Nur Qalbu..mencari cahaya itu

by - 11:36 PM


Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Sebenarnya entry kali ni lebih kurang open diari saya sendiri. Selesai maghrib tadi, sambil mendengar kuliah tafsir ustaz zahazan di IKIM.fm, sempat saya membelek diari lama, tahun 2005. Kiranya waktu itu saya berada di tahun ke 2 pengajian ijazah di utm, skudai. Negeri kedua kesayangan saya. Eheh. Dalam membelek, sampai bahagian 21 hb April 2005 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1426hj, tersenyum saya membaca tulisan sendiri. Tajuknya maulidurrasul dan kisah cinta agung. Terfikir tika ini apa yang saya fikirkan sebenarnya saat menulis perkara tersebut.

Apapun, apa yang saya faham kini tentang tulisan tersebut adalah mengenai saya yang serba lemah ini yang sentiasa memandang dan mengharap cinta duniawi yang tak pasti, sedangkan sudah tersedia buat saya umat nabi Muhammad saw cinta yang pasti dan jauh lebih agung. Saya sahaja yang membutakan diri dengan kelemahan-kelamahan sendiri. Ia bersempena dengan hadirnya 12 Rabiulawal yang dikatakan tarikh lahir Rasulullah saw, walau ada dalil yang mengatakan 9 Rabiulawal dan sebagainya. Yang penting, Rabiulawal dan ingatan kita semua padanya terus segar dan mekar.


21 April 2005, 12 Rabiulawal 1426

Maulidulrasul datang dan pergi itu yang aku pasti. Namun ku rasakan tiada iktibar diambil. Hanya aku tahu setiap tahun pada hari ini, aku pasti mengikut orang ramai memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi saw, tanpa benar-benar merasai perasaan lain yang timbul. Budaya ikutan yang menjadi trend masyarakat islam kini. Aduh!

Tanpa di sedari, atau atas sedar atau mungkin sengaja tidak mahu sedar-sedar, aku asyik mengejar cinta hambaNYA, umat Rasulullah saw tanpa aku sendiri pasti samaada mereka juga turut mengejar dan mengharap cintaku. Meletakkan diri dilautan manusia yang turut lemas dengan cinta dunia, aku tak berusaha untuk sedar bahawa ada cinta terdahulu yang sentiasa mencintaiku dan seluruh umatnya. Cinta suci yang ku kejar dikalangan manusia menutup mata hatiku dari melihat cinta suci yang telah lama terlafaz dan tersemat buatku, kawan-kawan, dan seluruh umat islam dan umatnya. Aduh!!

Sehinggalah kini, terbuka hatiku tika terdengar hujah para ulama', muallim ku dan benarlah jika dikatakan mereka lah tinggalan pembawa wadah agama. Maka, tahulah aku selama ini bertapa jahilnya diri ini. Bertapa dhaifnya aku pada ketika asyik mengejar cinta dunia seperti mengharap ungkapan indah dari mereka 'kecil tapak tangan, satu utm hamba tadahkan' sebagai metafora mereka juga mencintaiku. Sedangkan, di suatu sudut lain, 'bulan telahpun berada di ribaan ku', cinta suci yang telah lama terlafaz buatku. Ya cintanya Rasulullah saw kepada kita umatnya yang terlafaz saat akhir nafaznya di dunia. Sehinggakan ALLAH swt telah menjanjikan pelbagai keistimewaan kepada kita kerana agung dan besarnya cinta insan istimewa bernama Muhammad saw.

Kadang-kadang saya terfikir setelah sedarnya dari lena yang panjang, 'layakkah aku di cintai oleh Rasul ku sedangkan aku telah lama lupa dan tiada usaha mencintai baginda semampuku...'

Namun ku tahu, cintanya sentiasa ada bersama cinta ALLAH swt buat kita semua umatnya..

selesai


18 March 2008, 10 Rabiulawal 1429



Cinta agung kita sentiasa disisi kita..itu sinar cahaya sebenar buat kita yang memahami dan sentiasa mencari cinta haqiqi dan mencari sinar buat menerangi hidup dan perjalanan kita. Moga kelak perjalanan kita semua disinari cahaya cinta baginda dan ALLAH swt. Cahaya itu sebenarnya sentiasa ada buat kita semua, namun kelemahan kita yang penghalang dari cahaya itu menerangi diri dan terus sirna dalam kehidupan kita.

Bertemu cinta teragung, di dalam sujud ku asyik menyanjung, umpama pengembara, di malam gelita, hidup yang perit, mengajarku mencari cinta... cinta mu yang kami harap kan ya Rasulullah, cinta agungMU yang kami harapkan ya ALLAH...


You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.