Kenyataan. Terima kasih kerana membaca :) .

Bismillah ar Rahman ar Rahim. InsyaALLAH, mulai hari ini, blog ini saya jadikan arkib entri terdahulu memandangkan entri-entri tersebut tidak akan di ulang siar di blog baru saya. InsyaALLAH, dengan ini, saya akan seterusnya menarikan jejari dengan melakar buah fikiran di blog saya yang terbaru. Terima kasih kepada para tetamu yang singgah di sini. InsyaALLAH boleh kiranya teruskan menghirup setitis manfaat dengan izin ALLAH swt di blog terbaru saya. Untuk ke sana boleh lah terus menekan link di bawah ini :

www.nahwannur.hadithuna.com

Monday, June 30, 2008

Sang Murabbi : Filem Dakwah dan Tarbiyyah

Ribuan langkah kau tapaki

Pelosok negeri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu

Sampaikan Firman tuhanmu

Terik matahari tak surutkan langkahmu

Berhujan badai tak runtuhkan azzammu

Ragakan terluka tak jerikan nyalimu

Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu

(Sang Murabbi—Izzatul Islam)

Filem Sang Murabbi merupakan satu lagi karya seni islamik keluaran Indonesia yang bakal di tayangkan tidak lama lagi. Namun, di Malaysia, saya tidak tahu bila. Apa yang menarik, filem ini saya lihat (melalui trailernya) terdapat sedikit kelainan berbanding filem sebelum ini yang bernuansakan islami. Ia saya lihat sebagai suatu filem pasca tarbiyyah secara total yang kurang dengan pengaruh liberalism yang jika dilihat dari filem-filem bercorak islamik yang masih tebal dengan nilai liberal.



Filem Sang Murabbi mengisahkan tentang guru pentarbiyah dan pelopor gerakan dakwah sebuah parti di Indonesia, almarhum Ustaz Rahmat Abdullah. Keseluruhan ceritanya mengenai keperibadian dan ketokohan almarhum ustaz yang mana jauh sekali berbeza dengan filem islamik sebelum ini yang bertunjangkan cinta manusia yang ‘di sandarkan pada ILAHI’ sebagai paparan.


Keypoint utama yang saya dapati dari filem ini adalah tentang bertapa akhlak, keperibadian dan keterampilan seseorang sudah cukup member kesan mendalam dalam kerja-kerja dakwah. Filem ini dilihat cuba menggariskan bahawa ‘dakwah bil hal’ merupakan intipati terpenting dalam proses pentarbiyahan dan pembentukan akidah ummah. Klise cerita ini yang kurang menyentuh perihal ‘cinta insan’ sudah cukup memberikan gambaran bahawa hidup ini tidak hanya hadir dengan ‘kisah cinta’, malahan jauh lebih besar kepada tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah buat diri sendiri dan sesama manusia.


Alhamdulillah, saya lihat filem ini bisa ‘mengejutkan’ muda mudi sekarang dari lena yang panjang dengan kisah cinta yang mereka cuba corakkan dan member priority melebihi segalanya. Dan kisah ini memberikan impak yang besar kepada kesadaran kita bahawa golongan ulama’ itu tidak harus di caci di hina dig am di sisihkan atau apa sahaja yang dunia lakukan hari ini, bahkan merekalah golongan yang patut di ingati dan di ikuti kerana ulama’ itu adalah pewaris nabi. Dan bagi penggiat filem di Malaysia, ini suatu cabaran kepada ‘mentaliti antum dalam membuat filem yang bukan hanya berorientasikan keuntungan semata’. Fikirkanlah bahawa hidup ini bukan sahaja wujud di antara ‘CINTA’ dan ‘SEPI’ tetapi hadirnya hidup itu di antara perjuangan di medan ‘DAKWAH’ dan ‘TARBIYYAH’. Bangunlah kita semua. Bangun!!!


"Mereka yang keruh nurani, selalu melihat dengan angan-angan panjang. Seakan kematian hanya berlaku atas orang lain. Orang-orang seperti itu harus kerap diajak menurunkan jenazah ke liang lahat, melepas kerabat di akhir nafas, atau berbiduk di lautan dan gelombang yang ganas. Bila tak mempan, takbirkan empat kali bagi kematian hati nuraninya" - K.H. Rahmat Abdullah, Beternak Mimpi


Trailer Filem




selebihnya boleh di rujuk di sini


p/s [nahwanNUR] : Teringat saya kepada cerita ‘lion of the desert’ karya Anthony Quiin dan cerita Muhammad Utusan Terakhir. Harapnya lahir lagi filem-filem begini yang bisa meniup semangat juang sebenar mujahid mujahidah islam. Cuma, masih belum berkesempatan menonton saladin. Entah di mana boleh di dapati.



Pemikiran Pelik Si Cerdik Pandai

#1 Ceritera Satu : Holier than thou

Hari itu (lama dahulu) hari saya mengiringi Angah dan sahabat karibnya berjalan-jalan sekitar ipoh. Ops, bukan sekitar tetapi hanya satu tempat membeli belah di ipoh, menemani mereka yang sudah berkerjaya ’shopping’ sudah tentu mengundang kecemburuan untuk turut berjaya seperti mereka. Dari berjalan santai bershopping sehinggalah makan saya setia menemani dan mendengar perbualan kakak dan sahabat baiknya.


Well, macam kata pujangga barat, lebih baiklah kamu menjadi si ‘bodoh’ dikalangan mereka yang bijak pandai, daripada menjadi si pandai dikalangan orang-orang ‘bodoh’. So do I, I prefer to be the dim in your class. ” ulas sahabat Angah saya ketika mengimbau kenangan zaman persekolahan mereka dahulu. Saya di sisi hanya tersenyum. “Tak jugak..” ringkas jawab Angah saya sambil meneruskan makannya.


So how about me? Being nobody between dim yang akak maksudkan?” saya bermonolog sendiri. Anyway, thank you Angah


Saya senyum lagi, memikirkan pemikiran pelik si cerdik pandai barat yang suka di cedok oleh cerdik pandai anak watan kita sebulatnya. Bukanlah tidak boleh mengambil kata-kata barat sebagai ‘pedoman’, namun perlu ada timbangan waras dalam mencari permata di sebalik serpihan kaca. Kaca mata barat kadangkala bagi saya jauh berbeza dengan kaca mata kita, namun ia tetap punya nilai untuk kita timbangkan dengan meletakkan asas islami dalam menapisnya. Mungkin ada benarnya untuk kita menerima hakikat diri sebagai yang terlemah, namun hakikatnya manusia tidak sekali-kali di ciptakan sebagai bodoh. Hakikatnya, kita bukanlah bodoh, cuma belum bersedia untuk menjadi si bijak. Ya, bukan bodoh, cuma kurang dan belum masanya kita bijak dalam suatu hal. Dan saya sekali-kali menolak kata-kata ‘orang-orang bodoh’ kerana seperti yang saya katakan, tiada manusia yang bodoh,cuma hakikat kehidupan, ada golongan yang di bawah dan ada yang di atas, dan yang bijak itulah yang bertanggungjawab membimbing si lemah supaya seiringin menjadi bijak dalam ‘melayari’ kehidupan dunia.


Ops sorry, I forgot that i’m not a doctor or a marine engineer as they are now. So, it’s not a big thing for me neither being the fool among the intelligence nor the smartest among the dim.


Yang penting, dalam melayari kehidupan walau di manapun bahagian kumpulan kita di campakkan, perlulah kita menata pemikiran supaya sentiasa berusaha melakukan peningkatan dalam diri, dalam kelemahan kita mencari kekuatan, dalam kekuatan kita bina keimanan dan dalam keimanan kita bina keyakinan bahawa ALLAH swt pasti memberikan pengakhiran yang baik buat mereka yang sentiasa berusaha dan seterusnya bertawakkal kepada ALLAH.


Menata fikiran dan menjana minda cemerlang dunia akhirat dengan dua pokok utama:

(Which perhaps will be discuss further on next or next-next entry, or maybe not, la haulawala quwwata illa billah)


#2 Ceritera Dua : Mahar dan perkahwinan


Dua tiga bulan kebelakangan ini saya banyak terlibat secara langsung dengan majlis perkahwinan sahabat dan adik-beradik saya sendiri. Cemburu itu datang juga kadangkala.


’Berapa hantaran?’ itu soalan kerap di tanya. Salah satu nya di tanya kepada saya mengenai wang hantaran kakak dan abang saya. ’Kakak kamu mesti over 10 thousand...’ teka sahabat saya. Tentu sekali jika kami sekeluarga terikut-ikut dengan pemikiran pelik yang di anggap normal bahawa wang hantaran mengikut tahap pendidikan dan kerjaya. Mengikut rate si pemikir pelik yang sebenarnya kumpulan majoriti sekarang, ’nilai’ angah melebihi 10 ribu. Aduh!.


Daripada Aisyah Ra bahawa Rasulullah saw bersabda;

’Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam sebuah perkahwinan ialah yang sederhana maharnya’


Hadith lainnya;


’Sebaik-baik muslimah adalah yang rendah maharnya...’

’Korang cepat sangat sambung master, aku takut lelaki tak mau ja...’ ujar sahabat saya. Saya tersenyum. Kalau lelaki tak mahu atas sebab itu, maka saya akan labelkan mereka sebagai si pemikir pelik juga, namun saya terima hakikat bahawa kebanyakannya akan berfikir begitu.


’Erm, mak aku letak min 10k sebab aku degree...so aku kena hold keinginan nak sambung master sebab mak aku cakap rate dia akan meningkat...hmmm, kamu tak takut ke?’ cerita seorang rakan sekuliah ketika undergrad dahulu. Aduh, parah juga. Patutlah juga ada lelaki yang takut dan menjadi pemikir pelik. Kalau saya mengikut pemikiran begitu, sudah tentu sekarang saya tidak akan langsung menyambung pengajian kecuali setelah bersuami dan mungkin ketika sudah beranak. Dan jika mak dan ayah saya meletakkan syarat begitu, sudah tentu sekarang juga saya meletakkan jawatan master saya.


Sungguh susah jika kita meletakkan mahar dan hantaran mengikut tahap pendidikan dan kerjaya seseorang, dan tidak begitu adil jika mengukur kejayaan seseorang melalui tahap pendidikan dan kerjaya seseorang. Saya memandang suatu kejayaan bukan kepada tahap pembelajaran, tetapi lebih kepada nilai ilmu dan amal seseorang dalam meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Dan kesungguhan seseorang dalam menyelongkar ilmu ALLAH swt yang maha luas dan pelbagai yang bukan hanya terdapat di institusi tertentu sahaja. Namun tidak juga saya nafikan bahawa yang berpendidikan tinggi itu tahap ilmu nya tinggi dan ucapan tahniah dan bangga tentu ada buat mereka. Cuma dalam hal ini, adillah dalam berfikir. Yang meletakkan suatu aras pendidikan formal atau tidak itu adalah manusia, namun ada sesuatu yang lebih adil akan ALLAH timbangkan di akhirat kelak dan itulah juga timbangan adil buat kita dalam meniti sebuah perkahwinan.


Dan jika tahap pendidikan dikatakan salah satu perkara yang akan kita usung bersama hingga ke liang lahad berbanding dengan nilai takwa kita kepada suatu ilmu itu, maka sekarang juga saya katakan paling kurang saya mahu taraf pendidikan ’bakal suami’ saya adalah Ph.D dan mahar saya tidak akan kurang dari 10k dan saya lah salah seorang si pemikir pelik itu dan memasuki golongan majoriti wanita sekarang (selfclaim only, not refering to anyone who are alive or already pass away). Saya tidak akan kisah lagi tentang amalnya terhadap ilmu dan timbang tara imannya terhadap sesuatu ilmu. Jika saya berfikiran begitu. Tsabbit kulu bana ala dinik.


Dalam melontarkan idea sendiri, saya lebih suka terlebih dahulu melakukan observation, dan access audit. Jadi saya cuba menimbang idea diluar kotak, menjadikan diri sebagai objek dan subjeknya; ’meletakkan mahar tinggi dek kerana kos walimah yang tinggi’.


Melihat jam berjenama yang mana pemain golf terkemuka yang berpendapatan beratus juta dolar setahun sebagai model jenama, di jadikan sebagai hantaran membeliakkan mata saya yang sepet. Mana tidaknya, jam jenama itu paling murah pun berharga lebih rm500. Menyebut jenamanya dengan betul sudah cukup susah bagi saya inikan lagi hendak membelinya. Melihat set minyak wangi juga berjenama antarabangsa untuk sahabiah saya yang hanya boleh di pakainya untuk sang suami dirumah (mengikut hukum islam) yang mencecah setengah ribu menggelengkan kepala saya. Melihat khemah jamuan dan santapan raja sehari yang gilang gemilang dan berambu ramba, set persandingan yang melampau (kalaupun untuk sesi bersama keluarga dan bukan untuk tontonan umum dan tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat) melirihkan senyuman saya. Itu belum kira kos juadah untuk tetamu. Jika begini, saya akan segera menganggukkan kepala kepada mereka yang mengatakan bahawa kos persediaan perkahwinan itu tinggi. Dan saya berani katakan inilah yang pelik. Sedangkan ada lagi perkara yang boleh di ’budget’ dan dilaburkan dengan menggunakan wang hantaran (tinggi) yang berbentuk pelaburan masa depan, tetapi kehendak hati ini juga yang diikuti. Ini sudah bukan keperluan, tapi kehendak yang pelik.


Jika dikatakan wang hantaran tinggi buat belanja jamuan untuk tetamu, sewa khemah yang biasa buat keselesaan tetamu untuk berteduh dalam panas mahupun hujan, jam berjenama sedikit sebagai tanda hari baru istimewa yang mungkin tidak mencecah rm200 namun cukup bermanfaat dan punya ketahanan, dan set simple untuk bergambar dan meraikan pengantin dan ahli keluarga, dan beberapa hantaran yang ’kurang membazir’ dan ala kadar, manakala selebihnya buat pelaburan di bank buat membeli rumah atau kenderaan bersama; saya akan katakan ia di haruskan jika ia sekadar memenuhi keperluan. Keperluan walimah dan masa depan. Apa yang penting adalah ’mahar’ untuk masa depan, makan berkecukupan dengan rasa bahagia yang cukup dan mungkin lebih. Ini saya katakan sebagai pemikiran bijak si cerdik pandai.


Menata fikiran dan membina minda cemerlang dalam membina ’kesediaan’ dalam melayari alam rumah tangga tidak lah harus cenderung kepada persoalan mahar semata, tetapi memikirkan 3 perihal utama:


  • Tanggungjawab dan amanah sebuah perkahwinan
  • Perkahwinan sebagai pelengkap kepada iman seseorang
  • Perkahwinan merupakan salah satu platform dan hadiah ALLAH untuk nikmat dunia dalam membina jalan ’bersama’ menuju cinta ILAHI


Attoiyyibu nalittoiyyiba...


******


Wallahua’lam

27th June 2008, 2:41 am

Ipoh


p/s [nahwanNUR] : Maaf jika anda merasakan aritkel ini bersifat provokasi atau mungkin suatu pendekatan reverse psychology. InsyaALLAH akan ada entry sambungan mengikut perancangan saya, mungkin entri seterusnya atau nanti-nanti atau mungkin tidak. Saya merancang dan ALLAH jua merancang, dan sesungguhNYA ALLAH lah sebaik-baik perancang dan penentu akhir segalanya. Mohon doa bersama semoga setiap perancangan dan kerja kita semua di permudahkan dengan kebaikan yang penuh barakah.

Thursday, June 26, 2008

Memberi atau Menerima...#1 Mencari hikmah di dalam teguran


Dalam sibuk menangani masalah kehilangan dan kekurangan ’mood’ menulis, saya banyak melayari blog-blog sahabat. Ada beberapa isu semasa yang kerap di ulas dan di bincangkan, tentang hal minyak, politik, pulau batu putih dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian saya adalah entri mengenai program cuti (memandangkan ramai rakan blogger terdiri di kalangan pelajar). Bangga dan sedikit cemburu dengan program sahabat-sahabat, jadi teringat saya saat dahulu.

Saya bukanlah seorang yang aktif berpersatuan dan gerak kerja semenjak sekolah lagi. Sungguh keinginan saya sebenarnya lebih dari mahu menjadi peserta, selalu berangan untuk menjadi penganjur. Namun, penyakit nervous disorder saya sedikit sebanyak memaksa saya untuk tidak aktif. Malu kah atau memang ’self confidence’ saya kurang, saya pun kurang pasti. Namun, sekali sekala timbul juga rasa tidak mahu mengalah dengan penyakit itu dan sedaya saya ‘mempromote’ diri untuk beberapa program. Sesekali mahu juga ‘memberi’ sesuatu kepada umum, teringin mahu merasa nikmatnya.


Beri dan terima teguran dengan ikhlas

Saya bukanlah jenis yang outspoken, dan kadangkala saya sendiri rasa yang saya ini seakan mementingkan urusan sendiri dan jauh dari aktiviti ‘memberi’ walau kepada sahabat-sahabat saya. Sikap ini mungkin yang di maksudkan sahabat saya suatu ketika dahulu sebagai pendiam. Sehinggalah sewaktu saya memasuki sekolah teknik berasrama, sahabat saya meminta saya membantu menegur beberapa orang sahabat sebilik kami yang tidak menunaikan solat. Untuk mendapat kekuatan saya meminta pandangan mak dan ayah. Aduh, terasa kurang bijak juga hal sekecil itu saya tak berani lakukan pada awalnya.

‘Cubalah tegur sebaiknya, itu salah satu tanggungjawab kamu sebagai ahli masyarakat...tegur dengan ikhlas, insyaALLAH takda apa-apa’ beritahu ayah saya.

Lalu dengan kekuatan dari kata-kata mak dan ayah saya menegur mereka di dalam mesyuarat dorm yang biasa di lakukan setiap hari jumaat malam. Entah mungkin ada silapnya dalam saya menyusun kata, mereka naik berang.

‘Kubur masing-masing...sape nak buat dia buat, orang lain tak payah bising’ jawab salah seorang dari kawan kami yang dimaksudkan. Sewaktu itu rasa mahu menangis dengan larva-larva meluap di dalam dada. Diam. Mesyuarat selesai di situ tanpa ada kata-kata maaf seperti biasa. Sungguh rasa marah,menyesal dan sebenarnya rasa bersalah kerana memikirkan kemungkinan ada ayat saya yang menyinggung mereka. Malam itu saya bermuhasabah sambil membaca buku.






Terdapat 2 cara dalam kita menyampaikan dakwah, teguran dan nasihat. Dakwah bil hal dan dakwah bil lisan. Malam itu saya sedar bahawa,dalam berdakwah,perkara pertama yang perlu kita pelajari adalah psikologi manusia. Tidak semua orang senang dengan sesuatu perkara yang kita lakukan. Maksud saya, kita perlu kenal pasti pendekatan yang mudah di terima oleh individu jika ingin mengegur.

Fad, kita rindu kamu, lama tak jumpa...’ beberapa hari lalu mesej ini saya terima dari kawan sebilik yang saya tegur dahulu. Entah bila saya menjadi baik dengan mereka saya pun kurang pasti. Cuma seingat saya, mereka mudah menerima teguran saya melalui surat.

Teringat beberapa hari selepas insiden tegur-menegur malam mesyuarat bilik itu, saya memberi surat kepada kawan saya yang berkenaan (yang di tegur). Saya tidak menyatakan hal solat, kenapa kamu kena solat, solat itu tiang agama atau apapun suatu dalil mengenai hal berkaitan tidak langsung saya sentuh. Saya masih ingat kandungan surat perhubungan pertama saya dengan sahabat saya ini.


My dear dormate....
Apa yang kita paling nak kadangkala kita tak mampu dapat, dan kadangkala apa yang paling kita nak elakkan itulah yang kadangkala menjadi milik kita..sebab sebagai manusia, kita takkan tahu sesuatu yang kita paling nak itu tidaklangsung layak untuk kita dan kita juga tak tahu perkara yang paling kita taknak itulah yang terbaik untuk kita... Kite mintak maaf...semuanya Sebab kita sayang kamu...



Surat yang hanya bersaiz separuh daripada buku tulis sekolah itu saya gulung seperti ijazah di ikat dengan riben. Saya pos melalui sahabat saya yang lain sewaktu rehat. Balik dari sekolah selepas zohor, di bilik kami dia mengucapkan terima kasih.

Dan semenjak itu dia dan beberapa rakan sebilik ada bercerita masalah masing-masing dan melalui surat saya akan memberi respon dan pandangan saya. Jika tiada apapun, saya akan kerap tinggalkan di meja kelas mereka atau di katil dengan kata-kata begitu. Kerana saya menganggap itu suatu pengikat ukhwah antara kami. Mereka selesa begitu, saya pun selesa dan teramat selesa dek kerana sikap saya yang sedari dulu sememangnya takut menghadapkan wajah ketika berterus terang. Apa pun, keypoint disini adalah, yang paling penting, masing-masing ikhlas dalam memberi dan menerima teguran.

Tuesday, June 24, 2008

Segeralah bangkit untuk bekerja keras


Segeralah bangkit untuk bekerja keras,
dan bersabarlah
Menghadapi rintangan-rintangan dan ketidakindahan di atas jalan
Maka akan lemahlah orang yang tidak menyiapkan kesabaran dalam menghadapi setiap bala’
Atau tidak menyiapkan kesyukuran ketika mendapat kenikmatan
Dan tidak mengerti,
bahwa dalam kesusahan ada kemudahan

credit to larashati

He is my LOVE ever, my burning desire


Rasanya sudah lama benar saya tidak merangka sebuah entry. Entah penyakit writer’s block membelenggu atau kekangan kerja semasa, dengan research cluster dan sebagainya. Namun, serasa saya, sememangnya saya mengalami ’penyakit’ tersebut, kerana sedikit sebanyak penulisan thesis dan laporan kajian sebagai research asistant kepada dean kaed juga sedikit terganggu.


Apapun, alhamdulillah harapnya ada perubahan sedikit setiap hari. Bak kata pujangga, ’mencari kekuatan di dalam kelemahan’. Penat tidak boleh di biarkan sehingga lesu, lemah tidak boleh di remehkan sehingga lemas. Saya cuba membina kekuatan diri. Ya, luar dan dalam. Saya memerlukan ’burning desire’ buat diri sendiri. Banyak isu terputar sepanjang seminggu dua ini namun tak berupaya saya ulas.

Saya teringat ketika saya lepas matrikulasi, kecewanya saya ketika itu kerana keputusan peperiksaan muet saya tidak mencapai target. Band nya hanya di cukup makan untuk melayakkan saya menjejakkan kaki ke universiti. Keputusan saya banyak di pengaruhi ketika sesi speaking. Memandangkan ketika itu penyakit nervous disorder masih di tahap kritikal, maka tahap ’malu’ untuk berdepan dengan umum dan bercakap dan mengutarakan idea dan pendapat banyak menyekat kehendak sebenar hati yang teringin untuk bercakap.


Alhamdulillah, sempat saya menghadiri short course bahasa inggeris komunikasi, penulisan dan sebagainya di Erican Institute yang mana ketika itu saya lah satu-satu nya pelajar melayu, selebihnya pelajar dan tenaga pengajar berbangsa cina dan india. Saat ini lah pertamanya yang melatih saya untuk mengatasi penyakit nervous disorder, dengan sesi public speaking, deklamasi sajak, lakonan dan sebagainya. Bukanlah ia melatih saya untuk tidak tahu malu, tetapi mengelak untuk berasa malu di dalam situasi yang tertentu dan perlu untuk ’tidak terlalu malu’.


Satu perkara yang tak pernah saya lupakan saat memulakan sesi pertama kelas di sana, sir yang mengajar kelas kami telah memberi kami pop kuiz. Belum mula kelas sudah ada pop kuiz? Saya jadi bingung. Dia memberikan kami sebuah lirik lagu inggeris yang kurang lengkap di setiap perenggan. Rupanya ia menguji kecekapan kami menangkap perkataan di petak kosong dan menguji kemahiran mengeja kami berdasarkan pronounciation. Namun, apa yang menariknya adalah rumusan beliau tentang pop kuiz tersebut.


’This is just a quiz to see your eager towards improving yourself in something. It’s just as a burning desire, and I hope so. Burning desire is something that you need to search for and doesn’t come as you wish…it always there for whom who search for it and invisible for those who just wish for it. Anyone can become ‘someone’ if they want, but anyone can be nobody if they just wish to be. Find your burning desire on something and go for it as best as you can’.

Lagu yang saya maksudkan bertajuk 'Top of the World' nyanyian kumpulan inggeris lagenda, Carpenter.



Such a feelin's coming over me
There is wonder in most everything I see
Not a cloud in the sky
Got the sun in my eyes
And I won't be surprised if it's a dream
Everything I want the world to be
Is now coming true especially for me
And the reason is clear
It's because you are here
You're the nearest thing to heaven that I've seen

I'm on the top of the world looking down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that I've found ever since you've been around
Your love's put me at the top of the world
Something in the wind has learned my name
And it's telling me that things are not the same
In the leaves on the trees and the touch of the breeze
There's a pleasing sense of happiness for me
There is only one wish on my mind
When this day is through I hope that I will find
That tomorrow will be just the same for you and me
All I need will be mine if you are here


Saya selalu mendengar lagu ini dan menaikkan semangat saya. Ia menggambarkan bertapa setiap yang kita lalui di dunia ini penuh dengan rahsia. Rahsia yang banyak menimbulkan tanda tanya yang membawa kita kepada suatu pengembaraan/pelayaran dalam mencari erti/hakikat penciptaan diri. Dalam perjalanan inilah, kadangkala kita terbelenggu dengan resah, rasa malas, putus asa, menghadapi kegagalan dan pelbagai kepayahan lain yang bisa membuat kita berkeputusan untuk mengalah/mengundur diri.


Namun melalui lagu ini saya cuba fahamkan diri bahawa ’rahsia’ itu adalah suatu ’mimpi’ yang mampu saya bawa kepada suatu yang nyata. Yang perlu hanyalah kehendak kita untuk menjadikannya kenyataan. Dan ketahuilah, adanya ALLAH swt sentiasa mengiringi kita. Ingat lah DIA dan jadikan sehingga mampu DIA sebagai pembakar semangat kita. Maha besar ALLAH yang mengetahui keperluan setiap hambaNYA, maka dia ciptakan ’burning desire’ di sisi kita, mak ayah dan bagi yang sudah berumah tangga, pandanglah isteri/suami, dan mempunyai cahaya mata, mereka di sekeliling kita lah yang DIA ciptakan sebagai pendorong semasa dan pembakar semangat sepanjang pelayaran kita.


p/s[nahwanNUR] : Penyakit writer’s block kadangkala melelahkan saya sehinggakan saya keciciran peluang melakukan perbentangan kertas kerja di persidangan antarabangsa ’management in construction researchers association, MICRA 2008’ minggu lepas. Cemburu melihat sahabat-sahabat membentangkan kertas kerja di hadapan umum dari pelbagai universiti tempatan dan antarabangsa, di kritik, di komen dan sebagainya. Namun, insyaALLAH ada hikmah di sebaik semua yang di aturkan ALLAH swt.


Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyingkapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.


Moga ALLAH permudahkan urusan saya dan kalian dengan kebaikan yang penuh barakah. Dan sentiasa dalam tarbiyyahNYA.


Selamat Hari Ayah buat ayah dan emak tak lupa. Hari-hari pun hari mak dengan ayah (bak kata saya pada makayah setiap kali diorang merajuk sebab saya terlewat ucap..hehe). Kalian ’burning desire’ saya, tak perlu saya memandang pada yang lain (selain ALLAH swt). Dan harap masih ada hari untuk saya bermanja (mengada-ngada, hehe) dengan mak ayah, dengan bakti saya yang tak seberapa dan serba kekurangan. Dan buat semua ayah, daddy, baba, walid, abi seluruh dunia. Sabar mendidik kami, dengan setiap kerenah kami. Barakallahu fiikum bima sobartum.

Sunday, June 22, 2008

Kesabaran seorang perempuan yang di rasuk

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, "Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"

Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"

Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.

Friday, June 13, 2008

7 Wonders of HAMBA


Sekali lagi saya di tag. Untuk penghormatan buat adik hazwani yang men’tag’ hamba dek kerana lama tak mendengar berita, jadi sukarela saya menjawab. Apapun harapan saya moga ada manfaatnya


7 FAKTA tentang diri hamba

  • Muslimah = Muslim+perempuan ; i’m not a girl, not yet a women..hehe
  • 24 tahun sudah hamba berkelana namun entah berapa lama entah yang dikira ‘bermanfaat’ sebagai hambaNya
  • Lahir dalam keluarga RASK, anak ke 4 dari 5, bongsu perempuan
  • Tidak ’friendly’ dengan ubat-ubatan. Walau sakit demam, kecuali ada orang yang memaksa. Kalau di rumah, family yang paksa,lagi-lagi kakak tunggal hamba yang sedia membawa stok dari hospitalnya.
  • Mengalami ‘sinus sitis’ dan bertambah teruk namun sangat takut kepada rawatan dan ubat
  • Mabuk kenderaan ber’air-cond’; e.g. bas, kereta, teksi etc dan lebih selesa dengan motosikal jika ada
  • Motosikal berkuasa besar ; pernah dulu sewaktu darjah hamba berkata pada ayah yang gaji pertama hamba nak beli ’moto besa’. Hehe. Hamba minat Ducati, Harley, Titan



7 Perkara yang mengGERUNkan hamba

  • Buaya ; hamba dan buaya ibarat irama dan lagu bagi kawan-kawan yang cukup mengenali diri ini. Mereka cukup tahu hamba fobia pada haiwan ’comel’ ini
  • Diri sendiri ; takut hipokrit pada ALLAH. Takut menipu semua orang, yakut su'u dzon kepada sesuatu, takut mengkhianati...takut, takut, takut, naudzubillah
  • Scary movie ; hamba bukan jenis yang suka tengok cerita seram, hantu, thriller etc. Supaya tidak membayangkan. Takut hati lemah dan lari dari yakin adanya ALLAH teman di sisi
  • En.Hakim ; Lecturer aka academic advisor di utm. Selalu dok sergah hamba sebab kelemahan hamba tidak boleh di sergah kerana akan jadi kelam kabut. Kalau jumpa hamba dari jarak 1 km lagi beliau akan menjerit memanggil hamba. Huhu. Reverse psychology kot.
  • Sifat dengki manusia dan diri sendiri
  • Umur ; Teringat kata-kata Abdullah Ibnu Mas’ud

’Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah.’

  • ALLAH ; Ultimate terrified



7 Pilihan LAGU


7 AYAT yang selalu hamba sebut

  • Rilek dulu...ehehe ; selalu sebut untuk usik mak sebab mak akan jeling, cubit dan senyum
  • Hamba yang menurut perintah
  • Bakpo gak?...haha
  • Ya, saya.
  • Jaga diri jaga pandangan jaga hati jaga segalanya
  • Ha, kamu..kite..... (Sebabnya dari kecik mak hamba tak bagi guna aku kau, kalau guna memang kena cili mulut)
  • …… (sometimes smiles can describe thousand of words, dan diam itu lebih baik)



7 Perkara BERHARGA bagi diri ham
ba

  • Mak Ayah and RASK family
  • Setiap kebaikan terhidang atas nikmat kurniaan ILAHI, haza min fadhliy rabbi
  • Ujian kesakitan merupakan tarbiyyah dari ILAHI dan tanda DIA terusan ingat pada kita
  • Kamu ; Kalian sahabat hamba
  • Usrah, dakwah dan tarbiyyah untuk diri hamba yang lemah ni
  • Kanak-kanak : especially, naim-iman-amin (my lovely anak menakan) huhu. Terhibur betul dengan keletah mereka
  • Hayat dan kesihatan


7 Perkara PERTAMA dalam hidup hamba

  • Melihat dunia dan memahami erti kehidupan; meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, berbasikal, bermotor, berkereta...to be continue
  • Menjadi baby sitter ; jaga anak buah yang 1st , naim sewaktu berumur tidak sampai setahun, masih merangkak, semasa kakak ipar dan abang kursus dan kerja selama 2 minggu. Kena pulak 1st week tu naim kurang sihat
  • Usrah ; dah lama ’on off’ usrah tapi tahun ni baru betul-betul aktif dalam usrah, walau lokasinya mengambil masa hampir sejam pergi balik
  • Ber blog : dah lama teringin dan menulis sekadar mengisi partition D di PC kesayangan, sehinggalah masuk program master, teringin menyumbang sesuatu. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga mula dengan blog ni.
  • Kerja ; Kerja sementara lepas matrikulasi dan kerja dalam bidang profesional selama 5 bulan selepas tamat ijazah sebelum menyambung lanjutan pengajian
  • Excident demi mengelak kereta ’mini cooper silver+hitam’ yang langgar lampu merah dan menafikan hak hamba yang sedang lampu hijau. Tangan dan kaki yang lebam dan tidak boleh di bengkokkan especially time solat. Baru lah rasanya time ni benar-benar menghargai nikmat kesihatan. La haulawala quwwatailla billah
  • Bermasalah dengan hati, namun hamba pasti itu semua tarbiyyah yang perlu kita cari sendiri hikmah di sebalik suatu kejadian. Khusnul dzon. Muslimah itu cintanya hanya pada yang haq, dambanya pada yang mutlak.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (3:139)


7 ORANG bertuah yang hamba nak tag

Setelah 3 kali (termasuk kali ini) menjawab tag, hamba langsung tidak berminat/ lebih kepada takut untuk men’tag’ sesiapa. Kerana hamba masih buntu mencari manfaat sebenar dalam setiap tag, selain dari sebagai sesi taaruf. Jadi tiada yang spesifik, namun hamba buka pada pelawat yang sudi untuk bertaaruf seperti hamba di blog kalian. Boleh anggap tag kali ini untuk semua. Alfu syukriin

Monolog: Menyusuri diari hidup seorang aku


Foreword [nahwanNUR]
:: First and foremost, I would like to express gratitude to ukht al-qasam and akh dimas and grant credits for their entries that does inspire me in looking back (muhasabah) my life journey for the past decade up until now.


Sungguh, perjalanan ini terkadang mengelirukan. Tatkala bertanya hati kepada jasad, siapakah dirimu? Mulut yang rancak berbicara awalnya, diam seribu bahasa. Tubuh yang bebas kaku serta merta. Tiada lagi lagu riang, tiada puji tiada kutukan, tiada lagi gerakan riang. Yang ada...hanya sunyi dan kaku sebagai pengganti.

Lalu, datanglah si yakin menjawab, ’kitalah insan mulia khalifah di muka bumi’. Mulia kita di angkat melalui akal yang di jana fikiran, hati dan taat yang mewakilkan pengabdian kepada ILAHI.

Bertanya lagi si hati, ’Kau hanya tahu jasadmu (fizikalmu), beritahu aku tentang jiwa mu wahai insan yang mulia?’. Si yakin lalu terdiam, mulutnya tertutup rapat. Kaku tertunduk kepada hati.

Kemudian, datang pula si alim memberitahu, ‘Jiwamu adalah bahagian yang tidak bisa kaulihat, tetapi bisa kau ketahui dengan pengetahuanmu yang dalam. Kebenaran akan kewujudan mu ada di dalam jiwamu. Hal lainnya hanyalah pengabdi bagi jiwamu.’

Hati selalu tertafsir dengan nafsu yang bijak dan terkadang rakus, lantas ia berulang tanya,’Kalian benar tahu siapa diri mu, lalu beritahu ku dimana letaknya kebahagiaan sejati mu?’. Si alim tertunduk memandang lantai hati.

Akhirnya hadirnya si alim wal yakin dengan penuh hatinya menjawab,

“Wahai hati, benar selalu kita bicarakan ‘aku memahami diriku’, sedangkan kita tahu itu suatu yang salah. Dan tiada salahnya kamu mahu memahami kewujudanmu kerana dengan ‘Hanya dengan mengenal dirimu maka kamu akan mengenal TuhanMU’. Namun wahai hati, jangan kau rakus dalam memahami, kerana keseluruhan hidupmu sebenarnya adalah pelayaran mengenal erti/ fungsi diri. Engkau pengemudinya, jadi belajarlah untuk melayari nya dengan mutiara dirimu, ia ada di dalam mu. Mutiara itu kita bahasakannya dengan IMAN. Kemudilah dengan iman, ia menifestasi dari hakikat penghambaan pada ILAHI. Jangan biarkan diri (hati) mu mati dengan hanya mempersoalkan. Carilah dengan iman, lakukan dengan ibadah dan amal soleh mu. Kelak nanti, dengan izinNYA, akan kau temui kesejatian dalam dirimu atas nama yakin mu dengan hakikat penciptaan oleh ILAHI.’

Sungguh waktu itu hati tertunduk malu dengan iman si alim wal yakin. Fahamlah hati dalam memasuki kesejatian yang hakiki itu harus di iringi perbuatan zahir dan batin, agar kesedaran penciptaan enyatu, selebihnya akan terserah kepada diri sendiri memilih jalan yang mana buat menuju cintaNYA.


p/s [nahwanNUR] :: The entire universe was created for the sake of this secret within you, but this secret within you was created for Allah, and no one else besides…the proper way [to loftiness] is by submitting to Allah alone. And I rethinking about the ‘heart’, I feel like crazy to laugh (or perhaps, crying?) toward myself. I’m the one who have ‘the dead heart’. La haulawala quwwata illabillah, I’m seeking for Your guidance, O’ Allah.

Krisis Harga vs Krisis Alam : Mari berfikir di luar kotak


Situ sini sana sinun...semua naik. Mula dari kenaikan harga barang, hinggalah semalam, harga minyak pula yang melambung, memukul akal fikiran komuniti di Malaysia. Rasional tak rasional, pelbagai kata dikeluarkan. Jujurnya, langsung saya tidak tahu menahu berita kenaikan harga minyak. Sehinggalah, abang sulung bertanya saya sudah mengisi full-tank kenderaan saya atau belum. Alhamdulillah, sudah sebab biasanya saya akan isi penuh setiap hari isnin. Yop menalifon ayah di ipoh, rupanya semua stesen minyak di Ipoh di tutup semalam. Baru saya tahu halnya, harga minyak naik. Sedang komuniti di KL berebut mengisi minyak, komuniti di Ipoh hanya menyumbangkan sumpah seranah dari rumah. Huhu.

'Tu la rakyat malaysia, dulu sapa suruh bodoh sangat takmau pangkah UMNO?!’

’Mana pergi pakatan Rakyat?!’

Itu antara respon saya dapat dari kenalan saya. Aduh, sabar dulu kawan. Jom duduk dan berfikir seketika.


Bumi menangis

Pagi tadi sambil memandu ke kuliah, otak saya ligat berpusing, situ sini sana sinun. Semua perkara saya cuba fikir lain dari kebiasaannya.

3 minggu lepas, saya mendapat panggilan dari seorang sahabat yang bekerja dengan syarikat pemaju. Meminta bantuan saya untuk sambutan ’environmental day’ yang akan di anjurkan oleh syarikat tempat dia bekerja. Kebetulan, baru beberapa ketika kita menyambut ’World Environment Day’, 22 April lalu.

Bumi kita menangis. Merana dek kegilaan manusia dalam meneroka bumi tanpa rasional sebenar sebuah kehidupan. Benarkah kita hidup demi meraih cinta ALLAH swt? Sedang kita sendiri zalim terhadap ciptaan ALLAH yang lain.

Salah satu kezaliman manusia adalah pembebasan gas ke udara yang menyebabkan lapisan ozon semakin menipis. Dan ini mengundang kepada beberapa krisis ke atas alam semulajadi seperti Pemanasan Global, Kesan Rumah Hijau dan sebagainya. Dalam kita ‘meratapi’ kenaikan harga barang dan minyak, bumi juga turut meratapi dirinya yang semakin lemah.

Alhamdulillah, mengambil jurusan landskap arsitektur, subjek environment dan ecology merupakan salah satu bahagian kerja kami. Dan itu merupakan subjek paling saya minati, sehingga kini saya masih berangan-angan untuk menjadi seorang environmentalist.

Di dalam subjek ekologi, pada tahun ke 2, saya masih ingat kata-kata pensyarah saya tentang salah satu lagi bentuk ’kezaliman’manusia ke atas muka bumi, ialah pertanian. Hampir 50% faktor perubahan ekologi dunia adalah di sebabkan oleh revolusi pertanian yang ’menzalimi’ ekosistem asal sesuatu kawasan atas alasan untuk menampung keperluan industri makanan dan teknologi manusia. Berapa banyak hutan premier muka bumi di terokai untuk industri makanan (beras, tepung, gula etc), pembangunan (batu kapur, simen etc), bahan bakar (minyak masak dan minyak kenderaan dari tumbuh-tumbuhan) dan sebagainya? Berapa kali takungan air kita tercemar dek kerana tumpahan minyak dan penggunaan bahan kimia untuk aktiviti di atas?


Dipetik dari kosmo online 14 Mei 2008:

Menurut satu petikan: "Sejak 1960, populasi penduduk berlipat dua kali ganda dan aktiviti ekonomi bertambah sehingga enam kali ganda tetapi kadar pengeluaran makanan meningkat dua setengah kali dengan harga makanan menurun, penggunaan air dan tenaga hidro bertambah dua kali ganda."

Kesan langsung daripada kerosakan ekosistem dilihat dalam aktiviti penangkapan ikan, makanan hidupan luar, sumber tenaga kayu, biokimia, air tawar, sumber genetik, bencana alam, penyebaran penyakit dan sebagainya. Yang bertambah maju ialah sektor tanaman, penternakan haiwan, pembebasan karbon dan akuakultur.


Hidup Zero Alasan

Pagi selasa lalu, saya berkesempatan menonton rancangan kegemaran saya di NTV7, The Martha Stewart Show, rancangan bual bicara dan masakan dengan bertemakan Alam Sekitar. Kebetulan pada hari itu, topiknya adalah ‘Kitar semula’. Kitar semula barangan, dan kitar semula tenaga. Di dalam episod ini, Martha telah menjemput seorang environmentalist yang menjadikan basikal sebagai pengangkutan utamanya.

Jadi teringat saya kepada seorang pensyarah saya di FAB,UTM. Dr. Muhammad Tetsu Kubota, seorang muallaf berbangsa jepun yang berbasikal ke FAB. Namun saya sendiri tidak pasti di mana rumahnya. Saya sungguh kagum dengannya seorang yang baru dengan Malaysia, sedangkan rakyat malaysia sendiri beralasankan cuaca khatulistiwa untuk tidak berbasikal. Ah, hidup zero alasan. Kalau mahu, pasti kita lakukan, kalau tidak, pasti tersedia beribu alasan. Seorang lagi di UIA, pensyarah KAED yang saya tidak tahu namanya, tetapi saya tahu dia berjawatan Assoc. Professor Dr. Kerana selalu beliau menghadiri postgrad seminar kami, berbadan kecil molek berkupiah, bersepatu hitam berkilat, berkemeja dan ber’kot’, tetapi berbasikal ke fakulti. Itu bahagian paling menarik saya rasakan. Benar-benar saya respek. Mereka berdua ini serasa saya cukup mampu memiliki kenderaan besar, namun mungkin sikap sayang mereka pada alam sekitar, dan sikap ‘qanaah’ mendorong mereka untuk menggunakan basikal. Wallahua’lam.

Saya tertarik dengan kata-kata Martha tentang penggunaan beg kertas atau plastik di dalam rancangan itu.

Manusia berdebat tentang beg plastik yang mengancam ozon dek kerana ia mengambil masa untuk ’lenyap’ di muka bumi, dan sebagai alternatif kita mempromosi penggunaan beg kertas, namun dalam masa yang sama, untuk menghasilkan beg kertas,beribu-ribu pokok perlu di tebang. Dan ini jika di fikirkan secara teliti, kedua-duanya membawa kesan buruk kepada alam sekitar, namun dengan dua cara yang berbeza.


Adjust not change

Dari blog ukht al-qasam yang mengulas tentang krisis kenaikan harga di Malaysia. Apa yang saya tertarik adalah petikan kata-kata Chegu.


Don’t any one, absolutely no one, tell us to change our lifestyles. Got it? What, do you think we are stupid? Yes, we are going to make a lot of noise, that’s what you will get for being the government but while shouting and screaming and kicking we will adjust our lifestyle to the new situation. Yes, the word is adjust not change

Itu sebenarnya idea di luar kotak yang saya dapati. Sebenarnya, dalam menghadapi krisis begini, sebenarnya, kehidupan kita boleh di ‘perbaiki’ dalam suatu situasi baru yang lebih baik. Berfikirlah, mungkin dengan kenaikan harga minyak, kita mampu membantu mengurangkan pembebasan gas ke udara, mengurang krisis penipisan lapisan ozon, dan green house mungkin. Dan dengan kenaikan harga beras, tepung dan setiap barangan keperluan, mungkin boleh menyumbang kepada peningkatan taraf kesihatan kita, dan mendidik diri untuk bersifat ‘qanaah’ dan zuhud dalam kehidupan?


Angguk-angguk Geleng-geleng

Dulu semasa mendengar lagu angguk-angguk geleng-geleng yang pernah popular, saya turut terangguk dan tergeleng. Bukan apa, saya mengangguk kerana ada benarnya dalam lirik lagu tersebut, dan saya tergeleng dek kerana yang menyanyikannya itu semacam tidak sedar diri seperti yang di nyanyikan. Namun itu realitinya.

Dalam krisis kenaikan harga barang dan minyak ini, saya turut mengangguk dan menggeleng setiap pandangan individu. Seperti saya kata dahulu, di dalam setiap pandangan, ada perkara yang boleh di fikirkan, tiada pandangan yang salah, cuma kurang tepat. Saya akan menggangguk bagi pendapat yang betul, sahih dan tiada keraguan, dan saya akan menggeleng bagi pendapat yang kurang tepat dan memerlukan sedikit pembetulan dan mungkin hanya membuat sedikit penambahan.


Yang saya angguk;

  • Krisis ini perlu di bendung
  • Krisis ini sebenarnya merupakan proses tranformasi zaman (seperti kes penggunaan kuasa arang etc)
  • Semua pihak tidak rasional (Gila, bengong, dan pelbagai label-yang ini saya geleng) dalam memikirkan krisis harga minyak
  • Political ‘things’
  • Krisis ini membebankan terutama bagi golongan berpendapatan rendah
  • Subsidi tidak mencukupi


Yang saya geleng;

  • Bodohlah sapa yang tak undi...Nah rasakan!
  • Mana pergi menifesto kamu?
  • Mana ada ‘win-win’ situation...
  • Pilitikus rakus
  • Jatuhkan pemerintah sekarang/ Ganti pemerintahan...gerenti selesai


Pendapat saya yang mungkin saya bakal kene ketuk;

  • Jadikan ini ‘win-win situation’. Berfikirlah di luar kotak. Kalau betul lah claim kalian ini permainan Paklah untuk balas dendam, atau untuk memburukkan pakatan rakyat, jadi kita anggap betul, dan bagi dia 1 mata. Kita buat satu tindakan yang buat dia pulak ‘gol’, score 1 mata. Jangan dok mem’BERSIH’ sahaja, tanpa ada backup plan atau side action. Jenuhlah, harga tak turun-turun (confirm!!sebab diorang peduli apa pun) tapi baju basah kena sembur waktu mem’BERSIH’. Kita mem’BERSIH’ dengan naik basikal..Jom!
  • Jom naik beskal... siapa yang kata tak sesuai dengan zaman sekarang, dia yang kurang bijak!!
  • Fikirkan side impact dan benefit pada alam sekitar yang semakin ‘meraung’ dengan sikap kita yang asyik memikirkan perihal kemanusiaan, sedangkan yang hidup di dunia dan makhluk ciptaan ALLAH bukan manusia sahaja. ‘Win-win situation’ antara kita dan alam sekitar, krisis kita berkurang, krisis alam sekitar menurun.

Dah, dah, jom naik basikal aja sih!

Hadiah perkahwinan angah dari tetamu kehormat, agaknya mereka tahu harga minyak di Malaysia bakal melambung, jadi berikan suatu 'qias' outcome pada masalah ni..mungkin


p/s [nahwanNUR] :

Ingatlah sahabat-sahabat seperjuangan yang saya hormati, tugas kita sebagai khalifah Allah adalah untuk menjaga muka bumi ini daripada dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab (credit tu akh Faisal). Jangan asyik melihat sesuatu isu sebagai musibah kemanusiaan, tetapi pandanglah ia suatu musibah ke atas alam sejagat, takut-takut kita menjadi penyelamat pada siri kemanusiaan namun kita sendiri yang menjadi agen perosak kepada keseluruhan muka bumi ini. Pandanglah krisis ini luar dari kebiasaannya. Bertanggungjawablah kepada semua hidupan yang merupakan hambaNYA. Seperti dinyatakan dalam surah Toha surah ke6 hingga 8 ini;


6. Dia lah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi serta Yang ada di antara keduanya dan juga Yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

7. Dan jika Engkau menyaringkan suara Dengan doa permohonanmu, (maka Yang demikian tidaklah perlu), kerana Sesungguhnya Allah mengetahui Segala rahsia dan Segala Yang tersembunyi.

8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah Segala nama Yang baik.


Fikirkanlah kembali matlamat utama perjuangan kita. Berfikirlah di luar kotak. Yakinlah atas setiap hikmah yang ALLAH turunkan dan berusahalah untuk ‘memperbaiki’ kepada yang lebih baik dengan jalan yang penuh barakah.

ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma atmim bilkhair.

Thursday, June 05, 2008

Allah...ALLAHuakbar

"Subhanaka la 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Munajat 'Uways al-Qarni


Anta Rabbi wa ana al-'Abd..
Anta al-Khaliq wa ana al-Makhluq..
Anta al-Razzaq wa ana al-Marzuq...
Anta al-Malik wa ana al-mamluk..
Anta al-'Aziz wa ana al-dhalil..
Anta al-Ghaniy wa ana al-faqir..
Anta al-Hayy wa ana al-mayyit...
Anta al-Baqi wa ana al-fani...
Anta al-Karim wa ana al-la'iim...
Anta al-Muhsin wa ana al-musi'..
Anta al-Ghafur wa ana al-muznib...
Anta al-'Azim wa ana al-haqir...
Anta al-Qawiy wa ana al-dha'if...
Anta al-Mu'ti wa ana al-saa'il...
Anta al-Amin wa ana al-khaa'if...
Anta al-Jawwad wa ana al-miskin..
Anta al-Mujib wa ana al-daa'i...
Anta al-Syaafi wa ana al-maridh..."


La ilaha illa Allah

La ilaha illa Allah
(There is no god but Allah)
He created the plants and trees
He created the birds and bees
He created the oceans and seas
Some of His many bounties
He made us on earth trustees
To obey all His decrees
Oh Allah have mercy please,
Clean away our hearts’ disease
Jalla Allahu fi 'oulah
(Glorified is Allah in His loftiness)
Ma lana rabbun siwah
(We have no lord but He)
La ilaha illa Allah
Awwalun qablal wujud
(He is the First before existence)
Akhirun Ba'dal khulud
(He is the Last after eternity)
Mutlaqun 'anil hudud
(Absolute is He above any limits)
Wajibun lahus sujud
(Obligatory it is to prostrate to Him)
Rabbun wahibul hayah
(The Lord who bestows life)
Mujrir rihi wal miyah
(He makes the wind and water surge)
Fadhat binnada yadah
(His blessings are overflowing)
Tuba lilladhi hadah
(Successful is he whom He guides)


Asma'u ALLAH the Names of GOD (by Sami Yusuf)



Raheem
MERCIFUL
Kareemun GENEROUS
Adeem MAGNIFICENT
Aleemun ALL-KNOWING
Haleem FORBEARING ONE
Hakeemun PERFECTLY WISE
Mateen FIRM ONE

Mannan BENEFACTOR
Rahmaanun BENEFICENT
Fattah OPENER
Gaffarun GREAT FORGIVER
Tawwab ACCEPTER OF REPENTANCE
Razzaqun SUSTAINER
Shaheed WITNESS

Allahuma salli ala Muhammad wa ali Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his family

Ya Muslimeen sallu alayhi
O Muslims send your peace and blessings upon him

Allahuma salli ala Muhammad wa sahbi Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his companions

Ya Mu’mineen sallu alayhi
O Believers send your peace and blessings upon him

Lateef SUBTLE ONE
Khabeerun ALL-AWARE
Sami’ ALL-HEARING
Baseerun ALL-SEEING
Jaleel SUBLIME ONE
Raqeebun WATCHFUL
Mujeeb RESPONSIVE
Gafuur ALL-FORGIVING
Shakuurun APPRECIATIVE
Waduud LOVING ONE
Qayuumun SELF-SUBSISTING ONE
Ra’uuf KIND
Sabuurun PATIENT ONE
Majeed MOST GLORIOUS ONE


Allahuma salli ala Muhammad wa ali Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his family


Ya Muslimeen sallu alayhi
O Muslims send your peace and blessings upon him

Allahuma salli ala Muhammad wa sahbi Muhammad
O GOD send Your Peace and Blessings on Muhammad and his companions

Ya Mu’mineen sallu alayhi
O Believers send your peace and blessings upon him

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
La Ilaha illa hu There is no GOD but ALLAH
Al Maliku The SOVEREIGN LORD
Al Quddusu The HOLY ONE
La Ilaha illa hu There is no GOD but ALLAH
Arrahmanu The COMPASSIONATE
Arraheem The MERCIFUL

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Rahman irham da’fana
O COMPASSIONATE, have mercy upon us

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Ghaffaru ighfir dhunubana
O GREAT FORGIVER, forgive our sins

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Sattaru ustur uyubana
O CONCEALER, conceal our faults

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Mu’izu a’izza ummatana
O BESTOWER OF HONOUR, value our Ummah (nation)

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya Mujibu ajib du’aana
O RESPONSIVE, grant us our supplication

Allahu Akbar GOD is THE GREATEST
Ya lateefu ultuf bina
O SUBTLE ONE, be gracious to us


p/s [nahwanNUR] : Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dinik

Siri ‘TRADEMARK’ Realiti TV ^__~


Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Alhamdulillah, selesai sudah ‘percutian’ saya selama 2 minggu di kampung halaman. Walau beberapa kali di ‘hambat’ oleh beberapa orang pensyarah, tetapi itu semua tanggungjawab, kerja di u dan di rumah. Sepanjang hampir 2 minggu di rumah, pelbagai perkara yang saya lakukan, hadapi dan uruskan. Dari mengemas rumah, menguruskan hal ehwal walimah, tetamu kehormat (huhu), menghadiri walimah sahabat yang lain, di samping membuat tugasan universiti. Dalam waktu cuti ini, sempat juga saya menjenguk-jenguk rancangan TV. Antara yang dapat saya lihat yang selama ini saya dengar dari sahabat-sahabat saya adalah rancangan realiti TV Akademi Fantasia 6 (AF6). Itupun kebetulan malam konsert akhir AF6 juga malam sebelum walimah. Anak-anak saudara, saudara mara berkumpul semua mahu melihat konsert akhir sambil meneka-neka kedudukan ‘pelajar2’ AF6. Satu yang menarik saya adalah trademark ‘Pelajar AF6’ yang selalu meniti di mulut sahabat-sahabat saya dan anak-anak buah saya, antaranya,’Ok lah tu’-Saida, ‘Alamak, terlebih sudah’-Stacy dan ‘Ape kehe nye yop?’-Riz. Trademark Riz yang paling saya suka, kerana itu ayat biasa di dengar saya sejak kecik. Semangat kenegerian beb!. Hehe.


Kehadiran pelbagai rancangan realiti TV yang melahirkan ‘idol-idol’ bagi remaja masa kini amat membimbangkan. Pada pandangan saya, corak hibiran seperti ini juga merupakan salah satu faktor permasalahan sosial remaja masa kini. Adapun kehadiran pelajar AF yang mungkin mempunyai latar pendidikan agama yang baik, bertudung dan berpewatakan ‘baik’ dilihat oleh sesetengah orang sebagai satu usaha dakwah ‘mereka’. Namun, bagi saya, ia merupakan satu ‘kesilapan’ dalam usaha dakwah. Kerana cukup bagi saya untuk mengukuhkan pendapat saya dengan menyatakan ‘MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!’. Salah satu yang jelas di dalam AF ialah pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan. Itu belum dikira soal aurat atau isu-isu lain yang mungkin terselindung di balik tirai yang tidak terzahir. Selebihnya, bak kata Nabil Juara Raja Lawak, Lu pikir la sendiri!. Hehe. Apapun, jika benar niat mereka ingin berdakwah, semoga ALLAH pelihara mereka dan kekalkan kita semua di dalam iman dan jalan yang benar dan penuh barakah.



Saya tabik spring dengan usaha beberapa pihak menerbitkan rancangan realiti TV beralternatifkan islam seperti Akademi Al-Quran (sedang berlangsung musim ke3) dan Akademi Nasyid yang akan datang. Ini saya lihat merupakan satu asas atau platform bagi mendidik para remaja untuk memahami hiburan berbentuk islam. Mungkin ada kelemahan, tapi sebagai permulaan dan batu loncatan, Ok lah tu! Hehe.


Cuma, persoalannya sekarang, mana satu bakal menjadi pilihan remaja? Sekarang pun rancangan AQ bersaing waktu dengan rancangan realiti ‘So u think u can dance’ di ntv7. Mungkin perlu lihat pada statistik penonton dan kita akan tahu ‘kecenderungan’ rakyat malaysia sekarang.



Situ sini sana sinun..hijrah?

Situ sini sana sinun, banyak yang berubah dan banyak usaha untuk berubah. Hijrah untuk berubah bak kata sahabat saya Ustazah-engineer. Tapi macamana hijrah kita? Positif atau negatif?

Dulu nasyid beralih kepada...(bukan isu genre hiburan,tapi akhlak)

Dulu Islam (Kaffah) sekarang Islam Hadhari

Dulu pendakwah sekarang...entah

Dulu presiden UMNO sekarang dah keluar parti

Dulu Keadilan sekarang UMNO


Ape kehe nye yop?
Ops ade lagi...


Dulu seorang sekarang berdua =D


Selamat pelantin baru (bak kata iman anak buah saya yang pelat) buat angah (kakak saya) dengan abang shah (suami), dan alang (abang saya) dan kak ayu (isteri). Tak lupa juga buat sahabat baik saya, Aida dan Nazrul (Suami) dan buat sahabat-sahabat lain, Salmi, Rabitah dan semua yang baru mendirikan rumah tangga. Semoga kalian dikurnia limpahan rahmat dan berkat. Dikurnia zuriat yang soleh serta solehah. Juga keluarga yang penuh mawaddah sehingga ke akhirat. Ameen.. Alf Mabruk!


Selamat Hari Pelantin =D Alang, kak ayu, Angah, abang shah


Alahai emak, kawinkan aku. Erk...alamak! Terlebih sudah. Hahahaha.



Writer’s Block?!


Setelah bercuti lama, saya tidak sempat mengupdate blog (sehingga entry ini) dek kerana kerja yang menimbun dan saya jadi kehilangan idea untuk menulis di sini. Sehingga sahabat saya bertanya tentang entry terbaru saya. Aduh. Saya melayari blog-blog yang saya selalu lawati dan beberapa blog ada menceritakan tentang penyakit ‘Writer’s Block’. Seperti yang di ulas oleh akh Tawel, setiap penulis yang mengambil serius pada apa yang ditulisnya pastinya sesekali akan dikunjungi oleh satu penyakit yang dinamakan Writer's block yang mana ia ditakrifkan oleh Wikipedia sebagai:


Writer's block is a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity... Writer's block can be closely related to depression and anxiety, two mood disorders that reflect environmentally caused or spontaneous changes in the brain's frontal lobe.


Aduh, saya terfikir mungkin saya mengalami penyakit ini. Oh, bukan mungkin, tetapi tentu sekali. Idea terlalu banyak mencurah namun saya hilang cara untuk mengolah bahan dan mengulas. Kenapa mengapa bagaimana, saya pun kurang pasti asbabnya. Aduh, bak kata Riz, ape kehe nye yop? Ops,bukan yop, tapi yong. Hehe.



Perjalanan dan kematian


Dalam beberapa ketika ini, ramai sahabat maya saya yang berhenti berblog. Kenapa? Saya pun kurang pasti sebabnya. Mungkin kerana kekangan masa dan mungkin ada yang mengalami penyakit writer’s block dan memerlukan masa untuk rawatan. Jujurnya, saya pernah sekali terfikir untuk berhenti atas beberapa sebab, dan akan menulis semula bila sudah ‘bersedia’. Lama saya fikirkan, apa sebenarnya yang saya belum ‘bersedia’. Langsung, saya batalkan hasrat saya. Cuma mungkin ada beberapa ketika saya kering idea dan ada kerja menghambat, saya tidak mempunyai masa untuk menulis. Namun, insyaALLAH saya tidak bercadang untuk ‘berhenti’. Saya memandang usaha ini merupakan peluang untuk saya berdakwah. Walau saya sendiri kurang pasti betulkah saya ‘berdakwah’ atau pun apa. Tapi, rasanya, ok lah tu! Hehe.


Ada seorang sahabat saya memberitahu, kalau lama dia berhenti dan tiada entry, itu maknanya dia sudah mati. Huh?! Saya kagum dengan kesungguhan dan semangat beliau. Moga apa yang dikatakan dan dirancangkan di permudahkan dan tercapai dengan kebaikan dan penuh barakah. Apapun kita merancang, ALLAH jua merancang, dan DIA lah sebaik-baik perancang.


Bila berkata tentang kematian, pasti dada bergetar. Tidak di nafikan, ramai yang takut akan kematian, namun itu adalah realiti yang bakal di hadapi kita selagi bernama makhluknya. Namun, ada kata pujangga, orang yang bijak itu adalah mereka yang selalu memikirkan tentang kematian.


Berbicara soal kematian, saya pasti tersedar akan perjalanan diri sendiri. Yang menggalakkan saya dan semua untuk terus bermuhasabah diri, tentang setiap tindakan kita, dalam setiap masa kita, kebaikan, keburukan.


Dari alam roh ke alam rahim. Dari alam rahim ke alam dunia. Dari alam dunia ke alam barzakh. Dari alam barzakh ke alam akhirat.

Tsabbit kulu bana ala dinik.


p/s [nahwanNUR] : Penulis merasakan mengalami penyakit ‘Writer’s Block’. Jadi setiap kelemahan dalam isi dan penulisan pada kali ini dapat di terima dan setiap komen untuk membina atau menjatuhkan sekalipun akan di terima sebagai rawatan susulan. Alamak! terlebih sudah. Hehe. Senyum yop senyum, senyum yong senyum.

 
design by suckmylolly.com