Muslimah Hari Esok
Jika kita sebaik Siti Khadijah
Dapat menguatkan suami,
Dengan harta dan cinta,
Untuk meneruskan perjuangan,
Menegakkan agama Allah.
Alangkah indahnya,
Jika kita sepemurah Siti Aisyah,
Mencari-cari harta walaupun sebiji kurma,
Untuk disedekahkan,
Di jalan Allah.
Alangkah indahnya,
Jika kita seperti Rabiatul Adawiyah,
Mengintai cinta suci sepi dinihari,
Aku menyembah bukan mengharapkan syurgaMu,
Bukan jua kerana takut akan siksa nerakaMu,
Tetapi,Kerana rinduku kepadaMu
Ahh...sungguh diri ini lemah!
p/s [nahwanNUR] ::
Hati ini mungkin tidak seteguh Sumaiyah, Jiwa ini mungkin tidak segagah Fatimah, tulus tidak setanding Rabiatul Adawiah, Jasad ini tidak setegap Masyitah, namun harapku berupaya mencontohi sedikit kekuatan jiwanya Sumaiyah, mencontohi perawakan mulia Mariam, mejadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi mar'ah setabah hati Asiah, menjadi srikandi sehebat jiwa Sumaiyyah,Menjadi insan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah,menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah,semoga menjadi wanita dan kekasih idaman setiap kalbu pencinta Ar-Rahman
Namun, sedarnya di bahu kita terpikul beban perjuangan, Justeru memerlukan sedikit keteguhan hati, keberanian dan ketulusan, kegagahan dari setiap insan bergelar sahabat, Agar diri dapat terus istiqamah bersama dalam perjuangan
Muslimah hari ini, mungkin kita tak sehebat muslimah solehah srikandi islam terdahulu, namun, kita masih punya upaya untuk mencontohi kita sekadar termampu kita, terus berusaha bermujahadah dalam meraih redha dan kasihNYA, menjadi neraca sebagai muslimah hari esok, permata indah hiasan dunia sementara, menjadi calon solehah wanita bidadari syurga.
'He doesnt required us to be the best, He just want us to do our very best, and let HIM take care of the rest'.
Salam perjuangan salam mujahadah
2 komen
Assalamualaikum...
ReplyDeleteTerasa betapa banyaknya kekurangan dalam diri ini...
Akak
Assalamualaikum...Wr. Wb.
ReplyDeleteSetelah membaca artikel" ISTIHADAH : Permainan Syaitan si Pendamping Wanita," saya benar-benar merasa bingung tentang masaalah yang sedang saya hadapi. Pada setiap bulan secara tetap darah akan keluar sedikit menandakan seolah-olah saya kedatangan haidh. Tetapi pada hari berikutnya sehingga 15 hari darah hanya akan kelihatan di dinding- dindng faraj sahaja dan darah itu berwarna merah tipis.Apa yang harus saya lakukan untuk kekeliruan ini? Saya sangat mengharapkan bantuan dan bimbingan untuk tuntaskan masaalah saya ini. Terimakasih
Komen. Terima kasih.