Cukuplah..moga perjalanan ku kali ini menuju cahaya cintaMU

by - 12:10 PM

Bismillahirrahmanirrahim...
Penat memikirkan urusan-urusan yang menghambat sehingga kadangkala berjaya 'melupakan' sebentar tentang 'ultimate objective' kita didunia iaitu semuanya kerana ALLAH, untuk meraih redhaNYA dan untukNYA. Bak terjaga dari lena yang panjang, memikirkan kembali hati yang 'terpukau' untuk mencintai nikmat lebih dari mencintai pemberi Nikmat, ALLAHu Rabbi. Moga perjalanan kita kali ini dibawah tarbiyyahNYA dan menuju cahaya cintaNYA yang hakiki, yang abadi dan yang mutlak.

Teringat kata-kata Umar ibnu khattab...
'Tidak akan kau berasa gundah walau sesaat/sekali jika kau tahu apa yang di cari'
Maka atas setiap urusan kita perlulah faham tentang objektif semasa dan objektif utamanya adalah kita lakukan kerana ALLAH swt. Sama-sama kita berdoa semoga hati kita lebih terarah kepadaNYA berbanding nikmatNYA, dan diterima kasih kita yang tidak seberapa ini.
Doa Rasulullah saw pesan kepada Muaz supaya sentiasa amalkan:
'Ya ALLAH ya Tuhanku,bantulah aku untuk mengingati MU, dan mensyukuri nikmat MU'
'Ya ALLAH ya Tuhanku yang berkuasa mengubah-ubah fikiranku, tolong kukuhkan fikiranku keatas agama MU dan taat keatas agama MU'
Rabbi yassir wala tuassir, rabbi asnim bil khair
Ameen ya Rabbal alamin

You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.