Kembara Ilmu I

by - 2:00 PM

Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Alhamdulillah, setelah mengembara selama 5 hari ke salah sebuah negara jiran yang juga bumi ALLAH, saya berkesempatan membuat sedikit sinopsis ringkas sebagai permulaan. Pada awalnya, saya tak berniat untuk menulis selama sebulan, di atas sebab workload yang besar dan menuntut komitmen yang lebih, namun, ada banyak perkara dan pengajaran yang saya teringin berkongsi dengan sahabat semua.

Seperti perancangan, 1 hb May, saya dan research group seramai 5 orang memulakan perjalanan kami ke bandar Yogyakarta, indonesia, untuk melakukan in field research tentang 'Javanese Culture'. Ramai yang bertanya kepada saya, apa kaitannya, kos saya iaitu Landskap arkitektur dan culture. Bagi yang tak mengetahui, sudah tentu memandang Landskap kepada skop terhad kepada hiasan taman, begitu juga saya seawal pengajian, namun, itu hanya tidak sampai 1/20 skop kerja kami. Secara ringkasnya, culture and heritage merupakan intipati utama kehidupan tentunya dan begitu juga dengan landskap. Ia merupakan penyumbang terbesar dan sumber terpenting dalam membentuk identiti landskap setempat.

Menjejak kan kaki di tanah yogya, hati saya rasa 'semacam'. Seperti kurang selesa, entah mengapa. Namun, saya tetap bina perasaan positif yang penting dalam membina dan mewujudkan keyakinan diri saya. Hanya mampu memanjatkan doa padaNYA supaya perjalanan kajian kami dipermudahkan. Apa yang saya tahu, perasaan kurang selesa saya pertamanya atas satu sebab yang jelas, iaitu atas kehadiran seorang ahli lelaki daripada 8 orang, yang saya hanya ketahui penyertaannya beberapa minggu sebelum keberangkatan. Namun, saya cuba positifkan perasaan atas tujuan kerja dan bantuan kepada kajian rakan postgrad baru saya. Kerja kena kerja, namun sosial tetap saya cuba jaga sebaiknya.

Hari pertama kami sampai di yogya agak lewat sekitar jam 440 waktu jogjakarta dan 540 waktu Malaysia. Namun saat itu waktu asar sudah masuk lama dan lebih kurang 545 akan masuk waktu maghrib. Malamnya, kami diajak oleh pemandu kami untuk menyaksikan 'ramayana dance'. Aduh, hati terasa gundah yang amat takut-takut sahabat berkeinginan untuk pergi. Alhamdulillah, akhirnya setelah berbincang, mereka tidak jadi untuk pergi dek kerana takut 'budget lari'. Perjalanan kami mula keesokannya, hari ke dua dengan pergi ke tempat-tempat heritage yang telah di gazet kan seperti candi borobudur dan prambanan. Banyak cerita menarik namun kali ini saya skip dahulu dek kerana masa yang menghambat.

Hari ke tiga, kami melawat ke tempat-tempat nature, seperti kawasan gunung merapi, active volcano area, kawasan pantai, kawasan perkampungan kecil, perkampungan islam kecil dan bandar. Antara yang di lawati adalah perkampungan nelayan Parangtritis, melawat sekitar pantai, perkampungan laluan larva gunung berapi yang ekonominya berasaskan pertanian campuran, dan kawasan yang ekonomi nya berasaskan pelancongan, seperti tempat mencanting batik, perusahaan barangan kulit, silver dan sebagainya.

Hari ke empat, aktiviti yang kami jalankan adalah kajian culture yang melibatkan kawasan sekitar pekan maliboro, seperti pekan itu sendiri, perkampungan sekeliling, kawasan kraton (palace) dan di sini kami melihat tarian kebudayaan Java kerana ia merupakan satu 'aset' ke atas kajian sahabat kami.

Hari terakhir, iaitu hari ke lima, kami mengembara dengan menggunakan keretapi ke daerah Solo. Program kajian di sini agak hambar dek kerana sahabat-sahabat yang telah terlebih budget membeli belah sehingga wang yang tinggal secukupnya untuk airport tax dan ada yang memerlukan pinjaman saya. Alhamdulillah, cost saya tak lari dari budget kerana saya belanjakan mengikut keperluan dan seperti perancangan awal, dapatlah juga bantu kawan-kawan. Namun, dalam kehambaran, saya cuba menggunakan masa dengan tidak hanya berjalan tanpa arah, saya cuba mengerahkan otak memproses perjalanan, menzahirkan apa yang dilihat dan menafsirkan dengan mencari ibrah di setiap kebaikan dan kelemahan atas apa yang dilihat di sana. Ternyata, bandar Solo jauh lebih maju dan taraf sedikit tinggi dari Yogyakarta.

'Aktiviti kita dekat sini macam hambar sikit kan. Tapi takpelah, kita buat observation je. Tapi, Fadilah perasan tak, orang dekat sini lawa-lawa sikit berbanding di jogja? itu yang akak tengoklah, eheh' simpul rakan saya yang merupakan core researcher kami. Saya ketawa serta merta. 'Unik' dan tak disangka-sangka itu pemerhatian rakan saya di sana.

Namun, sedikit kesimpulan. Ada banyak perkara yang tak begitu menyelesakan saya namun saya tahu itu banyak membantu saya untuk terus bermuhasabah. Benarlah ada kata-kata bahawa, mahu mengenali rakan, maka mengembaralah bersamanya. Begitu juga kata-kata yang mengatakan bahawa, kemiskinan boleh membawa keburukan lagi-lagi dalam hidup beragama. Namun, kajian ini cukup memberi saya satu garis ukuran tentang cara hidup berbudaya yang seharusnya tidak boleh tidak pasti perlu juga mengikut lunas agama. Jika tidak, pasti banyak 'kesalahan' terzahir yang nyata namun di butakan oleh hati kita sendiri. Malam terakhir, saya mengambil kesempatan melayari internet sebentar sementara rakan lain menggunakan wartel untuk menelefon keluarga di Malaysia. Aduh, ada pulak kerja yang saya dapat dalam hanya melayari internet beberapa menet.


Supervisor: Fadilah, when u come back from jogja, please go and see our Dean. He want to meet you for some reasons.

Adeh, kene jumpe dean? Kesalahan apa yang saya lakukan, atau saya terlalu istimewa sehingga berpeluang berjumpa dean, (hahahaha, saje perasan untuk menenangkan hati dan menghilangkan lelah). Suspen. Sekarang masa menulis, saya masih belum berjumpa dean, namun telah beberapa kali di 'roger' oleh supervisor saya.

Dan ada juga beberapa urusan lain, termasuk meeting esok yang memerlukan persiapan hari ini. Dan ada beberapa persoalan agama dengan kerjasama saya dengan seorang sahabat di UTM. Unity in diversity, kata ustaz sahabat saya, insyaALLAH akan saya lakukan sebaiknya.

Aduh, capek juga. Apapun, kerja jiwa amanah, moga ALLAH ikhlaskan hati saya, amiin. Senyum, moga dapat mengurangkan tekanan saya. Semuanya kita gantungkan sepenuhnya pada ALLAH swt. Moga ada manfaat nya. Hamba mengembara bermujahadah mengenali erti kehidupan, mengenal fungsi hamba di dunia. Hamba tunduk mengharap redha dan tabiyyahNYA atas diri yang serba lemah ini.

ALLAH sayusahhiluna... Amin Ya Rabb

You May Also Like

3 komen

  1. Salam..Err,lama dah nak tya
    Hari ni bukan muslimah ke? :)

    ReplyDelete
  2. Muslimah hari esok tu sebenarnya tajuk satu buku tulisan syeikh yusuf al-qardhawi...

    dan lagi satu...saya harap diri saya dan muslimah sekalian hari esok jauh lebih baik dari hari ini. :-)

    ReplyDelete
  3. owh, ye ke!
    nampak sangat saya ni kurang membaca ek
    malu kat Nahwan Nur

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.