Kenyataan. Terima kasih kerana membaca :) .

Bismillah ar Rahman ar Rahim. InsyaALLAH, mulai hari ini, blog ini saya jadikan arkib entri terdahulu memandangkan entri-entri tersebut tidak akan di ulang siar di blog baru saya. InsyaALLAH, dengan ini, saya akan seterusnya menarikan jejari dengan melakar buah fikiran di blog saya yang terbaru. Terima kasih kepada para tetamu yang singgah di sini. InsyaALLAH boleh kiranya teruskan menghirup setitis manfaat dengan izin ALLAH swt di blog terbaru saya. Untuk ke sana boleh lah terus menekan link di bawah ini :

www.nahwannur.hadithuna.com

Wednesday, February 27, 2008

PRU vs AKAD

Waktu : 3.25am, 20 Safar 1429H, 27 Februari 08

Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.


PRU...

InsyaALLAH, PRU ke 12 kali ini merupakan kali pertama saya bakal menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Memilih bakal pemimpin yang akan ‘mencorak’ negara mengikut kehendak rakyat dan agama, atau yang mencorak mengikut keperluan tertentu sahaja dan diri sendiri. Itu yang bakal kita pilih. Aduh, berat juga rasanya sebenarnya. Ya ALLAH, moga KAU beri petunjuk kepada kami dalam memilih pemimpin pilihanMU dalam menegakkan kembali panji-panji agama MU di atas muka bumi Malaysia yang ku cintai.

Perbualan saya dan rakan-rakan juga sedikit berubah, lebih serius dan gayanya setiap kami sudah punya pendirian dan pandangan masing-masing. Hmm...kami dah semakin ‘besar’ rupanya. Cepatnya masa berlalu. Teringat dahulu sewaktu kecil, kami hanya mementingkan padang permainan walaupun golongan dewasa sibuk dengan padang perjuangan parti mereka. Kadang-kadang naik rindu dengan saat itu. Bukanlah dek kerana terbeban dengan tanggungjawab ‘dewasa’ sekarang, tapi terkenang keselesaan saat itu.


AKAD dan walimah...

Aduh, dalam kesibukan saya dengan urusan di u, dengan kesibukan sekeliling dengan PRU 12 ini, saya diberitakan bahawa angah, kakak saya akan bernikah awal dari jangkaan. 15hb March ini iaitu seminggu selepas PRU 12. Aduhai, ini bermakna selama 2 minggu berturut-turut saya perlu pulang ke kampung. Bukanlah tidak suka pulang, malah saya jika di beri pilihan sememangnya suka pulang dan menetap di kampung, tetapi di sebabkan kerja dan urusan master yang semakin bertambah-tambah, ia sedikit mengekang aktiviti balik kampung saya.

Apapun, memikirkan angah saya yang seorang itu mahu bernikah, maka saya pasti balik. Wah!! sedih sebenarnya, kerana pasti masa kami selalu luangkan berdua bakal berkurang. Kami berdualah anak perempuan makayah. Jadi apapun selalu berdua. Rahsia pun berdua. Waa...sedih ni. Moga suaminya kelak tak menyekat ‘kerapatan’ kami.

Sebenarnya tujuan mereka bernikah awal kerana memudahkan urusan kenduri yang bakal diadakan pada bulan 5. Kerana kenduri itu gandingan alang, abang (anak ke3) dan angah (anak ke2) saya, sekaligus, lebih jimat. Jadi, senang jika angah dah lepas, bulan 5 nanti tinggal urusan pernikahan alang dengan bakal kakak ipar saya yang jauh nun di Pahang. Begitu. Lagi satu, elok bagi mengelakkan maksiat. Eheh. Ikutlah mana yang elokkan (^_~)

Jadi family saya memang dalam bulan-bulan kesibukan dengan majlis walimah dan akad alang dan angah saya. Maka tinggallah adik lelaki bongsu dan diri saya. Waa...sedih, dah berkurangan korum kami untuk jalan-jalan bersama setiap cuti semester. Apapun, gembira tetap ada kerana kami bakal mendapat ahli baru. Seorang kakak ipar, seorang abang ipar.


kami..bayang kenangan percutian keluarga di Langkawi 2007


Moga ALLAH swt permudahkan urusan kami sekeluarga. Dan buat abang dan kakak saya, moga kalian bahagia dunia akhirat dan berjaya membina baitul muslim yang kita semua impi-impikan. Amin ya Rabbal alamin.

Rasulullah SAW bersabda (berdoa kepada pasangan pengantin):


Semoga ALLAH memberi barakah untukmu, juga memberi barakah atasmu dan semoga pula ALLAH mengumpulkan antara kamu berdua dengan penuh kebaikan
(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaie dan al-Tirmizi)

Naim dan iman bakal dapat adik, insyaALLAH

Oh tidak lupa, dalam kesibukan kami mengurus majlis walimah dan akad alang dan angah, kami juga akan menyambut kelahiran ahli baru. Abang sulung kami, yop bakal menimang cahaya mata ke 3 mereka dalam bulan 4 ni. Seronok naim dan iman bila dapat tahu bakal dapat adik. Wah, semakin sibuk dan riuh rumah kami nanti menjelang majlis walimah alang dan angah nanti bulan 5. Gembira menantikan saat itu. Walaupun sibuk, tetap terlihat wajah gembira mak dan ayah yang bakal menerima menantu lelaki dan wanita dan cucu sekaligus. Moga ALLAH swt permudahkan urusan kami dan sentiasa dalam redha NYA.

Monday, February 25, 2008

"Before and After - ISLAM"






















I see now my quest in life had been in vain.
I desired pleasure and material gain.
For those around me, my goals where plain,
I tried to achieve them all without regard to pain.
I wanted the glitter and glamour this world provides.
I couldn't see the treasures that all this hide.
My 'Quest for wealth' - could never buy what I needed most.
My 'Search for fame' - was like trying to catch a ghost.
But when my prayers were for 'Guidance' from the 'One Above'.
I found success in 'Total Submission' to the Will of Him -- in Love.
I found all the riches, glory and happiness that one might require,
But most of all I discovered my real heart's desire.
I found the which is the secret of Life's Lease,
I found the One Who Gave all, when He gave me PEACE.
It finally came after all those years of trouble and strife
That to do "ISLAM" is the PURPOSE OF LIFE.

- Poem by Yusuf Estes

WANITA (deHEARTY)




Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan




Saturday, February 23, 2008

Teristimewa buat SAHABIAH ku (^_~)

salam sayang buat sahabiah sekalian

salam ukhwah fillah, mawaddah wa rahmah

moga kita semua bisa menjadi wanita solehah hiasan dunia, menjadi ketua bidadari di syurga... insyaALLAH

salam penuh kasih sayang dari ana

الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة

”Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia itu
ialah perempuan yang solehah”

(Hadith Sahih Riwayat Muslim, Nasaie, Ibn Majah dan Ibn Hibban serta lain-lain).

Monday, February 18, 2008

Sejauh mana kemantapan muslimat?


Allah telah berfirman yang bermaksud
“ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan yang teratur umpamanya satu bangunan yang tersusun kukuh.”
Begitu juga harakah yang kukuh hanya boleh terbina dari barisan mantap yang berorganisasi tersusun dan bersatupadu. Kemantapan muslimat adalah bergantung kepada usaha untuk memajukan lagi prestasi kita sebagai barisan pejuang yang cuba menyebarkan Islam sebagai satu penyelesaian kepada seribu satu macam tribulasi yang dihadapi masyarakat kini.

Untuk mengingatkan diri kita, kita mestilah sentiasa cuba meningkatkan ilmu dan kepakaran, berfikiran matang dan terbuka, mempunyai satu fikrah dan juga memahami serta menjiwai misi jemaah yang kita sertai.

Di antara ilmu dan kepakaran yang penting untuk dipelajari dan dikuasai ialah penyusunan dan perlaksanaan strategi perjuangan. Jemaah yang besar dan meluas pergerakannya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melakukan kerja tanpa sususan yang kemas dan teratur. Sesungguhnya kita merasa terhormat kerana telah dipilih Allah sebagai salah seorang yang berusaha untuk mendaulatkan agamaNya. Jadi dalam melakukan tugas suci ini, sudah semestinya kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik sahaja bukan hanya sekadar yang termampu.

Kita mesti bersiap sedia menghadapi musuh dengan apa jua kekuatan yang termampu. Kita mesti cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam pergerakan muslimat dan bukan melarikan diri daripadanya. Oleh itu idea dan strategi baru yang bernas serta kerjasama yang padu terutama dari barisan muda amat diperlukan.

Barisan pelapis mestilah dibimbing supaya memahami perjuangan. Sesungguhnya kita mahukan muslimat yang lebih tangkas, cekap dan berupaya merancang segala program dan apa jua bentuk gerakkerja dengan teratur. Piliharaya akan datang perlu dihadapi dengan persiapan yang cemerlang.

Demi menuju ke arah kemantapan, muslimat juga perlu berusaha untuk mencapai fikiran yang matang dan terbuka beserta ketajaman akal. Untuk itu muslimat perlu peka dengan perkembangan dunia globalisasi.

Keganasan yang dilakukan zionis merupakan satu rancangan untuk menghancurkan umat Islam. Kaum wanita telah menjadi mangsa kekejaman dan kebuasan nafsu musuh-musuh Islam. Sesungguhnya janji kita adalah untuk terus memperjuangkan hak wanita Islam diseluruh dunia dan khususnya di negara kita.

Muslimat tidak boleh merasa lega memandangkan negara kita berada di dalam aman tanpa peperangan kerana sesungguhnya peperangan pemikiran itu tetap ada malah lebih merbahaya lagi. Musuh Islam telah berjaya mempengaruhi media massa dan seterusnya meracuni pemikiran umat Islam terutamanya dalam banyak perkara. Muslimat mesti bijak menganalisa segala perkara yang berlaku.

Sebagai contoh tentang kejayaan musuh dalam mengatur segala rancangan jahat terhadap dunia Islam seperti Bosnia, Somalia , Iraq dan Palestin, sepanjang zaman tanpa tindakan dari negara Islam yang kaya yang hanya berdiam diri melihat kekejaman di depan mata. Pemikiran kita telah lama dijajah terutama pemikiran generasi muda yang lebih cenderung kepada budaya sosial yang bebas, mengakibatkan kepincangan rumahtangga, remaja lari dari rumah, budaya “Black Metal” yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang serius.

Mengapa tiada tindakan pencegahan yang tegas dari pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa? Muslimat perlu berusaha untuk menyelidiki dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut dengan segera dan bukan hanya memeluk tubuh. Sudah sampai masanya untuk kita mengadakan khidmat secara sekarela terutama kepada mangsa dan remaja yang terlibat.

Selain menegakkan syariah dalam keluarga, kita juga bertanggungjawab untuk menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kesempurnaan akhlak amat penting dan utama dalam menarik masyarakat kepada Islam. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dan kemantapan diri dalam kita menangani segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini.
Muslimat peka…

Sumber: Ukhwah.com

DOOM SOCIETY :: Are we in?

Waktu : 3.25am, 11 Safar 1429H, 18 Februari 08




Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Jika dilihat terjemahan ‘Doom Society’ di dalam kamus-kamus ‘ulung’ seperti Oxford Advance, Macmillan etc. Jelas di lihat ertinya yang amat menakutkan. Doom Society umumnya membawa maksud sesuatu komuniti/masyarakat sedang menghadapi zaman kejatuhan, to destruction and failure, atau yang gagal dan hancur, ruin or death. Penjelasan dipanjang lebar lagi oleh barat dengan menggambarkan kejatuhan empayar yang disebabkan kejumudan komuniti sesuatu empayar yang musnah itu sendiri terhadap ilmu pengetahuan moden dan kekurangan atau kelemahan ‘kekuasaan’ empayar tersebut sehingga menyebabkan kemusnahan dan kelupusan sesuatu komuniti yang di bina. Digambarkan juga bagi sesuatu masyarakat yang menghadapi zaman kejatuhan adalah sesuatu masyarakat yang mundur dan ketinggalan dari segi sistem hidup, teknologi dan sekali lagi ‘sistem kekuasaan’.

Jika dilihat huraian di atas, jelasnya mungkin masyarakat ‘kita’ masih dalam keadaan selamat memandangkan kita bukanlah ketinggalan jauh dari segi sistem hidup mahupun teknologi dan kekuasaan. Mungkin, jika itu kita lihat dari kaca mata barat.

Namun soalnya disini, di manakah status kita jika di lihat dari kaca mata Islam?


Accessibility to Evil and Good Things

Kita sebenarnya atas sedar sedang hebat melawan perang ideologi yang dilancarkan setelah berakhirnya perang salib. Dimana King Edward the second telah berkata atas kekalahan teruk mereka terhadap tentera islam, bahawa islam hanya dapat diperangi melalui serangan pemikiran. Maka lantaran itu, lahirlah ideologi-ideologi bawaan ‘great philosopher’ barat kononnya. Ya, kita turut melabelkan mereka begitu bukan?

Ideologi-ideologi seperti liberalisasi, globalisasi, demokrasi dan pelbagai lagi ‘si’ yang berjaya melahirkan beberapa teori yang amat berpengaruh di dunia seperti teori ‘mekaveli’, baseless believe, teori darwin yang mengklaim manusia berevolusi asalnya dari haiwan, yang sekaligus menolak wujudnya prime mover di muka bumi ini, iaitu ALLAH swt. Kesemua ideologi, teori dan pelbagai pemikiran ini tanpa kita sedar di terima umum dan ditambah teruk lagi digunapakai dan diaplikasikan dalam hidup dan pemerintahan dan tidak terkecuali oleh orang islam. Mungkin tidak semua, namun ia tetap membawa impak ke atas agama kita kerana seluruh islam itu bersaudara, maka jika jatuhnya islam yang segelintir itu, maka jatuh juga keseluruhnya.

Kenyataan ini mungkin sangat susah di terima umum, kerana kenyataan sebenarnya bahawa kita menghadapi kejatuhan telah di butakan oleh sikap kita sendiri, dengan ‘menghalalkan sesuatu yang jelas haram bagi menggapai matlamat utama kononnya’. Kita cukup berbangga dengan sanjungan barat atas kejayaan sebagai negara islam yang maju dan demokrasi ‘dengan cara kita’ sendiri.

Ya, ‘aku merdeka dengan caraku’ begitu mind setting kita sehingga di paparkan di media massa. Kita merdeka menghalalkan cara, kita merdeka bergaul atau bersosial, kita merdeka dengan memilih sistem kita sendiri. Merdeka bermaksud kita bebas dan berjaya menjalankan sistem kita sendiri, budaya kita dan sebagainya yang mana menafikan bahawa kita bukanlah salah satu yang tergolong di dalam ‘doom society’. Agaknya jika mngikut tafsir barat, punya ranking tentang ‘doom society’, pasti kita bukan termasuk di dalam senarai, malah di tahap tertinggi yang terhangat di pasaran ‘develop society’.

Didalam kelas Islamic Worldview, saya tertarik dengan kata-kata pensyarah luar negara graduan kelahiran universiti al-azhar kaherah ini tentang ukuran ringkas tentang ‘doom society’.

“You can simply say a Doom Society when access to evil (bad things, batil) are easier compare the access to the good things (haq)” ringkas dan cukup mencekik tengkuk rasanya. Rasanya seperti tergigit seguni cili padi. Siapa yang makan dialah yang terasa pedasnya.

“Simple as that. Compare how easy you can find and enter nightclub compare to masjid or surau (especially at late night), how easy for u to find alcoholic drink, and how hard for you to get married (with so many reasons) compare to other couple and doing zina without being caught..” comparison ke atas pelbagai aspek yang cukup kontras namun nyata jawapannya. Bandingkan dan fikirkan lah sebenarnya kala ini di mana status kita sebenarnya? Ya mungkin di suatu sudut sebelah barat, kita merupakan masyarakat yang sedang membangun, namun sebagai islam, majoriti islam, negara islam, sudah tanggungjawab kita mengukur dari kaca mata agama islam itu sendiri. Jadi dari sudut agama, dimanakah status kita?

‘That not eye that are blind, but the HEART’-Ayatul Quran

Are we a doom society? Mungkin... atau sepertinya begitu?. Dimanakah silap kita? Mungkin ada sesetengahnya yang masih ingin menafikan, namun apapun samaada kita mahu menafikan atau mengiyakan, yang penting adalah untuk kita menganilasa kelemahan dan mencari penyelesaian.

Mungkin atas sedarnya kita, hati kita telah dibutakan oleh arus globalisasi bawaan barat. Itu yang kita sanjung, pemikiran barat. Think global, practice global. Di atas kebutaan hati kita, sebenarnya kita lupa bahawa islam itu sendiri mencakupi seluruhnya, global dan universal. Keputusan atas na’ifnya kita terhadap islam itu sendiri membawa kita menerima globalisasi barat yang dilihat lebih mudah dan praktikal berbanding islam itu sendiri.

Globalisasi barat ini juga diiringi pelbagai ‘modern ideology and culture’ seperti materialization yang melahirkan golongan liberal, metrosexual, homosexual, free thinker dan pelbagai ideologi yang sememangnya lari dari etika islam. Namun ideologi ini dicantikkan dan dihias indah dimata manusia melalui pendekatan ‘naturalism’ ; iaitu menerima kehadiran sesuatu yang nyata dan boleh di lihat. Ia mempromosikan kenikmatan duniawi yang jelas dengan ‘fast profit’ yang kadangkala melampau. Namun, jauh dari sedarnya kita, ideologi ini merupakan ‘modern religion’ yang sememangnya mempunyai penganut dari ‘pelbagai agama’. Shopping menjadi ritual utama, dimana majalah-majalah hiburan dan tv sebagai ‘holy books’. Artis menjadi idol kehidupan dan role model dan kekuasaan dan kekayaan menjadi sembahan dan keagungan di dalam masyarakat.

Muhammad Al-Ghazali mengatakan bahawa:
‘Dunia is an old ugly women but being beautification’

Pengajaran dari Surah Al-Araf




Sememangnya ‘dunia’ sedang berpakat memusnahkan kita dari muka bumi ini. Adapun, itu merupakan janji syaitan tatkala di halau dari syurga oleh ALLAH swt lantaran keengganan mereka menurut perintah NYA. Dunia telah menolak dan membakar perbezaan dengan mempromosikan ‘no diferrences’ dikalangan semua agama. Namun, ada salahnya kita di mana kita telah mula menyukai ‘dunia’ dan menjadi dungu dengan memusuhi ‘kematian’.

Kita mungkin bukan satu society yang sudah runtuh, namun, sedikit sebanyak ciri-ciri menghadapi ‘zaman keruntuhan’ itu ada. Di bawah saya lampirkan beberapa ayat dari surah Al-A’raaf yang boleh sama-sama kita renungkan. Namun, dianjurkan sekali lagi untuk kita memahami keseluruhan maksud di dalam surah ini.

Dan berapa banyak negeri Yang Kami binasakan, Iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Ayat 4: Al-A’raaf)

Dan Sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (Ayat 10: Al-A’raaf)


Wallahua’lam.

Apapun, seperti yang dianjurkan Rasulullah saw sebelum kewafatannya, jika kita punya kemusykilan, sebarang perbezaan pendapat, maka perlulah kembali pada al-quran dan sunnah Rasul. Jika di kaji keseluruhan ayat di dalam surah al-a’raaf reflek dan significant kepada isu ini. Moga kelak atas kefahaman dan kesedaran kita, ada penyelesaian dapat dicapai di hujung punya kebaikan atas usaha pemulihan.

Sunday, February 17, 2008

An Introduction to Badiuzzaman Said Al-Nursi


video



Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaALLAH kini saya sedang membaca dan mengkaji tentang salah seorang pejuang agama Islam kita yang tercinta, iaitu Badiuzzaman Said Al-Nursi. Mulanya saya tertarik dengan beliau adalah kerana terdapatnya pameran hasil penulisan dan karya beliau di kampus, dan hasil penerangan dan 'perbahasan' dengan seorang turkish penjaga booth, saya benar-benar 'teruja' untuk mengenali beliau dan karya beliau, Risale' al-nur dalam usaha saya sendiri meningkatkan ilmu saya dalam bidang agama dan tentang ulama' dan para salafussoleh di zaman silam yang membawa kepada kebangkitan Islam.

Dan harapnya, saya boleh berkongsi dengan ikhwah wa akhowat bacaan saya dan sama-sama kita meningkatkan ilmu kita tentang para pendakwah dan ulama' yang boleh di jadikan contoh ikutan buat semua. InsyaALLAH saya masih mencari bahan bacaan berkaitan dan buat semua pelawat yang tahu link yang boleh saya dan sahabat lain rujuk mengenai dunia ilmu dan ulama' islam, boleh umumkan diblog saya (melalui comment atau ruang sembang @ chat), kita share sama-sama insyaALLAH moga ada manfaatnya.

Video ini sebagai pengenalan awal tentang beliau. InsyaALLAH lepas ini akan saya usahakan menulis tentang beliau dan risalah beliau dari pembacaan saya buat perkongsian umum.

Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir



GOMBAK, 16 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama untuk mendapat pemahaman yang betul tentang ajaran Islam yang sebenarnya.


Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.

Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.

Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008.Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.

Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.

Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

Menjawab soalan hadirin sewaktu sesi soal jawab, Mahathir turut menasihati agar para pemimpin untuk mengikuti ajaran agama yang sebenarnya.

Berkaitan dengan kewangan negara mengikut Islam beliau menyarankan agar masyarakat tidak menyimpan wang semata-mata, sebaliknya membelanjakan dengan jalan yang betul.

Selain itu beliau turut mengingatkan sesebuah negara Islam agar tidak membeli bon atau membuat pinjaman daripada negara musuh yang akhirnya menyiapkan bekalan ketenteraan untuk membunuh umat Islam di dunia.

Secara bersahaja beliau memberi amaran agar negara Islam tidak bergantung kepada mata wang Amerika Syarikat di masa akan datang.

Kesemua faktor ini katanya hanya akan menjadikan sesebuah negara itu miskin.

"Dengan jumlah wang yang banyak di tangan kita sewajarnya kita membelanjakannya menurut tuntutan al-Quran.

"Dunia ini bukan milik kita tetapi milik Allah," kata Dr Mahathir.

Sebelum itu kehadiran Dr Mahathir disambut dengan majlis yang gilang gemilang antaranya dengan kompang, iringan bunga manggar dan alunan selawat semasa memasuki Dewan Besar, CAC UIAM Gombak pada jam 11.00 pagi.

Beliau ditemani Pengerusi UIAM selain mendapat tepukan gemuruh lebih 4000 peserta yang setia menanti kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke UIAM.

Seorang sumber memberitahu, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke UIAM ketika merasmikan sambutan Jubli Perak UIAM awal Januari lalu.

Namun sambutan kehadiran Najib itu tidak sehebat sambutan kehadiran Dr Mahathir. Beliau juga memberitahu setakat ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak pernah membuat lawatan rasmi ke UIAM, sebaliknya hanya menghadiri program universiti itu yang diadakan di luar kampus.



Rujuk di sini (sumber harakahdaily.net) lebih lanjut

Friday, February 15, 2008

Apa KATA mereka?


Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Apa KATA mereka? itu hobi saya sedari dulu. Lebih prefer mendengar daripada berkata-kata. Ada beberapa perkara menarik yang saya suka untuk kongsikan buat umum. Sebenarnya KATA mereka yang saya maksudkan adalah dari pelbagai pihak dari pelbagai sudut mengenai kita, diri kita, masyarakat kita dan Malaysia tentunya. Kali ini kita dengar apa KATA mereka tentang kita yang jarang kita dengar dan jauh berbeza dari yang dipaparkan di kaca-kaca televisyen.. uhuh, bukanlah sengaja untuk menunjukkan negative side, tetapi untuk sama-sama kita muhasabah, namun saya sarankan supaya jangan ada yang cepat melatah, tetapi cuba berfikir sejenak tentang kata-kata MEREKA ini dan ayuh sama kita fikirkan penyelesaian terbaik bagi sesuatu kekurangan.

'Mereka' yang saya maksudkan adalah sahabat saya, kenalan saya dan pensyarah saya di iium yang terdiri daripada 'masyarakat luar'. Niat di hati cuba untuk menganilasa 'overview' foreigners tentang negara kita, masyarakat dan budaya dari kaca mata mereka yang telah lama menetap di sini.

Setiap minggu, saya pasti tertunggu-tunggu kuliah 'Islamic Value and Ethic towards Built Environment' pada hari sabtu. Apa yang menarik adalah isi kuliah, walau kadangkala berlainan sekali dengan isi nota yang diedarkan, namun, objektif isi nota tetap tercapai.

Namun apa yang menarik dalam banyak-banyak penyampaian beliau, ada satu perkara yang selalu diulang kata oleh beliau yang sudah 17tahun menetap di Malaysia....

'here fighting, everywhere fighting... when umno said this, pas said its wrong, when pas say something, umno will denied it...always argued...SO FUNNY..dont u feel funny?'

Politik kita melucukan? bagaimana? Saya lebih prefer kita lihat pandangan beliau secara positif. Memang banyak yang boleh di bahaskan atas kenyataan di atas, ia mungkin dia bukanlah orang Malaysia yang masak dengan asam garam politik semasa Malaysia, tetapi bila difikirkan ada kebenaran. Bilakah masa kita semua akan punya hanya satu pandangan dengan persetujuan majoriti semua parti? Ah, pastinya ini akan jadi satu isu hangat lagi-lagi sekarang kita berada dalam musim demam PRU.

Namun kupasan lanjut sang pensyarah betul-betul mengujakan.... katanya, mana mungkin kita mahu declair sebagai negara islam, orang islam namun tidak bersatu akhirnya. Kerana Islam itu sendiri asalnya satu dan pasti kembali pada tujuan dan matlamat utama kita kepada satu... Apepun katanya, sudah Rasulullah saw berpesan jika kelak kamu ada perselisihan pendapat dan pandangan, maka kembali lah kamu kepada Al-Quran dan Sunnah ku... Menarik untuk kita fikirkan bukan?


Saya suka berbicara dengan sahabat luar. Pernah suatu ketika saya bertanya kepada housemate saya dari Thailand, selatan Thai yang sedang bergolak, namun tidak sedikit pun saya melihat riak sedih duka di wajahnya, subhanALLAH.

'What u really see in Malaysia as we claim ourself as Islamic country?' soal saya. Diam dan senyum.

'Eh, are they muslim?' soalan saya dibalas pertanyaan sambil dia menuding kearah televisyen di cafe yang sedang memasang rancangan konsert di tv#. Saya mengangguk.

'Hmm... if in thailand, when muslim become a singer or actor/ess, all muslims will boicot them, u know...heh, one thing that i can admit that malaysian better than thai is your transportation..' jawapannya memeranjatkan saya. Kita bagaimana? Jangan kata memboikot, malah terus-terusan menyokong. Hati menafikan, tetapi perbuatan kita menonton juga dilihat seperti menyokong. Rupanya lama sahibah saya memikirkan jawapan pertama saya, mungkin tidak mahu melukakan hati saya, jadi dia mencari-cari suatu kebaikan sebagai 'backup' kepada keburukan negara kita.

Saya terfikir mengapa begitu? Mengapa mereka suka sembunyi sedangkan umum jelas kelihatan kesalahan dan kelemahan. Atau mungkin disebabkan sikap kita sendiri yang 'suka bila dipuji, dan pantang bila dikritik'? Suka meletakkan 'blind off' sedangkan terang-terangan kesalahannya.

Hanya transportasi yang membanggakan? Di mana soal 'keislaman' yang kita dok jaja membanggakan negara luar?

Petang tadi seharian saya berkampung di studio PG untuk menyiapkan assignment yang menggunakan method bernilai ribuan ringgit (sudah tentu saya tidak mampu memiliki) yang hanya terdapat di fakulti. Sudah nama pun tempat umum untuk Postgradute, maka banyaklah penuntut postgraduate yang juga sedang menyiapkan kerja di sana. Tiba-tiba...

'I like him very much u know? He much better than Abdullah' kata seorang nigerian. Curi-curi dengar perbualan Si Nigerian dan dua orang arab, ntah dari mana. Namun tidak berniat untuk menjampuk kerana rasanya tiada kena mengena dengan diri, keluarga atau negara. Sangkaan saya meleset.

'Sister, where are u from?' soalnya tiba-tiba kepada saya. Malaysia. Jawab saya.

He has an outstanding words..they say.


'Oh good. U know, i like Mahathir very much. He's the best, right? U know he's coming tomorrow?' Katanya. Saya hanya senyum. Itu biar saya simpan sendiri. Oh, rupanya yang dok kecoh dari tadi rupanya Tun Mahathir nak datang. Satu comparison pemimpin yang mengejutkan sebenarnya.

Balik di mahallah terdengar pulak saya kecoh sahabiah-sahabiah dari luar negara mahu menghadiri talk beliau yang bertajuk Ummatic Seminar ll Global Peace:: Crisis in the muslim world..hmmm. Saya turut di ajak mereka. Hmm.. menarik, orang luar terlalu memandang tinggi Tun Mahathir berbanding Paklah pasti bersebab. Esok, saya dan sahabiah sekalian akan bertandang di majlis ucapan beliau. Moga ada isi bermanfaat dan semoga ucapan nya tiada kaitan dengan PRU yang semakin hampir.

Apapun, moga kita sama-sama muhasabah di mana kurang dan silapnya kita berdasarkan komentar umum. Kita mula melihat dari diri kita dan kemudian luaskan skopnya pada keluarga, masyarakat dan akhirnya pada pemerintahan.

Moga kelak ada kesudahan yang baik dan lebih di redhai ALLAH buat negara, agama dan bangsa kita.
Wallahua'lam
Rabbi Yassir wala tuassir, Rabbi assir bilkhair

Thursday, February 14, 2008

MARAH yang sepatutnya dan yang terlampau

Waktu : 7.35am, 1 Muharram 1429H, 10 Jan 08


Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Menegur dan marah


Teringat saya suatu ketika saya dan sahabiah menziarah rumah sewa sahabat lama kami. Sedang makan malam, tiba-tiba sahabat tadi menegur salah seorang daripada kami. Terkejut juga, namun masih terjaga hemahnya.


‘Oh iyeke?! Kenapalah selama ni tak pernah terdengar pun begitu?’ jawab sahibah saya, nada tertanya-tanya dan sedikit menekan. Sahibah yang menegur tadi mungkin rasa tercabar atau apa sebabnya, dia menjawab kembali dalam nada memerli dan sambil ketawa kecil.


‘tulah kamu, bukannya nak pergi majlis ilmu, dengar ceramah, tengok tv hiburanje yang tahu…’ kami semua agak terkejut. Berseloroh ke bergurau ke apa sampai mengeluarkan ayat begitu sekali. Apa lagi yang berlaku, maka jadinya perbalahan antara mereka berdua. Nasib baik sahibah saya yang ditegur tadi mengambil langkah mengundur diri kebilik, sudah tak jumpa jalan penyelesaian agaknya, dan menangis. Bungkam dan habis di situ.


Manusia pastinya tidak lepas dari melakukan kesilapan, dan itu perlunya ukhuwah buat menegur dan menasihati. Menegur dan menasihati secara tegas ini boleh dikategorikan sebagai marah yang masih boleh diterima. Kerana islam ada garis panduan dalam menegur sesuatu. Hemah dan menjaga kehormatan orang yang ditegur supaya teguran mudah diterima, dan kelak tidak terjadinya salah faham, kemudian menimbulkan kemarahan dan menghasilkan perbalahan.


Setakat mana kemarahan dan kesabaran kita?


Kemarahan merupakan lumrah bagi setiap hamba ALLAH swt. Namun, kemarahan dan amarah merupakan dua perkara yang sedikit berbeza yang dibataskan oleh perasaan dan kekuatan iman. Kemarahan adalah suatu perasaan yang hadir atas sebab-sebab mungkin disakiti dengan sengaja mahupun tanpa sengaja, namun dibatasi oleh satu perasaan sabar. Manakala, bezanya amarah apabila perasaan marah kita melampaui sehingga ada sesetengahnya bertindak mengherdik, meninggikan suara, menyakiti malah lebih teruk sehingga tergamak mencederakan dan membunuh orang yang berkaitan. Jelasnya, amarah adalah suatu perasaan yang tidak lain dikuasai syaitan dan tanpa kawalan iman dan kadangkala di luar kewarasan seseorang.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas”
(Al-Maidah : 87)


Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. Selain itu, ia juga bererti menahan marah bila dia marah. Maksud di sini ialah pengurusan tindakan apabila kita marah. Kebiasaannya, kemarahan boleh membawa kepada tindakan luar kawal bagi melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Namun, kebiasaannya, muslimah jika dilihat lebih cenderung kepada memendam dan memulaukan.


‘Kenapa pulaukan dia kot ye pun marah ke tak setuju?’ soal saya pada seorang rakan kerana saya perasan dia cuba-cuba menjauhkan diri dengan seorang lagi rakan kami. Dia diam tanpa menjawab.

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)


Di dalam buku karangannya al-Halal wal haram fil islam, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum tiga hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kepada beberapa peristiwa sirah Rasulullah saw ketika perang Tabuk. Jadi berdasarkan ini, jelas dilihat bahawa marah yang dianjurkan adalah apabila ia mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah swt. Itupun tidak digalakkan untuk berpanjangan melebihi tiga hari seperti hadith di atas.

Beritahulah jikalau tidak berpuas hati dan marah, kalau tidak orang tak tahu salah sendiri... jangan terus-terusan memulau, nanti orang sekeliling akan salah faham. Kan tak elok timbulkan fitnah. Dua-dua boleh dapat nama buruk. Lebih teruk, takut-takut influence orang lain untuk memulaukan orang tersebut.

Ini lagi satu masalah kita muslimah. Bila tidak puas hati atau marah, suka cakap belakang, mengumpat, sehinggakan ramai memulaukan orang yang diumpat. Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah sebuah dosa yang agak besar.

"Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu?" (Surah Al-Hujurat:12)



Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).


Tidak mahu marah dan si penyabar


Aku bukan jenis marah-marah’ dan si penyabar adalah dua personaliti yang berbeza. Yang sama adalah pilihan mereka untuk tidak memarahi pihak yang menyakiti, itu sudah tentu perkara yang terbaik. Supaya yang lain tidak terluka. Namun, persoalan di sini, yang mana satu lebih dianjurkan agama?

‘Aku bukan jenis yang mahu marah, tapi jangan ingat aku tak kesah!! Sakit tu tetap ada..’. Hmm..bagaimana? Bukankah itu seakan berdendam namanya? Saya tertarik dengan satu ayat yang saya dengar di radio.

‘Memaafkan akan jadi lebih lengkap jika kita melupakan perkara tersebut di dalam hati’

Kalau benar-benar kita jenis yang tak boleh marah, maka berlapang dadalah, jangan disimpan dalam hati ataupun berdendam, cuma jadikan ia pengajaran supaya kita sendiri tidak mengulangi sekaligus melukai orang lain. Jika benar tidak boleh tahan, mengadulah pada ALLAH swt yang sentiasa mendengar dan maha mengetahui segala sesuatu. Tidak perlu beritahu yang lain. Namun, dalam menyimpan rasa yang sepatutnya, janganlah pula memulaukan orang tersebut. Jika masalah tidak besar, maka jangan diungkit, namun jika masalah dirasakan besar, maka berbincanglah sesama sendiri, semoga kelak ada jalan keluar dan tidaklah berbekas dihati. Inilah kita boleh katakan sebagai penyabar. Berbeza sedikit, bukanlah kita tidak kisah dengan sesuatu yang mereka lakukan pada kita, cuma, sikap boleh memaafkan dan redha atas perlakuan manusia.

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. "
( Surah An-Nahl : 126 )


Tidak mahu memaafkan


Pernah seorang rakan bertanya kepada saya, bolehkah untuk tidak memaafkan kesalahan seseorang yang juga sahabat kami yang benar-benar melukakan hatinya.

‘Mana tahu dia buat macamtu? Dia dah minta maaf?’ soal saya kembali. Dia mengangguk. ‘Jadi maafkanlah’ saran saya. Maafkanlah, itulah saranan saya pada umum dan diri sendiri. Kerana, siapalah kita yang tidak mahu memaafkan, sedangkan kita sendiri selalu melakukan kesalahan. Tidak menyukai perbuatan seseorang itu perkara yang patut, namun tidak memaafkan seseorang setelah dia benar-benar memohon kemaafan dan kesal dengan perbuatan tersebut, itu kurang relevan kerana seakan-akan kita tidak redha akan suatu ketentuanNYA. Ya sememangnya hak untuk memberi kemaafan tertakluk kepada mangsa, namun itu jika melibatkan dosa besar, walaubagaimanapun, islam sentiasa mengalakkan kita untuk memberi pengampunan dan bersikap belas pada mereka yang bersalah yang telah bertaubat dan insaf dengan benar.

Maafkan lah kerana itu mungkin bukan sahaja membantu kamu menenangkan hati kita yang sedang marak, marah mungkin membantu orang tersebut untuk tidak mengulangi lagi perbuatannya. Saya tertarik tentang satu kisah salafussoleh, Abu Darda berkaitan perkara ini.

Pada suatu ketika berjalan, beliau melihat sekelompok orang sedang mengeroyok seorang lelaki. Lelaki tersebut cedera teruk dibelasah dan dicaci maki mereka. Abu Darda' datang menghampiri, lalu bertanya, “Apa yang terjadi? Mengapa begini?”

Jawab mereka, “Orang itu jatuh ke dalam dosa besar.”

Kata Abu Darda', “Kerana itu janganlah kalian caci maki dia, dan jangan pula kalian pukuli. Tetapi berilah dia pengajaran dan sedarkan dia. Bersyukurlah kalian kepada Allah yang senantiasa memaafkan kalian dari segala dosa.”

Tanya mereka, “Apakah Anda tidak membencinya?”

Jawab Abu Darda', “Sesungguhnya saya membenci perbuatannya. Apabila dia telah menghentikan perbuatannya yang berdosa itu, maka dia adalah saudara saya.”

Orang itu menangis dan taubat dari kesalahannya.


SubhanALLAH, bukankah memaafkan dan menasihat kan itu lebih indah dari berdendam dan memulaukan? Dalam hidup ini sememangnya sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza dan khilaf dari diri kita masing-masing yang serba kurang ini. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.


Sakit ini satu nikmat
Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat
Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi
Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui
Kesembuhan itu aku tidak ingini
Keredhaan itulah yang aku dambai

~Aidh Abdullah al-Qarni, La tahzan~


Marah itu suatu kesakitan. Bersyukurlah dan berusahalah untuk bersabar semampunya tanpa ada bekas di hati, kerana di setiap redha kita akan ujian kesakitannya, di situ lah terletaknya rahmat. Rahmat anugerah dari ILAHI, sebagai tanda tarbiyyah dariNYA.


Tuesday, February 12, 2008

Stress


Punca stress mengikut islam:

1. Kelemahan hati: hati yang tidak kuat
2. Kelemahan roh: e.g.: instinct
3. Pengaruh nafsu: terarah kepada benda yang tidak baik
4. Kelemahan akal

Cara menangani stress menurut islam:

1. Tadabbur Al-Quran
2. Tafakur
3. Taqarrub kepada ALLAH swt dan cuba jauhkan dari maksiat
4. Husnul Dzon kepada ALLAH swt: yakin setiap ketentuanNYA pasti yang terbaik bagi kita
5. Bersyukur kepada ALLAH swt
6. Berkhalwat dan bermuhasabah diri
7. Selalu mengingati mati
8. Senyum selalu dan redha
9. Bersedekah- tasaddaq
10. Beruzlah: menyendiri




Sunday, February 03, 2008

Senyumlah sahabiahku



Senyumlah sahabiahku
Senyumlah walau hatimu di sakiti
Kerna walau mereka mentertawakan kamu
Memaki herdikmu
Memandangmu hina dek kerana khilafmu
Dengan izinNYA, aku akan sentiasa beusaha untuk berada disisimu
Dalam sihat dan sakitmu, dalam tawa dan dalam sendamu
Dan dalam suka dan dukamu
Kerna ku percaya
Ujian yang kau hadapi bukan sahaja untuk menguji kekuatan imanmu
Namun juga satu ujian buat menguji utuhnya ukhwah yang kita bina keranaNYA
Menguji ketulusan kita untuk saling membimbing menuju redha dan kasihNYA


Sahibahku muslimah solehah
Ujian ini sesungguhnya mehnah dunia bagi mengingati kita padaNYA
Hiasan indah syaitan di mata manusia
Bagi memenuhi janji mereka pada sang pencipta
Untuk menyesat kan kita hamba NYA
Namun buat muslimah solehah
Ujian itu bukan untuk di tangisi dan bukan untuk di kesali
Tetapi untuk di renungi dan di jadikan paradigma
Buat kita membina benteng iman dan taqwa yang tegar
Sebagai persiapan untuk sama menuju ke destinasi cinta utama


Temanku cermin diriku
Izinkan ku sentiasa di sini
Teguh berdiri di sisi mu dalam tawa dan tangismu
Membina kekuatan bersama mu
Ujian ini kita terima sebagai tarbiyyahNYA bersama
Sebagai pengajaran buat kita dan buat muslimah lainnya
Ayuh kita bina kekuatan itu
Berusaha biar taubat ini di terima oleh NYA
Walau di lihat hina di mata manusia
Kerna itu mungkin kafarah kepada dosa kita
Dan semoga ada ganjaran atas kesabaran kita
Dan semoga kita peroleh hikmah berkat redha kita akan ujianNYA


Sahabat ku buah hatiku
Izinkan ku di sini bersama mu
Kerna ini hari mu memerlukan ku
Kelak mungkin kan tiba suatu ujian yang lebih hebat buatku
Dan kala masa itu tiba
Itulah masa diri ku memerlukan diri mu
Itulah masa diri mu di sisi bersama ku
Kerana aku tidak mahu hanya menjadi sahabat mu ketika indah dirimu dihiasi iman
Aku mahu juga kita saling membimbing tika hebat iman kita di uji
Kerana itu nilai sebenar sebuah persahabatan
Dan ukhwah yang kita bina kerana ALLAH
Senyumlah sahabatku
Kerna senyuman mu bisa menyejukkan hati ku
Membawa keceriaan pada hari-hariku
Dan mengingati ku bahawa bertapa sayangnya daku pada ukhwah ini
kerana sayang dan kasihku padaNYA



 
design by suckmylolly.com