.: Muslimah Hari Esok :.

by - 4:57 PM

Alhamdulillah, jika dilihat kepada tarikh wujudnya blog ini secara rasmi, umur nahwannur.blogspot.com hampir mencecah 1 tahun. Blog ini wujud seminggu setelah saya mendaftar diri di taman ilmu ini, namun, pertimbangan telah saya lakukan lama, dan mula berfikir secara serius 2 bulan sebelum tarikh wujudnya blog ini, iaitu bulan ini tahun lepas. Awal penubuhan, ramai yang menyangka dari nickname dan url nahwanNUR menganggap saya seorang muslimin memandangkan wujudnya sebuah kumpulan nasyid lama bergelar nahwannur seiring the zikr dan sebagainya, namun, tagline muslimah hari esok menggambarkan saya seorang muslimah. NahwanNUR sememangnya dicuplik dari nama kumpulan nasyid tersebut yang menjadi kumpulan paling saya minati. Lagu Manis adalah lagu yang paling saya gemari. Dan tagline muslimah hari esok di ambil dari buku tulisan syeikh yusuf al-qardhawi yang telah di terjemahkan oleh PMRAM.


Ramai yang bertanya mengapa Muslimah Hari Esok? Ia seakan mengecil dan mengehadkan skop kepada muslimah. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti tentang itu. Apa yang pasti adalah saya begitu berminat akan perihal muslimah dan alam bina islam. Namun, alhamdulillah, semakin lama semakin saya faham realiti perasaan sayang dan cinta saya pada muslimah. Sayang dan cinta saya kepada muslimah yang dikatakan mempunyai syurga ditelapaknya, namun menjadi golongan majority di neraka. Golongan sumber fitnah terutama di akhir zaman ini. Fakta itu menakutkan saya, dan membuat saya rasa bertanggungjawab memelihara diri sendiri sebagai muslimah dan juga muslimah sekalian diluar sana. Dan ‘tanggungjawab’ inilah yang saya definisikan sebagai sayang dan cinta saya pada mereka kerana ALLAH swt.





Ada apa tentang tajuk ini? Setelah diceritakan oleh seorang sahabat saya tentang buku karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ini memang benar-benar menyentuh saya. Alhamdulillah, saya telah baca dan miliki senaskah yang diterbangkan dari mesir oleh seorang sepupu. Ringkas, namun amat bermanfaat buat muslimah. InsyaALLAH kelak akan saya mula kongsikan penulisan beliau dan ulasan sendiri tentang Muslimah Hari Esok.


Ramai juga yang bertanyakan tagline Muslimah Hari Esok. Ada yang mengatakan terlalu berat, terlalu jauh dan seakan serius bunyinya. Tentu, saya bukanlah muslimah hari esok seperti yang digambarkan oleh syeikh yusuf al-qardhawi, namun, saya percaya kita manusia ada kemampuan mencapai maksima muslimah di mata ILAHI. Tidaklah bermakna ALLAH swt ada meletakkan had minimum tertentu buat hambaNYA mencapai taraf kekasih disisiNYA, namun, kita ada ukuran tersendiri yang diterima ALLAH swt disisiNYA mengikut usaha maksima kita mencapai kemampuan kita sendiri.


‘ALLAH doesn’t required us to be the best, but, HE just want us to do our best, and then, HE will take care of the rest’


Wallahua’lam


Doakan kita semua terus kuat mengingatiNYA dan kuat untuk terus memperbaiki diri ke had maksima kemampuan kita supaya kita sentiasa dalam redha dan kasihNYA. Salam taaruf dan salam ukhuwah dari saya. Dan salam syaaban juga. Saya yang fakir dan sentiasa memerlukan nasihat, teguran, bimbingan dan doa kalian.

You May Also Like

8 komen

  1. Salam.

    Pasti buku itu sangat menarik, kan? Tak sabar nak tunggu entry seterusnya...

    Kalau semua orang berfikir yg tanggungjawab kita tidak hanya terhenti pd diri sendiri, pasti akhlak masyarakat kita lebih 'bersih' dari yg ada sekarang. Tanggungjawab menegur dan mengingatkan walaupun pd orang yg kita tak kenal.

    Tidak ada manusia yang sempurna dan bersih dari kesilapan. Namun berusaha menuju kesempurnaan adalah satu usaha yang harus diteruskan selagi hayat di kandung badan. Doakan kak su juga ya...

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam kak.

    insyaALLAH saya akan buat entri seterusnya tentang buku ni. Sabar ya dan doakan saya di beri kemudahan dalam segala hal.

    Betul kata kak nur. Manusia takkan lari dari melakukan kesilapan dan ia bukan suatu yang perlu terus menerus di tangisi dan dikeluh. Bermuhasabah sentiasa, bila tersedar, lalu berubahlah. Itu semua atas pilihan kita, terusan mengulang kesilapan atau berubah kepada suatu yang lebih baik dan di redhai ALLAH swt

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum NahwanNur...

    Tahniah dah hampir setahun yea, alhamdulillah banyak ilmu yg boleh dipelajari disini. Semuga usaha baik NahwanNur mendapat balasan yg baik juga dai Allah..

    Sebenarnya akak join blogging nie, pada awalnya utk menghilangkan kebosanan duduk dirumah selepas berhenti kerja & utk menambah kenalan.

    Tapi akak bersyukur bertemu dgn blog kepunyaan Nahwan, Suaradimindaku dan banyak lagi blog lain yg sangat menarik & banyak benda yg boleh dibaca dan dipelajari (sbb akak tak banyak ilmu)..

    Teruskan usaha NahwanNur kerana ia sebenarnya banyak membantu org2 yg macam akak nie.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam akak...

    terima kasih ya kak, doakan semoga nahwanNUR istiqamah dan Muslimah Hari Esok terus kuat menongkah arus perjuangan maya walau badai datang melanda. Moga hati ini sentiasa dalam tarbiyyahNYA, dalam redha dan kasihNYA.

    ReplyDelete
  5. salam..

    Muslimah Hari Esok..bagaimana dgn Muslimin hari esok?semakin hari semakin banyak lelaki kurang kualiti..begitu juga wanita..malangg sekali..

    ReplyDelete
  6. salam sesejuk embun pagi

    Muslimin hari esok? entahla, mungkin anda lebih tahu bukan?

    jangan di kesal kehilangan mereka yang berkualiti tanpa anda usaha untuk memperbaiki. Sesungguhnya ini ujian buat kita, melihat sejauh mana kita ikhlas dalam membantu dan berusaha merubah ke arah kebaikan bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi juga buat seluruhnya.

    Barangsiapa yang berpagi-pagi dan fokus keutamaan dalam dirinya perihal dunia semata-mata, tiadalah Allah punyai apa-apa urusan untuknya, dan barangsiapa yang tidak mengambil tahu berkenaan urusan kaum Muslimin yang lain, tidaklah mereka dalam kalangan mereka (muslim)" ( Riwayat At-Tabrani)

    sama-sama usaha untuk memperbaiki dan membantu semua orang, muslimin untuk muslimin, muslimah untuk muslimah, serta muslimah untuk muslimin, dan muslimin untuk muslimah

    ReplyDelete
  7. jaman skg manusia tambah bobrok moral nya. tp hendaklah qt jangan seperti mereka

    ReplyDelete
  8. Salam Alaik.. Dekat Malaysia tak ada ke buku ni.. berminat nak beli.. :)

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.