.: Sungguh, janji ALLAH itu pasti!! :.
‘Insaflah wahai ayahanda ku …., bahawa janji ALLAH itu adalah benar!’ tegas angah mengingat
.........
Usai solat isya’ itu, saya terus mempersiap diri untuk membawa sahabat mencari makanan seperti terjanji. Selesai bersiap terusan mahu keluar dan saat itu lagu tausyeh bergema dari mobile phone saya.
’Salam Lah. Paksu...’ senyap. Kaku . Kosong. Sahabat yang tadi di sisi bertanya beberapa kali sudah tidak di dengari.
’Nahwan, kenapa?’ soal sahabat mula risau sambil menggoncang tangan saya.
...........
Sampai di perkarangan sudah penuh manusia. Dalam fikiran yang masih tidak sepenuh percaya, saya melangkah laju namun kaki hebat bergetar. Semua memerhati.
’Anak ustaz yang belajar di uia mungkin...’ seseorang kedengaran berbisik dengan yang lain.
Masuk di dalam, mata tertancap pada sesusuk tubuh khusyuk membaca quran, yasin mungkin. Dari kejauhan saya meneliti wajah di depan sekujur tubuh kaku berselimut putih itu, angah kelihatan begitu tenang. Sekilas lalu, lantas saya terus ke pintu masuk dapur.
Maksu. Duduk sambil mulutnya menari membaca surah yasin mungkin, mengikut jemaah di bahagian depan rumah yang penuh.
’Pukul berapa perginya?’
’830 tadi...terus acu call kamu. Maaf ya minta tolong kamu bagitahu saudara mara.’ Merah matanya saya renung sambil berganti maksu memeluk dan menggenggam tangan saya.
...........
Sehingga jam 12 malam, hanya saya dan angah melayan tetamu yang hadir, anak-anak lain semuanya masih dalam perjalanan. Petang hari itu sebenarnya baru sahaja anak-anak maksu merangkap sepupu-sepupu saya pulang ke asrama masing-masing.
Saya setia di sisi maksu sehingga jam 2 pagi, usai orang ramai, anak murid arwah membaca yasin berjemaah. 4-5 kali juga. Baru berpeluang kami sekeluarga saudara mara ’menemani’ arwah di perbaringan dengan bacaan quran. Alhamdulillah, menjelang jam 430 pagi, saya, mak dan ayah yang sampai jam 130 am dari ipoh, acu dan sepupu saya, dan saudara mara yang lain beramai-ramai berjaya menghadiahkan 30 juzuk al-quran buat arwah.
Moga ia dapat membantu arwah paksu dalam pertemuan agungnya itu.
……….
500am semua sudah kelesuan. Penat dimakan masa dan jarak perjalanan yang jauh-jauh. Kebanyakan memilih untuk istirehat sementara menunggu waktu subuh, kecuali along, angah dan paktam yang setia menyambung bacaan terusan di sisi arwah. Memilih untuk tidak lelap, saya dan sepupu berbual di dalam bilik.
‘Pakcik macam ayah saya. Saya dah takda makayah, terkilan pula pakcik pula pergi…’ cerita seorang sahabat ude yang turut hadir.
‘Kak Dilah, camne ni, dahlah cu nak exam besar tahun ni’ Acu pula meluah
‘Justirizer kene kuat, kalau tak kami tak kuat…’ seloroh kak cik pada saya. Paksu meninggalkan 8 orang cahaya mata, 6 daripadanya muda daripada saya. Semua masih belajar kecuali along dan angah. Dan 2 bakal menikah disember ini iaitu along dan alang.
Saya tersenyum pahit. Ya, justirizer akan kuat.
Redhalah adik-adikku, pemergian ini bukan suatu bencana, tapi pertemuan bahagia antara manusia dengan maha pencipta. Itu janji ALLAH untuk dia, esok mungkin hari kita.
Mata kuyu saya tersegar dek mesej para sahabat yang kebanyakan nya dari al-azhar. Kebetulan pula ramai yang mesej hp bertanya khabar, bertenaga sikit saya. Sehingga waktu subuh, kami berjemaah. Along (anak paksu) menjadi imam.
Sungguh tiada harta yang lebih berharga dari amal ibadat dan anak-anak yang soleh lagi-lagi setelah kematian kita.
Along baru sahaja pulang dari bumi anbiya’, mesir menyelesaikan pengajian qiraat nya di MAQAZ 3 minggu lalu. Bacaan tartilnya mengundang banyak esak kedengaran. Di sisi arwah kami berjemaah, moga kesejukan pahala itu mampu membawa damai pada paksu [jika punya].
…………………
Selepas subuh, semakin ramai kenalan yang datang. Anak murid paksu sahaja tidak terkira. Saudara-mara. Sahabat handai anak-anak juga ramai menziarah. Paksu dan maksu sememangnya agak rapat dengan sahabat ana-anak mereka. Saya kagum itu.
Selesai 4-5 trip solat jenazah, jam 10 arwah di bawa ke tanah perkuburan. Maksu tidak turut serta untuk melayan tetamu di rumah. Mak juga begitu, menemani adik bongsu kesayangan merangkap kawan baiknya.
‘Ni la anak-anak ustaz…’ ujar seorang jiran maksu kepada tetamu dari ‘jauh’, memperkenalkan saya, uda, kak chik dan acu.
‘Hmm…yang lain ni ya, saya anak sedara ja makcik.’ Jelas saya sambil bersalaman.
‘Ustaz buat macam anak sendiri dah.
…………..
Di ‘rumah mereka’, selesai menanam tubuh kaku itu
‘Tuan guru..’ seseorang berkata dan memperkenalkan seseorang. Kami segera menoleh. Tapi
‘Oh Tokcik…’
‘Hmm…sihat ya? Sabar ya? Tokcik nak solat dulu…’ kami semua bersalaman dengan tokcik. Dalam langkahnya yang agak uzur, perlahan menuju ke arah kubur. Mengadap kiblat. Sesi talkin di tangguh seketika. Selesai solat, tokcik meminta untuk mengetuai majlis untuk anak murid kesayangannya ini.
Kami sekeluarga sememangnya tahu, arwah paksu sememangnya anak kesayangan tokcik sejak paksu mengaji di pondok tokcik di batu 26 lagi. Sehingga paksu kawin dengan maksu, anak saudara tokcik, semakin sayang tokcik di buatnya. Siapa sangka anak buah pergi dulu dari tok guru.
‘Dan ALLAH sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya’
Al-Munafiqun:11
‘Wahai ayahanda ku …. tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar’. Lantang sekali suara angah. Angah baru 3 bulan pulang juga dari bumi anbiya’ bagi meneguk ilmu. Tidak pernah sebelum ini saya lihat angah bersuara tinggi begitu. Di hadapan paksu, tunduk dia menghormati, memandang dia untuk menghargai. Air mata yang saya
………………………..
Pulang dari ‘perumahan’ itu, kami semua (sepupu-sepupu) mengelilingi tokcik yang seakan ‘sihat’ [alhamdulillah syukur], untuk mendengar nasihatnya. Tokcik tidak pernah bersembang dengan serius bila bersama kami, dalam gurau sendanya dia menenteramkan anak-anak paksu.
‘Hmm…tak sempat ayah pakai jubah angah beli, mewangi dengan minyak wangi along bawak, tak sempat berpuasa, hmm…’ kata maksu tersenyum memandang dan menggenggam tangan saya. Ya, saya ingat saat itu, malam paksu dan maksu membelek hadiah along dan angah, 2 minggu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya. 'Min misr...alhamdulillah' kata paksu tersenyum.
Kadangkala saya terfikir, bertapa beruntungnya paksu, punya tuan guru yang menyayangi, punya anak-anak yang menyejukkan hati, punya anak-anak murid yang menghargai. Sungguh, anak-anak, dan golongan mereka yang soleh itulah harta peninggalan paling berharga pabila kita sudah tiada kelak.
Al-Fatihah buat arwah Paksu, Muhammad Saa’id bin Abdullah yang telah pulang kerahmatullah hari ahad, 24 Ogos 2008, jam 830pm.
Setiap yang bernafas Pasti akan Mati
"Kullu nafsin za iqatul maut"
Perginya paksu kami redhai dan insyaALLAH dalam ketenangan dan membawa setiap amalan kebaikan dan meninggalkan mereka sekeluarga sebagai harta berharga di dunia. Teruskan berbakti untuk ayah di dunia dengan amal kebaikan serta doa.
..(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innalillahi wainna ilaihi raji’un” (2:156); Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk..(2:157)
moga rahmat Allah dilimpahi buat roh Allahyarham. Amiin.
Pesan buat yg masih hidup:
Maksud sabda Rasulullah s.a.w :
“Perbanyakkanlah olehmu semua mengingati kematian, kerana sesungguhnya mengingati mati itu dapat menghapuskan beberapa dosa dan menzuhudkan seseorang di dunia.”
Sabdanya lagi yang bermaksud :
“Secerdik-cerdik manusia ialah yang paling banyak mengingati kematian dan paling banyak persiapannya untuk menghadapinya. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan pergi (mati) dengan membawa kemulian dunia serta kemuliaan akhirat.”
Sungguh, janji ALLAH itu pasti!
8 komen
Salam..
ReplyDeleteSyahdu sekali penceritaannya..semoga semuanya tabah..mengingat kematian merasakan keinsafan membuak2 didada..
Salam Akhi_Muslim,
ReplyDeleteInsyaALLAH moga kami tabah dan kita semua tabah menerima semua takdir ALLAH swt. Na'am, mengingati mati akan sentiasa menginsafi kejadian dan perbuatan diri, dan semakin ternanti-nanti pertemuan agung ini dek kerana terasa rindu pada ILAHI.
'Ya ALLAH, jadikanlah sebaik-baik umur kami di penghujungnya dan sebaik-baik amalan kami, amalan yang penghabisan. Dan sebaik-baik hari bagi kami adalah hari kami menemuiMU. Ya ALLAH, sudahilah kehidupan kami dengan kesudahan yang baik dan jangan sudahi kehidupan kami dengan pengakhiran yang buruk. Amiin ya Rabb.'
Khusnul khatimah, menjadi impian, semoga Tuhan, memperkenankan...
assalamualaikum..mg sihat dan hebat!
ReplyDeletekomen ini tiada kaitan entri, cuma disampaikan diruang ini untuk manfaat bersama-sama.
Doa presentation master utk adik. Baik untuk kesihatan rohani dan otak agar dipermudahkan penerimaan ilmu, dilancarkan lidah utk bertutur dan dilembutkan hati bagi yg mendengar dan menerima.
Doa 1:
membaca doa yang diajar oleh Rasulullah mengenai ilmu di antaranya ialah:
"Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan ilmu yg telah Kau ajari kepadaku, kurniakanlah kepadaku ilmu yang memberi manfaat kepadaku dan tambahilah ilmu kepadaku. Ya Allah, kayakanlah aku dengan ilmu dan hiasilah aku dengan kelembutan, muliakanlah aku dengan ketakwaan dan indahkanlah aku dengan keafiatan/kesihatan. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada MU ilmu yang membawa manfaat, rezki yang baik dan amalan yg diterima."
Doa 2:
Amalkan selalu untuk mudah present.Membaca sepotong doa yg mengandungi nama Allah iaitu YA JAMIL, YA BADI'A sebagaimana terdapat di dalam kitab Hizib Daur al A'la iaitu:
"Hiasilah diriku wahai Tuhan yg Maha Indah. Wahai Tuhan yg Maha Menciptakan tujuh petala langit dan bumi yang tidak pernah ada. wahai Tuhan yg memiliki keperkasaan dan kemuliaan. Dengan kefasihan, kecerdikan dan keindahan bahasa: "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku", Dengan belas kasihan rahmat dan kelembutan:"Kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah".
maaf, tak dapat nak sampaikan doa dalam teks Arab di ruang ini.
Mg baik2 aja!
wassalam
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteJanji yang pasti dari Allah adalah kematian. Dekat tapi jauh. Biarpun tahu setiap dari kita harus menghadapinya, tak kira usia, tapi masih ramai yang tak mahu berbicara tentangnya dan mengingatinya. Sedangkan salah satu cara untuk melembutkan hati ialah dengan mengingati mati.
salam...boleh tahu lebih jelas profil enta..sukran
ReplyDeleteyang sedia ada terlalu ringkas..maaf.
ReplyDeleteTanpa Nama
ReplyDeleteprofil ana? maksud tanpa nama? kalau ada apa2 mahu ditanya sila email ana.
Syukran bertanya.
Komen. Terima kasih.