Kotak Beracun

by - 12:09 PM


‘Ok, malam ni aku belanja...tapi, sambil makan kita main sesuatu boleh?’ beritahu Ani kepada sahabat-sahabatnya.

Malam itu mereka 8 bersahabat keluar makan malam meraikan Ani yang mendapat ganjaran. Makan malam yang juga sebenarnya mungkin makan malam terakhir buat mereka ber 8 yang bakal menamatkan pengajian mereka setelah 4 tahun bersama mengharungi hidup bergelar siswazah.

‘Kita main kotak beracun ye..’ beritahu Ani lagi tentang cadangannya. Yang lain melihat sesama sendiri dan akhirnya bersetuju. Peraturannya cukup mudah, soalan akan ditanya oleh setiap orang mengikut giliran pusingan jam, dan setiapnya wajib menjawab sejujurnya.

Sementara menunggu makanan tiba dan permulaan permainan, setiap orang di beri peluang memberi ucapan ‘perpisahan’ dan merupakan saat yang mengharukan. Setibanya makanan yang dipesan, permainan di mulakan. Setiap orang memilih persoalan masing-masing dan suasana menjawab menjadi riuh dengan gelak ketawa mereka. Sehinggalah tiba giliran Ani yang merupakan orang terakhir memberi soalan ‘beracun’.

‘Okeh, sekarang aku nak, setiap orang beritahu satu je kelebihan setiap orang ikut urutan dan lepas tu kelemahan setiap orang...’ Ani menghadiahkan kami soalan yang betul-betul beracun. Sahabat yang lain terdiam dan berpandangan sesama sendiri.

‘Boleh kan?’ soal Ani mendapatkan kebenaran. Yang lainnya bersetuju dan rupa-rupanya masing-masing tidak sabar mendapat giliran.

‘Errmm, maaf ya. Oleh sebab ni special question dan yang terakhir, apa kata kita rotate giliran, ikut lawan jam pulak?’ cadang Nur di sebelah Ani. Senyum mengharap kerana ada sesuatu yang dia takutkan. Namun, alhamdulillah yang lainnya bersetuju. Jauh di sudut hati Nur, dia tahu Ani yang juga ‘roomate’ nya sudah merancang sedari awal dek kerana kes yang melibatkan diri Ani dan sahabatnya yang lain. Dan dia tahu Ani ikhlas berbuat begitu untuk memperbaiki diri nya.

Sesi menyatakan kelebihan selesai dengan mudahnya. Seterusnya sesi menyatakan kelemahan setiap orang kepada sahabat yang lain agak lambat kerana di susuli dengan pelbagai emosi. Namun sesi itu berjaya menyatakan kelemahan setiap individu dimata setiap sahabat ini, sehinggalah sampai giliran Nur.

Senyum. Sambil melihat setiap sahabatnya yang turut senyum, namun pasti setiapnya terluka mengetahui kelemahan diri di hadapan orang ramai.

‘Aku redha dengan setiap perlakuan kalian...’ ringkas jawapan Nur yang membuat sahabat-sahabatnya berkerut. Nur perasan.

‘Aku...seperti yang aku kata tadi, setiap orang ada kelebihan, jadi setiap orang jugak ada kelemahannya. Jadi, aku redha dengan setiap perangai kalian sahabat aku...itu je.’ Jelas Nur. Tersenyum dan harap sahabatnya memahami. Namun, yang lain terdiam dan memandang sesama sendiri.

'jadi boleh bagitau kami satu je? Macam kamu bagitahu kelebihan kami?’ pinta salah seorang. Nur menggeleng dan tetap senyum.

‘Kenapa?’

‘Ntah...Cuma tak tahu...’

‘Mana mungkin! Mesti ada yang kamu tak puas hati dengan kami?!’ desak seorang lagi yang tidak berpuas hati.

‘Alah sporting la sikit...bagitahu je bukan kami nak marah pun...’ tambah Ani sambil menggoncang tangan Nur. Nur tunduk.

‘Maaf, aku betul-betul tak tahu. Memang aku ada terasa hati dengan setiap orang, pasti ada. Tapi, aku dah maafkan dan lupakan. Sebab, aku redha siapa sahaja sahabat aku...’ terang Nur sambil masih lagi tersenyum, namun matanya merah menahan sebak. Sebak bukan kerana sakit menahan rasa marah atas setiap kelemahan sahabatnya yang membuku di hati, namun sebak dek kerana terasa kebaikan dan keikhlasan sahabatnya selama ini.

‘Ish aku tak percaya...mesti ada sesuatu yang kamu simpan. Malam ni tak payah nak pendam apa-apa lagi, kita semua open ya..’ kata seorang sahabatnya yang cuba meyakinkan Nur supaya tidak ‘takut’. Nur menggeleng.

‘Aku bukan takut. Sungguh! Aku tak mampu nak simpan rasa marah dan sakit hati lama-lama sebab aku tahu aku pun punya kelemahan, satu aku tuding kelemahan kalian, kelak 4 kelemahan aku yang ALLAH swt akan tunjukkan...takpa, jangan risau, aku redha dengan semua orang..’terang Nur takut-takut sahabatnya salah faham.

‘Aku tak suka betul orang hipokrit!’ bentak seorang sahabatnya.

‘Macam ni, apa kata kamu nasihatkan kelemahan kami...’ cadang seorang lagi.

‘InsyaALLAH...nanti kalau kalian buat salah, aku akan tegur, dan kalian tegur aku...’ setuju Nur, masih senyum. Sahabat-sahabatnya masih tidak berpuas hati. Mahu tahu saat itu juga. Namun, nasib menyebelahi Nur kerana kedai makanan segera itu sudah mahu tutup, jadi mereka terpaksa pulang.

‘Apa kelemahan aku Nur...tadi mungkin kamu segan nak cakap takut-takut memalukan kawan depan orang lainkan?’ soal Ani sambil cuba memahami. Ketika itu mereka sudah di bilik. Nur tersenyum.

‘Memangla satu sebab takut memalukan. Tapi, memang sebenarnya aku tak tahu. Sebab aku kawan bukan nak lihat dan simpan kelemahan kawan. Itu tujuan persahabatan. Dan aku tak pernah mengharapkan apa-apa kelebihan pun. Aku redha semuanya. Tapi, tadi tu aku tak marah pun korang cakap pasal aku. Terima kasih ya.’ Terang Nur tenang sambil bersiap untuk tidur. Ani bergerak mematikan lampu.

‘Kamu selalu cakap kamu redha. Tapi takkan tak pernah terasa sedih dan marah dekat kami kot?’ sambung Ani dalam kegelapan.

Mestilah ada, kan aku dah kata tadi. Tapi aku takut nak simpan lama. Takut aku sendiri tak boleh nak kawal lagi. Lagipun, siapa lah aku nak pertikaikan kelemahan orang sedangkan aku sendiri ada kelemahan yang mengundang marah orang dan murka ALLAH swt. Aku malu nak ingat lah! Percaya lah Ani, aku redha dengan korang. ‘ Terang Nur lagi. Dia sudah mengagak sejak soalan di kemukakan, pasti ada yang mempertikaikan jawapannya, sejak dahulu lagi.

‘Habis waktu dulu kenapa tak tegur?’ Ani mempertikaikan kembali.

‘Pernah jugak. Ingatkan? Ada yang aku cakap direct, ada yang aku cerita-cerita, ada yang aku bunga-bungakan...’

‘Hmm...oklah. Maaflah kalau aku banyak sakitkan hati kamu. Lainkali tegur lagi ya.’ Jawab Ani. Kali ini dia dah beralih baring di sisi Nur.

‘Dari dulu aku dengar cakap kamu macam tu. Aku rasa kamu hipokrit. Tapi sebenarnya, aku rasa kamu ikhlas sebab dah lama aku jadi roomate kamu. Memang aku masih belum rasa apa kamu rasa, sebab tu aku tak faham dan terus cuba pertikaikan. Tapi aku akan cuba praktikkan dan fahamkan. Kamu tolong aku ya.’ Terang Ani lagi tentang isi hatinya.

‘Ok, insyaALLAH. Sebab aku sayang kalian jadi aku redha. Kita sama-sama tolong ya. Dah jom tidur...’ Jawab Nur. Bersyukur kerana sahabatnya cuba untuk faham dan sama-sama menuju ukhwah yang lebih di redhai ALLAH swt. Kerana kita bina ukhwah ini demi kasihNYA. Senyum (^__~)


Khalas....


p/s [nahwanNUR]: senyum yop senyum...senyum yong senyum. Kerana kalian permata hatiku. Cermin diri ku. Pembimbing jiwa ku. Pelengkap diri ku.

You May Also Like

6 komen

  1. menariknya entri ni...Jalan cerita best, bahasa menarik
    ambil kat mana atau buat sendiri?
    syabas

    ReplyDelete
  2. buat sendiri..syukran ya. Moga ada manfaatnya

    ReplyDelete
  3. Ana teka dah buat sendiri sebab ni kisah sebenar Nahwan Nur kan....
    Cuma tak taulah N.Nur watak yang mana satu,hehe
    Tapi antara banyak2 entri, saya PALING SUKA dan TERKESAN dengan entri ini

    ReplyDelete
  4. Kalau kita pasang niat awal memang bersahabat kerana ALLAH swt..InsyaALLAH pasti kita redha dengan setiap perlakuan sahabat-sahabat kita. Yang baik kita pasti jadikan contoh dan ikutan, yang lemah kita cuba bantu untuk nasihat dan lengkapkan dengan diri kt sendiri..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. Niat bersahabat kerana Allah... niat menegur kerana Allah...
    niat menyembunyikan (demi kebaikan) kerana Allah...
    niat berkongsi kerana Allah...
    niat melakukan sesuatu kerana Allah...

    Niat, sebut dan buat.
    Sesungguhnya hanya Allah yang tahu niat kita.
    Semoga Allah memimpin niat kita yang bermula dengan namaNya, agar hanya kebaikan yang boleh diperolehi dipenghujungnya.

    ReplyDelete
  6. SALAM... MENARIKNYA.. APABILA BERSAHABAT KERANA ALLAH. BOLEH ANA MINTAK COPY? NAK KONGSI KAT SAHABAT... HEHE...

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.