.: Psikologi Hidupan Lebah :.

by - 1:52 PM

Beberapa hari lalu, saya berkesempatan menonton cerita Bee Movie bersama dua teman Thailand saya. Walaupun saya ketinggalan 20 minit awal, namun intipatinya dapat saya tangkap. Cerita bagi saya amat ilmiah dan mempunyai nilai islami dalam isinya.


Cerita ini mengisahkan seekor graduan [erk!] lebah yang bercita-cita lebih dari menjadi seorang pekerja pembikinan madu [biasanya dilakukan seorang graduan]. Sehingga itu ia memutuskan untuk melihat dunia lebih jauh dan telah melanggar akta lebah dengan berbicara dengan manusia. Persahabatan yang terjalin dengan seorang florist telah membuat lebah ini memahami sedikit demi sedikit peradaban manusia. Sehinggalah suatu hari ia mendapati manusia telah mengambil dan menjual secara berleluasa madu lebah. Atas suatu semangat, si lebah telah mewakili koloninya dalam mengambil kembali hak mereka ke atas madu, dan akhirnya perjuangan mereka berakhir dengan kejayaan. Namun, kegembiraan koloni lebah cuma seketika setelah itu wujud satu permasalahan di muka bumi. Akibat dari itu, koloni lebah bukan sahaja sudah tidak bekerja akibat limpahan madu yang tidak di manfaatkan, tetapi juga telah melumpuhkan ekosistem bumi. Akhirnya, mereka [koloni lebah] telah sedar bahawa mereka tidak mungkin dapat melawan hukum alam. Hukum ALLAH swt. Atas kesedaran itu, mereka bangkit dengan hanya beberapa tan nectar dari bunga-bunga di gunakan buat proses pendebungaan bagi memulihkan keadaan.


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."

(QS. An-Nahl: 68-69)


Terdapat banyak pengajaran dan ilmu dari kejadian lebah sehinggakan adanya surah an-nahl yang menceritakan kewujudan, fungsi setiapnya dan kelabihannya. Dan juga cerita Bee Movie ini, ada juga beberapa pengajaran boleh kita ambil dari segenap sudut kehidupan dan islami nya.


Mengenal fungsi diri


Setiap kejadian di dunia ini ALLAh swt telah ciptakan mengikut keperluan masing-masing dan setiapnya mempunyai fungsi dalam menggerakkan semesta alam. Haiwan dengan hidupannya dan fitrahnya sebagai sumber makanan buat manusia, Sememangnya haiwan-haiwan ini menjalankan suatu perkara yang rutin atau fitrah serupa kerana ia merupakan suatu ilham dan suruhan dari ALLAH swt. Mereka tidak sekali menzalimi maha pencipta, mengkufuri nikmat dan suruhan ALLAH swt. Begitu juga tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan jika di lihat begitu patuh melakukan ‘fitrah’ yang di ajarkan kepada mereka oleh ALLAh swt yang mengawal semesta alam, Namun lahirnya mereka sentiasa berzikir memuji ilahi.


Ada pula yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu mengislamkan pokok, mengislamkan taman dan mengislamkan alam sekitar? Persoalan itu timbul dek kerana bidang pengajian saya sekarang yang mengkaji tentang seni landskap islam melalui perspektif quran dan sunnah. Aduh, pening juga hamba di buatnya. Takkan nak suruh semua itu bersyahadah pula bersiap saksi. Senyum.


“Kan semua tu memang makhluk ALLAH swt. Ciptaan ALLAH. Malah pokok itu sendiri sentiasa mengucap zikir kepada maha pencipta. Lalu buat apa nak diislamkan lagi sedangkan mereka itu tidak pernah sekalipun menyukutukan ALLAH swt.” Itu jawapan saya. Ada yang mahu menerima, dan ada yang tetap tidak berpuas hati.


Berbalik cerita lebah, begitu juga fungsi hidup manusia. Haiwan dan tumbuhan dengan fungsi mereka sebagai pemberi sumber makanan, bahkan jauh dari itu juga, sebagai pembentuk suatu ekosistem muka bumi yang mana juga sebagai pembentuk kehidupan manusia. Percayalah bahawa manusia tidak mampu kekal lama tanpa haiwan dan tumbuhan. Tentu sahaja.


Seorang bijak pandai dan pakar fizik barat yang terkenal, Sir Albert Einstein [salah seorang scientist yang saya kagumi dan suka mengkaji pemikirannya] ada menyatakan:


“Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama empat tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada binatang, dan tiadalah manusia.”


Pelik juga kan, seorang ahli fizik memperkatakan tentang biologi hidupan seekor lebah. Namun itu lah salah satu fungsi manusia, iaitu menggali ilmu dan berkongsi kepada umum buat menjamin masa depan yang baik dan terjamin. Ini lagi satu pengajarannya, iaitu manusia itu tidak harus terhad kepada suatu cabang ilmu. Kerana ilmu itu suatu penganugerahan buat kita bagi mendekatkan diri kepada ALLAH swt.


Memperkatakan tentang fungsi manusia sebagai penggali ilmu ALLAH swt, saya mempercayai suatu konsep tentang ilmu. Iaitu cycle of knowledge [entah wujud atau tidak sebenarnya]. Yang mana, setiap ilmu itu milik ALLAH swt [oh, tentunya bukan?!], dan dengan hanya di izinkkannya kita menuntut mengikut kemampuan masing-masing, Lalu setelah punya kepakaran dalam bidang tertentu, ia menjadi tanggungjawab kita pula untuk melakukan sesuatu ke atas ilmu dalam menyumbang kepada agamaNYA. Pengalaman selama lebih kurang 20tahun dalam pendidikan sekular memberi pengajaran yang amat berharga bagi diri saya. Sekular? Ya, itu yang selalu orang katakan bagi sekolah yang bukan agama atau maahad. Memang saya tidak langsung pernah berpendidikan secara rasmi di sekolah agama. Yang memanggil ilmu atau apa sahaja itu sebagai sekular adalah kerana setiap perkara itu di asingkan dari agama. Sedangkan bagi saya, semua perkara adalah dari ALLAH swt dan punya manfaat buat agama. Setiap ilmu tidak kira bahagian seni, sains mahupun ilmu agama itu sendiri adalah milik ALLAH swt dan ada perkaitannya dengan agama. Dan harusnya kita sebagai muslim mempelbagaikan bidang ilmu supaya kelak si kuffar tidak lagi mampu memperlekehkan kita kerana ilmu.


Sesungguhnya memang perjalanan hidup merupakan pelayaran mengenal fungsi diri. Maka teruskanlah mengemudi nya dengan neraca iman seorang makhluk ALLAH swt. Dengan mengenal diri, maka kita akan mengenal maha pencipta, dan dengan mengenal maha pencipta, insyaALLAh kita akan tahu kerdilnya diri.


Fitrah Lebah dan Madu serta kaitannya dengan Seni Fizik dan Matematik


Umum pasti tahu bahawa madu membawa banyak manfaat bagi manusia dan juga ekosistem dunia. Namun, saya tidak pasti berapa ramai yang mengetahui tentang nilai fizik di dalam kejadiannya. Memperkatakan tentang fizik, memang melonjak paradigma saya yang berada di aliran yang jauh berbeza iaitu seni. Teringat kali terakhir saya mempelajari ilmu fizik iaitu ketika pengajian asas university [matrikulasi], ada suatu killer subject [kononnya] yang saya amat minati, iaitu fizik bendalir. Jadi rindu benar dengan fizik, suatu cabang sains yang saya minati sehingga kini.


Seperti yang di ketahui, sumber utama penghasilan madu yang merupakan makanan utama lebah adalah nektar. Nektar diperolehi dari tumbuh-tumbuhan seperti bunga yang mana tidak di hasilkan ketika musim sejuk. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan [bendalir] khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim sejuk yang akan datang.


Rasanya ramai yang tidak tahu bahawa lebah menghasilkan madu lebih banyak dari sebenarnya. Jika di fikirkan sudah tentu kita tertanya-tanya akan kelimpahan produksi madu oleh lebah-lebah ini yang mana menggunakan banyak tenaga, malah produksi ini terjadi tanpa henti. Memang kadangkala suatu kejadian itu di luar jangkauan otak manusia, dan jawapannya hanya satu, iaitu tidak mungkin tidak semua ini terjadi melainkan itu merupakan suatu suruhan dan ‘wahyu’ ALLAH swt bagi makhluk ciptaannya ini.


Fakta kedua adalah sarang lebah. Struktur sarang lebah yang mana terdiri dari ratusan sel-sel kecil pada permukaannya. Dan setiap sarang ini sekurang-kurangnya mampu menampung 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja sama. Dan sarang ini di lindungi dengan lilin-lilin milik lebah yang membentuk dinding-dinding sel bagi melindungi dan memelihara makanan dan lebah-lebah muda. Sarang-sarang ini mampu bertaham berates jutaan tahun dan keajaiaban ini terbukti apabila sebuah fosil sarang lebah berumur 100 juta tahun di temui.


Ahli matematik telah mengkaji melalui kepakaran matematik mereka tentang penggunaan bentuk segi enam dalam pembentukan sel sarang lebah dengan mengulas bahawa struktur segi enam adalah bentuk geometri yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksima. Jika sel-sel sarang madu dibina dengan berbentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, dan jumlah madu yang mampu di simpan adalah lebih sedikit berbanding yang biasa disimpan dan lebih sedikit lebah yang mampu mendapatkan manfaatnya. Rasionalnya, mengikut perkiraan matematik, pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometri tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling pendek. Kesimpulannya: sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak.


SubhanALLAH, memang kadangkala di luar jangkauan otak manusia, namun adanya ilmu untuk kita memahami. Bagi manusia, adanya ilmu untuk memahami suatu kejadian, namun bagi haiwan seperti lebah ini, mereka menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh ALLAH swt.


Struktur Organisasi dan Sistem Sosial


Lebah adalah suatu hidupan yang di ketahui tentang kekuatan system organisasi dan kehidupan berkumpulan [berjemaah] yang sangat hebat. Struktur organisasi lebah di wakilkan kepada tiga bahagian iaitu, lebah ratu, lebah pekerja (lebah betina yang tidak boleh bertelur) dan lebah jantan.


[Sedikit informasi]: Lebah ratu adalah lebah betina yang boleh bertelur yang bertanggungjawab mengawal kegiatan koloni lebah. Seekor ratu mampu bertelur 2000 biji sehari dan jangka hayatnya adalah 3 tahun [apapun semua atas kehendak ILAHI]. Badan ratu lebah lebih besar berbanding lebah lain kerana ia diberi makan madu yang paling berkhasiat yang dikenali sebagai jeli raja. Lebah pekerja yang terdiri dari lebah betina yang tidak boleh bertelur bertindak sebagai pengumpul debunga dan manisan yang kelak akan di tukar menjadi madu. Ada juga lebah pekerja yang bertugas mengemas sarang dan menajaga anak-anak lebah dan jangka hayatnya adalah dalam 3 bulan atau lebih sedikit. Manakala lebah jantan bertugas untuk mengawan lebah ratu dan akan mati setelah mengawan. Wallahualam.


Sedikit informasi di atas hanya suatu asas yang jelas kelihatan. Jauh dari itu sebenarnya, setiap strata menggalas setiap tanggungjawab dengan sebaiknya dalam menghasilkan suatu kualiti kehidupan dan kualiti madu yang bakal di hasilkan.


Suatu kajian yang di lakukan di university Oxford keatas suatu kejadian di mana system internet telekomunikasi bermasalah. Masalah yang timbul adalah di sebabkan lonjakan pembeli saham dan urusniaga perdagangan saham yang mencecah jutaan kemasukan data setiap minit ke dalam system computer. Mengikut teori kemasukan data komputer, sistem hanya mampu menerima kemasukan satu data setiap saat. Hasil kajian menunjukkan, permasalahan serupa turut dialami dalam tugas-tugas yang dijalankan oleh lebah madu. Sumber-sumber bunga memiliki keseragaman dalam hal mutu. Oleh karena itu, seseorang mungkin berpikiran bahawa keputusan tentang berapa banyak lebah yang harus dikirim ke setiap tempat tersebut dan berapa lama mereka sebaiknya berada di sana merupakan sebuah permasalahan dalam sebuah koloni yang ingin mencapai laju pengumpulan madu bunga (nektar) setinggi-tingginya. Akan tetapi, hasil sistem kerja mereka yang sangat baik, lebah mampu memecahkan permasalahan ini tanpa mengalami kesulitan.


Selain itu, sistem sosial yang begitu berjaya ini juga mementingkan 2 perkara utama dalam kehidupan organisasi mereka iaitu makanan dan kesihatan. Soal pemakanan [nectar] amat di titik beratkan oleh para lebah. Sebagai contoh, dengan ‘ilham’ yang di berikan oleh ALLAH swt, para lebah mampu mengidentifikasikan warna-warna bunga dengan kualiti nektarnya. Selain itu, petunjuknya juga memperlihatkan kualiti nectar bunga melalui struktur unik atau bentuk sesuatu bunga. Dua perkara ini telah banyak membantu para lebah mencari suatu nectar [makanan] yang mampu meberi kesihatan kepada mereka.


Lalu apa kah kepentingannya kepada manusia? Sedangkan sistem pemakanan manusia jauh berbeza dengan lebah? Salah. Sudah tentu salah jika dikatakan tiada perkaitan. Seperti lebah, manusia juga telah di beri suatu garis panduan padat dalam memilih makanan yang baik-baik iaitu melalui quran dan sunnah Rasulullah saw. Mereka para lebah sudah tentu tidak tahu membaca, lalu di ajar secara terus oleh ALLAH swt atas perintahnya mengenali dari 2 perkara, namun manusia, ALLAH swt telah memberikan suatu pendidikan dari Kalamnya dan dari pesuruhnya yang jelas menyatakan bentuk makanan yang baik buat diri dan untuk di fikirkan oleh otak yang di beri.


Di dalam sistem kesihatan, para lebah amat menjaga kualiti madu yang mudah di ganggu dengan keadaan panas dan kelembapan yang mana terdedah kepada kehadiran bacteria. Sistem keselamatan sarang mereka begitu ketat sehingga setiap zarah atau serangga yang mahu mehinggapi bakal di tentang sehabis-habisnya oleh setiap lebah. Selain itu sistem kesihatan ini juga di jaga oleh zat-zat [antibiotic] yang sentiasa bersedia melawani bacteria yang berkemungkinan hadir.


Lumayan bukan?! Zarah atau serangga ini saya lihat ada persamaan dengan kehadiran ideologi barat yang banyak meracuni pemikiran anak muda Malaysia kala ini. Lalu adakah kita seperti lebah sentiasa berganding bahu menentang sehabisnya kehadiran pemikiran para pemusnah bangsa ini? Dan apakah cukup ubat tahan [antibiotic] yang kita sediakan buat generasi masa kini dan masa depan bagi mendepani virus dan gejala social yang bakal menjangkiti kita.


P/s [nahwanNUR]: Aduh, ada beberapa point lagi yang mahu saya ulaskan namun saya punya janji lain yang perlu terlaksana saat ini. With that, I rest my case for a moment. Entah bila saya mampu kembali ke sini. Kerana saya bakal terbang bersama lebah-lebah ini berkelana dalam mengenal diri sendiri. Buat masa ini, saya mohon jutaan kemaafan dari semua pengunjung atas setiap kekasaran bahasa samada di blog mahupun melalui bual bicara kita di Ym. Tiada niat mahu mencakar hati kalian, cuma mahu menyuap dan di suap sedikit ilmu buat diri ini yang benar-benar lemah. Doakan saya, walau patah sayap sang lebah tidak rebah, walau patah sedikit harapan, nahwanNUR tidak lemah.


Ala kullihal, jika ALLAH swt izinkan, kita akan bertemu lagi di dunia maya ini. Akhir kalam, belajarlah serba sedikit dari lebah, berjemaah dalam kebersamaan yang hakiki, makan dari sumber yang baik, dan menghasilkan suatu sumber yang baik yang bermanfaat buat manusia lainnya tanpa ada keraguan, tanpa ada keluhan dan berterusan. Moga kita semua terbimbing menjadi muslimin/ muslimah hari esok yang lebih di redhai ALLAH swt.


Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin.

ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma atmim bilkhair

You May Also Like

5 komen

  1. Salam...

    ana dah tgk kartun tu, best tetapi ada part spt berdebat dgn manusia tu krg masuk akal (dah nama kartun yer).

    Apapun, banyak pengajaran dapat kita ambik dari cerita seekor lebah. Itu belum cerita bab khasiat madu lebah lagikan, mesti panjang lebar lagi artikel ni:) boleh dibuat kajian Phd kot.


    P/S : Lebah terbang mencari nektar, Nahwannur nak terbang kemana ya?

    ReplyDelete
  2. salam ibnurashidi

    ya memang menarik cerita ni. Memang part yang berdebat dengan manusia dalam court tu agak tidak masuk akal, tapi ana rasa, jika benar berkemungkinan terjadi, rasanya terlalu banyak haiwan yang mahu berdebat atas ketidakadilan manusia kepada alam sejagat yang lain. Hmm..

    ya terlalu banyak pengajaran yang boleh di ambil dari kejadian seekor lebah. Bab khasiat madu lebah lagi la banyak, insyaALLAH ada rezeki akan ada sambungan untuk artikel ni dan kalau ada yang berminat memang boleh di buat kajian PhD :)

    p/s: lebah terbang mencari nektar, NahwanNUR terbang mencari sedikit ilmu buat bekalan masa hadapan dan buat membantu memeahami dan mempraktikkan konsep 'erti hidup kepada memberi'. Doakan semoga segalanya dipermudahkan dengan kebaikan

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Menarik!!!...
    Terlalu menarik sehingga kak su tak tahu nak ulas apa-apa (tapi masih nak tulis komen. heh). Cuma hati ini berkali-kali mengucapkan kekaguman kepada ciptaan Allah yang tersembunyi.

    Syukran jazilan.

    ReplyDelete
  4. Salam kak...subhanallah...itu ulasannya utk cerita lebah itu...baru lebah yg dikaji...belum lagi hakikat penciptaan manusia...^_^...syukran berkOngsi maklumat..amat dihargai..

    tertarik bila baca jwpn akak :

    “Kan semua tu memang makhluk ALLAH swt. Ciptaan ALLAH. Malah pokok itu sendiri sentiasa mengucap zikir kepada maha pencipta. Lalu buat apa nak diislamkan lagi sedangkan mereka itu tidak pernah sekalipun menyukutukan ALLAH swt.”

    sekadar memantapkan lagi...ditambah sedikit...ambil jika berguna, tegur jika tersimpang...fitrah kejadian setiap sesuatu adalah islam...apa perlunya dislamkan lagi?...pOkok, bukit...apapun..dijadikan sebagai hamba Allah yg patuh dan taat..tidak pernah ingkar..itu bukti keislaman MEREKA..seOrang kafir...akidahnya terpesOng..tetapi hakikatnya...tubuh, darah, jantung dan apa saja...tetap islam...kerana tidak pernah igkar akan ketentuan Pencipta...apa pernah mata mengambil tugas jantung mengepam darah?...atau hati bertukar kerjaya menghadam makanan?...atau perut suka2 menjadi pemikir mengantikan Otak?...pernah atau tidak?...

    Islamnya mahkluk2 Allah ini adalah fitrah kejadian...yang ingkar itu hanyalah akidah...wallahu'alam...=)

    ReplyDelete
  5. informasi psl lebah ini sgt berguna..
    tq nahwannur..

    ReplyDelete

Komen. Terima kasih.