Selayang Pandang, Seukir Senyuman

by - 12:51 PM


Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Hari ini, awal paginya saya melangkah dengan gembira dan senang hati. Bukannya apa, saya akan pulang ke kampung malam ini bersama kakak dan abang ipar saya. Sekitar jam 9 pagi, saya berjumpa sepupu di central uia, mengambil barang untuk bawa pulang, dan setengah jam selepas itu, saya pulang untuk menyambung kerja yang tertangguh, dan perlu di serahkan hari ini. Saya berjalan dengan senang hati dari central uia ke fakulti kerana kerja saya sudah selesai dan akan saya print untuk di hantar sekitar jam 10. Namun, ketika jari menekan butang 'save' untuk kali terakhir, sesuatu yang saya kurang saya fahami terjadi, dan semua file kerja yang perlu di hantar, di padam serta merta, malah semua duplicate data juga hilang. Buntu saya di buatnya. Celaru semua ada. Saya panggil rakan di lab, untuk menolong, namun tetap gagal. Kena virus ni, die dah delete semua. Beritahu sahabat saya. Tiada apa yang saya mampu lakukan selain redha, dan saya memberitahu kepada pihak yang perlu saya serahkan report bahawa laporan saya setebal 15 muka surat lebih telah hilang serta merta. Alhamdulillah, berita saya di terima dan di beri masa lainnya untuk di serahkan.
Namun, gundah dan celaru hati saya tetap tak dapat saya elakkan. Habis jatuh semua semangat saya untuk kerja-kerja lainnya, jadi saya mengambil keputusan untuk lari dari kerja-kerja di u dengan mengalih kepada aktiviti lain.




Novel Lagi?


Saya ambil peluang ber Ym dengan sahabat blogger di perantauan, dan meminta beliau tolong mencari buku-buku yang diberitahu isinya menarik.


saya: nti tau tak judul buku 'dijalan dakwah aku menikah'
sahabatblogger: penah
sahabatblogger: knp?
saya: huhu...rasanya dekat malaysia takde
saya: boleh tak nak mtk tlg nti belikan kalau jumpe di sana
sahabatblogger: nti nak ke?
sahabatblogger: ana boleh tlg belikan
sahabatblogger: insya Allah..
sahabatblogger: nti nak buku tu cepat ke?
saya: eh takdelah
saya: nti boleh beli bile?
sahabatblogger: kedai buku kat sni ada je...
saya: oh yeke?
saya: nnt ana beri duitnya
saya: nti beritahu harganya
saya: oh ade lg 1, cerita pasal zulaikha dan yusuf rasanya
saya: novel cerita nabi
sahabatblogger: ok..tapi tau tak penulisnya siapa..
saya: ana tgk sekali imbas hr tu
saya: kalau tak silap kulitnya warna biru
sahabatblogger: tgk kat mana?
sahabatblogger: nnt ana g tgk ye..
sahabatblogger: jgn risau
sahabatblogger:insya Allah




Nakba 60 Palestin





Selain itu, saya melayari blog-blog 'rutin' saya. Mengambil sedikit ilmu, buat menenangkan hati saya. Banyak isu-isu hangat minggu ini yang di ulas kebanyakan blog yang saya lawati. Antaranya ialah Nakba Palestin ke 60.





wujudkan negara zionis israel hasil dari pencerobohan zionis yahudi ke atas palestin bukan satu malapetaka (Nakba) kepada rakyat palestin sahaja, tetapi juga malapetaka kepada seluruh negara islam, Arab dan bukan arab sebagaimana malapetaka juga kepada kaum muslimin dan kristian. Peristiwa Nakba (15 Mei 1948) adalah peristiwa paling menyayat hati bila negara Israel di tubuhkan. Herzi (Bapa Zionisme) dan pengikutnya merencana untuk menubuhkan negara israel di persidangan Basle pada 1897 dan 50 tahun selepas itu, negara israel secara rasmi di isytiharkan
-Syeikh Yusuf Al-Qardhawi





Sedikit renungan bersama di sini, 15 Mei 2008,berlalu sudah 60 tahun penubuhan negara HARAM ISRAEL di tanah suci Palestine,namun penantian kunci pintu pembebasan kota AL-Aqsa masih berterusan dan beban perjuangan masih diatas bahu 'MEREKA YG BERIMAN' ,dimanakah kita pemuda/i dikala al-quds merintih menunggu pemuda bergelar Salahuddin Al-Ayyubi?


Terus lelah bersama dan tersekat dengan kelalaian?harta?kekasih?dan dunia yang menghauskan? bersedialah mati dan berhadapan dengan Allah dengan kelalaian ini..jejak kaki kanan ke syurga atau kiri ke neraka? nauzubillah..


Soalnya, perjuangan bagaimana yang boleh kita sumbangkan? Fikir-fikirkan dan berusahalah.



Selamat Hari Pendidik


Perkara lainnya, adalah sambutan hari guru/ murabbi dan apa sahaja taarifannya. Saya tertarik dengan kata-kata ini yang saya petik dari seorang blog sahabat, Akh Fauzan


Barangsiapa mahu menjadi guru,
biarkan dia memulai mengajar dirinya sendiri
sebelum mengajar orang lain,
dan biarkan dia mengajar dengan teladan sebelum mengajar dengan kata-kata.

Sebab mereka yang mengajar dirinya sendiri dengan memperbetulkan perbuatan-perbuatannya sendiri
lebih berhak atas penghormatan dan kemuliaan
daripada mereka yang hanya mengajar orang laindan memperbetulkan perbuatan-perbuatan orang lain.

~ Khalil Gibran


Selamat Hari Pendidik buat mak terutamanya, yang mendidik saya sejak lahir, dan menjadi guru saya di sekolah nurul iman sehingga darjah 6, dan secara umumnya sehingga sekarang, tak lupa ayah, cikgu-cikgu, para pensyarah dan pendidik di tadika kemas sg.rokam, sek.ren.sg.rokam, sek.keb.peng.pegoh, sek.keb.kg.pasir puteh, sek.raja perempuan ipoh, sek.men.teknik kerian, matrikulasi kypm Kota Bharu, Erican Language Centre, UTM skudai, dan UIA Gombak dan semua yang secara langsung dan tidak langsung mendidik saya.



Ukhwah itu di mana-mana


Alhamdulillah, hari saya juga turut di ubati oleh seorang sahabat dari seberang, Yogyakarta yang saya kenali sewaktu melakukan research di sana. Mesej saya telah di balas setelah hampir 2 minggu di hantar.



Subject:
alo cinta.....


Message:

ya...
aku ingat lah...
kita sama sama punya ***** *****ya!hehehhehe
dah pulang di malay?
kapan lagi ni ke Yogyakarta?
heheheheh
java lang: Tulung kirim surat ning emailku yo!
hehehehehhe
in English means: Please send a letter to my email address.
eheheheh
nice to get ur mail..
convey my regards to all

your lovely Dyah



p/s [nahwanNUR] : Minggu ni majlis walimah alang (abang) dan angah (kakak) saya, moga segalanya di permudahkan. Agak busy dengan kerja u dan keluarga saat ini. Namun, harapnya tiada yang tidak selesai dan ketinggalan di belakang. Allahumma Amiin.... Ops, lupa pulak pasal beritu Tun M keluar parti..eheh..senyum yop senyum, senyum yong senyum


Allahu sayusahhiluna ^__~

You May Also Like

2 komen

  1. banyaknya tajuk dalam satu post.. cerita pasal virus tu..ana sendiri pernah terkena habis satu harddisk nak kena format balik.

    p/s mahathir kuar parti nti senyum? ana pun nak senyum jugakla.. :) tapi kalau tok guru nik aziz meninggalkan parti..ana sedih.. :(

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum... virus tu makin mengganas dekat laptop dan tumbdrive ana :( sudah la tu tak boleh di padam pulak tu, nak format tumbdrive pun tak boleh..aduh

    actually, entry ni entry express... tak sempat nak cerita satu-satu dek kekangan masa dan kerja. InsyaALLAH lain masa dan berkepentingan ana nak juga ulas

    tuan guru tak lari insyaALLAH ^__~

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.