? dan begitu sebaliknya?

Jawapannya tidak

Matahari ada di belakang bulan, menyampaikan cahaya nya pula kepada bulan
~Hilal Asyraf

Sumber klik sini

Iya, di situlah matahari. Cuba membahagiakan bulan pula, pasangannya yang bersama-sama membahagiakan makhluk bumi, dan begitulah sebaliknya

*Begitulah harusnya manusia
Mungkin, kita ini bahagia, punya keluarga dan bahagia dalam tarbiyyah

Tetapi,
bagaimana mereka yang lain?
Kita di beri, di tumpahkan kebahagian oleh sahabat dan keluarga di sisi, sehingga kita ter-amat bahagia, lalu bagaimana saudara seislam yang lain?
layakkan kita memandang serong atau walau sepalit merasa benci dengan mereka yang hanyut dalam arus jahiliyyah?

Kita memang sepatutnya membenci jahiliyyah, tetapi dalam dunia kini, mereka tetap muslim (saudara kita), tetapi mereka hanyut dalam arus jahiliyyah
-Hilal Aysraf
apakah tidak mahu kita membahagiakan muslim itu sendiri setelah ALLAH swt, sahabat dan keluarga kita membasah kan kita dengan cahaya kebahagiaan?

Seperti bulan dan matahari, mereka ada tanggungjawab pada bumi dan isinya, tetapi mereka tidak melupakan sesama mereka


Wallahu'alam

Saya yang fakir sahaja, fahaman dari saya lemah

Friday, June 26, 2009

Di ambil Gerabak... Terminal Satu

Bismillah ar Rahman ar Rahim,


Terjenguk-jenguk di gerabak sejak minggu lalu.
Tiketnya ada berlambak, gayanya seperti pusat lambakan terpakai.
Hanya mahu atau tidak, beli atau berkira-kira.

Ramai yang masih berfikir, kata saya...
Beli je terus, lafaz akad... terus sambar.
Siapa yang masih menanti, jangan terkaku lewat.
Sebab gerabak ini tidak menunggu manusia.

Jangan nanti ketinggalan, maka ketawa lah sang iblis kerana terleka
Kamu menanti itu pujuk iblis
Mainan jiwa supaya merasa nanti-nanti

Jom! mahu ikut sekalian manusia yang berlumba menaiki gerabak bulan mulia? silakan ya.
Jangan lupa bungkus segala kelengkapan
Persiapan buat menyinggah-nyinggah di terminal nanti.

Mata saya sudah berkedip,
kata orang, ada orang mahu datang dengan hajat besar, baik!
Saya tidak percaya sepenuhnya kata orang,
Saya percaya kataNya, dan janjiNya,

Yang dijanjikan itu sudah tiba tercipta sedari dulu untuk kita,
AYuh ke gerabak, banyak lagi tempat kosong,
tinggalkan kawan nafsu nafsi, biar syaitan tergolek seorang diri.

di ambil gerabak... terminal 1. Buat-buat sibuk. Nak ikut? Jom di sini..

Monday, June 22, 2009

Di sinilah kembali

Berputar-putar
destinasi di tenung ke hadapan
bukan belakang di pandang sepi
tetapi kukuh sebuah pengharapan

Bertanyalah sang kalian
pada hamba Nya yang seorang ini
apakah susur hidup seorang mukmin
senyap sunyi berpintal di benak

sungguh ku tiada jawapan untuk itu
melainkan sebuah manual yang sudah sarat dengan ilmu
cuma tinggal sang hamba menggali
mengikut mampu di ikat mahu

semuanya atas insan,
satu teks manual satu teks praktikal
telah ALLAH dan pesuruhNya ajari
selagi nafas belum terhenti
biarkan matlamat ke sana yang merajai


Menjiwa insan hamba ILAHI

 
design by suckmylolly.com