PRU vs AKAD
Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.
PRU...
InsyaALLAH, PRU ke 12 kali ini merupakan kali pertama saya bakal menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Memilih bakal pemimpin yang akan ‘mencorak’ negara mengikut kehendak rakyat dan agama, atau yang mencorak mengikut keperluan tertentu sahaja dan diri sendiri. Itu yang bakal kita pilih. Aduh, berat juga rasanya sebenarnya. Ya ALLAH, moga KAU beri petunjuk kepada kami dalam memilih pemimpin pilihanMU dalam menegakkan kembali panji-panji agama MU di atas muka bumi Malaysia yang ku cintai.
Perbualan saya dan rakan-rakan juga sedikit berubah, lebih serius dan gayanya setiap kami sudah punya pendirian dan pandangan masing-masing. Hmm...kami dah semakin ‘besar’ rupanya. Cepatnya masa berlalu. Teringat dahulu sewaktu kecil, kami hanya mementingkan padang permainan walaupun golongan dewasa sibuk dengan padang perjuangan parti mereka. Kadang-kadang naik rindu dengan saat itu. Bukanlah dek kerana terbeban dengan tanggungjawab ‘dewasa’ sekarang, tapi terkenang keselesaan saat itu.
AKAD dan walimah...
Aduh, dalam kesibukan saya dengan urusan di u, dengan kesibukan sekeliling dengan PRU 12 ini, saya diberitakan bahawa angah, kakak saya akan bernikah awal dari jangkaan. 15hb March ini iaitu seminggu selepas PRU 12. Aduhai, ini bermakna selama 2 minggu berturut-turut saya perlu pulang ke kampung. Bukanlah tidak suka pulang, malah saya jika di beri pilihan sememangnya suka pulang dan menetap di kampung, tetapi di sebabkan kerja dan urusan master yang semakin bertambah-tambah, ia sedikit mengekang aktiviti balik kampung saya.
Apapun, memikirkan angah saya yang seorang itu mahu bernikah, maka saya pasti balik. Wah!! sedih sebenarnya, kerana pasti masa kami selalu luangkan berdua bakal berkurang. Kami berdualah anak perempuan makayah. Jadi apapun selalu berdua. Rahsia pun berdua. Waa...sedih ni. Moga suaminya kelak tak menyekat ‘kerapatan’ kami.
Sebenarnya tujuan mereka bernikah awal kerana memudahkan urusan kenduri yang bakal diadakan pada bulan 5. Kerana kenduri itu gandingan alang, abang (anak ke3) dan angah (anak ke2) saya, sekaligus, lebih jimat. Jadi, senang jika angah dah lepas, bulan 5 nanti tinggal urusan pernikahan alang dengan bakal kakak ipar saya yang jauh nun di Pahang. Begitu. Lagi satu, elok bagi mengelakkan maksiat. Eheh. Ikutlah mana yang elokkan (^_~)
Jadi family saya memang dalam bulan-bulan kesibukan dengan majlis walimah dan akad alang dan angah saya. Maka tinggallah adik lelaki bongsu dan diri saya. Waa...sedih, dah berkurangan korum kami untuk jalan-jalan bersama setiap cuti semester. Apapun, gembira tetap ada kerana kami bakal mendapat ahli baru. Seorang kakak ipar, seorang abang ipar.
Moga ALLAH swt permudahkan urusan kami sekeluarga. Dan buat abang dan kakak saya, moga kalian bahagia dunia akhirat dan berjaya membina baitul muslim yang kita semua impi-impikan. Amin ya Rabbal alamin.
Rasulullah SAW bersabda (berdoa kepada pasangan pengantin):
Semoga ALLAH memberi barakah untukmu, juga memberi barakah atasmu dan semoga pula ALLAH mengumpulkan antara kamu berdua dengan penuh kebaikan(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie dan al-Tirmizi)
Naim dan iman bakal dapat adik, insyaALLAH
Oh tidak lupa, dalam kesibukan kami mengurus majlis walimah dan akad alang dan angah, kami juga akan menyambut kelahiran ahli baru. Abang sulung kami, yop bakal menimang cahaya mata ke 3 mereka dalam bulan 4 ni. Seronok naim dan iman bila dapat tahu bakal dapat adik. Wah, semakin sibuk dan riuh rumah kami nanti menjelang majlis walimah alang dan angah nanti bulan 5. Gembira menantikan saat itu. Walaupun sibuk, tetap terlihat wajah gembira mak dan ayah yang bakal menerima menantu lelaki dan wanita dan cucu sekaligus. Moga ALLAH swt permudahkan urusan kami dan sentiasa dalam redha NYA.
2 komen
Betul kita harus buat pilihan yang tepat jika tidak naya masa hadapan kita..
ReplyDeleteTahniahlah.. semoga giliran awak pun akan datang segera.. mesti seronokkan..
Siapa nama abang awak yang ahli kumpulan nahwannur tu? Saya rapat dengan mereka sewaktu saya masih kecil.
Kebetulan mereka (Abang nasation, abang khalid, abang Halim) pernah menyewa rumah berdekatan rumah saya. Bahkan saya pernah beberapa kali menyerikan persembahan mereka.. (sebagai penyemaklah) Kemudian lama kami tidak berhubung kerana saya pergi ke indonesia (sekolah menengah di sana)mereka pun dah berpindah ke tempat lain..
Setelah saya balik dari indonesia pernah juga saya jumpa abang nasation tapi rasanya dia pun dah tak bape ingat dengan saya, (mungkin efek dia accident dulu)..
Kalau abang khalid last sekali jumpa waktu saya baca sajak dengan abang Nash di dataran senawang 2006 yang ada persembahan inteam.. abang khalid jadi pengacara..
Wah.. jadi segmen bercerita pula saya kat sini.. harap awak tak menyampah.. anyway salam perkenalan dari saya. Ohya, nama real saya : abdul shahiid shafruddin, sekrng blajar kat Mesir faculty bhs arab.. nama betul awak Nur Khairiah ke? buat master bidang landskap arsitektur juga ke?
ya, moga ALLAH swt memberi kemudahan dan kesudahan yg baik bg PRU kali ni..
ReplyDeleteamin, moga giliran sy cepat tiba =D dgn lelaki yg dpt bimbing sy menjadi muslimah hari esok acuan al-quran (^_~) alhamdulillah mmg seronok tapi penat skit..
abg sy zulhasymi..cuma tak pasti serumah ke tak. Klu akh nak ana blh mnta contact no derang dkt abg ana.
nama sbnr ana nurfadilah.. na'am, master dlm landscape specialization pd islamic neighbourhood landscape planning
Komen. Terima kasih.