Kerja Jiwa Amanah :: Ikhlas kami ya ALLAH

by - 11:04 PM

Waktu : 7.09pm, 2 Rabiulawal 1429H, 08 March 08



Alhamdulillah, bulan ini masuk bulan ke tiga saya menjalani kehidupan sebagai pelajar semula setelah ‘berehat’ selama 5 bulan, dan dalam waktu itu menjalani kehidupan bekerjaya. Jauh berbeza, 3 musim yang jauh berbeza. Suasana pembelajaran undergraduate di u selatan tanah air, satu masa saya dan kawan-kawan membina identiti dan mencari minat. Dunia kerjaya pula saya lihat sebagai masa kita meng’explore’ dunia realiti tanggungjawab. Namun, setelah kembali belajar, menyambung pengajian diperingkat sarjana, boleh saya katakan, inilah masa sebenar kita membina ‘identiti diatas minat’ dan bakal mencorak siapa kita di masa depan berdasarkan pilihan kita.


Kerja, Jiwa dan tuntutan agama

Alhamdulillah, sekarang saya masih di beri peluang untuk terus menerokai bidang saya sekarang yang pada awalnya memang langsung tidak terlintas di fikiran saya. Bidang ini sebenarnya tidak langsung pernah saya bayangkan sedari punya keinginan menjadi ‘seseorang’. Dan sehingga sekarang sebenarnya seperti tidak selari dengan jiwa saya. Apa yang jiwa saya inginkan? Hahahah..macam2... saya suka komputer, sejarah, matematik dan astronomi, bahasa..apa lagi? Boleh dikatakan semua pernah jadi cita-cita saya. Ahli astronomi, pakar matematik, jurutera, pakar bahasa, computer programmer, doktorgigi. Cuma yang tak pernah terfikir nak jadi, guru, doktor dan pelukis. Namun akhirnya, atas ketentuan ALLAH swt, pelukis jugalah profesion dan bidang saya kini.. Alhamdulillah di sini rezeki saya... itu saya faham dan saya terima seadanya.. Namun, saya tetap cuba mencari kerjaya yang lebih kepada perwatakan saya. Sedang dan masih mencari di samping menjalankan tugas saya dalam bidang ini seikhlas yang mungkin.



ALLAH swt doesn’t give you what you want, but HE gives you what you need. HE knows the best of you although you know nothing


Sememangnya hidup ini begitu, tidak semua yang kita inginkan,yang dihajatkan dan dirancangkan berjaya kita perolehi. Namun, ia bukan bererti kita gagal, cuma belum tiba masa kita perolehinya sebagai kejayaan atau mungkin ada perkara lain yang lebih baik buat kita yang ALLAH swt berikan sebagai pengganti. Begitu juga halnya dalam memilih bidang pengajian. Seperti yang telah saya nyatakan sedari awal, sememangnya bidang landskap langsung tidak terlintas dalam fikiran saya, malah lebih separuh dari rakan seperjuangan saya di utm juga begitu.
Kenapa boleh jadi begitu? Panjang ceritanya. Apapun, itu bukan persoalannya.


Dari pengajian sains teknikal, lari ke bidang art-science. Awal pengajian ijazah saya, keputusan merudum jatuh. Teruk. Pada tahun ke tiga pengajian saya masih tidak jumpa di mana boleh saya hit dalam bidang ini. Sakit sungguh, lari dari bidang science kepada art benar-benar memeningkan saya.

Umum pasti tahu, kehidupan awal di u boleh membawa culture shock buat kita. Di sini kita membina diri, keyakinan dan juga membina ukhwah. Di sinilah di mana kita merentasi usia ‘remaja’ dan awal kedewasaan kita. Dan sinonimnya di sinilah di lihat perubahan dalam diri kita. Jika tersalah dan tidak berhati-hati, kita bisa tersasar dari landasan, sebaliknya, jika kita bijak dan kuat, insyaALLAH sahsiah kita sentiasa dalam syariat islamiyah dan bertambah-tambah kebaikan ke atas akhlak dan keperibadian kita.

Inilah yang saya dan rakan-rakan hadapi. Culture shock dari segi ilmu dan sistem sosial kami. Pasti semua begitu. Satu persatu saya lihat rakan-rakan kecundang. Malah saya juga salah seorang yang berada ‘dihujung tanduk’. Semangat saya semakin lemah apabila di tahun 2 apabila sahabat rapat saya ketika itu berkeputusan mengundur diri. Keliru dan tertekan. Setiap saat itu yang saya rasai sehingga ‘memaksa’ saya untuk pulang ke kampung hampir setiap minggu. Jika tidak balik, paling tidak pasti meraung di talian dengan makayah. Sehingga suatu masa, saya pulang untuk ‘berbaiah’ dengan ahli keluarga mengenai status pengajian saya. Namun tetap tergantung di situ. Tetapi usaha saya untuk menukar course masih berterusan walau layanan masih pending.


"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."

Setiap perkara yang di tentukan oleh ALLAH swt itu merupakan suatu peluang yang juga amanah bagi kita sebagai khalifah di muka bumi. Persoalannya tidak perlu diletakkan samada ia kena dengan jiwa kita atau tidak, ia lebih kepada sejauh mana kita laksanakan amanah itu semampu kita dan sebaiknya. Dalam mencapai kejayaan, ALLAH swt telah tentukan pelbagai jalan bagi setiap hambaNYA mengikut kemampuan diri kita sendiri. Jadi setiap ujian, kesakitan dan kesusahan dalam mencapai keinginan perlu kita lihat sebagai peluang keemasan dalam diri kita.

‘see obstacles as opportunities and challenges to make ourself different than others’


Jadi saya teruskan mencari satu hit point bagi saya dalam bidang ini. Semester ke 2 tahun 2, studio komuniti, saya sedar ada sesuatu yang saya minat, iaitu landskap ‘semulajadi’, itu pun belum boleh hit. Dan melalui keputusan selama 2 tahun itu, saya dapati saya lemah dari segi rekabentuk studio berbanding teori. Dan agak baik dari segi presentasi kajian bebanding presentasi idea rekaan. Jadi saya mula memerhati 3 hit points tersebut, iaitu teori, kajian dan landskap semulajadi, saya bina kekuatan dan minat. Dan dari minat ini saya bina tajuk kajian di peringkat master saya kini. Empat tahun saya cuba mencari ‘kelebihan’ di dalam bidang ini, mencari peluang menampilkan keupayaan diri yang berbeza dari orang lain.


Antara pangkat dan tanggungjawab

Awalnya pengambilan sarjana, hasrat saya cuma memenuhi cita-cita untuk menjadi pensyarah (memandangkan keupayaan dan minat saya lebih kepada teori berbanding praktikal). Jadi saya mengambil master untuk meninggikan sedikit nilai pencapaian ilmu supaya mudah diterima ketika di temu duga. Itu harapan dan perancangan awal. Namun, setelah benar-benar bergelut dalam pengajian siswazah, baru saya faham, inilah masa depan pilihan saya, yang saya perlu bina berdasarkan minat saya dan tentunya sesuatu yang dapat saya sumbang untuk komuniti umum dan agama islam khasnya.

Awal kemasukan saya, saya berusaha mempertahankan tajuk kajian saya. Basicnya tetap landskap. Namun, saya minat untuk membuat kajian dan master in Islamic Landscape. Awal pencarian bahan, saya sudah rasa cabarannya. Bahan rujukan yang kurang dan ‘nasihat’ yang kurang memberangsangkan. Setelah melalui beberapa perbincangan dengan Deputy Dean Postgrad, Supervisors dan beberapa orang pensyarah, dan mengalami beberapa amendment keatas tajuk, akhirnya, Alhamdulillah hasil perjuangan saya (eheh, kononnya =D), minggu ini tajuk saya telah diluluskan malah mendapat pujian (Haza min fadhliy rabbi). Asasnya masih sama, iaitu Islamic landscape dan isu sosial. Syukur Alhamdulillah, ALLAH swt telah membantu mempermudahkan urusan saya.


Ini tajuk baru saya yang diluluskan. Crime Prevention through Environmental Design (CPTED) Using Islamic Value in Housing Landscape Planning and Design.

‘When u has master, phD or doctoral title, it doesn’t meant that now u have higher education compare to others that u can be proud of it. It does meant that your responsibility are much more compare to them and u’re the one who will be questioned first at akhirah about the fields that u major at..’itu kata-kata pensyarah Islamic Worldview of Built Environment saya.
Sememangnya kata-kata graduan Al-Azhar itu terpahat dalam kotak fikiran saya.


Takut ada, namun itu tanggungjawab kita. Sebagai umat islam khasnya, kita amat memerlukan sarjana di pelbagai bidang dalam usaha kita menegakkan agama kita dan mengelakkan kita di tindas musuh.



Ujian ini...tabahkan hati kami ya ALLAH


Walau baru 3 bulan dalam pengajian siswazah saya, tekanan yang saya rasakan boleh dikatakan sama seperti jumlah sepanjang pengajian ijazah saya. Dengan kekurang sumber kajian di dalam versi BM mahupun BI, memadang tajuk kajian yang fokus kepada islamic landscape with main view on quran and sunnah, maka rujukan kebanyakannya di dalam bahasa arab. Bekerja 8 jam sehari, 7 hari seminggu. Itupun masih belum sempat selesaikan tugasan on time. Sudah beberapa kali ‘dijerit’ oleh supervisor dan kadangkala di hadapan umum. Oh, itu benar-benar ujian buat saya. Sebenarnya bukan saya sahaja, rakan-rakan seperjuangan yang lain sama keadaannya seperti saya.


Namun, saya sedar tekanan bukan saya seorang sahaja yang hadapi. Lihat sahaja kaum muslimin yang makin luruh rambutnya, itu tanda-tanda bebanan fikiran kami..subhanALLAH. Lebih-lebih lagi syarat di uia, pelajar postgraduate perlu mendapat 3 pointer untuk setiap semester. Ya ALLAH, hanya padaMU kami memohon kekuatan. 3 pointer bukanlah mudah bagi saya, kalian mungkin. Tapi, itu bukan alasannya. Jika orang lain mampu, kita juga pasti mampu.

Dan semestinya itu hanya ujian kecil buat kita semua. Tidak terbanding dengan ujian para mujahid dan mujahidah islam terdahulu dalam menempuhi kehidupan, menegakkan agama dan dalam menyebar dan mendalami ilmu ALLAH swt.


‘Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.’


Sabar, usaha, istiqamah, tawakkal, redha, dan yakin kepada ALLAH swt harus kita jadikan kunci perjuangan kita. InsyaALLAH pasti DIA berikan kejayaan dan pengakhiran yang baik kelak.


Dunia platform amanah buat menuju destinasi Akhirat yang abadi

Mohon ampun dan maaf jika entry kali ini mungkin tiada faedahnya kerana banyak berkisar tentang pengalaman saya. Namun saya pasti, ramai yang melalui perkara yang sama dengan saya. Mendapat bidang pengajian yang bukan minat kita, dan pasti walau minat sekalipun, pasti terasa tekanan pelajaran dan kadangkala terasa singkatnya waktu dengan tanggungjawab yang perlu di laksanakan. Dan, ini sekaligus menuntut kita melakukan yang wajib dan melupakan ‘seketika’ yang sunat.


Namun, itu pasti bukan jalan terbaik. Lakukanlah yang sunat juga semampunya. Bina kekuatan kita dengan amalan-amalan sunat bagi memohon pertolongan dan kemudahan dari NYA. Kerana, DIA lah pengatur segalanya, namun, tetap jalan yang di pilih adalah kita. Jadi tetap perlunya kebergantungan kepadaNYA dalam meraih hidayah, tarbiyyah dan redhaNYA. Moga kelak kita tidak lupa dengan ketinggian ilmu mahupun pangkat yang di beri NYA. Mencintai nikmat lebih dari Pemberi
nya. Dan semoga Ilmu yang kita perolehi berguna dan bermanfaat buat bekalan akhirat kita.


Bak kata ibnu atthoilah as-sakandari...

‘Khairul ilmi ma kaanatil khassyah ma’ahu: Ilmu yang paling baik adalah yang di sertai dengan khassyah iaitu sifat rasa takut kepada ALLAH yang di sertai mengagungkan ALLAH swt’


Dan ini di ulas lanjut oleh Aidh Abdullah al-qarni iaitu untuk melihat samaada ilmu yang dituntut itu bermanfaat, maka lihatlah pada hasilnya. Jika kai berasa semakin takut pada ALLAH, semakin baik dan banyak ibadahmu kepadaNYA, maka itulah tanda ilmu mu benar-benar bermanfaat.

Semoga kita semua tidak sibuk dengan ‘kesibukan’ dunia yang hanya platform amanah menuju akhirat. Ingatlah DIA dan pohonlah kekuatan dariNYA supaya dunia yang kita kendong tidak kelepasan, dan akhirat yang kita jinjing tidak keciciran. Moga kelak terbinanya kekuatan dalam diri walau beribu mehnah yang dihadapi kerana yakinnya kita dengan adanya ALLAH swt di sisi. HasibiyALLAHu wanikmal wakiil, wa nikmal maula, wa nikmannasir.




Dan semoga bertambah-tambah iman dan taqwa kita dengan bertambah-tambahnya ilmu ALLAH swt dan kesenangan dalam mengisi ruang hidup kita.


Adanya pepatah dari ulama terdahulu:

Seseorang yang kuat iman dan takwa kepada penciptanya (ALLAH s.w.t) ialah kalangan mereka yang tidak susuk amal ibadat mereka, tatkala mereka dilimpah dengan pelbagai kesenangan hidup, walhal seseorang yang lesu iman dan takwa kepada penciptanya ialah kalangan mereka yang semakin susuk amal ibadah mereka, tatkala mereka ditimpa pelbagai bala bencana yang sentiasa bertandang menghantui hidup mereka


Wallahua’lam.

Dunia ini pelayaran mengenal fungsi diri, akhirat kelak merupakan destinasi paparan fungsi diri, jadi di situlah sebenarnya segalanya pasti kita ketahui. Mungkin kita tidak tahu keselesaan jiwa kita, dan perlu terus mencari dan perlu di pastikan biar ia selesa dengan sesuai dengan agama kita. Namun amanah semasa tetap perlu kita laksanakan semampu dan seikhlasnya.

Moga setiap urusan kita dipermudahkan dan dalam tarbiyyah dan redhaNYA. ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma asnim bil khair



You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.