Sang Murabbi : Filem Dakwah dan Tarbiyyah
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan Firman tuhanmu
Terik matahari tak surutkan langkahmu
Berhujan badai tak runtuhkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu
(Sang Murabbi—Izzatul Islam)
Filem Sang Murabbi merupakan satu lagi karya seni islamik keluaran Indonesia yang bakal di tayangkan tidak lama lagi. Namun, di Malaysia, saya tidak tahu bila. Apa yang menarik, filem ini saya lihat (melalui trailernya) terdapat sedikit kelainan berbanding filem sebelum ini yang bernuansakan islami. Ia saya lihat sebagai suatu filem pasca tarbiyyah secara total yang kurang dengan pengaruh liberalism yang jika dilihat dari filem-filem bercorak islamik yang masih tebal dengan nilai liberal.
Filem Sang Murabbi mengisahkan tentang guru pentarbiyah dan pelopor gerakan dakwah sebuah parti di Indonesia, almarhum Ustaz Rahmat Abdullah. Keseluruhan ceritanya mengenai keperibadian dan ketokohan almarhum ustaz yang mana jauh sekali berbeza dengan filem islamik sebelum ini yang bertunjangkan cinta manusia yang ‘di sandarkan pada ILAHI’ sebagai paparan.
Keypoint utama yang saya dapati dari filem ini adalah tentang bertapa akhlak, keperibadian dan keterampilan seseorang sudah cukup member kesan mendalam dalam kerja-kerja dakwah. Filem ini dilihat cuba menggariskan bahawa ‘dakwah bil hal’ merupakan intipati terpenting dalam proses pentarbiyahan dan pembentukan akidah ummah. Klise cerita ini yang kurang menyentuh perihal ‘cinta insan’ sudah cukup memberikan gambaran bahawa hidup ini tidak hanya hadir dengan ‘kisah cinta’, malahan jauh lebih besar kepada tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah buat diri sendiri dan sesama manusia.
Alhamdulillah, saya lihat filem ini bisa ‘mengejutkan’ muda mudi sekarang dari lena yang panjang dengan kisah cinta yang mereka cuba corakkan dan member priority melebihi segalanya. Dan kisah ini memberikan impak yang besar kepada kesadaran kita bahawa golongan ulama’ itu tidak harus di caci di hina dig am di sisihkan atau apa sahaja yang dunia lakukan hari ini, bahkan merekalah golongan yang patut di ingati dan di ikuti kerana ulama’ itu adalah pewaris nabi. Dan bagi penggiat filem di Malaysia, ini suatu cabaran kepada ‘mentaliti antum dalam membuat filem yang bukan hanya berorientasikan keuntungan semata’. Fikirkanlah bahawa hidup ini bukan sahaja wujud di antara ‘CINTA’ dan ‘SEPI’ tetapi hadirnya hidup itu di antara perjuangan di medan ‘DAKWAH’ dan ‘TARBIYYAH’. Bangunlah kita semua. Bangun!!!
"Mereka yang keruh nurani, selalu melihat dengan angan-angan panjang. Seakan kematian hanya berlaku atas orang lain. Orang-orang seperti itu harus kerap diajak menurunkan jenazah ke liang lahat, melepas kerabat di akhir nafas, atau berbiduk di lautan dan gelombang yang ganas. Bila tak mempan, takbirkan empat kali bagi kematian hati nuraninya" - K.H. Rahmat Abdullah, Beternak Mimpi
selebihnya boleh di rujuk di sini
p/s [nahwanNUR] : Teringat saya kepada cerita ‘lion of the desert’ karya Anthony Quiin dan cerita Muhammad Utusan Terakhir. Harapnya lahir lagi filem-filem begini yang bisa meniup semangat juang sebenar mujahid mujahidah islam. Cuma, masih belum berkesempatan menonton saladin. Entah di mana boleh di dapati.
0 komen
Komen. Terima kasih.