Suri Rumah Tangga

by - 11:38 AM

Waktu : 9.30pm, 2 Rabiulakhir 1429H, 9 April 08

Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.


Pengalaman dan psikologi kehidupan

Alhamdulillah, minggu ini umur saya telah mencecah 24 tahun mengikut kalendar hijriah. Saya sudah tua. Tua dengan dosa rasanya, aduh. Moga ALLAH swt ampunkan dosa saya.


Sekitar jam 5 pagi hari selasa, saya mendapat panggilan dari yop, abang sulung saya menyatakan isterinya selamat melahirkan bayi ketiga mereka. Alhamdulillah, lahirnya juga permata hati kami sekeluarga, cucu makayah yang ketiga, anak yop yang ketiga dan anak buah saya yang ketiga. Dalam perjalan pulang ke ipoh, saya lihat wajah yop cukup ceria walau baru semalam dia pulang ke Kuala Lumpur setelah bercuti selama hampir sebulan, kerana menjalani pembedahan dan rawatan penyakit batu karangnya. Belum pun hilang lelahnya memandu selama 3 jam dari ipoh ke KL, hari ini tidak sampai 24 jam dia terpaksa kembali ke ipoh dan dengan di temani saya. Ada saya offer diri untuk memandu, namun dia menolak. Nampak warna kulitnya masih pucat kerana rawatan, namun wajahnya cukup ceria. Aduhai, itulah pengorbanan ibu ayah. Tiada tolok bandingnya.


Sampai di rumah sekitar jam 3, solat dan ambil emak untuk sama-sama melawat kakak ipar dihospital. Naim dan iman yang demam panas di jaga oleh ayah di rumah. Permata hati kami yang ke3 lelaki, moga menjadi mujahid Islam, anak soleh penyejuk hati kami. Melihat dia, pelbagai perasaan ada.


Melihat kakak ipar yang lemah setelah melahirkan ditambah keadaan badannya yang sememangnya sedang demam selesema dan batuk sejak sehari sebelum melahirkan si kecil, namun, tetap kelihatan ceria dari sinar matanya. Saya melihat emak yang duduk disisi katil kakak ipar silih berganti, membayangkan emak seperti itu 24 tahun 6 hari(ikut kalendar hijriah) yang lalu ketika melahirkan saya.


‘Kenapa dilah?’ soal kakak ipar saya. Saya tersenyum menyimpan perasaan.


‘Sakit tak? Eheh..’ soal saya walau saya tahu bertapa bodohnya soalan itu. Ah biarlah, sekadar menutup keterharuan di hati. Dia tersenyum sambil memandang ke arah mak. Mak pun senyum.


‘Kawin dulu, lepas tu baru fikir nak soal sakit atau tak bersalin...’ jawab kakak ipar saya dalam senyum. Aduh, kena sebijik! Mak ketawa pulak dia. Rasa nak peluk sangat mak waktu tu, terima kasih mak kerana bawa saya di sini! Terima kasih ya ALLAH kerana benarkan saya hadir di dunia ini.


Balik dari melawat, mula tugas saya menjaga dua orang anak buah, naim dan iman, yang demam panas. Kasihan, sedih tengok budak-budak kesakitan. Emak, ayah dan alang, kerja. Yop pulak sibuk menguruskan hal isteri dan anak baru nya, berulang alik ke hospital, uruskan itu dan ini. Jadi sayalah yang dipertanggungjawabkan menjaga naim dan iman, alhamdulillah, ALLAH berikan saya kesempatan dan ruang untuk skip sebentar dari universiti, kalau tak, kasihan keluarga di sini. Tangan kanan memeluk dan mengelap badan naim dengan air, tangan kiri menghenjut iman di buaian, sorang meracau dan mengigau, sorang lagi merengek dan menangis.


‘Naim nak sekolah universiti....eee’ racau naim sambil menangis. Terkejut saya. Amin..moga ALLAH swt perkenan doa si kecil yang suci ini. Puas mengiyakan si naim, si iman bangun, mencari si abi dan umi. Nasib baiklah tak merengek lagi setelah di beritahu abi ke hospital jemput umi dan baby iman. Kembali berbaring di buaian sambil bercerita yang sukar difahami dek kerana pelbagai genre yang ditampilkan ditambah lagi dengan dialek comelnya. Hanya mengiyakan sehingga mereka berdua lelap. Aduh, pukul lima petang ni ada submission via email kepada supervisors untuk research progress. Saya mulakan kerja di sisi mereka yang lelap sehingga ayah dan alang pulang dari kerja. Dan yop selamat bawak baby dan kakak ipar pulang.


Penat juga, namun banyak yang boleh dipelajari dan diambil iktibar. Baru penat sikit, eheh. Belum terbanding dengan kisah berjuta ragam rencah rasa kehidupan emak dan ayah mendidik 5 anak mereka ni.


‘Ayah dan ibu, itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari..’


Impian membalas citra cinta


Kawan maya: Doktorgigi? Nti doktorgigi ke? Kenapa doktorgigi?


Soalan kerap diterima oleh saya ketika sesi taaruf di ym. Tentu kebanyakannya sahabat maya yang tidak tahu identiti sebenar saya, yang bertanya berdasarkan id ym sahaja. Jauh di depan komputer sini, saya hanya tersenyum. Soalan rutin setiap sesi taaruf.


Doktorgigi04: Eheh...impian dulu-dulu yang tak berjaya dicapai...sekarang dr.gg tak kot, dr. Falsafah mungkin =D

Doktorgigi04: InsyaALLAH....amiinn...


Jawapan saya seperti kebiasaannya.


Bercakap soal cita-cita, pasti mengundang senyuman. Sedari kecil kita telah di didik untuk mempunyai cita-cita, melalui soalan dan semangat. Kita di didik? Ya. Secara psikologinya. Contoh melalui kata-kata dan soalan kebiasaannya di tanya oleh guru-guru.


‘Belajar rajin-rajin ya, dah besar nanti pandai..boleh jadi doktor..’

‘Dah besar nanti cita-cita nak jadi apa?’


Itu semua contoh ayat didikan yang melahirkan kanak-kanak berkeinginan menjadi seseorang.

Tak kurang juga yang mendidik secara reverse psikologi.


‘Kenapa malas ni! Dah besar nak jadi apa hah?! Penyangak?!!’pernah saya terdengar seseorang mengherdik anak nya begini. Aduh, reverse psichology lah kaedah yang paling saya tak gemari sehingga kini. Kurang tertibnya dan silap hari bulan boleh melemahkan lagi seseorang itu. Lagipun, islam sendiri tak menggalakkan kita mengnasihati seseorang dengan kata-kata yang menghiris perasaan.


Teringat cerita sepupu yang pernah tinggal dengan keluarga saya waktu kami adik beradik masih kecil dahulu.


‘Ayah kamu risau sangat dengan kamu..’ Beritahu dia, saya hanya tersenyum sebabnya saya sudah tahu perkara yang paling merisaukan ayah sejak dulu tentang saya.


‘apa cita-cita kamu dilah?’ soal ayah. Kenangan terindah di samping semua ahli keluarga, mak, ayah, yop, angah, alang dan adik, semua masih kecil, saya tadika kalau tak salah. Habis semua ditanya, dan akhir tiba giliran saya menjawab.


‘Nak jadi macam mak..’ beritahu saya ceria dan excited. Tetapi,lain pulak reaksi semua orang..tercengang..mak kerja ape?. Sedangkan waktu itu mak hanya seorang suri rumah tangga dan baby sitter kepada anak-anak jiran tetangga yang keluar bekerja.


‘Nak jadi macam mak lah...suri rumah tangga’ jawab saya sambil tersengih lagi kesukaan memikirkan puas dan bangga semua orang tahu cita-cita saya.


Rupanya cerita tak habis di situ. Kak ijah (sepupu) buka balik cerita lama dan saya seperti biasa cuma senyum..Ya, sememangnya itu cita-cita saya dulu kini dan selamanya. Dan rasanya, ramai sahabiah yang bercita-cita demikian. Cuma yang menghairankan, kenapa mesti ada orang yang hairan dan ada yang tidak boleh menerima.


kamu ingat lelaki sekarang boleh harapke? Sekarang taraf hidup tinggi, semua kene guna duit, mampu ke laki kamu nak tanggung? Mungkin bagi kamu niat tu suci, tapi kita mesti tolong suami..’

‘Loh, penat-penat belajar tinggi, tup tup nak dok umah jadi fulltime housewife’

‘Belajar dengan mak pun dah boleh masak, jaga makan pakai suami dengan anak. Tak rasa membazir ke belajar ilmu tinggi tak sumbang pada masyarakat?’


Rakan-rakan saya membidas dan mempersoal. Apapun, itu belum di luaskan skop lagi, persoalan begitu bagi saya hanya jika dipandang suri rumah tangga pada skop yang terhad. Kenapa kita sendiri kaum wanita merendahkan ‘peranan asas’ kita dalam rumah tangga?.


Siapa kata tak mahu tolong suami, siapa kata niat tu suci dan siapa pulak kata lelaki sekarang tak boleh diharap? Yang dicari yang tak boleh diharap buat apa? Apapun, bagi saya anggapan orang, tiada yang betul dan tiada yang salah, kita tak boleh nak ubah. Cuma bagi saya, ada sebabnya setiap impian manusia simpan dalam hati. Setiap impian dan cita-cita tentunya bermatlamat umumnya yang sama, iaitu membalas citra cinta. Citra cinta oleh kedua ibu bapa, membalas jasa mereka, merasakan balasan atas setiap didikan mereka. Begitu juga citra cinta ALLAH swt dan Rasulullah saw, bercita menyanjung kasih NYA, menyambung perjuangan Rasul sebagai tanda kasih pada DIA dan Rasulnya.


Wanita suri rumah tangga

‘Nak jadi macam mak sebab mak tak pernah marah kalau saya nakal, tapi, mak cukup pantang kalau saya jahat.. mak yang mula ajar saya ABC, mak yang mula-mula ajar saya faham malu, mak yang jaga saya dengan adik beradik lain, tak penah mengeluh..mak yang mula-mula suap saya, mak yang selalu senyum kalau ayah balik walau dalam keadaan penat atau marah dek seharian melayan kerenah kami, mak yang ajar saya dan kawan-kawan mengaji..dan dalam mak lah saya mula-mula tinggal’ . Hmm..begitu. Saya tahu bukan mudah ibu-ibu di dunia nak melaksanakan tugas sebagai suri rumah.


‘Pak Cik selalu suruh kak ijah tolong kamu, sebab dia risau sangat bila kamu kate nak jadi macam mak?’ cerita kak ijah lagi. Tak sangka saya ayah begitu risau akan anaknya yang seorang ni. Tetapi saya tahu, ayah risau bukan sebab kerja mak sebagai ‘suri rumah tangga’ tu hina atau rendah martabatnya, cuma, sememangnya dalam banyak adik beradik, saya lah yang punya cita-cita seunik itu, ditambah lagi, pencapaian akademik ketika itu pun seperti menyokong keinginan saya (teruk lah tuh..eheh). Alang yang tua setahun dari saya dan selalu sekolah satu sesi bersama selalu di panggil dengan cikgu kelas saya sebab adik dia ni malas buat keje, kerap tidur dan sebagainya. Aduh, nakalnya waktu kecil dulu.


Memahami peranan suri rumah sebagai tanggungjawab utama wanita dalam rumah tangga sebagai suatu yang bukan mudah dan amat memerlukan ‘ilmu’ yang cukup luas dan implimentasi yang berkesan dari pelbagai sudut. Suri rumah tangga, itulah kerjaya yang paling mulia. Ia bukanlah definisi bagi wanita yang hidup tidak berkerjaya dek kerana rendah tahap ilmunya. Ia juga bukan lah kerjaya yang di klasifikasikan kerjaya bermartabat rendah dan tidak perlu ilmu khas untuk berjaya sebagai suri rumah tangga. Siapa kata begitu sesungguhnya dia lah yang berkelas rendah yang tidak fasih dengan rencah dunia. Berapa ramai suri rumah tangga yang berjaya sebagai ‘suri rumah’ dalam erti kata sebenar? Lihat sahaja intitusi keluarga yang ada sekarang. Lihat sahaja dunia remaja sekarang. Bukan mahu menyalahkan kaum ibu, namun, sedikit sebanyak rasanya pasti disebabkan pentadbiran rumah tangga yang lemah menyebabkan masalah timbul di kalangan anak-anak.


Selain itu, ada juga suri rumah tangga yang bekerja part time. Atau tak kurang yang membuat perniagaan sampingan, free lance atau sebagainya. Cuma apa yang kita perlu faham, setiap kaum ibu itu, tanggungjawab sebagai suri rumah tidak akan terlepas, samaada fulltime mahupun part time, kerana tujuan penciptaan kita bukan sahaja sebagai pengisi kekosongan jiwa lelaki, malah jauh kepada skop sebagai pengurus sesuatu rumah tangga. Kerjaya yang sebenarnya paling memerlukan ketabahan, kesabaran dan stratergi yang berkesan dalam pengurusan. Jadi siapa kata tidak perlu ilmu? Ilmu itulah buat membantu kita mengatur stratergi, walau tak tertulis dan dibukukan atau tiada pengajian secara formal, namun ilmu itu tetap ada dan sama tingginya dengan ilmu ALLAH yang lain.


Sedarlah wahai muslimah sahabiah ku sekalian. Jangan terlalu sibuk melihat hak kesamaan taraf dan peluang setanding lelaki sedangkan tanggungjawab utama ini tidak dapat terlaksana. Sedangkan tanggungjawab inilah yang menyempurnakan taraf kita di akhirat kelak. Jangan terlalu meletakkan tanggungjawab ini terlalu rendah di sisi kalian sedangkan ia tinggi dan cukup mulia di sisi ALLAH swt. Berkerjaya lah apa sahaja namun jangan lupa ‘kerjaya asas dan kekal’ kita ini. Kutiplah ilmu setinggi mana sekalipun namun jangan di lupakan ‘ilmu’ terpenting ini.

You May Also Like

1 komen

  1. Bukan senang nak menjadi seorang ibu, kerana tugas ibu bukan saja bertanggungjawab untuk melahirkan seorang insan kedunia, tapi paling bertanggungjawab untuk melahirkan insan yang tahu menghadapi dan menangani dunia agar tidak tenggelam oleh nikmat yg bersifat sementara.

    Menurut riwayat Ibnu Majjah, "Ya Rasulullah, apakah hak kedua orang tua pada anaknya?" Rasulullah menjawab, "Mereka adalah syurga dan nerakamu." Apa yang saya faham dari hadis diatas ialah, cara kita melayani mereka akan menentukan kehidupan kita didunia dan akhirat, samada akan mendapat bahagia atau sebaliknya, samada mendapat nikmat syurga atau seksa neraka.

    P/S : Selalu terfikir, mampukah diri menjadi seorang ibu sebaik ibu?

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.