Ahlan wasahlan ya Muharram, 1429 hijrah

by - 5:48 PM

Waktu : 12.32am, 30 Zulhijjah 1428, 09 Jan 08

Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Di pengakhiran detik 1428 hijrah, malam ini saya rasa sakit. Sehingga mengganggu konsentrasi sendiri dalam menghadapi kuiz esok berserta persiapan akhir untuk submission assignment, esok juga. Hmm.. Emosi yang berlebihan. Moga kesakitan ini menjadi kafarah pada dosa yang telah saya lakukan tanpa sedar atau atas sedar, mahupun berpandukan niat atau tidak terniat langsung. Emosi saya teruk akibat memikirkan khilaf sendiri, tanpa apa –apa niat saya telah melukakan hati-hati sahabat saya. Dengan niat sebenar, moga cerita saya membawa pengajaran, namun atas silap penyampaian, ia melukakan dan menghilangkan mood sahabat.

Ya ALLAH, moga di ampunkan dosa-dosa saya. Ya sahabat, maafkan ana. Jangan sebab khilaf ana, merosakkan imej muslimah lainnya. Dan muslimah golongan yang paling saya sayangi, jangan lah disebabkan kita, bisa merosakkan imej muslimah lainnya. Walau pandangan manusia kadangkala tidaklah semuanya benar, tepat mahupun adil, namun tetap memberi kesan di akhirat kelak. Bersahabatlah dan sampaikanlah pesanan dan nasihat sesama kita dengan penuh kesabaran dan dengan kebenaran, semoga sama-sama terbina benteng keimanan dalam diri kita dan kelak dipertemukan di syurgaNYA kelak.


Salam maal hijrah dari saya buat muslimah di luar sana khasnya dan seluruh muslim amnya. Semoga ALLAH swt membantu kita menterjemah sirah hijrah Rasulullah dan muslim lainnya dari makkah ke yathrib (madinah) dalam meneruskan misi dakwah islamiyyah dan dalam mentaati perintah ALLAH swt dalam kehidupan kita sehari-hari. Moga paradigma atas setiap azam baru kita dibentuk mengikut acuan ALLAH swt dan mengikut semampunya sunnah Rasulullah saw. Semoga 1429 hijrah lebih terpelihara dibawah bantuan dan lindungan ALLAH swt.

Ayuh kita bangun, membentuk jati diri muslimah acuan AL-Quran, membina impian bersama, bangkit bersatu membentuk benteng dan saf kepimpinan buat muslimah dan jundi untuk hari esok dan seterusnya. Buktikan bahawa tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia dengan perjuangan menegakkan agama islam yang kaffah, bukanlah sebagai sumber fitnah akhir zaman yang semakin menyumbang kepada kejatuhan kegemilangan agama yang diperjuangkan Rasulullah saw. Dengan harapan bersama semoga tertegaknya kembali agama ALLAH swt di muka bumi milikNYA.

Dan moga sahibiah wa sahabat memberi keampunan atas kekhilafan kesilapan hasil kekurangan diri saya juga sepanjang 1428 hijrah. Teruskan menegur diri yang serba kekurangan ini. Mungkin kini tiba masanya kita menjadi pemimpin, pendakwah buat yang lainnya menuju agama ALLAH swt. Moga kita tsabat di dalam agamaNYA. Saya akhiri entri kali ini dengan sepotong hadith Rasululllah saw yang bermaksud:

Jalan yang membawa kita pada neraka adalah jalan yang mengikut nafsu syahwat semata, dan jalan yang membawa kepada syurga adalah jalan yang berduri-duri (penuh ujian)

Dalam diari pejuang,
tiada masalah yang merumitkan,
ujian yang melemahkan,
dugaan yang menyusahkan,
bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat,
mereka tepu dengan dugaan,
cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hambaNYA,
berdepan dengan belaian pencipta,
sebagai tanda ingatanNYA,
semoga tabah dan tsabat dalam perjuangan
~dari sahabat untuk sahabat~


Jadikan bi’ah solehah sebagai idealisme islam yang paling kukuh dalam kehidupan kita. Allahuakbar!! Allahuakbar!!


Salam maal hijrah, salam dengan sejuta kemaafan, salam hijrah dan perjuangan dan salam sayang




You May Also Like

1 komen

  1. salam..
    nak mencoret skit kat sini leh kan?Alhamdulillah,sejuk ati adanya muslimah gini..muslimah hari ini,esok dan insyaAllah selamanya..
    kita hari ini memerlukan kepakaran dan intelektual dari banyak bidang..supaya nanti kita dapat lengkap melengkapi..
    dlam perjuangan ini,kita tidak berseorangan,bahkan Allah berikan kita sahabat dan kumpulan yang kuat,yang semuanya berfikrah dan bermatlamat yang satu..
    mudah2an nikmat ini Dia panjangkan..
    em,gunakan kepakaran dan kemahiran yang ada pada kita pada tempat yang sepatutnya..mungkin apa yang ada pada kita tak ada pada orang lain..so bersyukurlah.Alhamdulillah summa Alhamdulillah..

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.