Kayanya saya

by - 12:45 PM

Suatu hari, waktu tu saya baru selesai final exam, tahun kedua saya melanjutkan pelajaran di satu Universiti di suatu negeri. saya pergi berjalan-jalan dikota raya yang sering diperkatakan kerana kemajuannya. Saya jalan-jalan, masuk dari satu pasaraya ke satu pasaraya... jalan sendirian kadangkala memberi ketenangan kepada diri saya. Saya serabut masa tu, fikirkan kekurangan diri. Saya tak macam orang lain.. macam orang-orang di bandaraya metropolitan tu..kaya, bergaya, ada kekasih hati. Saya terfikirkan kekurangan diri saya. Apa kurangnya saya, apa lebihnya mereka. Dalam berfikir-fikir tu kaki saya masih lagi melangkah. Tiba-tiba perut saya berkeroncong, saya tahu tanda-tanda tu. Lapar. Saya pusing satu pasaraya cari kalau-kalau ada restoran yang saya boleh singgah untuk isi perut. Kecewa. Semua restoran yang ada di situ semua yang terkenal dan memerlukan sekurang-kurangnya rm10. saya duduk di suatu sudut. Saya bukak dompet saya, kecewa. Duit ade rm 10 sahaja.

Duit dah habis saya buat beli buku tadi. Ni pun untuk tambang. Takpalah, saya sanggup ikat perut untuk hari ni. Saya berjalan keluar dari pasaraya tu dan menuju ke taman berhampiran. Saya terus duduk di sebuah kerusi kayu yang disediakan di situ memerhati orang lalu lalang sambil menghilangkan lelah hampir 3 jam berjalan. Tidak sampai 5minit saya duduk, datang satu pasangan duduk dikerusi yang sama. Saya tengok atas bawah, bolehla. Bertudung, t-shirt dan jeans yang agak ketat. Tapi, lelaki ber-dye rambut. Macam tak padan rasanya. Tapi fikir-fikir balik, hmmm...susah nak cakap. Saje saya terus duduk di situ nak tengok kerenah pasangan tu.

Slamber je diorang, macam tak malu dengan kehadiran saya disitu. Gelak-gelak, bertepuk tampar macam dah kawin. Tiba-tiba dengan tak malunya lelaki tu start pegang-pegang perempuan tu. Tangan menjalar macam akar hidup. Aduh, murahnya harga diri wanita dan lelaki itu. Saya telan air liur. Tak lama lepas tu mereka bercium macam orang putih. Saya terus mengucap. Maha suci ALLAH, sedang mereka bercium, azan asar berkumandang. Saya bangun, saya berdiri berhadapan pasangan yang khusyuk bercium tanpa malu walau azan sedang berkumandang. Saya berdehem. Diorang tetap tak dengar(terus bercium). Saya tengok keliling, orang yang lalu lalang ada yang buat-buat tak nampak tapi ada juga segelintir yang berbisik sesama sendiri. Saya malu sendiri tapi masih tak berganjak dari hadapan mereka.

Saya berdeham sekali lagi dan ucap salam ’assalamualaikum’ pada pasangan itu. Tiba-tiba si lelaki memandang dengan muka mencuka. Saya masih senyum dan bagi salam sekali lagi. Dia seraya berdiri dan terus mencapai kolar kemeja saya. Saya tetap senyum tak menunjuk riak takut atas tindakannya. Dia tanya apa yang saya tidak berpuas hati dengan mereka. Saya geleng kepala dan saya cakap. ’ azan baru habis, jom pergi solat asar’ ajak saya. Muka dia berubah. Lelaki itu meleraikan genggamannya dari kolar saya, mendengus dan terus beredar meninggalkan saya dan aweknya di kerusi terpinga-pinga. Muka perempuan tu turut berubah, marah.

’kurang ajar! Kalau tak ganggu hidup orang tak bolehke?!’ dia menyergah saya, mendengus dan terus beredar.

Saya menggelengkan kepala dan terus melangkah ke masjid yang berdekatan. Mengambil wuduk dan menunaikan solat asar. Dalam solat tu saya menangis teresak-esak. Bertapa sayangnya ALLAH pada hambanya. Mengenangkan perbuatan pasangan tadi. Sebenarnya dahulu pun saya begitu, bergaul bebas tanpa mengikut pesanan agama. Boleh dikatakan apa yang pasangan tadi lakukan saya pernah lakukan, malah lebih daripada itu. Astaghfirullahhalazim....


Sehinggalah datang seorang sahabat iaitu merupakan sahabat baik saya kini, Naqib. Saya teringat bagaimana saya dipulaukan, diejek dan di caci oleh sahabat lain kerana perangai saya. Sehinggalah kehadiran Naqib betul-betul menyentuh hati saya. Nasihatnya, tegurannya yang banyak membantu perubahan saya harini. Kerana bimbingan dia juga, saya berusaha kembali kepada Allah, kejalan kebenaranNya.

Selesai solat asar saya masih merayau sehinggalah lewat malam. Saya kembali kerumah sewaan saya, Naqib, dan rakan-rakan usrah lain yang banyak membimbing saya kini. Diluar pintu rumah sewa saya dengar suara Naqib membaca ayat-ayat suci al-quran. Jiwa saya tersentuh. Menangis seketika barulah saya masuk ke dalam rumah. Naqib tetap senyum walaupun saya tahu dia risau kerana saya tak pernah pulang rumah sehingga lewat malam.

’abang tak tidur lagi?’ soal saya. ’abang tunggu Hakim,jom kita makan,kawan-kawan lain tengah tunggu Hakim jugak.’ Katanya, saya terharu, lama mereka tunggu sehingga saya pulang baru hendak makan malam. Kami beriringan ke dapur. Mulianya hati sahabat-sahabat saya kini, yang betul-betul saya anggap sahabat.


Selesai makan saya minta diri masuk bilik untuk berehat. Alasan saja kerana hati saya sungguh terharu kerana adanya sahabat-sahabat seperti mereka dan memikirkan hidayahNYA kepada saya. Saya duduk di atas katil, buka dompet, duit hanya tinggal tak sampai rm3. kemudian saya seluk poket, syiling tak sampai rm1. Saya baring dan perasan hati saya rasa tenang sekarang kerana adanya Naqib dan sahabat-sahabat lain yang layak dipanggil sahabat sejati sentiasa di sisi. Tiada kata hina, tiada pulau memulau mahupun sindiran. Yang ada hanya kata semangat, nasihat dan bimbingan dengan penuh lembut dan hemah. Saya kini faham sekarang apa bezanya sahabat dan kawan.

Saya tak perlukan kawan, tapi saya perlukan sahabat menjejaki Nur Ilahi. Saya tak inginkan kegembiraan, tapi saya inginkan ketenangan dan kedamaian dijiwa. Dan saya tak mahu saingan, tetapi saya mahu sokongan dan teguran ikhlas dari seorang yang bernama SAHABAT. Kini saya sedar dan mengerti...bertapa kayanya saya... Terima kasih ya ALLAH atas pemberianMu yang tidak ternilai ini.


khalas....


Kata saya [nahwanNUR]:


Sumber cerita ini saya lupa dari mana. Kisahnya, semalam dek kerana bosan, saya membuka setiap cd simpanan saya, terjumpa cerita ini. Apa yang saya tertarik, adalah kisahnya menekankan sebenarnya nilai seorang sahabat. Nilai ini yang saya cuba untuk terapkan dalam diri. Menjadi sahabat yang bukan sahaja dalam keadaan senang dan tertib agamanya, tapi juga dalam susah dan dalam hebat akhlak sahabat dan saya di uji.


Buat sahabat saya,

saya berkawan dengan kamu bukan kerana kelebihan mu..
dan pasti bukan juga kerana kekurangan mu..
saya bersahabat dengan mu bukan untuk mencari kesalahan mu..
dan bukan juga untuk memuji-muji kelebihan mu..
saya bersahabat dengan bukan mengharap-harap kamu memuji kelebihan saya..
malah saya berharap kamu menegur kelemahan saya..
tapi menerima kelemahan saya seadanya sambil kita cuba untuk memperbaikinya bersama..
sahabatku buah hati ku..
sesungguhnya persahabatan ini saya bina atas keyakinan saya kerana ALLAH swt..
pasti ada kebaikan DIA menjadikan kamu sahabiah saya..
DIA pertemukan kita dalam kasih dan redhaNYA
moga ukhwah ini sentiasa mekar walau tanpa ingatan yang lisan
namun hati tetap berbicara..


senyumlah sahabat ku (rujuk terus di sini)

You May Also Like

2 komen

  1. salam...
    awak telah tindakan yang betul pada pasangan tidak menhormati azan dah tidak ada perasaan malu terhadap agama dan tehadap masyarakat... mungkin dunia sudah sampai kepenghujungnya... nereka sudah hilang rasa tkut dkt tuhan... bila lah islam nak kuat sepertu dulu jikalau ada manusia yang menjatuhkannya.... semoga kita semua dija akhalak dan akidah... hargailah sahabat kita kerana sahabat semasa kita dalam kesusahan susah nak cari.... senyum selalu...

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Terkadang rasa takut untuk berkawan dan bersahabat kerana bimbang diri akan meluka dan diluka. Namun sedar betapa hidup ini akan jadi seolah layang-layang putus tali bila tak ada benang halus yang menarik diri untuk menjejaki Nur Illahi.

    Semoga kita dianugerahi 'tali persahabatan' yang mampu menyelamatkan diri dari terus tercarik punah oleh ribut duniawi.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.