Peniup semangat ku

by - 9:49 AM

‘Salam. Awak, boleh mintak alamat dan nama penuh, saya kena isi detail tentang sahabat baik saya dekat borang ni.’ Sms dari sahabat saya tiba. Berjaya mengundang senyum saya hari itu yang suram dek lelah dengan pelbagai tugasan.


Dalam kesibukan dengan beberapa kerja dan tugasan di kampus, saya sempatkan diri untuk berjumpa teman-teman lama. Hari sabtu minggu lepas, saya berjumpa dengan dia, sahabat lama sepengajian di universiti dahulu, merangkap bekas teman sebilik saya ketika akhir semester. Jauh datang dari Kelantan untuk menghadiri seminar 2 hari di KL dan Melaka, hari sabtu sebelum dia pulang ke kelantan, mencadangkan untuk kami berjumpa di KL Sentral.


Sahabat yang boleh di kira antara yang rapat dengan saya, berkongsi masalah dan sebagainya. Akhir pengajian, kami sama-sama menghadiri beberapa temuduga jawatan pensyarah di beberapa u tanah air. Setelah beberapa temuduga, dia berjaya mendapat tempat di UMK, Universiti Malaysia Kelantan sebagai tutor, dan bakal ‘fly’ ke Australia untuk menyambung pengajian Master di Universiti of Sydney. Pertemuan kami sabtu lalu melayangkan saya kepada kenangan pada bulan 6 bulan lalu ketika menghadiri pameran Australian Edu Fair di KL Convention Centre. Mendengar taklimat IELTS dan memilih u bersama. Saya yang bercita-cita untuk ke Universiti of Malbourne dan dia ke Uni. Of Sydney. Akhirnya dia juga yang berjaya dan bakal ‘terbang’ awal Julai ini. Mungkin belum rezeki saya.


Selasa berikutnya, saya menemani seorang lagi sahabat pulang ke kampung saya untuk menghadiri temuduga pensyarah di UITM Seri Iskandar, Perak pada hari Rabu berikutnya. Ini merupakan kali ke 2 bagi sahabat saya temuduga di tempat yang sama.


‘Akak cuba je, mana tahu kali ni ada rezeki...’ beritahunya. Betul, demi mendapat kejayaan, seharusnya tiada perkataan putus asa. Saya juga pernah mencuba, namun atas beberapa masalah, maka tidak berjaya.


Sehari sebelum saya bertolak ke Jogja, seorang sahabat juga di utm menelefon saya dan menceritakan tawaran biasiswa mara yang di terimanya untuk menyambung pengajian master juga di utm, Skudai. Yang lebih istimewanya, sepanjang pengajian, sesiapa yang terpilih akan di bantu untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun, hari ini, sahabiah saya ini menelefon saya menceritakan bahawa dia telah berjaya dalam temuduga JPPD sebagai pegawai perancang dan dalam masa yang sama mendapat beberapa tawaran lain. Aduh, sungguh itu rezeki lumayan sahabat saya ini.


Saya turut diserang cemburu dan bertiup semangat sejagat mendengar cerita seorang sahabat yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan beberapa tanggungjawab lain yang saya rasa cukup besar untuk dilaksanakan dan hanya yang terpilih untuk bermujahadah di jalan seperti. Moga urusan nya dipermudahkan dan istiqamah di dalam dakwah dan tarbiyyahNYA.


Empat sahabat saya yang berbeza. Empat cerita kejayaan yang berbeza dengan bahagian rezeki masing-masing. Cemburu dengan kejayaan mereka tidak bermaksud kita berdengki dan tak mensyukuri kehidupan kita sediaada, namun, itu pembakar semangat untuk melakukan yang terbaik dan untuk menjadi yang lebih baik sama seperti mereka. Tentu sekali sahabat saya telah berusaha untuk mendapatkan bahagian rezeki kejayaannya, bukanlah ia datang bergolek. Jadi tentu sekali kita perlu juga berusaha bersama mereka supaya kita seiringan menuju kejayaan.


Buat sahabat-sahabat saya ini dan yang lainnya, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk kita semua. Kalianlah peniup semangat saya. Untuk terus melangkah walau susah dan memerlukan lebih keringat sendiri. Moga persahabatan ini terus kekal di bawah kuntuman redha Ilahi. Walau tidak pernah terluah, namun percayalah, kalianlah antara pendorong utama saya. Mungkin hati ini cemburu dengan kejayaan kalian, namun cemburu itu bukan dan tidak sesekali membunuh ukhwah ini, malah itulah pembakar semangat diri ini untuk sentiasa seiring dengan kalian. Dan ia turut membajai perasaan sayang sangat atas ukhwah ini. Kau ilhamku wahai sahabatku. Dan saya sentiasa yakin yang terbaik untuk kalian. Moga setiap urusan kita di bantu dipermudahkan oleh ALLAH swt.

You May Also Like

3 komen

  1. assalamualaikum..
    ukhti jd ke uni melbourne?ana sdg blajar kt unimelb skrg..

    salam ukhuwah..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam warahmatullah...

    huhu, buat masa ni belum tahu. insyaALLAH suatu masa nanti, perancangan tu ada.

    anyway, tanpa nama ni siapa ya? Boleh tinggalkan link atau email, boleh ana tanya banyak perkara pasal unimelb dan course structure etc...syukran sudi ziarah

    ReplyDelete
  3. inshaAllah ana boleh tolong sikit2:)
    nurzemy_dania86[at]yahoo.com

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.