WalkYOURwords

by - 12:54 PM

Waktu : 12.55pm, 4 Rabiulawal 1429H, 12 March 08

Alhamdulillah, selesai sudah PRU 12 dengan kejayaan luar biasa

dan ada yang mengatakan di luar jangkaan. Apapun, syukur alhamdulillah negeri darul ridzuan tercinta sekarang sudah menjadi negeri berkebajikan, moga urusan dan perancangan kita semua dipermudahkan dan di bawah redha dan tarbiyyahNYA.


Tegakkan agamaNYA dalam diri

Saat bergelumang dengan urusan-urusan pengajian yang kononnnya terlalu banyak sehingga menyekat masa saya untuk urusan lain, saya berbangga dengan sahabat wa sahabiah yang tak jemu menginfakkan diri mereka dalam perjuangan menegakkan agamaNYA. Terasa diri ini terlalu kerdil dan hina dengan sengaja beralasankan ke atas kesibukan yang berpaksikan duniawi semata tanpa sedikit pun meluangkan masa dalam memperjuangkan agamaNYA.

Namun, sempat sebelum PRU 12 saya berbicara dengan seorang sahabiah yang saya sangat sanjungi sedari mula mahu mencari diri, kak durra mentor dalam diam saya. Berbincang mengenai mewakafkan sedikit waktu dalam jentera pejuang islam. Suatu perkara yang kami bincangkan yang merupakan perkara tunjang dalam membantu membangunkan islam, bukanlah hanya pada usaha rohani dalam gerakan, namun yang utama adalah usaha memperjuangkan dan menegakkan agama ALLAH swt itu dalam diri kita sendiri. Membina dan mengukuhkan ketaatan pada ALLAH swt [lanjut sila baca disini]. Inilah perkara utama yang ALLAH swt akan perhatikan dalam diri setiap mujahid dan mujahidah islam; sejauh mana kita berjuang kerana DIA, sedalam mana keikhlasan kita membela agamaNYA dan sekuat mana kebergantungan kita kepadaNYA?


Check and balance

Alhamdulillah, pucuk pimpinan kali ini di lihat hampir setara antara golongan pemerintah dan pembangkang. Teringat saya akan kata-kata seorangpensyarah pengajian politik tentang pentingnya adanya golongan pemerintah dan golongan pembangkang dalam sesuatu organisasi pemerintahan, iaitu untuk mempermudahkan proses check and balance dalam pemerintahan.

Semestinya, dalam meyakinkan rakyat, setiap parti pasti melaungkan janji-janji yang pasti menyumbang kepada pembangunan sama tara, kebajikan rakyat, kepentingan agama dan sebagainya. Jadi amat perlunya proses check and balance supaya setiap janji kebaikan itu terkota dan terlaksana, dan atas setiap kesilapan langkah dapatlah di tegur. Tidaklah terlalu shok sendiri sehingga menyusahkan golongan yang di perintah dan terabainya kebajikan semua. Namun, bagi kedua-dua group pemerintah ini, perlulah sama-sama melapangkan dada untuk setiap teguran yang bakal diterima walau dari pihak lawan ataupun dari pihak yang ‘dibenci’ akibat ketidaksamaan ideologi perjuangan. Jangan terlalu ego kerana menganggap group kalian adalah majoriti di dalam tampuk pemerintahan sehingga menolak suara minoriti. Kita ini manusia biasa, banyak kelemahan yang memandu kepada kesalahan, jadi perlulah di tegur. Mengakulah kelemahan dan sama-samalah kita perbaiki.


Lisan berkata Zahir bertindak



Setiap yang di janjikan demi kebajikan rakyat yang setara dan samarata perlulah sedaya upaya dilaksanakan sebaiknya. Gerakkan setiap jentera untuk sentiasa bertindak selari dengan lisan yang terluah. Walk your words. Itulah kunci utama suatu kejayaan. Kejayaan sekarang ini hanya permulaan perjuangan kita, tindakan seterusnya itulah penentu kejayaan sebenar perjuangan kita.

Tertarik saya dengan kata-kata Tommy Douglas, seorang ahli politik Kanada pada tahun 1930-1961. Beliau dan jenteranya memperjuangkan keadilan kesamarataan buat pembangunan rakyat dari kerajaan sediaada waktu itu yang hanya memperjuangkan hak ‘kroni’ sahaja. Bermula dari wakil daerah kecil sebagai parti pembangkang, sehingga beliau menjadi ketua menteri. Tertarik saya saat selepas parti beliau menang bagi mewakili daerah tersebut di dalam parlimen Kanada, beliau dan kumpulan partinya berjaya memulihkan masalah hutang daerah tersebut kepada kerajaan persekutuan sekaligus meraih undi rakyat ke atas parti tersebut. Malam selepas parti tersebut di umumkan menang dan meraih tempat di parlimen, mereka mengadakan sedikit sambutan di pejabat gerakan mereka. Namun, yang menarik nya ialah ucapan Tommy Douglas di hadapan rakan seperjuangan nya


“Yes, we won. But we didn’t do anything yet. So boys, this is the way we celebrate our victory in this new government, which is we have to work all nights”.


Dan semakin menariknya, semua pejuang mengangguk setuju lantas memulakan kerja-kerja mereka dengan senyuman terukir di bibir. Tiada keluhan atas kepenatan. Bukan kah ini salah satu contoh yang baik buat kita semua?

Dalam firman ALLAH swt sendiri dalam surah as-saff, ayat 2-4 sendiri sudah cukup jelas menerangkan hal kata dan perbuatan haruslah selari. Memahami keseluruhan ayat pasti menyuntik dan menyemarakkan lagi semangat kita dalam perjuangan ini.


2. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya!

3. Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.



Pejuang agama ALLAH swt itu lisannya berkata zahirnya bertindak. Bukan hanya pandai mengungkap indah kata-kata, tetapi tahu untuk melaksanakan. Jika tidak, pasti kebencian ALLAH swt jua yang kita undang. Malahan, bertambah teruk, kita pasti mendapat bahana atas lisan yang terucap tanpa perlaksanaan sepatutnya, walau tidak di dunia pasti di akhirat.


Dan setiap zahir tindakan kita, pastinya perlu adanya jemaah, atau kumpulan rakan seperjuangan. Walau berbeza pendapat, harus bijak menanganinya dan bersatu dalam satu saf yang lurus. Kerana saf yang lurus merupakan engin utama perjuangan yang mampu mencapai kejayaan dan redhaNYA. Saf yang lurus merupakan metafora kesatuan hati dalam mengembang kukuhkan pucuk pimpinan dan keberjayaan suatu pemerintahan. Jadi tidak hairanlah para pejuang agama ALLAH swt terdahulu terlalu mementingkan kelurusan saf dan kerapatan kedudukan setiap jemaah kerana itu asas utamanya.

Mungkin bukan atas hal politik dan pemerintahan sahaja, tetapi lebih luas kepada aspek kehidupan kita. Setiap lafaz janji kita dan lisan kita perlulah berhati-hati dan perlulah sedaya upaya di laksanakan.

Walaubagaimanapun, saling ingat mengingati kepada kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran itu tuntutan bagi setiap kita yang beragama islam. Jadi jangan terlalu diam memandang kemungkaran tanpa teguran, dan terlalu lurus tanpa mengajak ke arah kebaikan dek kerana takut tidak terlaksana. Sesungguhnya itu suatu tanggangjawab sesama kita. Jadi haruslah dilaksanakan dan berusaha bertindak seperti kata-kata dengan sedaya upaya dan semampu mungkin melakukan yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Namun, usahakan mempraktiskan dahulu di dalam diri dan kemudiannya menyampaikan kepada orang lain. Ini pasti disusuli dengan doa dan tawakkal dengan menyerahkan urusan selebihnya kepada ALLAH swt.

Dan bagi atas setiap kejayaan yang kita perolehi bukan lah suatu perhentian terakhir yang menyelesakan, namun merupakan titik permulaan suatu tanggungjawab dan amanah dunia yang pasti penuh ranjau buat bekalan menuju akhirat dan yang penting untukmeraih keberkatan ALLAH swt. Life is never ending struggle. It was a platform to our final destination where everyone will be judge based on their performance in each of their individual and groups responsibilities given. There is no such a question on whether pen is mightier than words; it’s more on how actions can be sometimes spoken louder than words? Walk your words. Walk your words with your best efforts. And let HIM take care of the rest.



wallahua'lam

You May Also Like

1 komen

  1. Alhamdulillah, semoga bangsa kita akan terbuka mata untuk mencari kebenaranNya... Yet, semoga dimasa hadapan perjuangan kita akan lebih disokong anak bangsa & agama kita. Supaya tak perlu lagi bersaingan dengan bangsa 'sepet' yang terang2 menolak keuanan Melayu dibumi Malaysia... Semoga dipenghujung alan Islam kan tertegak dan Melayu tidak mengemis dibumi sendiri...
    -Toy

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.