.: Qiam: Andai ini bisa menjadi sebahagian HIDUPku :.
Assalamualaikum warahmatullah, salam ramadhan penuh baraqah buat semua. Selawat dan salam buat Rasulullah saw junjungan mulia pembawa sinar cahaya keseluruh alam.
Syukur alhamdulillah atas keizinan ALLAH swt kita masih bernafas dan menikmati bulan ramadhan yang hanya berbaki 10 hari sahaja lagi. Kali ini, saya menyempatkan diri untuk meletakkan sedikit peringatan buat diri sendiri dan semua. Agak sibuk sebenarnya diri ini dengan beberapa tugasan pengajian, dan beberapa tanggungjawab lain yang serasanya amat memerlukan perhatian lebih dari saya (mungkin alasan saya Cuma), lantas menarik saya untuk mengaktifkan mood ramadhan di dalam blog ini. Bukan tidak mahu dan langsung tiada masa, malah, setiap hari saya menjenguk ke sini, kosong, namun saya yakin banyak blog lain di luar sana yang banyak memberi tazkirah bersempena bulan mulia ini.
Dalam baki 1/3 ramadhan kali ini, saya sempat di soal beberapa perkara dan dihambat pelbagai permasalahan umum namun tersekat sedikit kebebasan untuk mengulas di sini. Apapun, saya suka berkongsi suatu perkara yang bagi diri saya sendiri dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan (bagi yang bertanya, sudah tentu kalian faham, dan saya jelaskan lagi di sini).
Baki ramadhan ini sudah tentunya ramai dan umum kerap menyatakan perihal malam seribu bulan, Lailatul Qadar.
Tentang DIA
Beberapa minggu yang lalu, 3 hingga 4 hari dia terasa sangat lemah longlai badan. Buka sahaja pintu bilik, mata cepat-cepat terasa kabur, mulut entah berapa kali menguap. Di sangkakan itu normal setelah penat sehingga lelah dengan kerja-kerja. Jenuh diri mencari alasan atas kepenatan, menyelongkar diari harian sehingga sendiri menemui jawapan kononnya 2-3 hari sebelum lelah mencengkam, diri ini telah rebah tanpa sedarkan diri selama beberapa jam. Mujurlah sempat tersedar sebelum asar, dan sebelum waktu berbuka, maka tidaklah batal puasa hari itu. Selepas itu dia dapati diri ini lemah dan lebih kerap tidur dari biasa.
‘Keletihan’ dia memaksa kelas nya bersama mereka terpaksa di tunda, dan mereka sendiri seakan takut untuk bertanya lanjut. Sehinggalah hal ini di tegur oleh teman serumah dia yang berbangsa Thailand merangkap ‘anak murid’ tidak formal nya.
‘U look so tired lately. Feel sleepy again?’ soalnya saat dia melangkah longlai bertanya tentang kelas ‘mereka’ yang telah lama di tinggalkan. Dia mengangguk sambil merebahkan diri di atas katilnya.
‘Nevermind, u can hear my recitation (tasmiq) after u wakeup…’cadangnya. Dia segera bangun.
‘Oh no. Just read now.’ Bantah dia. Rakannya itu menggeleng dan mengatakan dia memang kelihatan amat penat. Akhirnya dia akur.
‘Hrmm…sorry. I just donno why this 2-3 days I were very tired’ katanya. Rakannya itu tersenyum.
‘Hrmm….sister, I think...’ katanya tergantung. Dia menanti dan mengangkat kening meminta rakannya meneruskan. Rakannya tersenyum, kelihatan agak keberatan. Dia duduk di sisinya kembali dengan harapan rakannya meneruskan katanya.
‘Erm, I think, u should continue tahajjud. It seems that u’ve leaved it for this 2-3 days and it was the weakest day of u I ever see…erm, maybe’ perlahan katanya. Senyap, kosong.
Dia tersenyum dan menepuk bahunya. Malu sebenarnya bukan kepalang, banyak alasan yang dia cuba cari dan kumpul atas kepenatan yang amat sangat, namun, teguran rakannya berjaya menampar sehingga dia terjaga dari lena yang panjang.
* susah juga sebenarnya mahu istiqamah * tapi kita perlu berusaha. Tegasnya didalam hati.
******************
Saya melihat kita sentiasa rajin untuk qiam sewaktu bulan ramadhan yang mana memperlihatkan stamina kita berlipat kali ganda dari biasa. Urusan harian tetap berjalan, tetapi bulan ini ditambah dengan keperluan berpuasa dan ibadah taraweh yang turut di gemari ramai, namun, jika boleh dibanding, stamina dan kekuatan kita tetap biasa seperti bulan-bulan lain, dan kadangkala bulan-bulan lain jauh penat dan lemahnya stamina kita berbanding bulan puasa. Kenapa?
Ia mengingatkan saya kepada suatu kata oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi iaitu:
Jadi lah kamu orang-orang yang melakukan ibadat dengan menjiwai ketaatan kepada ALLAH sepenuhnya (Sifat Rabbanian), dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang melakukan ibadat hanya pada bulan Ramadhan sahaja
Sesungguhnya ibadat ini haruslah berterusan, jangan hanya melakukannya secara bermusim. Kerana ibadat ini perihalnya urusan kita dengan ALLAH swt. Tempat kita mengadu, tempat kita menyerah diri, tempat kita menghilangkan lelah dan gelisah. Dan sebenarnya, ibadah inilah yang membina ‘kekuatan’ kita. Itulah sebenarnya rahsia kebergantungan kita kepada ALLAH swt.
Bak kata hukama (dan ini digambarkan oleh ulama’ tentang keperibadian para sahabat rasulullah saw):
Ruhbanun fillail wa fursanun finnahar
~Seorang abid di malam hari dan pahlawan di siang hari~(Rujukan buku: Iman dan Harakah. Pengajaran Hadith Ghulam, Ahli Sihir dan Rahib oleh Hisham Soqr)
Ala kullihal, sesungguhnya kegagahan seseorang itu terletak kepada ibadah malamnya.
Kerana yakin dan sedarlah bahawa yang memberi kita tenaga saban hari itu ialah Allah.
Wallahua’lam.
Untuk kefakiran kukenakan pakaian kebesaran
Untuk kesabaran kupilin tali yang panjang
Untuk kekuatan, ku pintal ia di atas sejadah malamku
Kerana betapa ku sedar kerdil nya diri ini
Dan adanya DiriMU yang mengatur segala hidup mati ku
p/s [nahwanNUR]: Moga ramadhan kali ini menjadi madrasah yang mendidik jiwa hamba memahami caa sebenar hidup bertuhan. Qiam, andai ini mampu menjadi roh hidupku. Permudahkan kami ya ALLAH. Ramadhan kareem, ALLAHu akram!.
1 komen
salam..
ReplyDeleteSemoga Allah Mengurniakan malam lailatul Qadar kepada kita semua..amin!
Komen. Terima kasih.