.: Zoom dan Check :.
Semalam saya balik dari fakulti agak lewat, setelah selesai solat maghrib. Sampai sahaja di bilik, seperti biasa saya akan menyapa setiap rakan serumah. Mereka juga begitu. Sememangnya rutin kami begitu, memandangkan setiap pagi, masing-masing sibuk dengan kelas dan aktiviti pengajian masing-masing, lalu malam, sebelum melelapkan mata, kami akan menyediakan masa bertegur sapa, bersenda gurau, buat pengikat ukhwah. Saya masuk ke setiap compartment, ramai sekali tetamu sahabat saya dari Penang, selesai bertegur sapa, saya masuk ke compartment sahabat dari Thailand. Bagi sahaja salam, dan mengkuak daun pintu, dia terus menyapa ‘Hey buddy, anything prophet say for today?’. Saya senyum dan menggeleng sedikit. Entah, malam itu saya tidak punya apa-apa untuk di kongsi. Mungkin kepenatan. Prophet say yang dia maksudkan adalah hadith Rasulullah saw. Lalu saya meletakkan diri di sisinya yang sedang melakukan sesuatu sambil memegang musyaf kecil.
‘What are u doing? What is this?’ soal saya melihat dia sedikit tekun menanda sesuatu di kertas.
“Ooo…I forgot. Today we have class tafsir rite? This thing abang amin gave to everybody. Checklist of our ‘should do’ daily routine.” Jelasnya. Saya mengambil helaian kertas kuning yang di maksudkan. Uh, tak faham, kerana semua berbahasa Thailand. Lalu seperti biasa, housemate Thailand ini akan berkongsi kuliah tafsirnya dengan saya setelah tamat kelas. Pernah di ajak saya sekali menghadiri, memang teringin, malangnya kuliah di adakan dalam bahasa Thailand. Sambil sahabat saya berkongsi ilmu, saya membelek sambil mencatit sedikit sebanyak.
Jadi sebenarnya entri kali ini, saya hanya mahu berkongsi checklist yang di maksudkan, yang sempat saya catit hasil penerangan sahabat saya ini. Checklist ini di dalam bertajuk Zoom and Check [asalnya dalam bahasa thai]. Jika di lihat pada senarai asal, checklist ini mempunyai column harian dan mingguan. Mari sama-sama kita cuba cek setiap senarai dengan amalan harian kita ataupun paling kurang mingguan, ataupun boleh jika bulanan.
Checklist hidup seorang Muslimah/Muslimin
1. Membaca Al-Quran
2. Solat berjemaah
3. Solat sunat
4. Puasa sunat
5. Morning and evening Azkaar/Zikir pagi dan petang/Al-matsurat [dengar di sini]
6. Bersedekah [apa pun bentuk sedekah, paling kurang sebuah senyuman]
7. Belajar ilmu Agama
8. Memohon keampunan ALLAH/ Istighfar
9. Muhasabah diri
10. Membaca dan memahami tafsir Al-Quran
11. Menziarahi teman-teman dan mempereratkan ukhwah
Cuba try test cek semua senarai di atas. Semalam saya sempat cek hari-hari lalu. Dan keputusannya…ah, malu sendiri. huhu. Sama-sama kita lihat sejauh mana amal islami kita selama ini, dan insyaALLAH sama-sama kita cuba perbaiki, hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih hebat dari hari ini. Kearah muslimah dan muslimin hari esok yang di acu al-quran.
Ya muqallibal kulub, tsabbit qalbi ala deenik
3 komen
Assalamualaikum....
ReplyDeleteTerima kasih untuk chechlist tu, mohon izin nak copy utk kegunaan sendiri & nak email ke ank2 sedara..
Banyak sangat yg Akak tak cukup jerr seperti dlm checklist tu..
waalaikumsalam kak...
ReplyDeletesama-sama. Silakan copy kak. Moga ada manfaatnya.
Yang tak tertunai sebelum ni kita usaha ya untuk tunaikan ;)
Salam.
ReplyDeleteIni nak kena tampal kat minda kuat-kuat ni. Kena buat dan paling penting, kena istiqamah jugak. Moga Allah berikan keupayaan dan kekuatan...
Komen. Terima kasih.