Memang tak SAMA

by - 1:21 PM



Memang tak sama. Jika kita melihat orang yang melakukan hal atau mengeluarkan kata-kata yang tidak kita senangi dan adakalanya boleh mengundang benci.


Jangan cepat memperkecilkan langsung marah dan menghina pandangan dan perlakuan mereka. Kenapa? Kerana dia bukanlah kita dan kita bukanlah dan kadangkala kita bukan seperti diri kita yang kita mahu dan apa yang DIA mahu.


Penciptaan manusia sememangnya berbeza. Ada kanak-kanak ada dewasa. Ada wanita dan ada lelaki. Pelbagai warna dan rupa. Semua berlainan kelebihan dan kelemahannya. Kefahaman dan pengetahuan berbeza. Jadi, adillah dalam mencari makna fikiran dan pandangan orang lain. Jangan kita terlalu cepat melatah mendengar orang menyatakan sesuatu yang kita senang mahupun yang membuat kita kurang selesa. Kerana kita berbeza, jadi berilah nilaian dari dua sudut berbeza. Seterusnya, carilah kesimpulan, carilah penyelesaian semoga ia membawa kebaikan buat kita dan semua.


Kerana kita semua memang berbeza...Berikanlah dengan senyum tulusmu, lalu sampaikanlah dengan cara yang paling baik. Pendapat kamu tentang apa yang dia lakukan. Tanpa emosi, penuh kawalan akal dan iman. Eloklah dalam menyampaikan dan jangan sampai tersinggung perasaannya. Kerana itulah gunanya kita sesama muslim, untuk saling mengingati antara satu sama lain.

You May Also Like

1 komen

  1. Salam.

    Manusia mmg berbeza. Walaupun sama warna kulit, tapi mungkin fikiran dan perangai tak sama. Walaupun lain warna kulit, tapi mungkin ada keserasian bersama.

    Tadi baru selesai training EE (Emotional Excellent), belajar cara nak kenal personaliti diri dan org lain, supaya boleh perbaiki kelemahan terutama bila berkomunikasi dengan individu yang punya personaliti berbeza.

    Allah Maha Kaya.... walaupun Dia menjadikan kita dgn kepelbagaian sifat dan sikap, manusia masih boleh bersatu atau bertelagah hanya kerana kelainan dan kesamaan itu.

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.