Jatuh Bangun Menangis…Pilihlah sendiri

by - 12:32 PM

Waktu : 9.30pm, 2 Rabiulakhir 1429H, 9 April 08


‘Apelah! Sikit-sikit menangis...’ kata Fahmi. Anak sepupu saya yang baru berada di darjah 5 mengkritik hebat filem di televisyen.


‘Menangisla
h, sedih...Fahmi pun pernah nangis jugak kan?’ balas saya. Bukan mengkondem tapi cuba memperbetulkan persepsi kanak-kanak sebaya dia, ops, bukan cuba memperbetulkan, tapi memahamkan dia dengan situasi orang lain. Dia senyum memandang saya.


‘Tapikan mak njang, Fami tengok kan orang besar ni suka sangat ikut emosi mengalahkan fikiran.’
Tambahnya sambil berpaling semula ke tv. Itulah fahmi yang saya kenal, kadangkala kata-katanya mengalahkan saya yang dah dewasa.


‘Alah, kalau masalah kecik pun dah sensitif lebih-lebih, camne nak pegi b
erperang, takpun jadi macam naruto.’ sambungnya lagi.


Aduh, pening saya hendak menilai. Cerita naruto pun jarang tengok habis satu episod, jadi kurang faham. Nak kait 'benda kecil' dengan pergi berperang? Berhempas pulas juga otak saya menyimpulkan. Kanak-kanak, fikiran mereka terlalu jurus, namun ikhlas dan ‘pure’ bagi saya. Kehidupan biasa dan perang mungkin dua perkara besar bagi si dewasa, namun bagi kanak-kanak satu perkara kecil dan satu perkara besar. Yang satu hanya emosi yang satu lagi tindakan yang menunjukkan kekuatan sebenar. Lembik?! Begitukah pandangan mereka pada kita. Iya, mungkin mereka kurang faham kerana belum melalui rencah hidup yang cukup mencabar, namun, sesekali kita harus kecilkan kefahaman dengan cara mereka namun di timbang dengan neraca kedewasaan kita. Jom berfikir dan nilai bersama saya yang masih dalam proses benar-benar memahami kata-kata fahmi dan kanak-kanak lain yang turut sedang menilai kita.



Dah Jatuh, kalau menangis lagi malu...bangun je lah


‘Fami menangis jugak bile ayah marah, diam jelah sebab dah buat salah, mengaku je lah, lepas tu Fami buatla ikut apa yang ayah kate, bukan lari dari rumah..’
tambahnya lagi dengan satu contoh tindakan yang biasa si dewasa lakukan.


Saya diam sejenak. Mungkin ada das tembakan yang terkena diri sendiri.
Dewasa di mana dunia kita membesar dengan keadaan sekeliling dan diri sendiri. Sehingga ada yang menafikan hak ibu bapa dan orang lain yang tiada kena mengena untuk masuk campur apatah lagi menegur. Kebanyakkannya begitu, mungkin itu yang mempengaruhi Fahmi dan rakan-rakannya berfikir begitu. Dan kedewasaan itu membuatkan kita kuat memalingkan kesalahan sendiri pada yang lain, dan terlalu lemah untuk mengakui kelemahan sekaligus terus menangis di muka tanah. Susah sangat mendengar kata dek kerana benteng ego yang menggunung dan mendadak dengan keputusan yang jauh dari kotak rasional.


‘Tak semua camtu...’
sambung saya walau jauh di sudut hati saya mengiyakan. Niat di hati hendak mendidik dia berfikiran positif. Mungkin bagi sesetengah orang akan mengatakan contoh diambil terlalu extreme dan hanya segelintir yang melakukan b
egitu. Namun itu mungkin kita dapat jadikan sebagai contoh untuk berfikir tentang perkara lain dan bertapa teruknya tindakan kita bukan sahaja di mata mereka namun di kalangan golongan emas di atas kita.


‘Ek elleh...dah jat
uh lagi mau nangis, biasalah tu!! buat malu je...ape susah bangun je lah...’ kritik Fahmi lagi pada scene drama di tv.


‘Alah kamu ni along, bising!! jatuh menangis sebab sakit. Asyik nak bising je...hee’
angah yang baru darjah 2 tu mula berang.


‘Ye la..nak nangis-nangislah, tapi bangunla sendirik...ni nak lama-
lama sampai orang tolong, macam patah je kaki tu...’ bidas Fahmi lagi. Suasana terus diam. Nasib baiklah tak melarat ke pertelingkahan. Angah dah Fahmi kembali melayan cerita drama tersebut.


Walau saya tahu tiada kena mengena dengan kata-katanya di atas, dan hanya mengkritik scene drama tersebut
, namun saya jumpa kata kuncinya. Fahmi sendiri menyimpulkan pandangannya tanpa saya susah payah mencari. Namun, harus kita muhasabah dan fikirkan dengan cara kita dan akal waras kedewasaan kita dengan ilmu yang jauh lebih banyak dan luas.


Memang tak sama


Memang tak sama. Fahmi dan rakan seusianya, saya dan sahabat seusia saya. Memang jauh berbeza.


Kita sudah lama dan lebih dahulu hadir; tentunya
Kita lebih berpengalaman; ya
Dan kita lebih tahu; mungkin juga
Kita lebih bijak, hmm; tidak semestinya


Jangan cepat memperkecilkan langsung marah dan menghina pandangan mereka. Kenapa? Kerana dia bukanlah kita dan kita bukanlah dan kadangkala kita bukan seperti diri kita yang kita mahu dan apa yang DIA mahu.


Jadi, adillah dalam mencari makna suara kanak-kanak ini. Jangan kita terlalu cepat melatah mendengar orang menyatakan sesuatu yang kita senang mahupun yang membuat kita kurang selesa. Kerana kita berbeza, jadi berilah nilaian dari dua sudut berbeza, kerana kita mampu sebab kita telah melalui zaman mereka tetapi mereka belum sampai ke usia kita. Seterusnya, carilah kesimpulan, carilah penyelesaian semoga ia membawa kebaikan buat kita dan semua.



Pilihlah...


‘Tidak akan aku biarkan mereka mengatakan diri mereka beriman sedangkan aku tidak mengujinya’
-surah al-quran


Dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan, pasti kita mahukan kejayaan. Namum, apakah terlalu mudah melayari kehidupan tanpa perlu di uji? Begitukah keadilan bagi neraca timbangan kita? Seringkali ujian dianggap pembawa derita, dan di anggap sebagai kegagalan dalam hidup. Betulkah itu seindah kehidupan? Hanya di hiasi kegembiraan tanpa ada sedikit pun pahit dan sakit?


Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)~ibnu atthoilah as sakandari~

Sedangkan manusia itu ada akal dan pengutus wasilah kebenaran dari ALLAH swt yang menyatakan kelebihan manusia berbanding makhluknya yang lain. Sesungguhnya telah DIA ciptakan kita sebaik-baik kejadian, untuk kita bina kekuatan diri, dari kegembiraan mahupun kesakitan, kerana kedua-duanya adalah ujian. Ujian buat meneliti ‘mutiara di dalam diri’, yang di namakan IMAN. Mutiara yang mampu berkilau dengan hidayahNYA mahupun malap dan sirna dengan kelemahan kita. Ujian itu juga hakikat perhambaan, memperlihatkan kita si lemah yang angkuh, atau si teguh yang patuh, sang pembekal ke tempat abadi, akhirat yang pasti.


kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)

Pilihlah, menangis kerana menyesali khilaf diri, bangun dengan hakikat ketakwaan padaNYA, atau terus terbaring di tanah gersang yang basah dengan air mata penyesalan dan putus asa.



Walau banyak sekali dikau tersungkur, bangunlah dengan keyakinan kepadaNYA. Teruslah menggilap mutiara iman itu dengan amal soleh dan menifestasi dari hakikat perhambaan kita.


‘Kerana kau terpaku pada bentuk, maka kau tak menyedari makna. Bila kau bijak, ambillah mutiara dari cengkerangnya’~Jalaluddin Rumi

p/s [nahwanNUR]: istimewa buat diri sendiri dan sahabat yang di sayangi. Moga terus tsabat, istiqamah dan menjadi pendamping setia pelayaran hidup ini, insyaALLAH peneman taman syurgawi, biidznillah

You May Also Like

1 komen

  1. Just nak kongsi...
    Training EE yang dihadiri, memerlukan kami menjawab soalan yang dirasakan paling tepat dengan diri sendiri. Kata trainer tu, kalau hadapi masalah nak kenalpasti sifat diri yang sebenar, ingatlah zaman kanak-kanak dulu. Itulah sikap kita yang paling tepat dgn diri. Sikap orang dewasa ni kadang tu susah nak dikenalpasti kerana banyak pengalaman yang menjejaskan jatidiri yang asal. Ibarat diri yang telah memakai topeng, samada dengan sengaja atau tak sengaja.

    Hanya Allah yang Maha Mengetahui siapa diri kita yg sebenarnya, yang kadang kala kita sendiri tak mampu kita nak kenal, dan memerlukan orang lain pulak untuk melihat siapa kita. Semoga Allah jauhkan diri kita dari menjadi seorang munafik yg mementingkan diri.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.