.: Saat Diri Terasa Dungu :.
Saat diri terasa dungu, hmm, erti kata lain ‘seakan lemah dan terkebelakang’, maka saat inilah rasanya setiap urat ke’rajin’an beranjakan hebat. Hebat untuk membuktikan ‘dungu itu bukan aku’. Lemah itu bukan saya. Yang terkebelakang itu bukan kita.
Betulke begitu? Atau begini…
Saat diri terasa dungu, semua nadi berdenyut perlahan. Longlai kerana terasa ‘aku memang dungu’, lemah itulah saya dan yang terkebelakang itu jugalah kita.
Saat ini, sudah syawal yang ke 11 dan diri ini masih terasa di dalam zon selesa. Terasa lemah segala urat nadi, namun bukan kerana diri terasa dungu, tetapi seakan terasa diri ini lengkap serba serbi, kuat dan outstanding (antonym kepada dungu. Kononnya! Padahal tidaklah dikatakan hebat pun). Tapi bukan atas pujian manusia, tetapi lebih kepada ke’perasan’an diri kerana suasana sekeliling seakan kosong tanpa momokan kedunguan diri.
Dahulu, sedari kecil, diri ini selalu di tekan oleh sekeliling dengan perkataan ‘dungu’. Engkau ‘dungu’. Aduh, seakan kejam bukan? Namun, realitinya, saat itulah terasa sangat gembira dan senyuman melebar.
Dahulu sewaktu darjah, di dalam adik beradik, prestasi pelajaran saya lah yang tercorot. Suatu hari sewaktu darjah 4, saya pernah di panggil kehadapan oleh guru matematik kerana kerja sekolah yang tidak di buat dan ketidakmampuan saya menjawab soalan di papan putih. Di tambah lagi perangai saya yang akan tidur setiap waktu kelas matematik dan hanya akan bangun untuk makan gula-gula dan habis saya akan kembali melelapkan mata. Sehingga angin komulunimbus cikgu hadir, saya akan tertarik kearah pusaran dan kepala saya menjadi mangsa permukaan papan putih. Pun selalu begitu, saya masih tidak serik. Sehingga suatu hari, cikgu bertemu mak dan menceritakan perihal saya. Sebenarnya saya tidak kisah, namun ada suatu perkataan dia yang mencucuk diri untuk merasa sangat dungu saat itu.
‘Mak meniaga, takkan anak tambah tolak yang biasa pun tak tahu!’.
Mak seperti biasa akan ‘membasuh’ saya lembut. Saya, masih wajah selamba. Sehingga hujung tahun masih wajah selamba yang membuatkan hati mereka-mereka yang selalu ‘membasuh’ saya berapi (mungkin). Suatu petang, mak pulang dari sekolah, membawa saya keropok. Tetapi wajahnya tetap selamba, mungkin membuat serangan balas kepada saya selama ini yang kononnya amat selamba. Mak berjaya membuat saya tidak tenang, sehingga memaksa saya bertanya kepada yop (abang sulong) perihal tabiat emak yang menghadiahkan saya keropok berserta wajahnya yang selamba.
‘Hmm..cikgu syahidatul jumpa mak pagi tadi, kata kamu dapat markah matematik tertinggi dalam kelas tahun ni. Dapatla naik kelas tahun depan, cikgu rekemen kan.’ Beritahu yop. Saat terasa dungu, saat itulah semangat saya memuncak. Dan saat itulah rasanya terasa sangat mahu membuktikan pada diri yang ‘kamu ni bukanlah dungu seperti depa kata’. Hmm, alahai emak. Alhamdulillah tahun 5 saya dapat naik kelas no. 5, kelas dua dari belakang (maknanya selama ni saya duduk di kelas terakhir. Hahaha, jangan tak percaya).
Dahulu ketika darjah 5, tangan semakin rancak menari dengan nombor, matematik semakin rapat dengan diri, otak semakin ligat menghafal kira-kira. Namun, perihal bacaan saya tinggalkan. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan agama saya anak tirikan. Menjadi ibu yang sangat kejam sehingga sanggup terus melupakan ‘anak-anak tiri’ saya. Ini menghasilkan kebencian keatas cikgu bahasa melayu saya, sehingga memandang saya pun dia tidak sudi. Tiang di luar kelas menjadi teman setia setiap kelas bahasa melayu. Kelas agama dan bahasa inggeris jarang mengena kerana ustaz muda lelaki dan cikgu India itu tahu ‘menguruskan’ pelajar bermasalah seperti saya. Takut punya pasal saya ‘memaksa’ diri ‘berlakon’ baik. Sehingga lah suatu hari cikgu bahasa melayu memanggil alang (abang di atas saya yang tua setahun dan berada di darjah 6), melepaskan serangan kepada saya di hadapan alang sambil membaling buku-bukutulis di muka saya.
‘Abang pelajar harapan, adik tak boleh di harap!’. Mencuka wajahnya, wajah saya masih selamba, wajah alang memang begitu, setenang air dikali (hehe). Padahal, hati saya ALLAH sahaja yang tahu takutnya pada hati manusia yang menyinga itu. Hmm…salah saya juga. ‘Esok suruh ayah kamu datang!’ pesan cikgu pada alang kerana pesannya melalui saya tidak pernah sampai kepada mak ayah.
Sewaktu rehat hari itu, seperti biasa saya akan makan bersama alang bekalan dari rumah.
‘Hmm, alang jangan bagitau makayah ye…ni orang bagi kamu makan habiskan’ saya cuba rasuah alang (ishish). Alang masih tenang sambil meneruskan suapannya. Wajah saya yang selamba bertukar belas. Habis bahagiannya alang diam seketika.
‘Hmm, alang tak kan bagitahu makayah sampai bila-bila, tapi janji…lepas ni buku ni dah tak melayang lagi macam tadi. Ni habiskan kamu punya…’ balas alang masih tenang seperti biasa dan menolak bahagian nasi goreng dan buku-buku tulis saya di hadapan saya. Dan percaya atau tidak sememangnya sampai sekarang makayah tidak tahu apa yang terjadi kerana rahsia kejap tersimpan di antara saya dan alang. Alhamdulillah ada hasilnya teguran alang yang makan dalam diri saya.
Tahun 6 pluto, 1996, saya berjaya menjadi salah seorang pelajar kelas tahun enam, kelas pertama di sekolah itu dan merupakan kelas ‘projek cemerlang upsr’ tahun itu. Mak dan alang membuat wajah selamba. Yop (abang sulung) juga yang menjadi pengkhabarnya. Hmm, alahai alang, aduhai emak. Alhamdulillah tahun 6 saya dapat naik dari kelas dua dari belakang kepada kelas pertama. Aduhai diri, engkau bukanlah sentiasa terkebelakang jika kau mahu!.
Malas saya tidak pernah hilang. Ini terbukti dengan keputusan PMR yang calar dengan pelbagai warna (not with flying colors, ya ALLAH). Saya hanya mampu mendapat 1 A dan yang lain… ‘Syukur alhamdulillah. Ada jugak A daripada takda kan? English pulak tu, jadi cikgu BI la anak kita lepas ni…’kata ayah lembut dan tenang, memuji atau menguji saya tidak pasti.
Dan alhamdulillah itu membolehkan saya mendapat tempat di sekolah teknik. Menghadapi subjek yang semakin ‘memualkan’ kerana memaksa saya menghadapi bahan bacaan yang banyak. Semangat masih merudum. Sehinggalah di pertengahan tahun tingkatan 4, diri terasa dungu kerana ‘sesuatu’. Perangai saya berpusing 360. Dungu teramat dungu sehingga memaksa saya menjadi seperti detektif cane (csi Miami). Dan masa-masa saya yang kosong digunakan untuk mengulangkaji dan alhamdulillah keputusan SPM membolehkan saya melangkah ke program matrikulasi. Cadangan awal mahu membuat persediaan ke jepun namun mungkin bukan rezeki saya.
Begitulah saya saat merasa dungu. Namun, aksaranya berbeza di arena yang semakin tinggi. Saat di u, tiada siapa yang boleh panggil kamu dungu, kerana jika dungu kamu tidak akan ke sana (ini kata pensyarah saya, wallahua’lam). Namun, polemik permainannya semakin ‘makan dalam’ sehingga memaksa diri berasa sentiasa dungu, semakin dungu, malah mungkin lebih daripada itu terutama sekali jika ilmu itu tiada sebarang manfaat selain hanya untuk pertaruhan peperiksaan. Ke’dungu’an ini yang sehingga memaksa diri menggagalkan diri. Pernah seorang pensyarah bertanya akan keputusan menggagalkan diri.
‘Hm, masalah bukan pada credit atau markah tu encik. Masalahnya saya memang tak faham dan tak tau pun macamana nak aplikasikan dia. Nanti dah kerja payah, tak tertunai tanggungjawab dalam menuntut ilmu, tak terlaksana amanah dalam kerja ’ Wajah masih selamba.
Ilmu itu fitrahnya mulia kerana datangnya dari Sang Pencipta, namun ia mampu menjadi kotor dek kerana ke’dungu’an kita menghadam aklak dalam suatu korikulum sehingga sirna manfaat atas aplikasinya.
Kerana keputusan di tangan kita. Yang memilih nya kita, namun, natijahnya tetap milik ALLAH swt. Itu sebabnya, walau di saat dungu, saat lemah saat terkebelakang saat miskin saat terpinggir, jangan lupa bahawa adanya ALLAH sebagai pengatur hidup kita. Jangan kita fakir dengan jiwa. Dan jika kita berada di saat hebat, saat gemilang, saat di hadapan dan di atas, saat kaya saat di junjung dan di sanjung, jangan lupa bahawa ALLAH pemilik segalanya. Jangan kita kaya dengan riak. Konklusinya, walau di mana kita berada teruslah zuhud pada dunia. Teruslah berusaha sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan pencipta. Setiap itu adalah ujian. Asy kur kum wa akfuru?! Pilihlah.
Wahai anak saya hendak mengajarimu beberapa kalimat, Jagalah Allah niscaya Allah menjagamu, jagalah Allah niscaya engkau mendapatiNya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah , jika engkau minta tolong, mintalah kepada Allah. Ketahuilah bahwasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering (tintanya).
3 komen
Fikir 'dungu', maka jawapannya 'dungu'...
ReplyDeletekerana kita bertindak mengikut apa yg kita fikirkan..
apa jua tindakannya, mengalah atau meneruskan, pokok pangkalnya satu shj..iaitu TARBIYYAH!
TARBIYYAH meletakkan ALLAH sebagai motivasi terunggul!
telusuri sirah perjuangan Rasulullah dan sahabat dlm peperangan badar..kelengkapan perang tidak setanding dgn musuh, kepakaran perang masih lemah dan bilangan mereka sangat sedikit. Tapi keadaan ini tidak mengenal akan mereka apa erti 'dungu' kerana tarbiyyah rubbubiyyah meletakkan iman & takwa pokok pangkal utama. Iman dan takwa tidak meletakkan kita menjadi seorang 'dungu'.
RENUNGILAH SEMANGAT AHLI BADAR INI..
SELAMAT BERJUANG WAHAI ADIKKU DARI SEGENAP ARENA YANG KAMU TELUSURI...
TERUSKAN BERJUANG SGN SEMANGAT AHLI BADAR!
salam 'alaik kak...:)
ReplyDeleteDont worry...Tiada siapa yg dungu andai AlQuran dan As Sunnah menjadi junjungan & amalan..:) Sy percaya kt semua bijak2 belaka:)
Cumanya, area of kebijaksanaan kita sj yg berlainan..Ada yg pandai masak, ada yg pandai bertukang, etc..Kita semua saling melengkapi..Indahkan?:)
Anyway, it's a nice entry with motivational values,kak:)syukran..
wassalam:)
Salam kak dayah
ReplyDeletesyukran atas komen. Alhamdulillah, itu yang saya mahu maksudkan. Tapi jujurnya, target group saya lebih kepada mereka yang kurang arif tentang konsep TARBIYYAH dan tak di expose tentang kefahaman SIRAH rasulullah saw.
namun, bagi saya, jika berfikir dungu tidak sentiasa menghasilkan dungu, ia tetap terletak pada langkah kita seterusnya. Manusia tidak terlepas untuk rasa terkebelakang, kerana rasa itu bisa melahirkan ketaatan kepada ALLAH swt jika kita manusia-manusia yang tahu berfikir.
Wallahua'lam...
p/s: anyway, idea akak memang bagus dan perlu di fikirkan. Point of my sentence is let the feeling of 'dungu' imply the feeling of zuhud.
salam alayk dik dania
na'am, u got the point very clear. Tak semua kita mampu jadi terbaik, namun, kita mampu jadi terbaik untuk diri kita (based on personal skills). and it all based on our believe on ALLAH and how far we apply the guide from quran and sunnah
afwan dik ^__^
p/s: nice blog of yours, another story, hati2 jangan padam lagi na, hehe :D all the best in your future undertaking...siiru ala barakatillah
Komen. Terima kasih.