.: Janji DIA dan Janji Kita?! :.
Assalamualaikum warahmatullah. Alangkah indah dan bahagianya jika diri tetap di ingati dan di hargai walaupun setelah janji itu pasti. Di ingati kerana budi, dan di hargai kerana jasa. Bukanlah kerana khilaf atau sengketa. Namun bukan bermakna diri pinta di sanjung mahupun di junjung, cuma harapannya agar ada ‘peninggalan’ selepas kematian, ada doa mengiringi perjalanan berseorangan. Kerana pabila pergi membawa amalan, meninggalkan segala harta, menghitung iman dan ketakwaan.
Ya, janji tetap janji, dan itu suatu yang pasti. Hari ini, esok, saat atau mungkin detik yang seterusnya walau tanpa sedia jika masa yang di janji itu tiba, pasti tetap pasti! Namun, benarkah janji kita di dunia tertunai saat janji NYA menjengah? Apa sebenarnya yang di bawa? Fitnah atau ingatan dan doa?
Ingatlah akan kematian yang pasti, lalu ingatlah janji sebagai hamba dan khalifah ALLAH swt, pantas melangkah hebatlah bergerak. Ummah menanti kita di luar sana, budi dan bakti kerana ALLAH swt, biar apapun jalan kita, biar apapun pilihan method kita, biar apapun cara kita, pastikan matlamat itu satu, kerana ALLAH, buat menuju redhaNYA.
Al-fatihah buat ‘tetamu ALLAH swt’ di barzakh. Moga kebaikan kalian tinggalkan di dunia mampu membawa redha ALLAH swt.
...Buat pengetahuan umum, jenazah Dr. Ahris Yaakub selamat tiba dari Christchurch, pagi jumaat lalu, 17 Oct 08' dan selamat di kebumikan di putrajaya. Al-fatihah. Khabarnya terlalu ramai yang hadir, rombongan (bas) dari JPPD, UTM, dan UIA sendiri. Dan pelbagai institusi lain dan rakan taulan dan kenalan allahyarham.
In loving memory, my late former lecterur, Professor Dr. Ahris Yaakub.
Bertapa beliau di hargai ya ALLAH, moga beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman, semuanya tetap atas pengetahuanMU ya ALLAH.
Link lain tentang beliau:-
>> Memori Lalu by Johor Photographer
>> Memori Lalu by Johor Photographer2
>> Dr.Sepet (Ex-student dr ahris)
>> Yop4ever (saudaru allahyarham)
p/s [nahwanNUR]: Hati tergerak menaip nama dr.ahris di google search, dan subhanALLAH banyak pamitan yang menceritakan hal pemergian dan jasa allahyarham. Ya, beliau tidak pernah meminta begitu, tapi inilah pulangan atas setiap jasanya. Punya nilai walau setelah janjinya tiba. Kita bagaimana nanti? Sekurang-kurangnya adakah kita hadir dalam doa teman, rakan dan taulan? Bukan mahu di sanjung, Cuma memikirkan ‘adakah punya sumbangan sepanjang kehidupan?’
4 komen
Punya persamaan namun method penyampaian berbeza.."Harimau mati meninggalkan belang Manusia mati meninggalkan.....?Allah jua yang menilai"
ReplyDeleteKita perlu sedar bahawa, kadangkala seseorang itu pergi pada mata kasar melihat seakan tidak punya sebarang manfaat, namun Allah lebih mengetahui..mungkin darjat disisiNYA lebih tinggi dari pandangan kita. Segala ilmu Allah itu Maha Kaya lagi Maha Luas.
Waidhofatan ala' zalik, la budda an Mardhatillah fi hayati...Rabbana atina fiddunya hassanah wa fil akhirati hasanah..
ibnurashidi
ReplyDeletena'am...ana setuju, penilaian manusia berbeza dengan pandangan ALLAH swt, DIA lah yang berhak menilai dan maha adil dalam menilai.
Quot; "Bukan mahu di sanjung, Cuma memikirkan ‘adakah punya sumbangan sepanjang kehidupan?’" atau secara terangnya, 'adakah punya nilai di sisi tuhan?'
moga sama-sama di beri kemudahan dalam menunaikan janji sebagai hambaNYA di dunia yang terpikul amanah itu sejak azali lagi. Amiin.
bila sebut janji2 ni teringat pula 3 janji Tuhan kepada kita rezeki, jodoh dan ajal...
ReplyDeletewallahua'lam
salam... allah bersabda.. kullu nafsinza eqotul maut.. setiap manusia takkan terlepas dari janjinya.. apa yang perlu kita ingt, adakah diri kita penuh dgn amalan2? berkerjalah seperti kamu akan hidup 1000 thn lagi.. dan beribdatlah sprti kamu akan mati esok hari... alfatihah bt awrah.. moga allah mencucuri rahmat keatas rohnya..
ReplyDeleteKomen. Terima kasih.