FITNA Dunia Bahana AKHIRAT dan Peranan Remaja

by - 12:02 PM


Segala Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.


Hari ini, semalam mungin bukan hari biasa buat saya. Banyak yang saya rancangkan 2-3 hari ini gagal terlaksana (ada yang terlaksana tapi tak sempurna seperti perancangan). Kita merancang, ALLAH jua merancang, dan sesungguhnya ALLAH lah sebaik-baik perancang. Saya redha. Jauh dalam diri, saya tetap cuba mencari punca dari kelemahan diri saya sendiri, saya yakin sayalah puncanya.



FITNA. Apa bezanya dengan ‘AKHIRAT’? Sama-sama menfitnah agama

‘Salam..apa pandangan nti tentang filem FITNA?’ seorang sahabat menegur saya di ym.


‘Mana satu, mengenai jalan cerita atau kempen memboikot?’ soal saya. Sambil masa yang sama, memang saya sedang melayari blog-blog yang ratanya membincangkan hal sama. Melayari blog, mendalami minda lautan manusia, membina arah fikiran dan mengkoreksi diri.


‘Kalau mengenai cerita ana no komen, setakat ini tak berkesempatan menonton walau iklan, setakat baca sinopsis...tapi kalau pasal kempen memboikot...hmm...’ tiada jawapan kerana saya masih mencari mengkoreksi diri dan menjana minda, moga semua bawah tarbiyyahNYA.


Dua website yang selalu pasti saya lawati, ternyata dua-dua berbeza pendapatnya. Namun, akhirnya, end product yang di harapkan tetap sama, iaitu membela agama kita. (ini kesimpulan yang dibuat oleh minda saya sendiri hasil bacaan dari sumber yang saya yakini).


Apapun, tambahan, dan simpulan, saya pasti, setiap kita laungkan (memprotes dengan kuat seperti pemuda UMNO mahupun melalui penulisan dimedia massa) harus lah diiringi dengan tindakan, WALKYOURWORDS(sila klik sini). Itu yang paling penting.


Dalam ligat jari menari mencari blog lain yang membincangkan isu yang sama, saya ditarik dengan perbincangan sama tentang filem ‘AKHIRAT’. Mana sedarnya kita bahawa ada kalangan ‘para ilmuan kononnya dalam bidang perfileman’ yang telah berjaya melahirkan cerita ‘adik-beradik’ kepada filem FITNA yang kita bising-bisingkan. Kalau dikatakan Belanda membenarkan FITNA ditayangkan, mungkin ada logiknya kerna ia tentunya bukan negara Islam. Iya, walau presidennya sendiri dan pucuk pimpinan menyatakan ketidaksetujuan mengenai jalan cerita (itupun setelah orang Islam seluruh dunia bising, hanya meletakkan blind off pada kita, itu kita kena sedar!!). Tak mengapalah. Tak mahu mengata lebih, pepatah lama kata ‘Paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih’.





Yang pastinya, filem Malaysia, hasil keluaran Malaysia (selfclaim as Islamic country) bagaimana boleh cerita ini diluluskan? Umum tahu, kita punya komuniti berkumpulan yang berperanan menapis filem-filem yang akan ditayangkan di Malaysia. Sepatutnya tidak boleh lepas! Di sini saya setuju kalau kita perlu lebih lantang untuk memprotes. Kerana tentunya ia melibatkan agama, dan komuniti Islam di Malaysia. Menurut produser S. Baldev Singh, Akhirat ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, "Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat".


Filem yang jauh dari nilai akhlak Islam ini hasil reaksi ’senyap’ dan ’takpalah’ kita pada filem yang juga jauh dari moral islam sebelum ini seperti ’Sepet’, ’Gubra’ ,’Anak Halal’ dan pelbagai lagi filem yang jauh rendah nilai moralnya. Nah ambil hasilnya yang bertambah teruk, hal itu jelas merupakan satu penghinaan kepada agama Islam, teruk, tentunya hasil kelemahan sensitiviti kita yang hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Jika kita sebelum ini bertegas terhadap klip video ‘Fitna’ yang menghina Islam, maka harusnya juga kita bertegas terhadap filem ‘Akhirat’ yang turut terang-terang menghina agama Islam. Filem tersebut perlu diharamkan!! Takut penyakit akhlak ini membiak dalam diri remaja kita.



Dunia Baru Remaja


Remaja dengan dunia mereka, mudah sangat terikut-ikut dengan media massa. Kononnya artis adalah role model. Ini mungkin disebabkan mereka semangnya menjadi perhatian (ialah kan mereka juga yang selalu menempel di kaca televisyen) tentulah menjadi perhatian, tetapi, sepatutnya role model perlulah seorang yang terbina sahsiyahnya atas landasan akhlak Islam mengikut garisan syariat ALLAH swt. Tetapi inilah yang menjadi hidangan remaja sekarang. Inilah kertas kerja cadangan yang berjaya direalisasikan oleh golongan ekonomi KAPITALIS yang mencadangkan ’industri berasaskan nafsu dan dosa yang hanya mementingkan pulangan yang lumayan tanpa perlu melihat kesan’. Seharusnya mementingkan kesan barulah disusuli dengan cara. Memikirkan kesan dahulu baru fikirkan tindakan.


Budaya Hedonisme (hiburan berlebihan,melampau) menjadi kanser dalam dunia remaja yang menyuntik pelbagai sistem sosial yang bebas tanpa nilai akhlak Islam. Kepincangan dalam sistem sosial masyarakat yang diperintah dan pihak pemerintah seakan-akan melepaskan lalu perkara ini. Seharusnya, keduanya perlu melihat kepentingan masing-masing untuk memainkan peranan dalam menangani dan mengawal keluaran hiburan kepada umum. Sebagai remaja dan golongan yang diperintah, yang merupakan majoriti di dalam negara, jadi harusnya peranan kita adalah lebih besar. Maksud lebih besar ini kita perlu lihat adalah dari pembinaan dari dalam diri, kemudian membawa kepada skop kemasyarakatan dan kemudian barulah kepada pemerintahan.


Peranan Remaja

Pembawaan budaya barat oleh golongan yang menghambakan diri kepada hiburan dan dunia amat rancak sehingga gejala sosial kala ini di lihat biasa dan rencah enak bagi kehidupan dunia. Namun, pemilihan untuk terjebak dalam dunia ’aneh’ dari dunia Islam ini, adalah pilihan diri kita sendiri. Tentunya, banyak firman telah ALLAH swt turunkan yang menyatakan kitalah penentu halatuju hidup kita. Namun, dalam meniti ranjau dunia yang tentunya banyak dengan ujian (juga ketentuanNYA buat menguji iman kita), jadi perlulah diri kita dibekalkan dengan bekalan yang sepatutnya.


Sengaja saya highlight kan filem Malaysia bukan kerana saya bersikap pesimis kepada negara sendiri… niat saya supaya terjaga sikit kita dari lena yang panjang. Dalam melaungkan ‘kemarahan’ kita pada Belanda atas filem FITNA yang menghina agama, jangan buat-buat lupa, atau mungkin kita memang tak perasan akan kewujudan filem Malaysia yang terang-terangan menghina Islam juga, namun di ‘blind off’ kan oleh beberapa kenyataan berlapik tentang filem berkenaan. Kebanjiran filem yang mempromosikan sosio budaya barat yang kita anggap ‘remeh’ dan ‘boleh diterima’, sebenarnya menjadi virus kepada pertumbuhan remaja khasnya, dan agama juga ummah amnya. Mungkin sahabat dan sahabiah boleh mengupas lebih lanjut virus yang merupakan ‘trend’ baru pada dunia baru remaja. Kita patut melihat kepada kesan atau mudharat baru lari kepada tindakan (seperti saya nyatakan diatas). Akibat dari kurangnya orang sekarang dalam memerhatikan kesan, sehingga kita lupa dan ’shock sendiri’ didalam tindakan… Mungkin dengan di highlight sikit, pembikinan filem sebegini dapat dikurangkan seterusnya dihentikan. Baru nampak sikit kita golongan muda bukan hanya gagah dalam membincangkan kepincangan politik semasa dan menghentam ‘karya’ luar..namun, atas gagahnya kita pada paksi dan syariatNYA, kita juga tak gentar berhadapan dengan orang sendiri


p/s 13 April:: Saya terkesan dengan tulisan mentor saya, kak Durra dengan ulasannya tentang filem FITNA, punca dan penyelesaiannya. Jadi saya galakkan pengunjung juga membaca dan sama-sama berfikir dari dalam diri sendiri. Klik sini

You May Also Like

5 komen

  1. Bercerita tentang filem atau drama, mmg membuatkan rasa kecewa berbuah lebat didada. Semakin lama semakin banyak kisah-kisah yang membawa unsur negatif. Sekalipun ianya diterbitkan kononnya untuk memberi pengajaran, tapi banyak buruk dari baiknya. Manusia mmg mudah menyerap unsur yg negatif yang merosakkan sbb ada dorongan syaitan.

    Saya belum lagi menonton filem 'akhirat' jadi tak dapatlah nak komen ttg filem tersebut, tapi kalau nak bercerita ttg kesan buruk dari drama dan filem yang pernah ditayangkan, mmglah banyak sangat. Jalan cerita satu hal, gambaran watak melalui cara berpakaianpun satu hal jugak. Itu belum lagi diteliti dialognya.

    Agak menyedihkan bila ada juga cerita yg ditayangkan seolah buta hukum agama, malah secara tak langsung menjadi agen yg mendorong masalah yg lebih serius spt masalah murtad. Contohnya spt penggunaan ayat bible dlm drama keluarga muslim seperti dlm drama Jelatang. (Sila baca artikel yg dilinkkan untuk lebih jelas)

    Kalau nak berbincang ttg hiburan TV yg terlalu banyak membawa keburukan berbanding kebaikan, rasanya akan mengambil masa yang amat panjang.

    P/S : Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak yg dulunya tak ada channel dan rancangan TV sebanyak sekarang. Dan masalah sosial juga amatlah kurang.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. boleh terang kan bahagian mana filem akhirat yang boleh dikatakan filem ini menghina Islam..? saya tidak berapa pasti tentang penerangan dan saya telah mebaca ulasan filem ini. mungkin negatifnya akan diambil oleh manusia yang tidak mahu berfikir. tapi saya masih ragu tentang itu..
    mungkin kemusykilan saya dapat di beri penerangan semula..

    p/s: saya tidak berapa gemar menonton filem negara kita. bukan kerana tidak menyokong tetapi tidak berminat untuk menonton. melihat "gazet" sudah membuatkan saya tak mahu menonton.

    ReplyDelete
  4. syukran pegang cahaya...ana ambil penerangan dari sdr. faisal tehrani berkenaan kesongsangan beragama di dalam filem AKHIRAT yang wajar di nilai dari sudut agama iaitu antaranya:-

    1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

    2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

    3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi

    4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.


    [nahwanNUR]:: perlu di ingat, bahawa matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan hanya berfikir positifnya sehingga sanggup membuang agama sebagai neraca. Fikir juga melalui timbangan akal berdasarkan syariat dan sunnatullah..

    wallahua'lam

    ReplyDelete
  5. terima kasih nahwannur.. disini saya cuma agak keliru.. terima kasih kerana memberi penerangannya. saya masih tidak menonton filem akhirat..saya tak sangka penulisan script sampai begitu sekali... saya juga tidak bersetuju dengan faham liberal dalam mana2 filem dinegara kita...
    terima kasih sekali lagi =)

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.