Impian ku menjadi pencinta Cinta AgungMU

by - 10:49 AM


Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Banyak entry samada di dalam blog dan laman friendster saya mengenai ciri-ciri lelaki idaman wanita, muslimah dambaan muslimin, zauj dan zaujah penyejuk hati dan sebagainya. Bercakap ciri-ciri calon ini pasti semua tersenyum. Inikan fitrah. Cuma saya terfikir, apakah calon-calon idaman saya? Hmm...benar saya sendiri tak jumpa jawapannya. Bukannya apa, takut mahu demand terlalu tinggi sedang diri ini tak seberapa, serba serbi lemah. Umumnya, jika di tanya muslimah, gaya bagaimana yang menjadi idaman, tentunya yang pasti jawapan nya adalah yang soleh. Ada juga tambahan seperti, mampu menjadi imam atas serba serbi, ciri-ciri mujahid ILAHI, tenang apabila memandang dan sebagainya. Sama kesnya pada muslimin, jika ditanya ciri-ciri zaujah idaman, pasti ramai yang memilih yang solehah dan tentunya sejuk mata memandang.

Apapun, itu pasti tidak salah. Sememangnya agama menggariskan seperti itu. Cinta itu memberi, bukan meminta. Itu fahaman sebenar atas cinta sebenar sebuah rumah tangga. Jika kita terlalu meminta itu dan ini, mengharap yang terbaik dari pasangan, tentu kita kelak akan lemah dan kecewa atas kelemahan dan kesilapan pasangan dan lebih buruk mampu membawa kepada perpisahan. Jadi perlunya kita dahulu berusaha menjadi yang terbaik, baru hasilnya baik. Adanya pepatah Inggeris yang saya suka.


‘Never ask things to be easier, ask yourself to be better. Never look for the best, just be the best.’

Sebenarnya bukanlah perlu untuk tidak berangan-angan langsung dan tidak menggariskan apa-apa kriteria, namun perlulah kita dahulu cuba untuk menjadi garisan-garisan contoh kriteria terbaik. Letak dahulu cerita ini di belakang, saya lebih suka memandang kepada cinta sejati yang utama patut saya cari dan capai dalam hidup. Ya, cahaya cinta itu, yang tak pernah sirna, sentiasa ada di setiap jalan hambaNYA, namun telindung dek kelemahan kita sendiri. Tatkala membaca entry dari blog adik azrin yang bertajuk Si Solehah yg mengujai diri..


.... saya terfikir, bertapa teringing nya saya menjadi muslimah solehah seperti itu untuk DIA yang satu. Meraih cintanya pasti itu yang kita inginkan sebelum kita mendamba cinta manusia. Tapi, mampu kah saya?.. jauh berlayar saya menyelami lautan kata-kata nukilan adik azrin ni. Maaf saya ubah sikit dari nukilan asal. Yang sebenar boleh link di atas.



Impian Muslimah Solehah kekasih ILAHI

Muslimah Solehah
Hiasan Anugerah Ilahi

Muslimah solehah

Sentiasa tenang jiwanya mengingati ILAHI


Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan jiwanya
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan hatinya

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah :

" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta rutinnya
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti


Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta Agungnya
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat

Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah
sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :

"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah
milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk"

(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah muslimah solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam


Jatuh pandangan nya sentiasa dalam kawalan hatinya
Paut cintanya hanya kerana yang satu
Layar rindunya sentiasa menuju arah redha ILAHI
Bila di uji, dia tegar kerana yakin janji yang Haqiqi
Bibirnya sentiasa tersenyum walau mehnah datang dan pergi
Redha hatinya walau cinta duniawi mengkhianati
Lantaran yakinnya pada cinta ALLAHu Rabbi yang sentiasa di sisi

Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinah bernafsu mutmainnah

Dan mendapat alu-aluan Allah :

"Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"
(Surah Al-Fajr : 27 )



Dialah kekasih dambaan kami, ALLAH swt. Kekasih sejati yang tak pernah mengkhianati. Namun, mampu kah untuk terus memiliki di dalam diri yang serba lemah ini. Penat memikirkan perkara dunia yang datang dan pergi, sehingga kadangkala berjaya 'melupakan' sebentar tentang 'cinta Agungnya'. Bak terjaga dari lena yang panjang, memikirkan kembali hati yang 'terpukau' untuk mencintai nikmat lebih dari mencintai pemberi Nikmat, ALLAHu Rabbi. Moga perjalanan kita kali ini dibawah tarbiyyahNYA dan menuju cahaya cintaNYA yang hakiki, yang abadi dan yang mutlak. Cinta agungMu pertama-tamanya yang aku dambakan ya ILAHI, terimalah cinta yang tidak seberapa, namun akan ku usahakan semampu ku. Muslimah solehah kekasih ILAHI yang sentiasa ku impikan. Bukan sahaja hiasan indah duniawi, tetapi menjadi bidadari di taman syurgawi. Mendamba kasih ILAHI, mengharap cinta Haqiqi.

You May Also Like

2 komen

  1. Salam...
    Bicara tentang cinta terlalu luas untuk diperkatakan, tapi bila disebut cinta, apa yang lebih mudah menangkap diminda ialah cinta antara manusia, lebih khusus lagi ialah tentang cinta antara pasangan, cinta antara lelaki dan perempuan.

    Saya rasa tak layak untuk berbicara tentang cinta Allah dan Rasul kerana ia cinta Agung yang tak boleh dipertikaikan, dan saya mmg berharap agar diri mampu menenggelamkan diri dlm cinta Agung itu sepertimana Rabiatul Adawiyah, tapi saya mmg kerdil krn masih perlu berusaha bersungguh-sungguh kearah itu.

    Lalu apa yg saya nak fokuskan disini ialah cinta sesama insan. Dalam entri ini satu ungkapan yang selalu juga saya dengar dan buat saya tertanya tentang kebenarannya ialah 'cinta itu memberi, bukan meminta'. Mungkin saya tak sebaik mana sebab saya rasakan cinta saya ialah 'cinta yang memberi dan meminta' (kalau ada masa sila baca entri saya ttg cinta bersyarat atau cinta tanpa syarat?). Tapi bukan meminta yang membabi buta, tapi meminta apa yang diberi. Memberi kesetiaan dan meminta dibalas dengan kesetiaan juga. Menerima dan meminta diterima kekurangan yang mungkin ada... kitakan manusia tak mungkin sempurna lalu kenapa mengharapkan kesempurnaan? Cukuplah kalau sentiasa berusaha untuk menjadi sempurna kerana itulah sebaiknya. Kerana itu saya cukup suka bila membaca pepatah Inggeris yang dipaparkan. '....Never look for the best, just be the best...' InsyaAllah, you will get the best that suit to you as who and what you are.

    Apapun setiap falsafah tentang hidup atau cinta mmg sesuai mengikut situasi tertentu dan keadaan semasa saja. Sebaiknya jangan terlalu taksub dgn falsafah yang terlalu khusus kerana Allah itu adalah sebaik-baik perancang dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam ya habibati..syukran atas komennya. apapun pandangannya, ana hargai, alfu syukriin..mengenai cinta manusia pandangan ana kak nur boleh rujuk lanjut di sini:
    http://nahwannur.blogspot.com/2008/01/muslimah-cinta-dan-lafaz.html

    selebihnya ana tak mampu nak rungkaikan kerana belum berkahwin...rasa cinta tanpa batasan sebelum berkahwin merupakan satu bentuk fitnah yang ana takutkan...cinta selepas kahwin itu lebih afdhal dan diiktiraf dalam islam..baru kita boleh ungkaikan memberi atau menerima (sistem cinta selepas kahwin).wallahua'lm

    Apapun, pentingnya kita takut akan cintaNYA yang lari kalau kita ringankan syariatNYA dalam meniti percintaan sesama manusia...kalau kita kuat jaga syariat ALLAH swt, ALLAH kuat jaga kita nanti, insyaALLAH..

    wallahua'lam

    ana faqir ila Rabbi

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.