.: Durian oh Durian :.
Musim durian dan buah pokok dahan yang lain ni amat memenatkan para doktor, apakan tidak, semenjak dua menjak ni saya sendiri mendapat khabar berita jiran, saudara mara dan ibu bapa sahabat handai yang di serang pelbagai penyakit dek kerana melayan kehendak memakan buah secara berlebihan. Jadi, nasihat saya buat semua, makanlah secara berpada-pada [huhu, pesan buat diri sendiri jugak]. Berkecukupan. Jangan di ikut sangat nafsu menggila makan buah-buahan kegemaran kita ni. Huhu. Sebenarnya, nahwanNUR ni pun sebelum ini di kira hantu durian, hehe, biasalah orang perak. Makan lauk pun asas durian, tempoyak, sambal tempoyak, gulai tempoyak [fuh, feveret nih], dan banyak lagi. Sampaikan cucur [cekodok] durian pun ada. Bubur durian di tambah pulut. Fuh, memang kadangkala saya sendiri tak mampu menolak bila di hulurkan. Cuma ada suatu hari ketika melawat sahabat di alor star, di hidangnya durian, santan dan gula secara berasingan tanpa di masak untuk di makan dengan pulut. Huhu, pertama kali, memang perut tak boleh nak terima. Makan durian je lah.
Bercerita tentang durian memang tidak akan selesai. Namun, apa yang saya tertarik sedari dulu tentang kisah durian adalah dari lagu mr. Os yang bertajuk Durian dah berbunga. Terdapat seribu satu kisah di dalam lagu ini. Dan kesemuanya saya benarkan. Memandangkan keluarga saya memiliki kebun durian di sungai manik, teluk intan, perak yang di jaga saudara, maka sedikit sebanyak cerita-cerita di dalam lagu ini pernah di alami. Apa yang menarik juga tentang lagu ni adalah loghat peraknya yang pekat. Bahasa kampung teman tu. Tapi jarang-jarang sekali saya gunakan memandangkan tidak ramai sahabat sepengajian asal perak. Lalu, akan terlihat kepekatan loghat perak saya apabila bertemu sahabat di kampung. Pasti ada kawan lain yang tersenyum jika melihat saya berbahasa perak, dan menggeleng. Pekat ghopenye kamu ni yer... hehe. Selamat mendengar dan menghayati bait lagu ini. Bagi saya, banyak manfaat jika dapat kita nilai betul-betul setiap perkataan lagu ini. Kalian? entahla. Mungkin ada mungkin tidak. Namun harapnya ada pengajaran walau secuit cuma. Mungkin boleh belajar loghat perak kan? hehe
Oh komer, dghoyan dah berbunge
moh kiter, minang anok daghe
Anok dagher, anok daghe Bote
teman jumpe, di Padang Tenggale
Kate demer, sakit jatuh cinte
sakit lagi, biler jatuh tangge
Kate demer, cinte itu bute
nasib baik, teman tak meghabe-ghabe
Biler musem dghoyan
demer moler bengkeng
Jangan silap siket
nanti demer tengkeng
Kalau musem dghoyan
ghamey bghani nampor
Apa demer nak heghan
saman buleh bayor
Oh komer, dghoyan udah lughuh
lebeh baik, cepat pergi suluh
Lambat siket, komer dapat habuk
Kalau tido, jawabnyer tinggei pokok
Duit dghoyan yang tue nak ke Mekah
yang mude, gatei nak menikah
Musim dghoyan, banyak sedaghe-maghe
bile nebeh, sekor tak nampak muke
Perkara yang diwarnakan adalah realiti setiap musim durian bagi kampung-kampung di perak yang kebanyakannya berpendapatan melalui hasil durian. Wallahua'lam. Apapun, sentiasalah beringat.
Firman ALLAH swt:
"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang2 yang melampau."
(Al-A'raf)
6 komen
Salam NahwanNur...
ReplyDeleteHuhu durian oh durian, raja buah yg jadi kegemaran akak, takleh nampak buah derian nie tapi tu lah dah tua2 nie tak boleh makan banyak dah..
Salam..ingatkan sudah terbang:)
ReplyDeleteAda durian pulak katsini, mujur ana jenis tak minat mkn durian kalau tak mesti maunye rindu nak balik malaysia ek. Suka makan sikit aje, tak suka banyak2 sbb panas badan n agak berbau.
Sedikit penambahan, kat kedah biasanya orang makan dengan pulut dan dinamakan pulut durian. Akan ada pulut kukus, kuah santan (bukan mentah ya, tapi dimasak bersama garam). Boleh tahan sedapnya walau teman tak gemar.hehe..
Senikata lagu yg ditulis tu ada yg silap ek..
assalamualaikum..
ReplyDeletedah lama tak mengomen. hope2 sihat-sihat ndoknye. bila nak terbang ke johor? tahniah utk bakal berkonvo. mg dipermudahkan segala urusan.
ermm,,akk pun tiada masa yang banyak untuk update blog mahupun menghantar entri2 yg menarik. sibuk dgn hal2 'rumahtangga' semenjak dah grade ni. nak jemput nahwan ke rumah akk sebenarnya 30hb ni, ada 'sesuatu'. nantilah kita lanjutkan bicara.
buah durian..
buah yang paling ana tak suka, sekali makan cukuplah seulas. tapi jalan jer klu makan dgn pulut, sbb sememangnya pulut my feveret food.
durian memang sdap tapi hati-hatilah dgn bau dia yg boleh menggugat ketenteraman awam. fikir-fikirlah org di sekeliling anda atau apabila berada di tempat awam sesudah makan durian. takut-takut durian boleh menyebabkan kita jadi tidak berakhlak atau beradab kerana meninggalkan bau-bau yg kurang menyenangkan kepada kenalan mahupun org lainnya. Rasulullah pun menegah ke masjid bila kita ni mempunyai bau-bau tertentu.
hati-hati bila yg mudah sngat keluar angin tu, di atas dan di bawah. oppss,,lebih-lebih lagi kalau dalam lif..ahghh...sudah!
sekadar pesanan santai dan anti bosan. harap terbuka menerima seloroh ana ni..
mm.. dughian memang sedap.. fuh best2..
ReplyDeletesaya suka jenis yang isi putih.. dughian kampung tu.. kalau yang kawin punya boleh jugak tapi cepat muak..!
akak
ReplyDeleteSalam kak. Ya durian salah satu buah yang agak saya minati. Tapi tetap kena berpada-pada kan? bukan sahaja bagi yang sudah berumur, tapi untuk orang muda juga, kene beringat sebelum kena penyakit. menghindar lebih baik dari mengubati;)
ibnurashidi
alhamdulillah dah mula berkelana. Cuma sesekali menyinggah mencari teduh dan menghilang lelah :)
Mujur tak rindu ya. Ana minat juga, tapi tak banyak, cuma mungkin lebah sikit dari ustaz. makan dengan pulut memang menambahkan kesedapannya.
Ya, lirik lagu tu ada silapnya, tak sempat nak di betulkan. Asif jiddan.
ustazah_engineer
waalaikumsalam akak. Huhu, sudah dibicara lanjut tentang hal 30hb di rumah akak tu, tahniah ya. Afwan katsir, ana tak dapat hadir. Sudah janji dengan makayah nak menyambut awal ramadhan di kampung, biasanya begitu ;))
pesanan akak pasal durian memang betul. Itu yang kena berjaga. Ala kullihal, syukran ya.
boolah
ya, durian salah satu nikmat ALLAH swt bagi hambaNYA. Suka suka juga ya, kene bersederhana, nanti tumbang susah jugak jadinya.
p/s nahwanNUR:
terima kasih atas ziarah dan respon kalian. Doakan moga urusan saya sentiasa di permudahkan dengan kebaikan penuh barakah. ALLAH yukhallik. Barakallahu fiik :)
Alahai... kak su baru balik dari JB, Dilah pulak yang terbang ke sana.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusan ya... Salam sayang dari kak su. :)
Komen. Terima kasih.