.: Cameron, GIS & Prof. Dr. Ahris :.
Hari ini…tiga tajuk berbeza yang saya fikirkan dalam tiga sela waktu berlainan, namun hari ini, ada suatu perkara yang mendatang sehingga telah memaksa saya menyatukan tiga tajuk yang sebenarnya punya hubung kait untuk mencari suatu nilai yang mungkin bermakna untuk sebuah kehidupan. Tiga tajuk ini tidak lebih hanyalah sebuah Kembara Landskap Kehidupan yang saya
‘Kita lah arkitek landskap kehidupan’
Tegas ustaz itu ketika memberi tazkirah ringkas pada sela masa solat taraweh ramadhan yang baru sahaja berlalu. Saya tersenyum. Jika dahulu, saat mengetahui keputusan kemasukan ke universiti, seharian saya mengurung diri di dalam bilik, memboikot keputusan dari kementerian. Bila difikirkan kembali kini, terasa bodoh, kerana marahkan keputusan dari kementerian, saya memboikot diri dan keluarga. Aduhh.. Bukan apa, kerana bidang landskap arsitektur tidak langsung pernah saya bayangkan dan idamkan kerana minat saya lebih kepada science stream.
Hari ini, atas pengalaman yang telah saya lalui, melibatkan diri dalam bidang landskap arsitektur turut menyumbang dan salah satu platform terbaik buat menjadi seorang pencorak landskap kehidupan. Bidang landskap tidak lah terhad kepada seni hiasan pokok dan tanaman, namun lebih meluas daripada itu. Salah satu aktiviti kami ketika belajar adalah lawatan dan kajian lapangan (site visit). Waktu inilah kita benar-benar boleh menyelami dan memahami sebenar landskap kehidupan terutama sekali di
Di dalam banyak-banyak lawatan lapangan, paling yang saya tidak mampu lupakan adalah lawatan ke sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang agak terkenal di
Sepanjang seminggu di sana, 2 hingga 3 hari saya bersama 3 orang rakan dan 4 orang pensyarah kami menjadi wakil PBT dan jabatan hal ehwal orang asli (JHEOA) pergi ke beberapa pos (perkampungan orang asli) bagi menjalankan kajian dan menerangkan kepada penduduk peribumi ini tentang projek penempatan semula perkampungan mereka. Atas sebab apa? Hmm, sebenarnya untuk projek menaik taraf sistem pengangkutan (transportation) sebagai salah satu projek pembangunan pelan pelancongan CH. Lihatlah siapa mangsanya? Tawaran buat mereka bukan lah tidak lumayan, namun di sebalik semua itu, ada suatu yang merisaukan mereka, iaitu kehilangan nilai kehidupan dan cara hidup mereka yang mampu membawa kerosakan nilai moral kepada generasi mereka. Itu yang mereka suarakan kepada kami. Lihatlah bertapa mereka amat melihat kepada pembangunan nilai kehidupan berbanding pembangunan fizikal yang mana di lihat mampu mengancam sistem sosial mereka. Bagaimana kita?
‘Assalamualaikum sister.’ Sekumpulan kanak-kanak di dalam pagar pelbagai usia antara 9-17 tahun (mungkin) menegur riang saya dan sahabat saya yang ketika itu di tugaskan mengambil gambar sekitar Pos Leyar (perkampungan ke 2 selepas pos mensun) yang kami lawati. Pos Leyar merupakan pusat kepada segala pos yang mana memiliki kedai mini (kecil dan milik kaum lain), pusat budaya (rumah panjang orang asli) dan sekolah berasrama. Rupanya tempat itu adalah sekolah berasrama anak-anak orang asli. Ingatkan kami tadi kenapa mereka terkurung. Asrama yang hanya mempunyai 2 blok setingkat seperti bangunan kelas, dan satu
‘Waalaikumsalam…apa khabar? sekolah darjah berapa je semua ni?’ jawab saya dan terus dengan misi kami mengumpul data melalui temuramah. Mereka kelihatan sangat riang. Kenapa? Kerana menerima tetamu atau…? Saya terharu, seronok, sedih….kosong.
‘Hmm, sister english please! We also learn English…’ minta seorang kanak-kanak (semua pelajar-pelajar tersebut adalah lelaki), tersenyum gembira.
‘Oh ok, sorry… how old are u..all?’ balas sahabat saya. ‘Die cakap English dengan kita la!!’. Mereka melompat gembira dan ramai kanak-kanak yang sedang bermain berkerumun sekitar pagar. Oh kami terpisah dek pagar. Masing-masing menjawab umur dan tahun pengajian. Gembira.
‘Sisters, are u both muslim?’ soal seorang dari mereka. Kami mengangguk senyum.
‘Apalah, diorangkan bertudung!’ tukas seseorang lain. Kami tersenyum.
‘Wah, we are all muslim too. This school have a lot of muslim, cikgu also muslim…ops, teachers’ terang seorang kanak-kanak lingkungan 12 tahun mungkin. Mereka terlalu gembira. Saya menjadi semakin terharu.
‘Where’s the teachers?’ soal saya kembali. Masing-masing menunjukkan sekumpulan 4-5 orang lelaki dewasa berdiri di sisi pintu asrama.
‘Itu semua cikgu la, diorang ajar kami semayang, ajar macam-macam yang makayah pun tak tahu…hehe’ yang lain mengangguk.
‘Lelaki perempuan takleh salam, haram…’ beritahu mereka. Kami tersenyum.
‘Diorang orang ‘sini’ juga?’ soal kawan saya. Mereka menggeleng. ‘Diorang macam sisters’ jawab mereka memaksudkan bahawa guru-guru itu bukan kaum peribumi seperti mereka.
‘Takda perempuan belajar sini?’ soal saya lagi.
‘
Perbualan dengan mereka terpaksa berakhir di situ memandangkan pensyarah kami sudah melambai menganjak pulang kerana jam sudah menunjukkan 7 malam. Berat namun kami tetap perlu pulang. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Banyak yang kami fahami dari lawatan ini. Walau lelah memanjat bukit curam menuju rumah tok batin sehingga ada yang tergelincir, lelah melalui jalan 4wheeldrive yang memakan masa 4-5 jam, namun ada sesuatu yang mengajar saya tentang erti sebenar kehidupan dan pentingnya erti berjemaah dan mengambil berat tentang semua golongan.
Dia kata, 'otak monyet bakar sedap woo..' huhu. Nak try?
Terbelakah sebenarnya kebajikan mereka selama ini? Bagaimana dengan dakwah islam, adakah sampai kepada mereka? Fikirkanlah wahai mereka yang bertanggungjawab untuk memikirkan!!
GIS dan aplikasi
Jika di lihat, sebenarnya saya boleh dikategorikan sebagai golongan yang menyambung pengajian bukan atas dasar minat. Kalau di awal pengajian tentu semua dapat membaca ‘keterpaksaan’ di wajah saya setiap saat. Namun, atas kepercayaan bahawa adanya ALLAH sebagai pengatur hidup kita, dan sesungguhnya DIA maha mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA, maka saya berusaha mencari suatu ‘arah’ di dalam bidang ini.
Sehinggalah saat saya berada di akhir tahun 2 semester 1, ada ssatu subjek yang menarik perhatian saya. Geographical Information System (GIS) yang secara mudahnya (untuk kefahaman umum) merupakan suatu sistem yang membantu dalam merangka sebuah pembangunan berdasarkan keperluan semasa yang menitik beratkan geografi sesuatu kawasan. Ini boleh dilihat sebagai satu daripada program pembangunan mampan yang boleh membantu kepada pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem semasa namun dalam masa yang sama terdapat pembangunan bagi menampung populasi dan kehendak semasa atau kata lainnya bersebab.
Maksud al-hadith:
‘He, who destroy a tree without any reason, GOD will put him in a hell’
Namun, apa yang membuatkan subjek ini menjadi subjek kesukaan saya adalah sistem database dan analisis yang merangka, mengumpul dan menganilisa data-data yang diperolehi, GIS Application. Memandangkan lebih kurang 80% melibatkan penggunaan komputer, maka ia sememangnya menepati minat saya sedari dulu, iaitu komputer.
Kajian kami selama lebih kurang seminggu di Cameron Highland (seperti di atas) memerlukan setip data di kumpul, di analisis dan di simpulkan juga melalui perisian komputer membuatkan semangat saya luar dari biasa. Dan atas setiap usaha itu, Alhamdulillah buat pertama kalinya saya berjaya memperolehi keputusan memberangsangkan buat subjek studio yang memakan masa 6jam kredit.
Namun atas semua ini, saya tidak akan mampu melupakan seseorang yang amat berjasa mengajar dan memperkenalkan saya yang sebelum ini buta dengan sistem database dan penilaian geografi dunia, iaitu Professor Dr. Ahris bin Yaakub.
Seorang yang bagi saya cukup humble dan simple, dengan pakaian biasanya baju kemeja kotak, seluar slack dan bercapal. Ringkas, namun tiada siapa tahu yang beliau merupakan salah seorang pengasas pendidikan GIS di
Sifat tegas dalam menjaga disiplin ilmu beliau yang berpegang kepada syariat islam amat saya kagumi dan hormati. Ilmu itu datang berkatnya dengan disiplin. Disiplin ilmu itu terletak dalam disiplin kita beragama. Itu pendirian beliau dan itu yang selalu ditekankan. Lambat ke kelas itu maknanya tidak amanah dengan masa yang ALLAH beri untuk suatu tugasan, tidak berpakaian kemas itu bukan suatu etika yang memenuhi standard seorang islam seperti yang digariskan al-quran dan sunnah. 2 perkara yang selalu dipandang enteng oleh pelajar (terutamanya remaja) itu sungguh sensitif bagi beliau dan bisa membuka ruang ‘tarkirah’ di dalam kelas sebelum masuk kepada subjek berkaitan. Walau kadangkala ‘perkara kecil’ itu yang membuatkan pelajar tidak selesa dengan beliau, namun, sebenarnya itu disiplin yang membina asas dalam berakhlak di dalam ilmu.
Siapa sangka masa amat cepat berlalu. Setahun yang lepas, sebelum menyambung master di sini sebenarnya saya bercadang untuk menyambung di u pertama saya dalam bidang GIS untuk mengkaji kawasan reklamasi (reclamation), dan di bawah kelolaan prof. dr. ahris. Banyak informasi awal yang saya dapat. Namun, perancangan ALLAH jua yang terbaik. Dan takdirnya membawa nahwanNUR di taman Ilmu dan Budi.
Dan hari ini (9 Ockt), tepat jam 630pm saya mendapat berita pemergian Prof. Dr. Ahris bin Yaakub awal pagi tadi. Berita dari seorang bekas pensyarah saya melalui SMS benar-benar meragut sedikit ketenangan hati dan melonjak motor ingatan saya bergerak mengulangi potret kenangan dan sumbangan beliau di saat pengajian saya yang menyumbang kepada anugerah pendidikan buat saya semester itu dan peningkatan cgpa saya bagi semester seterusnya. Dan seterusnya melonjak semangat saya untuk terus menyingkap ‘ilmu landskap arsitektur’ yang merupakan suatu penggerak dan pencorak landskap kehidupan manusia.
InsyaALLAH jenazah beliau akan segera di bawa pulang dari
Sungguh, janji ALLAH itu pasti.
Buat sahabat-sahabat yang mengenali allahyarham Prof. Dr. Ahris Yaakub, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor, dan yang pernah mengenali beliau secara langsung atau tidak langsung, lama atau sekejap, atau sesiapa sahaja walau tidak mengenali beliau, sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat beliau.
p/s [nahwanNUR]: Saya tidak dapat melawat ‘arwah’ dan keluarga kerana hujung minggu ini terlalu banyak aktiviti di kampus dan lapangan yang perlu di hadiri. Apapun, doa itu jua yang paling berharga, dan setiap ilmu yang beliau sampaikan itu sama-sama kita gunakan buat pembangunan umat dan agama, bukan sebagai pemusnah kepada pembangunan tamadun dan akhlak islam itu sendiri. Buat yang lain, walau beliau bukan berdiri di dalam bidang agama (bukan ulama’), namun, harus di ingat bahawa setiap ilmu itu adalah milik ALLAH dan sebahagian dari cabang agama, dan kitalah yang mencoraknya supaya ilmu itu manfaat atau tidak. Jadi setiap yang menyampaikan ilmu itu juga adalah pembawa wadah agama. Kata-kata hukamak, 'guru itu pewaris ulama’.
Wallahua’lam.
Comeron….GIS…Terima kasih Prof. Dr. Ahris
Perginya prof. kami redhai dan insyaALLAH dalam ketenangan dan membawa setiap amalan kebaikan dan ilmu sebagai harta berharga di dunia.
AL-FATIHAH
4 komen
Al-Fatihah buat arwah. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan mereka yang Dia kasihi.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteKitalah arkitek landskap kehidupan..
akk highlightkan kembali beberapa ayat&perenggan dr entri ini serta cadangan idea akn dtg..
'Hari ini, atas pengalaman yang telah saya lalui, melibatkan diri dalam bidang landskap arsitektur turut menyumbang dan salah satu platform terbaik buat menjadi seorang pencorak landskap kehidupan. Bidang landskap tidak lah terhad kepada seni hiasan pokok dan tanaman, namun lebih meluas daripada itu. Salah satu aktiviti kami ketika belajar adalah lawatan dan kajian lapangan (site visit). Waktu inilah kita benar-benar boleh menyelami dan memahami sebenar landskap kehidupan terutama sekali di Malaysia"
"...kehilangan nilai kehidupan dan cara hidup mereka yang mampu membawa kerosakan nilai moral kepada generasi mereka"
1) kaitan senibina landskap dengan senibina kehidupan. agak kurang jelas penceritaannya. Ada jalan cerita yg menarik, dan lebih menarik dan jelas jika dihuraikan perkaitannya secara nampak/straight da point..
2) tugas kita yg menjadi arkitek mencorak landskap lalu apa perkaitannya dengan tugas kita sebagai arkitek mencorak kehidupan. ada dua arkitek=pendakwah, landskap=masyarakat. bagi pihak nahwan memang faham kerana belajar bidang ini, cuma mengajak yg lain lebih kritis berfikir..
3) beyond on beyond (ada sebalik disebaliknya)
4) akk juga ada belajar sendiri tentang ilmu senibina. Ada ilmu senibina/design yg dihubungkait dengan islamic value..ada teori & konsepnya tersendiri. ada manfaatnya kenapa konsep senibina islam itu dipilih...bdg landskap tentu juga begitu. 'crime prevention through environment design (CPTED) using islamic value.. dalam nak design masyarakat pn ada nilai islamik dan nilai sekular. mana satu senibina yg kta nak pilih. islamic or sekularieme?
5) bagaimana cara kita perlu meniliti landskap arkitek itu lalu kita benar-benar boleh menyelami dan memahami sebenar landskap kehidupan terutama sekali di Malaysia. Sekurang2 mendidik diri kita berfikir bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada manfaat yg boleh diambil dan diperhatikan..bukan hanya sekadar memenuhi tuntutan pembangunan. masyarakat kita sangat kurang berfikir..dari apa yg terdapat disekeliling.
maaf sesangat jika pandangan ini memeningkan atau kurang rasional. agak kurang reti juga bagaimana nak terangkan pandangan ini secara ayat.
ada kesempatan kita sembang face to face..
Al Fatihah buat Allahyarham Prof yang sempat berpesan beberapa hari sebelum pemergian beliau agar kami yg masih belajar untuk post grad di Christchurch ni terus berjaya dalam pengajian kami...dan Allah Maha Mengetahui...
ReplyDeleteAl-Fatihah.
ReplyDeleteBegitulah prof., kaya dengan kata-kata nasihat, kata-kata semangat yang mampu menjana inspirasi dan semangat. Sesungguhnya memang DIA yang mengetahui segalanya.
Tanpa nama ni siapa ya?
moga berjaya dalam setiap urusan anda
Komen. Terima kasih.