Kenyataan. Terima kasih kerana membaca :) .

Bismillah ar Rahman ar Rahim. InsyaALLAH, mulai hari ini, blog ini saya jadikan arkib entri terdahulu memandangkan entri-entri tersebut tidak akan di ulang siar di blog baru saya. InsyaALLAH, dengan ini, saya akan seterusnya menarikan jejari dengan melakar buah fikiran di blog saya yang terbaru. Terima kasih kepada para tetamu yang singgah di sini. InsyaALLAH boleh kiranya teruskan menghirup setitis manfaat dengan izin ALLAH swt di blog terbaru saya. Untuk ke sana boleh lah terus menekan link di bawah ini :

www.nahwannur.hadithuna.com

Saturday, August 30, 2008

.: Hanya dan seketika :.

Hanya sesaat dan seketika cuma, idea terlalu mencurah-curah bagi pengisian blog ini, Namun, lenyap sekelip mata saat skrin di pandang dan jari mula mahu menari di lantai keyboard. Di tambah dengan asakan masa yang tidak lagi mampu menghidang kelapangan, lantas semuanya terus tersekat. Rasanya sudah hampir tiga minggu laman sesawang saya di kunci rapat atas tujuan asal untuk mengedit hanya dalam peruntukan masa satu minggu. Namun, saya harus akur bahawa semua ini adalah sebaik-baik perancangan dari ALLAH swt.



Wa makaru wa makarALLAH, wallahu khairul maakirin

~kita merancang, ALLAH juga merancang, namun, DIA lah sebaik-baik perancang~



Dari 1 minggu, membawa ke angka 3 yang mengundang pelbagai persoalan di benak sahabat handai maya saya, dan tentu saya sendiri. Terima kasih kepada mereka yang sehingga menalifon dan meninggalkan mesej saya bertanya keadaan saya dan perihal blog yang terkunci rapat seakan sombong kepada tetamu. Maaf saya pohon seandainya ada yang rasa terpinggir, namun, sepanjang tiga minggu ini benar-benar menghumban saya kepada situasi yang amat sukar untuk cepat mengedit dan menghasilkan entri baru.


Ala kullihal, syukur alhamdulillah kini saya di beri kesempatan walau seketika untuk bicara sedikit sebagai menandakan bahawa blog ini belum lagi menghembuskan nafas terakhirnya. ALLAHuakbar! Berat sungguh berat mengenangkan perihal hembusan terakhir ini.




Award



Awal minggu pelayaran saya hampir 2 minggu yang lalu, saya telah di beri award oleh akak sharifah. Sebenarnya award ni bersekali dengan tag, namun, entah tak tahu pula nak men’tag’ siapa, yang pasti bagi saya award ini layak untuk semua sahabat blogger semua. Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada akak atas award dan panggilan talifon, namun tidak berkesempatan untuk bertemu. Juga berjuta kemaafan atas ketidakmampuan memperincikan lagi perihal award dan tag ini.




Masalah..malaslah?


Manusia terlalu berbeza saat mendepani masalah. Adakah senang-senang untuk kita menyatakan diri beriman tanpa suatu ujian? Manusia memang begitu, saat tersungkur, terluka dan sakit baru tahu dan merasa mahu ‘bertuhan’, saat gembira, masih bertuhan namun bukan yang utama. Mengadu pun pada bukan yang sepatutnya. Tidak mahu menuding kepada orang lain kerana mungkin saya begitu juga. Mungkin.

2 minggu lalu saya ke Johor lebih tepatnya saya ke utm atas beberapa urusan peribadi dan pelajaran. Sebenarnya lebih kepada mahu ‘lari’ sebentar dari KL. Hiruk pikuk kota tidak mampu meleraikan kusut hati walau di mana saya cuba bersembunyi, lantas atas kebenaran makayah saya bertolak dengan membeli tiket berharga 2 kali ganda dari biasa. Namun, saya teruskan jua. Agenda utama saya sebenarnya untuk bertemu pensyarah. Namun setelah bereada di sana, pelbagai cerita saya dengar. Aduh, semenjak mengenjak dewasa ni, semakin ‘matang’ pula permasalahan yang dikemukakan.


Beberapa hari di sana memberi peluang untuk saya cuba mengenali semula sahabat-sahabat dan diri saya sendiri. Bila kita sudah dewasa, dan caturan bagaimana kita ambil saat suka atau duka amat berbeza. Masalah bukan untuk di kesali dan bukan juga untuk di pandang enteng. Masalah itu ujian, dan yang paling kuat itu adalah ujian ke atas iman kita, sejauh mana kita usaha menyelesaikannya sebaik mungkin namun dalam kesabaran yang penuh keikhlasan. Jangan bermalas-malasan menghadapi masalah, namun jangan terlalu obses sehingga kita lupa percaturan iman kita.


Itulah hati, kadangkala perlu jua di ketuk juga ia dengan masalah yang timbul, biar ia terdidik sedikit untuk tidak sentiasa selesa pada ‘kesukaan’, tapi juga selesa ‘kesakitan’, biar ia terpukul andai itu bisa mendidik.


Senyumlah cerialah wahai sahabatku, walau suka walau duka. Kerana yang suka itu anugerah dan yang duka itu tarbiyyah dari ILAHI buat hambaNYA yang dikasihi.


Wallahua’lam



Ramadhan Kareem


Ahlan wasahlan ya ramadhan.




Buat semua sahabat, saya mahu memohon kemaafan atas setiap salah silap yang berlaku dalam sedar atau tanpa sedar dan salam ramadhan. Moga kita berkesempatan bertemu lagi bulan mulia penuh barakah yang bakal menjengah beberapa hari lagi. Sama-sama kita 'boost up' diri kita menjadi insan yang lebihbaik setelah melalui madrasah ramadhan ni. Jangan lupa untuk sama bermuhasabah diri kita yang lalu, amal kita terdahulu dan sama-sama kita tingkatkan seiring peningkatan usia kita. Kullu am wa antum bilkhair. Saling mendoa ya.

Allahumma balighna Ramadhan

~doa dan harapan Rasulullah sebagai persediaan menghadapi Ramadhan

p/s [nahwanNUR]: Mohon beribu kemaafan kepada mereka yang sms, menalifon, mesej di ruang dan email saya atas kekurangan dari segi layanan balas. Sungguh nahwanNUR di himpit masa, lagi-lagi minggu ini. InsyaALLAH akan mula di balas sedikit dan semampunya. Dan entri juga harapnya bakal menyusul dari semasa ke semasa, banyak yang ingin di kongsi dari 3 minggu lepas, moga urusan dan perancangan saya di permudahkan

Friday, August 08, 2008

.: Durian oh Durian :.

Assalamualaikum. Ini hanya entri pantas sebagai santaian minda. Alhamdulillah, musim durian dan buah-buahan tempatan datang kembali. Habis panas satu badan ni di buatnya. Bukan apa, pergi rumah saudara sini, di hidangnya durian, balik kampung durian jugak, balik u durian juga. Hehe. Tak cukup dengan tu, bila memandu, sepanjang jalan ada sahaja penjual durian, tak cukup dengan itu, banyak pula lori-lori yang membawa durian, udah tak tahan keme nengoknya. hehe. [maaf atas kesalahan tatabahasa].

Musim durian dan buah pokok dahan yang lain ni amat memenatkan para doktor, apakan tidak, semenjak dua menjak ni saya sendiri mendapat khabar berita jiran, saudara mara dan ibu bapa sahabat handai yang di serang pelbagai penyakit dek kerana melayan kehendak memakan buah secara berlebihan. Jadi, nasihat saya buat semua, makanlah secara berpada-pada [huhu, pesan buat diri sendiri jugak]. Berkecukupan. Jangan di ikut sangat nafsu menggila makan buah-buahan kegemaran kita ni. Huhu. Sebenarnya, nahwanNUR ni pun sebelum ini di kira hantu durian, hehe, biasalah orang perak. Makan lauk pun asas durian, tempoyak, sambal tempoyak, gulai tempoyak [fuh, feveret nih], dan banyak lagi. Sampaikan cucur [cekodok] durian pun ada. Bubur durian di tambah pulut. Fuh, memang kadangkala saya sendiri tak mampu menolak bila di hulurkan. Cuma ada suatu hari ketika melawat sahabat di alor star, di hidangnya durian, santan dan gula secara berasingan tanpa di masak untuk di makan dengan pulut. Huhu, pertama kali, memang perut tak boleh nak terima. Makan durian je lah.


Bercerita tentang durian memang tidak akan selesai. Namun, apa yang saya tertarik sedari dulu tentang kisah durian adalah dari lagu mr. Os yang bertajuk Durian dah berbunga. Terdapat seribu satu kisah di dalam lagu ini. Dan kesemuanya saya benarkan. Memandangkan keluarga saya memiliki kebun durian di sungai manik, teluk intan, perak yang di jaga saudara, maka sedikit sebanyak cerita-cerita di dalam lagu ini pernah di alami. Apa yang menarik juga tentang lagu ni adalah loghat peraknya yang pekat. Bahasa kampung teman tu. Tapi jarang-jarang sekali saya gunakan memandangkan tidak ramai sahabat sepengajian asal perak. Lalu, akan terlihat kepekatan loghat perak saya apabila bertemu sahabat di kampung. Pasti ada kawan lain yang tersenyum jika melihat saya berbahasa perak, dan menggeleng. Pekat ghopenye kamu ni yer... hehe. Selamat mendengar dan menghayati bait lagu ini. Bagi saya, banyak manfaat jika dapat kita nilai betul-betul setiap perkataan lagu ini. Kalian? entahla. Mungkin ada mungkin tidak. Namun harapnya ada pengajaran walau secuit cuma. Mungkin boleh belajar loghat perak kan? hehe


Durian Dah Berbunga - Mr Os

Oh komer, dghoyan dah berbunge
moh kiter, minang anok daghe
Anok dagher, anok daghe Bote
teman jumpe, di Padang Tenggale

Kate demer, sakit jatuh cinte
sakit lagi, biler jatuh tangge
Kate demer, cinte itu bute
nasib baik, teman tak meghabe-ghabe

Biler musem dghoyan
demer moler bengkeng
Jangan silap siket
nanti demer tengkeng
Kalau musem dghoyan
ghamey bghani nampor
Apa demer nak heghan
saman buleh bayor

Oh komer, dghoyan udah lughuh
lebeh baik, cepat pergi suluh
Lambat siket, komer dapat habuk
Kalau tido, jawabnyer tinggei pokok

Duit dghoyan yang tue nak ke Mekah
yang mude, gatei nak menikah
Musim dghoyan, banyak sedaghe-maghe
bile nebeh, sekor tak nampak muke


Perkara yang diwarnakan adalah realiti setiap musim durian bagi kampung-kampung di perak yang kebanyakannya berpendapatan melalui hasil durian. Wallahua'lam. Apapun, sentiasalah beringat.


Firman ALLAH swt:

"Dan makan serta minumlah, dan janganlah melampau. Sesungguhnya Dia tidak suka orang2 yang melampau."

(Al-A'raf)

Thursday, August 07, 2008

.: Psikologi Hidupan Lebah :.

Beberapa hari lalu, saya berkesempatan menonton cerita Bee Movie bersama dua teman Thailand saya. Walaupun saya ketinggalan 20 minit awal, namun intipatinya dapat saya tangkap. Cerita bagi saya amat ilmiah dan mempunyai nilai islami dalam isinya.


Cerita ini mengisahkan seekor graduan [erk!] lebah yang bercita-cita lebih dari menjadi seorang pekerja pembikinan madu [biasanya dilakukan seorang graduan]. Sehingga itu ia memutuskan untuk melihat dunia lebih jauh dan telah melanggar akta lebah dengan berbicara dengan manusia. Persahabatan yang terjalin dengan seorang florist telah membuat lebah ini memahami sedikit demi sedikit peradaban manusia. Sehinggalah suatu hari ia mendapati manusia telah mengambil dan menjual secara berleluasa madu lebah. Atas suatu semangat, si lebah telah mewakili koloninya dalam mengambil kembali hak mereka ke atas madu, dan akhirnya perjuangan mereka berakhir dengan kejayaan. Namun, kegembiraan koloni lebah cuma seketika setelah itu wujud satu permasalahan di muka bumi. Akibat dari itu, koloni lebah bukan sahaja sudah tidak bekerja akibat limpahan madu yang tidak di manfaatkan, tetapi juga telah melumpuhkan ekosistem bumi. Akhirnya, mereka [koloni lebah] telah sedar bahawa mereka tidak mungkin dapat melawan hukum alam. Hukum ALLAH swt. Atas kesedaran itu, mereka bangkit dengan hanya beberapa tan nectar dari bunga-bunga di gunakan buat proses pendebungaan bagi memulihkan keadaan.


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."

(QS. An-Nahl: 68-69)


Terdapat banyak pengajaran dan ilmu dari kejadian lebah sehinggakan adanya surah an-nahl yang menceritakan kewujudan, fungsi setiapnya dan kelabihannya. Dan juga cerita Bee Movie ini, ada juga beberapa pengajaran boleh kita ambil dari segenap sudut kehidupan dan islami nya.


Mengenal fungsi diri


Setiap kejadian di dunia ini ALLAh swt telah ciptakan mengikut keperluan masing-masing dan setiapnya mempunyai fungsi dalam menggerakkan semesta alam. Haiwan dengan hidupannya dan fitrahnya sebagai sumber makanan buat manusia, Sememangnya haiwan-haiwan ini menjalankan suatu perkara yang rutin atau fitrah serupa kerana ia merupakan suatu ilham dan suruhan dari ALLAH swt. Mereka tidak sekali menzalimi maha pencipta, mengkufuri nikmat dan suruhan ALLAH swt. Begitu juga tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan jika di lihat begitu patuh melakukan ‘fitrah’ yang di ajarkan kepada mereka oleh ALLAh swt yang mengawal semesta alam, Namun lahirnya mereka sentiasa berzikir memuji ilahi.


Ada pula yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu mengislamkan pokok, mengislamkan taman dan mengislamkan alam sekitar? Persoalan itu timbul dek kerana bidang pengajian saya sekarang yang mengkaji tentang seni landskap islam melalui perspektif quran dan sunnah. Aduh, pening juga hamba di buatnya. Takkan nak suruh semua itu bersyahadah pula bersiap saksi. Senyum.


“Kan semua tu memang makhluk ALLAH swt. Ciptaan ALLAH. Malah pokok itu sendiri sentiasa mengucap zikir kepada maha pencipta. Lalu buat apa nak diislamkan lagi sedangkan mereka itu tidak pernah sekalipun menyukutukan ALLAH swt.” Itu jawapan saya. Ada yang mahu menerima, dan ada yang tetap tidak berpuas hati.


Berbalik cerita lebah, begitu juga fungsi hidup manusia. Haiwan dan tumbuhan dengan fungsi mereka sebagai pemberi sumber makanan, bahkan jauh dari itu juga, sebagai pembentuk suatu ekosistem muka bumi yang mana juga sebagai pembentuk kehidupan manusia. Percayalah bahawa manusia tidak mampu kekal lama tanpa haiwan dan tumbuhan. Tentu sahaja.


Seorang bijak pandai dan pakar fizik barat yang terkenal, Sir Albert Einstein [salah seorang scientist yang saya kagumi dan suka mengkaji pemikirannya] ada menyatakan:


“Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama empat tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada binatang, dan tiadalah manusia.”


Pelik juga kan, seorang ahli fizik memperkatakan tentang biologi hidupan seekor lebah. Namun itu lah salah satu fungsi manusia, iaitu menggali ilmu dan berkongsi kepada umum buat menjamin masa depan yang baik dan terjamin. Ini lagi satu pengajarannya, iaitu manusia itu tidak harus terhad kepada suatu cabang ilmu. Kerana ilmu itu suatu penganugerahan buat kita bagi mendekatkan diri kepada ALLAH swt.


Memperkatakan tentang fungsi manusia sebagai penggali ilmu ALLAH swt, saya mempercayai suatu konsep tentang ilmu. Iaitu cycle of knowledge [entah wujud atau tidak sebenarnya]. Yang mana, setiap ilmu itu milik ALLAH swt [oh, tentunya bukan?!], dan dengan hanya di izinkkannya kita menuntut mengikut kemampuan masing-masing, Lalu setelah punya kepakaran dalam bidang tertentu, ia menjadi tanggungjawab kita pula untuk melakukan sesuatu ke atas ilmu dalam menyumbang kepada agamaNYA. Pengalaman selama lebih kurang 20tahun dalam pendidikan sekular memberi pengajaran yang amat berharga bagi diri saya. Sekular? Ya, itu yang selalu orang katakan bagi sekolah yang bukan agama atau maahad. Memang saya tidak langsung pernah berpendidikan secara rasmi di sekolah agama. Yang memanggil ilmu atau apa sahaja itu sebagai sekular adalah kerana setiap perkara itu di asingkan dari agama. Sedangkan bagi saya, semua perkara adalah dari ALLAH swt dan punya manfaat buat agama. Setiap ilmu tidak kira bahagian seni, sains mahupun ilmu agama itu sendiri adalah milik ALLAH swt dan ada perkaitannya dengan agama. Dan harusnya kita sebagai muslim mempelbagaikan bidang ilmu supaya kelak si kuffar tidak lagi mampu memperlekehkan kita kerana ilmu.


Sesungguhnya memang perjalanan hidup merupakan pelayaran mengenal fungsi diri. Maka teruskanlah mengemudi nya dengan neraca iman seorang makhluk ALLAH swt. Dengan mengenal diri, maka kita akan mengenal maha pencipta, dan dengan mengenal maha pencipta, insyaALLAh kita akan tahu kerdilnya diri.


Fitrah Lebah dan Madu serta kaitannya dengan Seni Fizik dan Matematik


Umum pasti tahu bahawa madu membawa banyak manfaat bagi manusia dan juga ekosistem dunia. Namun, saya tidak pasti berapa ramai yang mengetahui tentang nilai fizik di dalam kejadiannya. Memperkatakan tentang fizik, memang melonjak paradigma saya yang berada di aliran yang jauh berbeza iaitu seni. Teringat kali terakhir saya mempelajari ilmu fizik iaitu ketika pengajian asas university [matrikulasi], ada suatu killer subject [kononnya] yang saya amat minati, iaitu fizik bendalir. Jadi rindu benar dengan fizik, suatu cabang sains yang saya minati sehingga kini.


Seperti yang di ketahui, sumber utama penghasilan madu yang merupakan makanan utama lebah adalah nektar. Nektar diperolehi dari tumbuh-tumbuhan seperti bunga yang mana tidak di hasilkan ketika musim sejuk. Oleh kerana itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas dengan cairan [bendalir] khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya untuk musim sejuk yang akan datang.


Rasanya ramai yang tidak tahu bahawa lebah menghasilkan madu lebih banyak dari sebenarnya. Jika di fikirkan sudah tentu kita tertanya-tanya akan kelimpahan produksi madu oleh lebah-lebah ini yang mana menggunakan banyak tenaga, malah produksi ini terjadi tanpa henti. Memang kadangkala suatu kejadian itu di luar jangkauan otak manusia, dan jawapannya hanya satu, iaitu tidak mungkin tidak semua ini terjadi melainkan itu merupakan suatu suruhan dan ‘wahyu’ ALLAH swt bagi makhluk ciptaannya ini.


Fakta kedua adalah sarang lebah. Struktur sarang lebah yang mana terdiri dari ratusan sel-sel kecil pada permukaannya. Dan setiap sarang ini sekurang-kurangnya mampu menampung 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja sama. Dan sarang ini di lindungi dengan lilin-lilin milik lebah yang membentuk dinding-dinding sel bagi melindungi dan memelihara makanan dan lebah-lebah muda. Sarang-sarang ini mampu bertaham berates jutaan tahun dan keajaiaban ini terbukti apabila sebuah fosil sarang lebah berumur 100 juta tahun di temui.


Ahli matematik telah mengkaji melalui kepakaran matematik mereka tentang penggunaan bentuk segi enam dalam pembentukan sel sarang lebah dengan mengulas bahawa struktur segi enam adalah bentuk geometri yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksima. Jika sel-sel sarang madu dibina dengan berbentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, dan jumlah madu yang mampu di simpan adalah lebih sedikit berbanding yang biasa disimpan dan lebih sedikit lebah yang mampu mendapatkan manfaatnya. Rasionalnya, mengikut perkiraan matematik, pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometri tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling pendek. Kesimpulannya: sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak.


SubhanALLAH, memang kadangkala di luar jangkauan otak manusia, namun adanya ilmu untuk kita memahami. Bagi manusia, adanya ilmu untuk memahami suatu kejadian, namun bagi haiwan seperti lebah ini, mereka menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh ALLAH swt.


Struktur Organisasi dan Sistem Sosial


Lebah adalah suatu hidupan yang di ketahui tentang kekuatan system organisasi dan kehidupan berkumpulan [berjemaah] yang sangat hebat. Struktur organisasi lebah di wakilkan kepada tiga bahagian iaitu, lebah ratu, lebah pekerja (lebah betina yang tidak boleh bertelur) dan lebah jantan.


[Sedikit informasi]: Lebah ratu adalah lebah betina yang boleh bertelur yang bertanggungjawab mengawal kegiatan koloni lebah. Seekor ratu mampu bertelur 2000 biji sehari dan jangka hayatnya adalah 3 tahun [apapun semua atas kehendak ILAHI]. Badan ratu lebah lebih besar berbanding lebah lain kerana ia diberi makan madu yang paling berkhasiat yang dikenali sebagai jeli raja. Lebah pekerja yang terdiri dari lebah betina yang tidak boleh bertelur bertindak sebagai pengumpul debunga dan manisan yang kelak akan di tukar menjadi madu. Ada juga lebah pekerja yang bertugas mengemas sarang dan menajaga anak-anak lebah dan jangka hayatnya adalah dalam 3 bulan atau lebih sedikit. Manakala lebah jantan bertugas untuk mengawan lebah ratu dan akan mati setelah mengawan. Wallahualam.


Sedikit informasi di atas hanya suatu asas yang jelas kelihatan. Jauh dari itu sebenarnya, setiap strata menggalas setiap tanggungjawab dengan sebaiknya dalam menghasilkan suatu kualiti kehidupan dan kualiti madu yang bakal di hasilkan.


Suatu kajian yang di lakukan di university Oxford keatas suatu kejadian di mana system internet telekomunikasi bermasalah. Masalah yang timbul adalah di sebabkan lonjakan pembeli saham dan urusniaga perdagangan saham yang mencecah jutaan kemasukan data setiap minit ke dalam system computer. Mengikut teori kemasukan data komputer, sistem hanya mampu menerima kemasukan satu data setiap saat. Hasil kajian menunjukkan, permasalahan serupa turut dialami dalam tugas-tugas yang dijalankan oleh lebah madu. Sumber-sumber bunga memiliki keseragaman dalam hal mutu. Oleh karena itu, seseorang mungkin berpikiran bahawa keputusan tentang berapa banyak lebah yang harus dikirim ke setiap tempat tersebut dan berapa lama mereka sebaiknya berada di sana merupakan sebuah permasalahan dalam sebuah koloni yang ingin mencapai laju pengumpulan madu bunga (nektar) setinggi-tingginya. Akan tetapi, hasil sistem kerja mereka yang sangat baik, lebah mampu memecahkan permasalahan ini tanpa mengalami kesulitan.


Selain itu, sistem sosial yang begitu berjaya ini juga mementingkan 2 perkara utama dalam kehidupan organisasi mereka iaitu makanan dan kesihatan. Soal pemakanan [nectar] amat di titik beratkan oleh para lebah. Sebagai contoh, dengan ‘ilham’ yang di berikan oleh ALLAH swt, para lebah mampu mengidentifikasikan warna-warna bunga dengan kualiti nektarnya. Selain itu, petunjuknya juga memperlihatkan kualiti nectar bunga melalui struktur unik atau bentuk sesuatu bunga. Dua perkara ini telah banyak membantu para lebah mencari suatu nectar [makanan] yang mampu meberi kesihatan kepada mereka.


Lalu apa kah kepentingannya kepada manusia? Sedangkan sistem pemakanan manusia jauh berbeza dengan lebah? Salah. Sudah tentu salah jika dikatakan tiada perkaitan. Seperti lebah, manusia juga telah di beri suatu garis panduan padat dalam memilih makanan yang baik-baik iaitu melalui quran dan sunnah Rasulullah saw. Mereka para lebah sudah tentu tidak tahu membaca, lalu di ajar secara terus oleh ALLAH swt atas perintahnya mengenali dari 2 perkara, namun manusia, ALLAH swt telah memberikan suatu pendidikan dari Kalamnya dan dari pesuruhnya yang jelas menyatakan bentuk makanan yang baik buat diri dan untuk di fikirkan oleh otak yang di beri.


Di dalam sistem kesihatan, para lebah amat menjaga kualiti madu yang mudah di ganggu dengan keadaan panas dan kelembapan yang mana terdedah kepada kehadiran bacteria. Sistem keselamatan sarang mereka begitu ketat sehingga setiap zarah atau serangga yang mahu mehinggapi bakal di tentang sehabis-habisnya oleh setiap lebah. Selain itu sistem kesihatan ini juga di jaga oleh zat-zat [antibiotic] yang sentiasa bersedia melawani bacteria yang berkemungkinan hadir.


Lumayan bukan?! Zarah atau serangga ini saya lihat ada persamaan dengan kehadiran ideologi barat yang banyak meracuni pemikiran anak muda Malaysia kala ini. Lalu adakah kita seperti lebah sentiasa berganding bahu menentang sehabisnya kehadiran pemikiran para pemusnah bangsa ini? Dan apakah cukup ubat tahan [antibiotic] yang kita sediakan buat generasi masa kini dan masa depan bagi mendepani virus dan gejala social yang bakal menjangkiti kita.


P/s [nahwanNUR]: Aduh, ada beberapa point lagi yang mahu saya ulaskan namun saya punya janji lain yang perlu terlaksana saat ini. With that, I rest my case for a moment. Entah bila saya mampu kembali ke sini. Kerana saya bakal terbang bersama lebah-lebah ini berkelana dalam mengenal diri sendiri. Buat masa ini, saya mohon jutaan kemaafan dari semua pengunjung atas setiap kekasaran bahasa samada di blog mahupun melalui bual bicara kita di Ym. Tiada niat mahu mencakar hati kalian, cuma mahu menyuap dan di suap sedikit ilmu buat diri ini yang benar-benar lemah. Doakan saya, walau patah sayap sang lebah tidak rebah, walau patah sedikit harapan, nahwanNUR tidak lemah.


Ala kullihal, jika ALLAH swt izinkan, kita akan bertemu lagi di dunia maya ini. Akhir kalam, belajarlah serba sedikit dari lebah, berjemaah dalam kebersamaan yang hakiki, makan dari sumber yang baik, dan menghasilkan suatu sumber yang baik yang bermanfaat buat manusia lainnya tanpa ada keraguan, tanpa ada keluhan dan berterusan. Moga kita semua terbimbing menjadi muslimin/ muslimah hari esok yang lebih di redhai ALLAH swt.


Wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin.

ALLAHumma yassir wala tuassir, ALLAHumma atmim bilkhair

Wednesday, August 06, 2008

.: Zoom dan Check :.

Semalam saya balik dari fakulti agak lewat, setelah selesai solat maghrib. Sampai sahaja di bilik, seperti biasa saya akan menyapa setiap rakan serumah. Mereka juga begitu. Sememangnya rutin kami begitu, memandangkan setiap pagi, masing-masing sibuk dengan kelas dan aktiviti pengajian masing-masing, lalu malam, sebelum melelapkan mata, kami akan menyediakan masa bertegur sapa, bersenda gurau, buat pengikat ukhwah. Saya masuk ke setiap compartment, ramai sekali tetamu sahabat saya dari Penang, selesai bertegur sapa, saya masuk ke compartment sahabat dari Thailand. Bagi sahaja salam, dan mengkuak daun pintu, dia terus menyapa ‘Hey buddy, anything prophet say for today?’. Saya senyum dan menggeleng sedikit. Entah, malam itu saya tidak punya apa-apa untuk di kongsi. Mungkin kepenatan. Prophet say yang dia maksudkan adalah hadith Rasulullah saw. Lalu saya meletakkan diri di sisinya yang sedang melakukan sesuatu sambil memegang musyaf kecil.


‘What are u doing? What is this?’ soal saya melihat dia sedikit tekun menanda sesuatu di kertas.


“Ooo…I forgot. Today we have class tafsir rite? This thing abang amin gave to everybody. Checklist of our ‘should do’ daily routine.” Jelasnya. Saya mengambil helaian kertas kuning yang di maksudkan. Uh, tak faham, kerana semua berbahasa Thailand. Lalu seperti biasa, housemate Thailand ini akan berkongsi kuliah tafsirnya dengan saya setelah tamat kelas. Pernah di ajak saya sekali menghadiri, memang teringin, malangnya kuliah di adakan dalam bahasa Thailand. Sambil sahabat saya berkongsi ilmu, saya membelek sambil mencatit sedikit sebanyak.


Jadi sebenarnya entri kali ini, saya hanya mahu berkongsi checklist yang di maksudkan, yang sempat saya catit hasil penerangan sahabat saya ini. Checklist ini di dalam bertajuk Zoom and Check [asalnya dalam bahasa thai]. Jika di lihat pada senarai asal, checklist ini mempunyai column harian dan mingguan. Mari sama-sama kita cuba cek setiap senarai dengan amalan harian kita ataupun paling kurang mingguan, ataupun boleh jika bulanan.


Checklist hidup seorang Muslimah/Muslimin

1. Membaca Al-Quran

2. Solat berjemaah

3. Solat sunat

4. Puasa sunat

5. Morning and evening Azkaar/Zikir pagi dan petang/Al-matsurat [dengar di sini]

6. Bersedekah [apa pun bentuk sedekah, paling kurang sebuah senyuman]

7. Belajar ilmu Agama

8. Memohon keampunan ALLAH/ Istighfar

9. Muhasabah diri

10. Membaca dan memahami tafsir Al-Quran

11. Menziarahi teman-teman dan mempereratkan ukhwah


Cuba try test cek semua senarai di atas. Semalam saya sempat cek hari-hari lalu. Dan keputusannya…ah, malu sendiri. huhu. Sama-sama kita lihat sejauh mana amal islami kita selama ini, dan insyaALLAH sama-sama kita cuba perbaiki, hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih hebat dari hari ini. Kearah muslimah dan muslimin hari esok yang di acu al-quran.


Ya muqallibal kulub, tsabbit qalbi ala deenik

Monday, August 04, 2008

.: Muslimah Hari Esok :.

Alhamdulillah, jika dilihat kepada tarikh wujudnya blog ini secara rasmi, umur nahwannur.blogspot.com hampir mencecah 1 tahun. Blog ini wujud seminggu setelah saya mendaftar diri di taman ilmu ini, namun, pertimbangan telah saya lakukan lama, dan mula berfikir secara serius 2 bulan sebelum tarikh wujudnya blog ini, iaitu bulan ini tahun lepas. Awal penubuhan, ramai yang menyangka dari nickname dan url nahwanNUR menganggap saya seorang muslimin memandangkan wujudnya sebuah kumpulan nasyid lama bergelar nahwannur seiring the zikr dan sebagainya, namun, tagline muslimah hari esok menggambarkan saya seorang muslimah. NahwanNUR sememangnya dicuplik dari nama kumpulan nasyid tersebut yang menjadi kumpulan paling saya minati. Lagu Manis adalah lagu yang paling saya gemari. Dan tagline muslimah hari esok di ambil dari buku tulisan syeikh yusuf al-qardhawi yang telah di terjemahkan oleh PMRAM.


Ramai yang bertanya mengapa Muslimah Hari Esok? Ia seakan mengecil dan mengehadkan skop kepada muslimah. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti tentang itu. Apa yang pasti adalah saya begitu berminat akan perihal muslimah dan alam bina islam. Namun, alhamdulillah, semakin lama semakin saya faham realiti perasaan sayang dan cinta saya pada muslimah. Sayang dan cinta saya kepada muslimah yang dikatakan mempunyai syurga ditelapaknya, namun menjadi golongan majority di neraka. Golongan sumber fitnah terutama di akhir zaman ini. Fakta itu menakutkan saya, dan membuat saya rasa bertanggungjawab memelihara diri sendiri sebagai muslimah dan juga muslimah sekalian diluar sana. Dan ‘tanggungjawab’ inilah yang saya definisikan sebagai sayang dan cinta saya pada mereka kerana ALLAH swt.





Ada apa tentang tajuk ini? Setelah diceritakan oleh seorang sahabat saya tentang buku karangan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ini memang benar-benar menyentuh saya. Alhamdulillah, saya telah baca dan miliki senaskah yang diterbangkan dari mesir oleh seorang sepupu. Ringkas, namun amat bermanfaat buat muslimah. InsyaALLAH kelak akan saya mula kongsikan penulisan beliau dan ulasan sendiri tentang Muslimah Hari Esok.


Ramai juga yang bertanyakan tagline Muslimah Hari Esok. Ada yang mengatakan terlalu berat, terlalu jauh dan seakan serius bunyinya. Tentu, saya bukanlah muslimah hari esok seperti yang digambarkan oleh syeikh yusuf al-qardhawi, namun, saya percaya kita manusia ada kemampuan mencapai maksima muslimah di mata ILAHI. Tidaklah bermakna ALLAH swt ada meletakkan had minimum tertentu buat hambaNYA mencapai taraf kekasih disisiNYA, namun, kita ada ukuran tersendiri yang diterima ALLAH swt disisiNYA mengikut usaha maksima kita mencapai kemampuan kita sendiri.


‘ALLAH doesn’t required us to be the best, but, HE just want us to do our best, and then, HE will take care of the rest’


Wallahua’lam


Doakan kita semua terus kuat mengingatiNYA dan kuat untuk terus memperbaiki diri ke had maksima kemampuan kita supaya kita sentiasa dalam redha dan kasihNYA. Salam taaruf dan salam ukhuwah dari saya. Dan salam syaaban juga. Saya yang fakir dan sentiasa memerlukan nasihat, teguran, bimbingan dan doa kalian.

 
design by suckmylolly.com