Muslimah: Ikhlas kan Hati kami ya ALLAH

by - 12:03 PM


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana ILLAHI,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi


amin ya Rabb


p/s [nahwanNUR] :: Saya memohon ke hadrat ALLAH s.w.t, agar dikurniakan keikhlasan dalam perbuatan, kebenaran dalam perkataan, diberi kefahaman dalam agama..dan dikembalikan wanita muslimah kepada hakikat asalnya, keperibadiannya yang unggul dan sejati..sebagaimana para muslimah di awal islam..bukan saja baik tetapi juga memberi kebaikan kepada masyarakat sekeliling.. Amin Ya Rabb


You May Also Like

4 komen

  1. walau macamana teruk pun kelakuan sebahagian wanita bertudung zaman sekarang sehingga menyebabkn orang lain pandang serong terhadap Islam. saya tetap yakin Allah tetap akan memenangkan Islam pada akhirnya.

    ReplyDelete
  2. ukuran iman seseorang selalu di judge oleh manusia berdasarkan singkat atau labuhnya tudung.

    muslimah yg menutup 'aurat selengkapnya berusaha menepati syarak.dan mereka bukannya para malaikat yg tidak akan diuji. inilah salah manusia. sehingga skrg menjadi fitnah terbesar. biarlah prasangka manusia berkata-kata kerana jika aib manusia dibuka-buka dan dicari-cari, Allah juga Maha Adil di akhirat sana.

    moga kita memahami pemakaian menutup aurat, berakhlak selaku menutup aurat dan beramal selaku muslimah yg menutup aurat.

    wallahua'lam (peringatan kpd diri yg masih dalam proses pentarbiyyahan)

    ReplyDelete
  3. ya ya...saya setuju dengan kalian.

    entry ini hanya peringatan dan supaya kita sentiasa bermuhasabah.

    semoga kita semua dalam tarbiyyah dan peliharaanNYA =D amiin

    ukhti islahee, kita semua sentiasa dalam proses berubah untuk menjadi lebih baik dari yang sebelumnya ^__~

    Ya muqallibal kulub, tsabbit qalbi ala dinik

    ReplyDelete
  4. Menutup aurat selengkapnya adalah satu usaha untuk menghalang keburukan dari berlaku. Samada keburukan itu datangnya dari diri sendiri ataupun dari orang lain.

    Kalau yang bertudung labuh atau singkat masih berkelakuan buruk, itu adalah ujian Allah keatas keimanan individu tersebut yg nyata gagal ditangani. Sama juga dengan keadaan individu yg bergelar ustaz tapi tak mampu nak menangani nafsu serakahnya.

    Tapi bagi saya paling tidak bertudung yang melengkapi tuntutan boleh mengelakkan keburukan yang mungkin datangnya dari orang lain. Boleh mengurangkan dosa diri dan dosa orang lain yang melihatnya. Wanita sememangnya punyai banyak 'aset berharga' yang amat perlu dijaga.

    Satu contoh yg ingin dikongsi. Bayangkan dua orang muslimah berjalan dilorong sepi... satu yang bertudung singkat dan berpakaian sendat, dan satu lagi bertudung labuh dan berpakaian longgar. Kalau ada perogol yg sedang mencari mangsa, agaknya mana yang perogol tu akan terkam dulu?

    Kejahatan ada dimana-mana. Sebagai muslim yang bergantung sepenuhnya kepada Allah sebagai pelindung, sebaiknya kita selalu berdoa agar dijauhkan kejahatan yang ada di dalam diri dan juga kejahatan yang ada pada ciptaanNya yang lain. Kita manusia yang lemah... yg punya keinginan pelbagai yang mana ianya banyak didorong oleh nafsu yang sukar dikawal... Semoga Allah melindungi kita semua dari jarum berbisa yang syaitan cuba tusukkan kedalam hati.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.