Alhamdulillah, selesai sudah ‘perkampungan’ saya selama seminggu (hampir) di celah kota (on top form with my hibernation, hamdalah) untuk kajian perwatakan manusia dan aktiviti kota (in attachment with nature, lil ardhillah). Tarred study and data collection has been conducted since this study is for the PhD’s + government’s project. Kajian yang melibatkan pengambilan data manusia, density dan kualiti penggunaan kawasan kajian bagi setiap jam (with 1 hour interval) bermula jam 630 am sehingga 830 pm, benar-benar memcabar minda dan mengukur sejauh mana kefahaman saya terhadap ilmu yang dipelajari dan bagaimana menjana pengetahuan pengetahuan dalam suatu aspek yang punya kepentingan tinggi dalam industri alam bina.
Bermula hari jumaat, permulaan hari yang agak ‘menakutkan’ dan memaksa saya meyakinkan diri sendiri akan adanya ALLAH sebagai pengawal (memandangkan saya tidak berjaya mencari partner), awal pagi saya melangkah berbekalkan sedikit ilmu silat cekak ustaz hanafi yang saya pelajari dahulu (yet, tak pernah practice since tamat buah), moga ada manfaatnya. A dull starting day, sketching, doing some dummies, ukur mengukur dengan ukuran manusia (arch term means estimating), memerhati dan diperhati. Sigh. Agak memalukan. Namun, memikirkan tanggungjawab, saya teruskan berbekalkan mp3 zikir+quran. Buat penyejuk hati dan pembalut rasa resah bersalah di hati.
3rd World Mentality?!
Di teruskan dengan hari kedua, alhamdulillah sedikit terisi dengan beberapa perancangan sampingan (yang sudah di minta izin dari pensyarah berkenaan), seawal 630am saya bermula seperti biasa, kali ini lebih banyak memerhati dan saya sudah menyediakan bahan bacaan ringan (ibrah hari sebelumnya) biarpun bagasi agak berat, tapi alhamdulillah hari saya terisi dan sempat menghabiskan beberapa bacaan. Antaranya kertas kajian bertajuk, Public housing in Malaysia, Management and maintenance. [sebenarnya untuk buat assignment]
Ia mengingatkan saya kepada kenyataan Pak Lah atas isu landskap di Malaysia.
“We are 1st class in development, however, 3rd class mentality in maintenance“ katanya dalam suatu perasmian hampir dua tahun lepas.
Ya, itu memang saya setuju. Pernah juga sewaktu masih bekerja, saya mahu ’marah-marah' dengan beberapa kontraktor, di sebabkan hal maintenance fee yang tinggi tetapi khidmatnya teruk. Semasa mengejar tender, bukan main spek [spesifikasi] nya, bila tiba masa perlaksanaan dan maintenance, sakit jiwa hamba di buatnya. Kalau ada masalah, sebagai projek manager, tentulah hamba yang akan kena dengan bos, dan client akan jumpa hamba mengadu masalah (kalau mengadu tu tentunya lembut, tapi kes kami lebih kepada di jerkah malah di maki hamun, [di fire] aduh). Pengalaman.pengalaman.
Kembali kepada behavioral study.
Ukhwah tidak terletak atas lamanya pertemuan
Hari ke dua, sepanjang menunggu ketibaan sahabat saya (dalam jam 10), saya di ’temani’ oleh seorang makcik.
’Dik, mintak tolong boleh?’ sapa seorang makcik lingkungan awal 50’an sambil menarik siku saya. Senyum.
'Ya, insyaALLAH, ade ape ye makcik?’
'Erm, auntie nak pegi seremban, orang pudu kata ambil bas dekat-dekat sini, makcik baru 1st time before this I drive je…’ cerita auntie yang tak lekang dengan senyumnya. Mula-mula ingatkan cina, penilaian awal melalui wajahnya dan rambut pendek keperangan dan agak berhubannya.
'hmm, maaf ye makcik. Saya pun tak tahu. Tapi kaunter trans dekat sana. Jom saya tunjukkan.’
Setelah hampir 15 minit berpusing bersama sambil bersembang (alhamdulillah, makcik ni ramah dan berjaya mengisi kebosanan), kami akhirnya jumpa lokasi hentian bas ke arah seremban (since,kawasan kajian saya ni adalah hub bus luar-dalam KL). Sebelum menaiki bas, sesi salam seperti biasa tanda perpisahan kepada pertemuan singkat itu. Tiba-tiba ’auntie’ meraih pipi dan mencium.
’Well, thank u dik. Menantu makcik tu S**** F****…’ beritahu makcik dan segera pergi. Wah, siapa tak kenal pada menantunya yang merupakan seorang pelakon ‘agak’ popular juga, Saya di tinggalkan terpinga-pinga, bukan kerana menantu popularnya tetapi kerana tindakan nya yang agak menyentuh perasaan saya.
‘Moga kita semua di bimbing di bawah hidayahNYA dan di beri hati yang setia menjaga syariatnya..’ saya lambai makcik dan ukhwah singkat kami dengan sekalung doa [juga buat semua].
Lebih kurang jam 10 saya dan sahabat (banafsajiyyun) menghala ke KL sentral untuk pertemuan lanjut bersama seorang lagi rakan kami bersama ke walimah rakan sekuliah kami.
Saya pulang kembali ke kawasan kajian lebih kurang pukul 3pm. Menyambung tugasan dan mewawancara petugas Rapid di sana.
”Apa buat dik? Acik tengok kehulu kehilir conteng sana conteng sini (ops bukan vandalism ya, atas kertas)?’
’Buat study skit cik. Pasal perwatakan manusia dan respond kepada sungai...ok, terima kasih ya’ saya berlalu setelah mendapat informasi.
Sebelum saya melangkah dari stesen lrt menuju ke tempat solat yang berada kira-kira 500 m dari stesen, saya di sapa 2 orang auntie.
’Excuse me...did u know how to go Mid Valley from here...’ soalnya. Senyum. Jenuh saya menerangkan namun muka mereka kelihatan janggal. Rasanya bukan orang Malaysia.
‘Come, I show u…’ tawar saya melihat mereka seakan tidak faham dan kami menuju ke atas menggunakan eskulator. Sempat bersembang.
‘Both if you are not Malaysian rite?’
‘Yes, we are from Thailand. Your nearest neighbour’
‘Oh…I have some friends from thai also, but I never been there even in a border of Malaysia-Thai’
‘Ic, so u never been to Bangkok?’ Soalnya yang membuat saya mengangguk.
’Wah, so now it’s a pleasure to invite u to our country, it’s a honour to have as our guest..’ ucap yang lagi seorang. Saya senyum. Baik sungguh dan bersopan mereka berdua.
‘U too…tq for visiting Malaysia.’ Balas saya. Dan alhamdulillah selamat saya menolong mereka dengan map [sekadar cuma] dan cara menuju ke sana menggunakan LRT. Selepas itu saya bergegas solat asar dan kembali dengan tugasan.
Azan manghrib berkumandang jam 730pm, saya bergegas kembali ke surau di dalam pasaraya. Berehat selepas selesai maghrib saya menunggu isya’ dan sekali lagi mendapat kenalan singkat. Mula-mula hanya pandang dan senyum kerana dia juga menunggu isya’ seperti saya. Bagus sekali, dia membawa buku ’solat sunat’, membaca sambil menanti waktu. Saya pula sambil itu melakukan catitan data-data di dalam kertas dan melukis apa yang patut. Dia menoleh lagi. Saya senyum.
’Erm boleh tanya sikit tak? Macamana ya...err ini..’ sapanya setelah beberapa minit. Dia menghulur buku panduan ibadah solat sunat. Erk, saya agak kaget dalam diam ketakutan takut-takut soalan killer yang di hulurkan.
‘erm, macamana ya nak buat ni. Caranya, saya kurang faham maksud die ni..’ soalnya sambil menunjuk perenggan dan muka surat. Sejenak saya membaca, alhamdulillah, nasib baik saya tahu sedikit dan setelah menerangkan serba sedikit dan dia memahami, saya mulakan sesi taaruf. Sempat juga berkenalan itu dan ini. Ilmu itu membina ukhwah. SubhanALLAH walhamdulillah.
Dan pengajaran lain yang dapat saya simpulkan, malu bertanya sesat jalan (huhu, memandangkan hamba ni kadang-kadang malu nak bertanya). Self motivated ni.
Bersambung [insyaALLAH dengan izinNYA]