JOM Membaca...

by - 11:17 PM

Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

InsyaALLAH dengan izinNYA, pesta buku antarabangsa kuala lumpur bakal menjenguk kembali...dan kali ini saya pasti akan berusaha untuk hadir. Tidak seperti sebelumnya, perancangan sentiasa gagal dengan kekangan urusan yang menuntut lebih komitmen ditambah lagi dengan jarak yang agak jauh antara tapak pesta dan universiti dahulu yang terletak di selatan tanah air.


Sedikit pengenalan KLIBF 2008

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2008 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 27th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.


Opening Hours
Date: 4th - 13th April 2008Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PMFri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 10.00PMVenue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia



Kenapa membaca?

Soalan suka membaca ke tidak? mengapa kenapa? sebenarnya amat rumit untuk saya rungkaikan. Jika ditanya kepada ibubapa saya, dahulu saya bukanlah seorang yang rajin mengulangkaji pelajaran, jauh lagi membaca tambahan bahan lain. Baca kerana terpaksa untuk peperiksaan. Itupun, 5 minit membaca, selebihnya, 55 minit buku yang menghadap saya. eheh. Bising makayah jangan di kata,tapi, itulah saya. Sehingga masuk di alam universiti, saya mula jinak membaca majalah ilmiah. Lama kelamaan, apabila saya dapati informasi di dalam majalah tidak begitu mendalam, saya usaha mencari buku sambungan artikel di dalam majalah. Lama kelamaan saya memang mendapati membaca memberi ketenangan.


Apapun, bukan setakat memberi ketenangan, tetapi juga penuh manfaat buat isian ilmu dalam diri. Dengan membaca pelbagai bahan, tentunya kita akan serba sedikit tahu tentang pelbagai ilmu selain bidang kepakaran kita. Pemilihan bahan bacaan juga penting. Jika berkaitan agama, perlu sumbernya boleh dipercayai dan mungkin lebih baik mendapat bimbingan orang alim dalam bidang tertentu.


Selainnya, membaca boleh mengeratkan ukhwah. Bagaimana? saya suka bila berbincang tentang bahan bacaan. Bertukar idea dan pandangan. Boleh mengasah minda dan membantu diri untuk terus zuhud dalam aliran dunia. Sebabnya, dengan perbincangan begini, tahulah kita bahawa kita jauh ketinggalan dari sahabat lain dari segi meguasai pelbagai ilmu. Jadi, tidak perlu meninggi diri dengan kelebihan kita yang terlalu sedikit. Membaca dan membincangkan perkara ilmiah juga dapat menjadikan kita orang yang versatile.


Jauh dari itu, membaca di dalam agama kita memang di tuntut kerana mempunyai pelbagai kelebihan dan dapatan yang jauh dari jangkauan kita. Ia membantu menguatkan iman kita kepada PEMILIK ilmu yang amat luas. menguatkan fizikal dan spiritual. Cara bagaimana? membacalah, pasti anda tahu bagaimana dan dimana kekuatan itu terzahir.


sekian dahulu, sebenarnya tiada idea menulis kerana dihambat pelbagai persoalan dalam benak yang cukup terhad memikirkan sesuatu. ya ALLAH,moga KAU ringan kan sedikit bebanan fikiran ini.


ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma atnim bil khair


Kuala Lumpur international book fair 2008...moh peghi ramei-ramei


maaf atas penulisan lemah dan tiada kekuatan..namun harapnya punya manfaat...

You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.