ISTIHADAH : Permainan Syaitan si Pendamping Wanita
Setelah beberapa beberapa ketika saya bertangguh untuk memberi penjelasan tentang perkara ini, dan atas keseganan sendiri untuk melakukan post ini, akhirnya, insyaALLAH kali ini saya berusaha mengupas isu istihadah ini sedikit berbeza dari biasa. Atas permintaan beberapa sahabiah, dan adik usrah, saya harap pembaca lain akan sedikit terbuka walau isu ini lebih kepada urusan wanita.
Selalu saya di tanya oleh sahabiah yang mengalami masalah kitaran haid tentang waktu sebenar kitaran haid dan cara mengenali dan membezakan antara haidh, nifas dan darah istihadah, cara pengurusan dan amalan yang boleh dan tidak ketika dalam setiap keadaan. Ketiga-tiga perkara di atas merupakan antara perkara terpenting yang amat-amat perlu difahami teori dan praktikalnya bagi setiap insan bergelar wanita. Ia amat perlu supaya ia memudahkan urusan ibadah kita dan amat penting juga dalam urusan berumahtangga. Berkenaan dalam ikatan suami isteri, boleh saya katakan, isu-isu ini turut penting bagi golongan muslimin dalam mengetahui dan memahami kondisi isteri terutamanya supaya kelak tiada kecelaruan berlaku.
Namun, entri kali ini, saya tidak bercadang untuk mengupas satu persatu teori dan pengurusan diri atas ketiga-tiga perkara tersebut kerana terlalu banyak rujukan yang mudah di dapati dan jauh lebih baik dari kefahaman saya sendiri, malah ia juga merupakan rujukan saya. InsyaALLAH kali ini, saya ingin memfokuskan kepada perspektif lain tentang istihadah, tentang wujudnya istihadah yang lebih dari kerana ianya darah kotor yang disebabkan oleh penyakit dan sebagainya.
Overview darah Istihadah
Atas kesedaran dan kefahaman seorang muslimah, istihadah lebih mudah di fahami sebagai darah wanita yang mengalir luar dari masa kitaran haid. Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan. Ia boleh di kesan dengan mengenal pasti waktu keluarnya darah yang berbeza dan ‘terlebih’ dari biasa (mengikut kitaran haid normal bagi individu), dan melalui warna darah.
Terdapat beberapa dalil atas kes istihadah. Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu 'anha kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari:
“Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”
Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu 'anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al- Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]
Kesedaran atas berlakunya istihadah perlulah hadir dari kefahaman tentang perbezaan waktu suci sepatutnya dan waktu kotor sepatutnya (kitaran haid). Jadi terlalu penting bagi seorang muslimah untuk mencatitkan waktu kedatangan haid untuk memudahkan urusan ibadah kita terutamanya. Banyak perbincangan dan buku yang boleh di rujuk untuk perkara ini.
Istihadah :: permainan syaitan?
Di luar sedarnya kita, wahai kaum muslimah, saya ingin tegaskan di dalam entri kali ini bahawa masalah istihadah merupakan salah satu bentuk gangguan syaitan ke atas wanita. Hal ini ada di bincangkan di dalam kuliah tafsir al-a’raf oleh Ustaz Zahazan di radio Ikim.fm, dan beberapa kuliah fiqh muslimat di uia, serta terdapat beberapa buku yang turut membincangkannya seperti fiqh wanita, petunjuk quran dan sunnah berkenaan haid, istihadah dan nifas (terbitan alfirdaus.com), dan beberapa kitab lain.
Tentu, terlalu normal orang mengatakan bahawa darah istihadah merupakan darah kotor seseorang yang mungkin di sebabkan oleh beberapa faktor seperti penyakit, pengambilan makanan, stress dan sebagainya. Dan ini sememangnya terdapat hadith sahih tentangnya. Namun, saya tertarik untuk membincangkan satu hadith;
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan, maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah kamu berpuasa.”
[Sunan Abu Daud– no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]
Hadith ini jelas menyatakan bahawa darah istihadah merupakan darah yang disertai oleh syaitan. Suatu perkara yang besar saya kira untuk di fahami oleh muslimah terutama sekali yang berhadapan dengan istihadah. Permainan pertama berkaitan istihadah adalah dalam urusan beribadat. Sudah tentunya seseorang yang mengalami istihadah akan mengalami kekeliruan sekaligus mengundang perasaan was-was dalam melakukan ibadah. Jadi tidak hairanlah mengapa muslimah yang mengalami hal istihadah sering bertanya kepada pelbagai pihak, walau sudah berulang kali dek kerana inginkan kepastian. Alhamdulillah, at least mereka sedar akan pentingnya memahami hal istihadah dan pengurusan supaya tidak menjejaskan urusan ibadah. Jadi jelas sekali, ini merupakan salah satu tipu daya syaitan dalam membina perasaan was-was sekaligus menghalang kita mencapai kesempurnaan dalam ibadah seperti solat.
Selain itu, masalah istihadah dan permainan syaitan yang ke dua melibatkan sistem hubungan suami isteri dan institusi rumah tangga. Merujuk kepada surah al-baqarah ayat ke 102, di situ ada menyatakan bahwa terdapatnya sihir syaitan yang berperanan memporak perandakan dan mencerai beraikan suami isteri dan ada ulama’ yang menghuraikan salah satu method yang di maksudkan adalah istihadah yang mana ia merupakah salah satu daf’ah (tipu daya) syaitan ke atas wanita dan suami dalam melahirkan kecelaruan dalam institusi rumah tangga melalui hubungan suami isteri tersebut. Ini di sokong oleh beberapa hadith yang menyatakan bahawa, syaitan itu pendamping bagi kaum muslimah, dan ada juga hadith yang menyatakan wanita itu pembawa syaitan. Jadi jelas membuktikan bahawa istihadah merupakan salah satu permainan spiritual syaitan ke atas emosi dan hubungan suami isteri.
Punca atas sedar
‘Kita stress lately, workload berat sangat...hmm, macamana ya?’ itu alasan selalu saya terima dari sahabiah yang bertanya.
Dari perspektif lain, sebenarnya muslimah perlu selalu bermuhasabah. Berfikir di luar kotak fikiran biasa. Sistem edaran darah wanita merupakan salah satu anugerah besar bagi seseorang wanita. Ada yang mengatakan ‘hadiah’ untuk wanita setelah setiap hari menanggung pelbagai kerja dalam kehidupan dan kitaran darah merupakan ‘cuti umum’ untuk menghilangkan lelah. Selain itu, kitaran darah juga menyucikan sistem tubuh wanita dengan membuang setiap darah kotor. Jauh dari itu, dapat dilihat, bahawa sistem ini merupakan ‘signal’ bagi muslimah yang berpenyakit, dan sebenarnya merupakan ‘ingatan’ untuk mereka yang sebenarnya sakit dari segi spiritual.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:
“Sesungguhnya yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.” [Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]
Terdapat dua jenis penyakit di sini yang dihuraikan oleh beberapa ulama’ atas maksud ‘irq (penyakit) di dalam hadith di atas. Penyakit yang jelas adalah penyakit fizikal iaitu berkemungkinan seseorang yang mengalami istihadah merupakan tanda-tanda wujudnya penyakit dalaman di dalam tubuh badan wanita. Dan penyakit ke dua yang dimaksudkan ialah penyakit jiwa. Penyakit jiwa ini bermaksud hubungan kita dengan ALLAH swt yang mana semakin hari semakin lemah.
Seorang wanita yang mengalami istihadah tentunya faham keadaannya semasa itu. Bagi mereka yang stress, selalu cenderung mendera fizikal dengan meratapi stress tanpa cuba mengkaji spiritual semasa saat itu. Saya telah mengupas isu stress secara ringkas (di sini). Ia jelas menunjukkan bahawa sebab-sebab hadirnya stress yang sekaligus bisa menjarakkan hubungan semasa kita dengan ALLAH swt.
Antara perkara lain yang melibatkan penyakit rohani ialah;
1. Kelemahan hati: hati yang tidak kuat
2. Kelemahan roh: e.g.: instinct. Dan kelemahan batin dalam menghadapi setiap urusan . Jadi ini sala h satu sebab wanita yang menghadapi stress ada yang akan mengalami istihadah
3. Pengaruh nafsu: terarah kepada benda yang tidak baik
4. Kelemahan akal : Akal tidak dapat menerima bebanan semasa dek kerana tidak diarahkan oleh kekuatan iman dan sebagainya
Atasi secara spiritual
Terdapat beberapa cara mengatasi Istihadah secara spiritual iaitu;
1. Selalu berwudu’. Sentiasa memperbaharui wudhu seperti yang di lakukan oleh Rasulullah saw untuk memastikan diri kita sentiasa suci dan jauh dari gangguan syaitan
2. Mengamalkan doa; Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul’azim
3. Memperbanyakkan hadir ke majlis-majlis ilmu
4. Bertadabbur
5. Bersedekah; memelihara harta dan mensucikan jiwa (salah satu melalui zakat)
6. Mengamalkan zikir. Walau dalam keadaan berhadas. Dan ALQURAN sebagai zikir terbaik dan pakaian jiwa. Amalan lain seperti Al-mathurat dan al-manzil
7. Mengamalkan solat dhuha
Apapun maksud dan sebab di sebalik hadirnya istihadah yang di beri oleh ALLAH swt buat insan bergelar wanita, ia merupakan anugerah terbesar iaitu sebagai ‘signal’ awal dalam memberi peluang wanita untuk mengambil langkah untuk mengubati. Walau berpenyakit fizikal sekalipun, bersangka baiklah kerana ia pasti dapat menyucikan dosa kita di dunia tanpa perlu di hitung di akhirat, dan bersyukurlah kita masih di beri masa untuk mengambil langkah mengubati tanpa terus di tarik nyawa, dan jika ia tanda stress dan permasalahan jiwa, maka itu tandanya DIA sentiasa mengingati kita dan memberi waktu untuk kita bermuhasabah supaya kita sentiasa berhubung denganNYA dan sehingga waktu kita bertemu denganNYA dalam keadaan bersih jiwa. SubhanALLAH. Bukankah begitu untung menjadi wanita ^__~ kita sentiasa berada di bawah jagaan dan tarbiyyahNYA.
Jadi, apapun keadaan menghambat, jangan lupa untuk selalu bermuhasabah akan kekurangan diri bukan menyalah kan takdir semata atas musibah yang melanda. Dan walau sesibuk mana pun kita dan di mana jua kita di campakkan, pasti kan sentiasa hati dan jiwa kita tetap berhubung denganNYA.
Wallahua’lam
p/s [nahwanNUR] : Bagi sahabat sahabiah, ikhwah dan akhowat, dan sesiapa sahaja yang inginkan e-book Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas karangan Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin, terbitan alfirdaus.com boleh hubungi saya. Sebarang tambahan, pembetulan amat-amat di alukan buat perkongsian bersama. Bagi yang menghadapi masalah ini, selamat mencuba. Moga ada manfaatnya di sini.
Sumber rujukan:
1. Beberapa sesi kuliah berkaitan fiqh muslimat, fiqh taharah, tafsir al-quran oleh ustaz zahazan etc
2. Buku Fiqh Muslimah, Tarbiyyatul aulad fil Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan dan e-book Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas karangan Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin
3. Diskusi ilmiah dengan ustazah dan sahabiah yang di hormati
82 komen
Subhanallah...jazakillah ya ukhti...inilah kali pertama saya mengalami darah istihadah dan pelbagai websites yg diterokai demi mncari jwpn bg persoalan yg berputar dlm diri..alhamdulillah telah ku temui nya dgn penjelasan ukhti yg simple dan mudah difahami...ikhlas dr hati,saya ucapkan terima kasih...selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan....semoga Allah merahmatimu dan memudahkan segala urusanmu....
ReplyDeletesalam...sy dilla....sy first time masalah istihadah ni...masuk hari ini darah sy kuar 27 hari....15 hari yg pertama sy kira haid...lepas 15 hari sy kira istihadah...masalah sy sekarang macam mane nak tahu sepanjang sy kuar darah n xputus darahnya kuar darah haid...adakah kena tggu istihadah berhenti selama 15 hari bersih dan darah seterusnya darah haid...ataupun ikut kitaran bulan lepas sy haid 7 hari bulan...adakah bulan depan haid sy 7 hari bulan jgk...kerana darah sy kuar xberhenti....jd tolong la sy....sy paham ape yg diterangkan diatas....cuma sy xnak sya solat sia2 je...mlahan dapat dosa....salam..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum warahmatullah, Dilla, maaf jika saya telat membalas.
ReplyDeleteBegini, cuba Dilla semak kembali hari haidh Dilla sebelum ini. Maka ikutlah tarik tersebut sebagai waktu haid dilla. Mengikut kesepakatan ulama 4 mazhab, 3 daripada bersetuju maksima hari haidh adalah 15 hari, dan hanya imam malik berpendapat 13 hari.
Namun, keadaannya haruslah jika darah itu berakhir pada hari yang ke 15. Jika darah tetap keluar pada hari ke 16 dan seterusnya, maka darah yang di kira darah dan hari haidh hanyalah sehingga hari yang ke tujuh, bermakna Dilla kene qada' kan solat dari hari ke 8, dan solatlah seperti biasa hari seterusnya.
Apa yang penting adalah mengetahui kitaran haidh kita sedari awal, dan mengetahui ciri2 darah haidh. Kalau dilla mahu lebih penerangan Dilla boleh email saya ya. InsyaALLAH saya bantu mana yang termampu.
Maaf, jika dilla masih tidak dapat memahami, Dilla boleh email saya di; nahwannur4@gmail.com
assalammualaikum...alhamdulillah..akhirnya saya berjumpa dengan artikel yang saya cari2...ini adalah kali pertama saya datang darah istihadah...sebelum ni saya tidak pernah mengalaminya...keadaan ini menyebabkan saya jadi bingung..saya tahu..hal ini kerana..saya datang haid 18 hb..dan sepatutnya habis 25 hb...tapi tiba2 darah tu keluar 2 hb..dan ini menimbulkan kerunsingan.tapi saya tetap solat seperti biasa kerana saya tahu darah tersebut adalah istihadah..cuma saya tidak tahu apa puncanya dan mengapa iainya berlaku.dengan penjelasan ini memberikan saya kenyakinan untuk melakukan solat.Terima kasih kepada yang membuat artikel ini.Wassalam....
ReplyDeleteassalamu'alaikum ya ukhtil kareemah,
ReplyDeletehere is alawiyah.if i may request from u the audio version of ust zahazan's talk that is related to the issue of istihadhah or fiqhul mar'ah, kindly direct to me the link ya,
really appreciate for ur kind response.
jazakillahhukhair, wassalamu'alaikum warahmatullah.
bintun.ahmad@gmail.com or neurotransmitter.asad@gmail.com
salam..alhamdulillah..saya bnyak mengkaji istihadah,,ini merupakan kali kedua namun yg kedua ini lebih lama ,,4 bulan lebih..doktor tidak dapat mengesan apakah penyekit saya..namun sy hanya mampu berusaha ,berdoa dan bertawakal..jazakillah diatas perkongsian..
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSemenjak saya melahirkan anak ke-2 dan selepas habis nifas, haid pertama saya selama 7 hari (19/1-25/1) kemudian pada hari ke-21 (8/2) dari haid pertama ada pengaliran (saya fikir haid) selama 8 hari (8/2-15/2). Jarak dari habis haid pertama (25/1) hingga mula haid kedua (8/2) ialah 14 hari. Boleh jelaskan adakah bermula 8/2 itu haid kedua atau istihadah dan kemudian haid? Dan hari ini ada darah keluar (27/2), jarak antara habis haid kedua (15/2) hingga hari ini ialah 12 hari. Jadi hari ini adalah darah haid atau istihadah. Mohon maklum balas. Sementara itu, saya akan sifatkan darah hari ini sebagai istihadah kerana setahu saya jarak antara habis haid dengan haid berikutnya mesti 15 hari. Terima kasih.Boleh e-mail ke fusherna@yahoo.com
Assalamualaikum..
ReplyDeleteterima kasih di atas info berkenaan istihadah. apa yang menarik perhatian saya pabila anda membincangkan berkenaan istihadah satu permainan syaitan yang menimbulkan was-was dalam diri wanita. was-was itulah yang saya alami.saya mengalami haid selama 15 hari. Pada hari ke 16 saya solat seperti biasa. tapi masuk hari ke 18 ada sedikit tanda kekuningan tanah keluar apabila saya ingin solat asar. saya jadi bingung sama ada haid saya keluar lagi atau itu darah istihadah?
salam..saya rasa b.syukur sgt sbb d.temukn dgn artikel yg sgt2 b.guna kpd saya..
ReplyDeletesalam..saye nk tnye,adkah salah satu faktor knape saya dpt istihadah adlah sbb kegemukan?? berat saye 99 kg dan tinggi 168cm...saye sgt risau dgn ksihatan diri ini...saye seringkali diet tapi x bkesan malah saya m.amalkan jamu..adkah b.kemungkinan jamu yg saya amalkan ini juga m.jadi faktor saya dapat istihadhah...
ReplyDeletesaya harap soalan sya ni mdpt feedback...terima kaseh
assalamualaikum ya ukhti..syukran krana sudi menulis atikel ttg darah istihadah..ana nk tya adik usrah ana seringkali kluar dara istihadah ni..setiap kali haid pasi akan istihadah...orgnya pun sentiasa dgn mashaf..boleh saya hendak taya selain faktor2 yg di tulis ukhti adakah ianya juga faktor pemakanan??maaf kalau saya ada tersilap bahasa..yang baik itu adalah daripada Allah dan yg buruk itu adalah dari kelemahan diri sendiri..
ReplyDeletesalam...izinkan saya letakkan artikel ni di blog saya, cukup memberi faedah artikel ini.
ReplyDeletetq
saya nk minta pendapat..
ReplyDeletekebiaasaan sy dtg haid 17/18 hb dan tempoh haid sy 11 hari..18/5-28/5 adalh tmpoh haid sy..perubahan ini berlaku selepas sy mngambil ubat..kmudian pd 5/6-11/6 darah keluar banyak..warnya hitam pekat..pd 18/6 darah keluar lgi selama 4 hari..warnanya coklat..sy nak tahu..
adakh pd 5/6-11/6 itu istihadah @ haid?..dan pd 18/6-21/6 adakh ianya istihadah @ haid?
adakah orang yang hamil juga keluar isihadah??atau yang akan hamil juga keluar darah istihadah????
ReplyDeletesaya mengalami istihadhah.pd hari ke 16 saya solat seperti biasa.walaupun begitu, saya tetap rungsing dan tertekan dengan keadaan saya..ada tak cara untuk menangani istihadhah ni?terima kasih
ReplyDeleteAssalam.. Nak tanya pendapat. Kebiasaannya sy dtg haid selama 6 atau 7 hari. Baru2 ini, saya telah dtg haid pada 7/9/11 hingga 12/9/11. Kitaran haid saya adalah 25 hingga 28 hari dan jarang awal atau lewat dari tempoh itu. Walaubagaimanapun, pada 26/9/11 (hari ke-20 dlm kitaran haid) keluar darah merah yg cair (sifatnya tidak seperti haid biasa yg agak pekat dan kehitaman) dan hanya keluar satu hari sahaja. Untuk makluman, sy belum sebulan berkahwin dan telah beberapa kali melakukan hubungan kelamin dengan suami. Adakah darah yg keluar pada hari ke-20 itu dikira darah istihadah dan saya perlu solat seperti biasa?..
ReplyDeletebagi org yg mengalami darah ini, adakah die juga sakit perot?
ReplyDeleteSAYA haid dari tgl 9 september 2011-smp tgl 23 september..tp setelah itu darah trus keluar tanpa putus smp tanggal 6 oktober ini berarti skrg say istihadhh kan,,,smp tgl 8...
ReplyDeletesalam,kak saya betul2 memerlukan bantuan akak saya baru sahaja datang haid pd 30ogos beberapa hari kemudian darah datang lagi sy ingatkn darah haid jadi sy x solatlh,untung ada kakak saudara sy ada dia memberitahu bahawa darah itu ialah darah istiadah jadi sy qodho blik solat yg sy tinggal.Tp masalahnya sy lupa utk mencatit bila sy datang haid,jd sy x tahu bila boleh sy solat dan bila tk boleh solat.Sy harap agar akak NAHWANNUR dpt membantu maaf jikalau sy menyusahkn akak ye.wasalam.dripada syasha.
ReplyDeleteyup..memang betul.stress fasal kerja itu menyebabkan quality zikir kita menurun.hati tak tenang. solat dhuha jadi malas. sbb selagi x settle prob, rasa susah hati nak tinggalkan kerja. terima kasih atas post ini.
ReplyDeleteyup..memang betul.stress fasal kerja itu menyebabkan quality zikir kita menurun.hati tak tenang. solat dhuha jadi malas. sbb selagi x settle prob, rasa susah hati nak tinggalkan kerja. terima kasih atas post ini.
ReplyDeleteSyukron di atas pesanannya. moga ana lebih yakin utk beribadah ketika istihadah. sangat bermanfaat.
ReplyDeleteSalam..artikel yg cukup bgs, cuma mohon dinyatakan kan makna bg doa yg perlu diamalkan diatas...
ReplyDeleteterima kasih ustaz. tenang sikit hati saya.
ReplyDeleteassalamualaikum ustaz.. syukran atas perkongsian.. nk tny.. kalau sy sudah didatangi haid 8-9 hr, selepas sa seminggu suci, dah keluar didtgi darah lagi tetapi tidak byk seperti darah haid yg sebelum ini. dan darah itu tidak semerah darah haid. dan darah ini berlanjutan melebihi tempoh suci 15 hari yg ditetapkan.. adakah darah yg melebihi tempoh suci itu dikira haid atau tidak? harap ust dapt membantu...
ReplyDeleteSlm,nama saya aida.tempoh haid saya biasanya 7@8hari.tapi selepas 2hari kering,hari ke3,tibe2 kuar darah lagi.adakh ni darah haid@istihadah?sbb saya ada baca bhwa kalau darah kuar dlm tempoh 15hari tu dikira sebagai darah haid?
ReplyDeleteassalamualaikum muslimah...
ReplyDeletesya pertama kali mengalami istihadhah ini..
saya kira disebabkan saya agak stress dengan bebanan kerja dan juga asakan soalan "bila nak ada anak?" memandangkan saya sudah berkahwin 10 bulan yg lalu..
jadi,bila terbaca artikel ini,saya amat bersyukur kerana Allah memberikan peringatan utk saya muhasabah diri..Subhanallah..
assalam,
ReplyDeletesy ad kemusykilan, period sy mmg tidak teratur, kadang2 2 - 3 bulan tak period. ibu sy mencadangkan sy mengambil ubat kg dan alhamdulillah, period sy kemabali.
selepas itu, period sy telah menjadi 2 kali sebulan. 22hb/7 sy period smpai ke 29/7 baru2 ini.. tetapi, disebab kan pengambilan ubat kg tersebut, period sy kembali pada 5hb/8 baru2 ini.. so saya dalam keadaan kering hanya 6 hari sahaja. darah period yg dtg kali kedua ni, sama n serupa sahaja seperti period yg biasa dtg.
dalam keadaan ini, sy smmgnya wajib solat dan puasa kan?
Assalamualaikum Ustazah.. mohon ustazah komen bagi setiap persoalan di atas bg tujuan berkongsi ilmu. diharapkan ilmu ini dpt d perpanjangkan kpd yg lain yg memerlukan penjelasan.. saya sgt2 ingin tahu tentang pengiraan tempoh haid dan istihadhah.. terima ksh atas perkongsian ilmu..
ReplyDeleteSalam...Bila saya penat terutama jika 10 hari selepas haid saya akan didatangi darah yang saya tak tahu darah apa sebab ia hanya ada jika saya memakai seluar dalam jika saya kencing tiada pula darah itu.Saya memang selalu stress berkaitan keluarga, kerja dan diri sendiri..saya cuba untuk muhasabah diri dan ingat Allah slu tetapi tak tahu kenapa sukar untuk mengatasinya..apa lagi dlm keadaan skrg ni..Bagaimana untuk atasi masalah ini hingga kadang-kadang saya tidak tahu kenapa saya mesti berkeadaan begini...
ReplyDeletekalau darah tak berhenti selama dua bulan lebih (berturut-turut), macam mana nak tahu bila masa haid dan bila masa istihadhah?
ReplyDeleteasalamualaikum...alhmdulillah jpe website ni,trlerai sgl kekusutn mgenai istihadah ni...tp msih musykil ttg haid sy ni,sbl ni haid dtg ikut tempoh yg btul tiap bln cume trlebih hari jer tp bila brjumpa doktor disuruhnye ambil pil perancg kuarga tgu shingga kring drh malangnye bln trsebut lgsung non stop so sy ambil pil 2mgu dr date kebiasaan haid trhenti.so skg sy dh xthu ble sbnrnye wktu haid sy,sdgkn pil diambil shgga 21 hari,tempoh rehat 1mgu tu akn kuar haid.so skg sy x thu ble haid yg sbnr sdgkn sy ambil pil tetap brterusan darah kuar....pls reply to norazuatiidris@ymail.com.tq.
ReplyDeleteTerimakasih sgt2x kupasan ini, saya mengalami istihadah sejak 5 bulan lepas, saya jadi tak tentu arah dengan ibadat saya, kadang2x menangis sebab terasa macam pernah tinggalkan solat dan rasa mcm solat tak sah dan ragu2x dalam hati, Alhadulillah terlerai kekusutan jiwa raga saya lepas membaca post ini, Allah membalas penulisan ini dengan kebaikan Insyallah :-)
ReplyDeleteassalamualaikum. terima kasih utk info ini. hati saya tenang selepas membaca artikel ini.terima kasih skali lagi
ReplyDeleteAssalamualaikum,sayapun dah lama kena darah istiadahni,haid saya tak menentu dah setahun lebih saya tanggung sampai terpaksa masuk darah akibat banyak kehilangan darah.badan cepat letih rasa back mood je kadang2 rasa nak menaggispun ada.doktor cek keseluruhan kesihatan rahim xde masalah.tapibila datang bulan susah nak berhenti .selalunya haid saya datang hampir dekat 2 bulan baru datang bila datang minggu petama cikit2 masuk miggu ke2 banyak kadang2 keluar darah beku .saya takut sangat.susah nak solat .biasanya hari ke16 saya baru solat.tapi bila dengar penjelasan ustazah lega rasanya.ada tak tip ataupun doa yg boleh sembuhkannya...
ReplyDeleteterima kasihhh.. entry yg sgt berguna..mohon copy paste :)
ReplyDeleteassalamualaikum, haid saya pada setiap bulan boleh dikatakan teratur cuma kadang2 awal atau lambat 2-3 hari dan tempohnya selama 10 hari. Kemusykilan saya bulan ni haid saya datang pada 13hb - 23 hb. dan pada 27hb saya dapati lender bewarna coklat seolah seperti permulaan nak dtg haid. Adakah ini dikategori sebagai darah haid atau istihadah?
ReplyDeleteassalamualakum, saya sering kluar darah istihadah tpi tdak terus mnerus, herannya drah sya kluar waktu pagi dan agak ciang sdikit sdah off..bgaimna cra mngatasinya?
ReplyDeleteSalam...sy ptama kali mngalami istihadah n..lps bsalin anak haid sy normal slama 8bln.kitaran tiap2 bulan dtg 9-10-kdg 11 hari.lps 8bln sy xd ddatanggi haid slama 8bln jgk.8bln sy solat sperti biasa tnpa haid.msk bln ke9 keluar darah tnpa hnti slama 2bln bturut smp skng.sy hnya ambk 15hari haid dan selebihnye sy kira istihadah..dr hari ke 16smp ble sy anggap istihadah?mcm mne nk kira tmpoh suci plak.sbb darah tnpa hnti keluar.adkah melalui wrna bau?
ReplyDeleteSalam, saya nak tanye, 8 bulan lepas saya dapat istihadah, darah berterusan, tapi alhamdulillah dah berhenti dalam 4 bulan lepas, tapi bulan ni tiba2 period saya datang 2 kali sebulan, tiap kali datang 7 hari tepat dan berhenti, tempoh suci waktu yang pertama adalah 15 hari tapi yang kedua tu tempoh suci 8 hari je, lepas tu bleeding, yang saya confuse ciri2 darah ni ciri2 darah period, ada sesiapa boleh bantu saya? Tanya doktor, doktor cakap maybe sebab saya ambik family planning nye injection, x sesuai dengan hormon saya, tapi xtau la..huhu
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesaya mengalami kekeliruan.sama ada datang bulan atau istihadah..kerana saya datang bulan pada bulan lepas 11/7/2013. memang normal bagi saya.saya akan suci sekitar 8 hinnga 10 hari.barulah saya mandi wajib..tetapi pada bulan ini iaitu pada 25/7/13, saya dapati selepas pulang dari bekerja, saya dapati ada sedikit, ketulan bewarna coklat. pada keesokan hari. tiada tanda-tanda datang haid. kemudian saya mandi wajib..pada 2/8/2013 kemudian, saya dapati ada ketulan berwarna hitam.kadang-kadang bewarna kekuningan..adakah ia darah haid..saya jadi was-was untuk melaksakan solat dan berpuasa di bulan ramadhan.Mohon penerangan..Terima Kasih..:)
Trima kasih ats perkongsian..
ReplyDeleteSalam nak tanya ..bole ka kita berpuasa sunat klu kita mengalami masalah istihadah..
ReplyDeleteinformasi yg sgt berguna.. Terima kasih saudari. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.
ReplyDeleteasalamualaikum
ReplyDeletesaya ingin brtnya
saya haid dan stlah 6 hri sya suci,
tpi seblum 15 hari saya keuar drah lgi,
drah yg keluar itu drah haid atau istihadoh ya?
aslamualaikum wr wb
ReplyDeletesya ira ,
sya ingin bertanya,saya pny mslah,saya waktu itu sedang haid setelah 7 hari saya bersuci , tapi 13 hari stlah bersuci saya keluar drah lagi, drah yang keluar itu drah haid atau istihadoh yaa?
bisa tolong jwab saya?
saya bingung jika saya solat saya takut itu haid dan dosa,tapi jika saya tdk solat saya takut itu drh istihadoh dan saya bisa dosa juga.
terimakasih atas artikel yg telah d postingkan sunnguh bermanfaat
ReplyDeletemantep artikelnya,,..
ReplyDeletesangat membantu dan menjawab semua galau saya yg baru pertama kali istihadoh ini. :')
dari Husna ...mohon share artikel yang bagus :)
ReplyDeletealhamdulillah saya menemui entri anda dan sangat berpuas hati dengan masalah istihadah ini.ini kerana saya juga baru pertama kali mengalami keadaan darah ini atas dasar gerak hati dan yakin bahawa istihadah adalah gangguan syaitan dan sejauh mana keyakinan saya dalam melaksanakan ibadah.
ReplyDeletealhamdulillah penemuan entri ini sedikit sebanyak membuatkan saya yakin untuk melaksanakan ibadah yang lebih tulus dan ikhlas kepada allah.mudah2an allah juga mempermudahkan urusan rumahtgga saya melalui keadaan ini.amin..
Saya bingung sekaligus sedih.macammana nak layan suami kalo kluar darah istihadhah secara terus menerus.confuse....
ReplyDeleteMy Name is Helen Morgan, From United Kingdom. I wish to share my testimonies with the general public about what this spiritual doctor called Dr okojie has just done for me, this man has just brought back my lost Ex husband to me with his great spell, I was married to this man called Morgan we were together for a long time and we loved ourselves but when I was unable to give him a child for 2 years he left me and told me he can’t continue anymore then I was now looking for ways to get him back until I saw a testimony about this same doctor on the internet on how he has cured so many disease and help people with other similar problems, then you won’t believe this when I contacted this man on my problems he prepared this spell and in two days after he told me that he was through with the spell work my lost husband came back with more love in his eyes, and after a month I miss my month and go for a test and the result stated am pregnant am happy today am a mother of a baby Boy, he said I will also get pregnant again if I wish to thank you once again the great doctor for what you have done for me, if you are out there searching for any of these spells or healing:
ReplyDelete(1)Spell for protection from danger
(2)Spell for magic
(3)Spell for same sex love
(4)Spell for healing diseases
(5)Spell for invisibility
(6)Spell for riches and fame
(7)Spell to get a good job
(8)Spell for strong love and relationship
(9)Spell to bring your ex back
(10)Spell to become pregnant
You can contact this great doctor on his email drokojiehealinghome@gmail.com and get all your problems solved.....
it's syirk sis. may Allah guide u.
DeleteAssalamu'alaikum... saya sekarang mengalami kebuntuan untuk mengenalpasti samada saya sedang mengalami darah haid atau pun istihadah. pada mulanya saya mengambil pendekatan jarak 15hari tempoh suci... dan menggunakan temoh maksimum haid iaitu 15hari juga(sebab tempoh haid sy mmg xmenentu) hari terakhir saya didtgi had adalah pada 1jan 2015. selepas itu masih de darah keluar.. jadi saya bersolat seperti biasa.akan tetapi masalah yang berlaku adalah setelah 15hari dr trkh 2jan,drh masih lg kluar. pd 4ari pertma sy menganggapnya darah haid..namun,bila saya perhati, warna darah dan juga kuantitinya tidak berubah langsung dlm tempih 4hari tersebut.drh yg kluar bewarna merah terang tetapi seakan2 berketul dan berlendir. dari segi baunya pula... menyerupai bau ketika didtgi haid.agk busuk. jadi sy keliru dgn status saya skrg. bile nk bersolat pn jd was2. mohon berikan pencerahan
ReplyDeletesubhanallah... sgt2 membantu . terima ksih sgt2 ya ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mohon izin share ya. Syukran
ReplyDeleteBagaimana cara untuk merawat penyakit istihadah maksudnya ade x doa yg boleh diamalkan
ReplyDeleteAde x doa yang boleh kita amalkan dalam merawat penyakit istihadah
ReplyDeleteterimakasih ukhti atas informasinya, semoga ini menjadikan pengetahuan bagi kita yang mengalami masalah istiqadoh, dan semoga ALLAH SWT membals kebaikan ukhti,dan selalu di lindungiNYA
ReplyDeleteamin
Salam
ReplyDeleteSaya nak tau darah saya ni darah istihadah ke ape.
Deletesoalan saya :
1)saya keguguran kandungan 11 minggu bulan 5 iaitu 20/5/2015 - 3/6/2015(berhenti darah nifas)
2) 18/6/2015 - 27/6/2015 pula saya datang period selama 10 hari
3) 7/7/2015 datang lagi darah maknanya jarak period dengan bulan 10 hari saja..apakah itu dinamakam darah period ataupun istihadah atau lain??saya berharap sgt dpt penjelasan disitu sebab saya sekarang delima boleh puasa ataupun tidak
Saya nak tau darah saya ni darah istihadah ke ape.
Deletesoalan saya :
1)saya keguguran kandungan 11 minggu bulan 5 iaitu 20/5/2015 - 3/6/2015(berhenti darah nifas)
2) 18/6/2015 - 27/6/2015 pula saya datang period selama 10 hari
3) 7/7/2015 datang lagi darah maknanya jarak period dengan bulan 10 hari saja..apakah itu dinamakam darah period ataupun istihadah atau lain??saya berharap sgt dpt penjelasan disitu sebab saya sekarang delima boleh puasa ataupun tidak
Salam
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteAssalammualaikum..
ReplyDeleteSaya inginkan kepastian macam mana saya nak mengerjakan umrah ketika isthihadah?
Ass.kpn darah istihadoh bs brhnti.....?wass
ReplyDeleteAssalam.. Terima kasih atas prkongsian..ini kali prtama sy alami. Haid sy biasanya habis pd hari ke8,tapi kali ini sehingga 15 hari.. Namun hari ke 16 msih lg kluar drah,dan sy anggap itu drah istihadah. Drah xkluar stiap hri,kadang skip 1 hari..esok ada balik,xbanyak pun drahnya. Ada masa wrna merah,tp hri ni sy perhati drah yg kuar brwrna agk coklat gelap.sudah masuk hari ke 8. Sy agk risau dgn keadaan ni sbb sy msih bujang..adakah teruk kesannya dr prkara yg sy alami kini? Sy solat mcm biasa slpas hri ke 15..tp agk rumit sbb prlu selalu tukar pntyliner stiap kli nak brwudhu'. Ada cara x utk ubatinya? Sy buntu,takut.. Mohon perkongsian dan pnjelasan dr puan..terima kasih
ReplyDeleteAssalamaualaikum. Alhamdulillah di atas ilmu2 yang bermanfaat. Cumanya saya masih mempunyai satu persoalan. Saya bagi situasi macam ni. Saya period selama 7 hari, kemudian dah bersih dan mandi wajib seperti biasa. Saya solat, dan beribadah macam biasa. Lepas tu adaperiod lagi dan period ni belum masuk waktu istihadah. adakah sah solat yang saya kerjakan sebelum period kali kedua tersebut ?
ReplyDeleteUstazah saya kata tk sah kalau yg keluar utk kal kedua tu masih dalam tempoh 15 hari.. btw situasi kita sama 😌
DeleteAssalamualaikum...lebih setahun saya mengalami masalah darah istihadah yg kdg2 membuat hati berasa stress dan apabila membaca entri di atas baru sy tahu bahawa Allah masih sayangkan saya dan sebab itu Allah menguji saya...Subhanallah...Walhamdulillah...Allahuakbar
ReplyDeleteAssalamualaikum...lebih setahun saya mengalami masalah darah istihadah yg kdg2 membuat hati berasa stress dan apabila membaca entri di atas baru sy tahu bahawa Allah masih sayangkan saya dan sebab itu Allah menguji saya...Subhanallah...Walhamdulillah...Allahuakbar
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete.saya ada soalan
assalamualaikum..alhamdulillah jumpe gak info tentg istihadhah ni..sya ingin bertnya ini pertama kali sya mngalami keadaan mcm ni period sya selalu dlm5-7 hri sja tpi ni dh lebih than drah bukn sedikit tpi sprti biasa period jz tak henti kluar dismping itu sya disahkan hamil persoalan yg sya ingin tanya adakah ini menjejaskn keadaan bayi sya dan bgaimna cra hentikan drah ini dan adakah tdk mengganggu hubungan intim brsma suami?kli ni sya hnya mnggu smpai hbis 15 hri..if drah hri ke 16 kira drah istihadhah ke?dn tdk mggnggu solat sya..hrap beri pnjelasan sya keliru..
ReplyDeleteThank you so much my dear sister for this. You have no idea how much this means to me, I NEEDED this. I'm only seventeen and going through istihadah is much pain for me, I feel like this burden is too much for me to handle,.. to the extend I always be in stress & sometimes cry.. But you make me realize that there is a great hikmah behind this. May Allah bless you, and all fellow sisters who going through the same problem.
ReplyDeleteHey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz.. boleh saya tahu..bolehkah seseorang perempuan beribadat ketika darah ini keluar ya ustaz
ReplyDeleteboleh...tapi mesti cuci diri kamu dari darah tu kemudian barulah solat...
Deletetapi..saya nak tanya lagi boleh kan??saya cuba baiki diri saya...saya sedih bila kenangkan masa silam saya...tapi darah keluar kadang2 okey kadang2 lebih dari 15 hari...contohnya 17...21 hari pon pernah!!saya takut..saya tak tau kenapa dan apa masalah saya...darah keluar lebih dari 15 hari tapi saya takde rasa sakit atau ape2...saya kadang2 sedih sebab saya tgk org lain punye 5 ke 7 hari je...saya je yg lama...saya punya ni pon dikira darah istihadah ke??? Atau saya ada penyakit☺penyakit yg berbahaya??☺☺dah 3 tahun saya macam ni....saya jujur☺☺☺saya sabar je...tapi kadang2 saya menangis sbb saya x tahan...saya takut...boleh tak tolong bagi pencerahan??
ReplyDeleteAssalamualaikum..sy ingin bertanya..adakah seorng perempuan perlu ganti puasa jika dia berpuasa dalam keadaan istihadah
ReplyDeleteAssalamualaikum akak.. Kalau dah haid 15 hari.. pastu belum masuk kitaran haid selepasnya, keluar darah tapi sekejap je dan 1 hari je.. lepastu di lain hari pon keluar juga tapi sekejap jugak dan kuantiti pon sikit.. ini pon istihadah ye? Saya baru 17 tahun.. sebelum ni pernah keluar juga darah diluar waktu haid lagi lagi bila joging.. minta penjelasan, terima kasih akak 😊
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, saya nak tanya, bagaimana hukum dengan perlakuan sex antara suami isteri sewaktu isteri sedang istihadah. Kita sedia maklum bahawa sewaktu isteri haid, hukumnya haram, adakah hukum yg sama juga di-apply sewaktu isteri istihadah? Harap kak mampu bagi saya pencerahan mengenai ini.
ReplyDeleteOrang yg mengalami darah istihadah ni pun akan ada rasa sakit perut ke atau (period pain) ?
ReplyDeleteKomen. Terima kasih.