Krisis Harga vs Krisis Alam : Mari berfikir di luar kotak

by - 10:40 AM


Situ sini sana sinun...semua naik. Mula dari kenaikan harga barang, hinggalah semalam, harga minyak pula yang melambung, memukul akal fikiran komuniti di Malaysia. Rasional tak rasional, pelbagai kata dikeluarkan. Jujurnya, langsung saya tidak tahu menahu berita kenaikan harga minyak. Sehinggalah, abang sulung bertanya saya sudah mengisi full-tank kenderaan saya atau belum. Alhamdulillah, sudah sebab biasanya saya akan isi penuh setiap hari isnin. Yop menalifon ayah di ipoh, rupanya semua stesen minyak di Ipoh di tutup semalam. Baru saya tahu halnya, harga minyak naik. Sedang komuniti di KL berebut mengisi minyak, komuniti di Ipoh hanya menyumbangkan sumpah seranah dari rumah. Huhu.

'Tu la rakyat malaysia, dulu sapa suruh bodoh sangat takmau pangkah UMNO?!’

’Mana pergi pakatan Rakyat?!’

Itu antara respon saya dapat dari kenalan saya. Aduh, sabar dulu kawan. Jom duduk dan berfikir seketika.


Bumi menangis

Pagi tadi sambil memandu ke kuliah, otak saya ligat berpusing, situ sini sana sinun. Semua perkara saya cuba fikir lain dari kebiasaannya.

3 minggu lepas, saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang bekerja dengan syarikat pemaju. Meminta bantuan saya untuk sambutan ’environmental day’ yang akan di anjurkan oleh syarikat tempat dia bekerja. Kebetulan, baru beberapa ketika kita menyambut ’World Environment Day’, 22 April lalu.

Bumi kita menangis. Merana dek kegilaan manusia dalam meneroka bumi tanpa rasional sebenar sebuah kehidupan. Benarkah kita hidup demi meraih cinta ALLAH swt? Sedang kita sendiri zalim terhadap ciptaan ALLAH yang lain.

Salah satu kezaliman manusia adalah pembebasan gas ke udara yang menyebabkan lapisan ozon semakin menipis. Dan ini mengundang kepada beberapa krisis ke atas alam semulajadi seperti Pemanasan Global, Kesan Rumah Hijau dan sebagainya. Dalam kita ‘meratapi’ kenaikan harga barang dan minyak, bumi juga turut meratapi dirinya yang semakin lemah.

Alhamdulillah, mengambil jurusan landskap arsitektur, subjek environment dan ecology merupakan salah satu bahagian kerja kami. Dan itu merupakan subjek paling saya minati, sehingga kini saya masih berangan-angan untuk menjadi seorang environmentalist.

Di dalam subjek ekologi, pada tahun ke 2, saya masih ingat kata-kata pensyarah saya tentang salah satu lagi bentuk ’kezaliman’manusia ke atas muka bumi, ialah pertanian. Hampir 50% faktor perubahan ekologi dunia adalah di sebabkan oleh revolusi pertanian yang ’menzalimi’ ekosistem asal sesuatu kawasan atas alasan untuk menampung keperluan industri makanan dan teknologi manusia. Berapa banyak hutan premier muka bumi di terokai untuk industri makanan (beras, tepung, gula etc), pembangunan (batu kapur, simen etc), bahan bakar (minyak masak dan minyak kenderaan dari tumbuh-tumbuhan) dan sebagainya? Berapa kali takungan air kita tercemar dek kerana tumpahan minyak dan penggunaan bahan kimia untuk aktiviti di atas?


Dipetik dari kosmo online 14 Mei 2008:

Menurut satu petikan: "Sejak 1960, populasi penduduk berlipat dua kali ganda dan aktiviti ekonomi bertambah sehingga enam kali ganda tetapi kadar pengeluaran makanan meningkat dua setengah kali dengan harga makanan menurun, penggunaan air dan tenaga hidro bertambah dua kali ganda."

Kesan langsung daripada kerosakan ekosistem dilihat dalam aktiviti penangkapan ikan, makanan hidupan luar, sumber tenaga kayu, biokimia, air tawar, sumber genetik, bencana alam, penyebaran penyakit dan sebagainya. Yang bertambah maju ialah sektor tanaman, penternakan haiwan, pembebasan karbon dan akuakultur.


Hidup Zero Alasan

Pagi selasa lalu, saya berkesempatan menonton rancangan kegemaran saya di NTV7, The Martha Stewart Show, rancangan bual bicara dan masakan dengan bertemakan Alam Sekitar. Kebetulan pada hari itu, topiknya adalah ‘Kitar semula’. Kitar semula barangan, dan kitar semula tenaga. Di dalam episod ini, Martha telah menjemput seorang environmentalist yang menjadikan basikal sebagai pengangkutan utamanya.

Jadi teringat saya kepada seorang pensyarah saya di FAB,UTM. Dr. Muhammad Tetsu Kubota, seorang muallaf berbangsa jepun yang berbasikal ke FAB. Namun saya sendiri tidak pasti di mana rumahnya. Saya sungguh kagum dengannya seorang yang baru dengan Malaysia, sedangkan rakyat malaysia sendiri beralasankan cuaca khatulistiwa untuk tidak berbasikal. Ah, hidup zero alasan. Kalau mahu, pasti kita lakukan, kalau tidak, pasti tersedia beribu alasan. Seorang lagi di UIA, pensyarah KAED yang saya tidak tahu namanya, tetapi saya tahu dia berjawatan Assoc. Professor Dr. Kerana selalu beliau menghadiri postgrad seminar kami, berbadan kecil molek berkupiah, bersepatu hitam berkilat, berkemeja dan ber’kot’, tetapi berbasikal ke fakulti. Itu bahagian paling menarik saya rasakan. Benar-benar saya respek. Mereka berdua ini serasa saya cukup mampu memiliki kenderaan besar, namun mungkin sikap sayang mereka pada alam sekitar, dan sikap ‘qanaah’ mendorong mereka untuk menggunakan basikal. Wallahua’lam.

Saya tertarik dengan kata-kata Martha tentang penggunaan beg kertas atau plastik di dalam rancangan itu.

Manusia berdebat tentang beg plastik yang mengancam ozon dek kerana ia mengambil masa untuk ’lenyap’ di muka bumi, dan sebagai alternatif kita mempromosi penggunaan beg kertas, namun dalam masa yang sama, untuk menghasilkan beg kertas,beribu-ribu pokok perlu di tebang. Dan ini jika di fikirkan secara teliti, kedua-duanya membawa kesan buruk kepada alam sekitar, namun dengan dua cara yang berbeza.


Adjust not change

Dari blog ukht al-qasam yang mengulas tentang krisis kenaikan harga di Malaysia. Apa yang saya tertarik adalah petikan kata-kata Chegu.


Don’t any one, absolutely no one, tell us to change our lifestyles. Got it? What, do you think we are stupid? Yes, we are going to make a lot of noise, that’s what you will get for being the government but while shouting and screaming and kicking we will adjust our lifestyle to the new situation. Yes, the word is adjust not change

Itu sebenarnya idea di luar kotak yang saya dapati. Sebenarnya, dalam menghadapi krisis begini, sebenarnya, kehidupan kita boleh di ‘perbaiki’ dalam suatu situasi baru yang lebih baik. Berfikirlah, mungkin dengan kenaikan harga minyak, kita mampu membantu mengurangkan pembebasan gas ke udara, mengurang krisis penipisan lapisan ozon, dan green house mungkin. Dan dengan kenaikan harga beras, tepung dan setiap barangan keperluan, mungkin boleh menyumbang kepada peningkatan taraf kesihatan kita, dan mendidik diri untuk bersifat ‘qanaah’ dan zuhud dalam kehidupan?


Angguk-angguk Geleng-geleng

Dulu semasa mendengar lagu angguk-angguk geleng-geleng yang pernah popular, saya turut terangguk dan tergeleng. Bukan apa, saya mengangguk kerana ada benarnya dalam lirik lagu tersebut, dan saya tergeleng dek kerana yang menyanyikannya itu semacam tidak sedar diri seperti yang di nyanyikan. Namun itu realitinya.

Dalam krisis kenaikan harga barang dan minyak ini, saya turut mengangguk dan menggeleng setiap pandangan individu. Seperti saya kata dahulu, di dalam setiap pandangan, ada perkara yang boleh di fikirkan, tiada pandangan yang salah, cuma kurang tepat. Saya akan menggangguk bagi pendapat yang betul, sahih dan tiada keraguan, dan saya akan menggeleng bagi pendapat yang kurang tepat dan memerlukan sedikit pembetulan dan mungkin hanya membuat sedikit penambahan.


Yang saya angguk;

  • Krisis ini perlu di bendung
  • Krisis ini sebenarnya merupakan proses tranformasi zaman (seperti kes penggunaan kuasa arang etc)
  • Semua pihak tidak rasional (Gila, bengong, dan pelbagai label-yang ini saya geleng) dalam memikirkan krisis harga minyak
  • Political ‘things’
  • Krisis ini membebankan terutama bagi golongan berpendapatan rendah
  • Subsidi tidak mencukupi


Yang saya geleng;

  • Bodohlah sapa yang tak undi...Nah rasakan!
  • Mana pergi menifesto kamu?
  • Mana ada ‘win-win’ situation...
  • Pilitikus rakus
  • Jatuhkan pemerintah sekarang/ Ganti pemerintahan...gerenti selesai


Pendapat saya yang mungkin saya bakal kene ketuk;

  • Jadikan ini ‘win-win situation’. Berfikirlah di luar kotak. Kalau betul lah claim kalian ini permainan Paklah untuk balas dendam, atau untuk memburukkan pakatan rakyat, jadi kita anggap betul, dan bagi dia 1 mata. Kita buat satu tindakan yang buat dia pulak ‘gol’, score 1 mata. Jangan dok mem’BERSIH’ sahaja, tanpa ada backup plan atau side action. Jenuhlah, harga tak turun-turun (confirm!!sebab diorang peduli apa pun) tapi baju basah kena sembur waktu mem’BERSIH’. Kita mem’BERSIH’ dengan naik basikal..Jom!
  • Jom naik beskal... siapa yang kata tak sesuai dengan zaman sekarang, dia yang kurang bijak!!
  • Fikirkan side impact dan benefit pada alam sekitar yang semakin ‘meraung’ dengan sikap kita yang asyik memikirkan perihal kemanusiaan, sedangkan yang hidup di dunia dan makhluk ciptaan ALLAH bukan manusia sahaja. ‘Win-win situation’ antara kita dan alam sekitar, krisis kita berkurang, krisis alam sekitar menurun.

Dah, dah, jom naik basikal aja sih!

Hadiah perkahwinan angah dari tetamu kehormat, agaknya mereka tahu harga minyak di Malaysia bakal melambung, jadi berikan suatu 'qias' outcome pada masalah ni..mungkin


p/s [nahwanNUR] :

Ingatlah sahabat-sahabat seperjuangan yang saya hormati, tugas kita sebagai khalifah Allah adalah untuk menjaga muka bumi ini daripada dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab (credit tu akh Faisal). Jangan asyik melihat sesuatu isu sebagai musibah kemanusiaan, tetapi pandanglah ia suatu musibah ke atas alam sejagat, takut-takut kita menjadi penyelamat pada siri kemanusiaan namun kita sendiri yang menjadi agen perosak kepada keseluruhan muka bumi ini. Pandanglah krisis ini luar dari kebiasaannya. Bertanggungjawablah kepada semua hidupan yang merupakan hambaNYA. Seperti dinyatakan dalam surah Toha surah ke6 hingga 8 ini;


6. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

7. Dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang tersembunyi.

8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.


Fikirkanlah kembali matlamat utama perjuangan kita. Berfikirlah di luar kotak. Yakinlah atas setiap hikmah yang ALLAH turunkan dan berusahalah untuk ‘memperbaiki’ kepada yang lebih baik dengan jalan yang penuh barakah.

ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma atmim bilkhair.

You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.