.: Baik dan Lemah Jodoh Kita :.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Syukran kerana bertanya,dan perlu di ingatkan saya bukanlah yang terbaik dalam memberi jawapan,hanya insan yang kerdil. Kerana ilmu Allah itu maha luas, tidak terkira. Bak kata ilmuan Islam (Ilmu manusia itu seumpama setitis daripada air lautan)makin banyak yang kita pelajari maka makin banyak yang kita akan rasa tidak tahu..tetapi tahniah bagi yang ingin ketahui hakikat sebenar sesuatu kebenaran.hanya mereka yang pendek akal atau tidak mahu terima kemajuan dalam diri serta kebenaran sahaja yang tidak akan belajar.
Baik,terus kepada soalan yang enta/ti? ajukan.(ana tidak kenal sapa kamu).dapatlah kita tahu ianya menyentuh asas kehidupan lelaki dan perempuan.Islam amat menekankan disiplin dalam kehidupan kita dari segala segi bagi mencapai kesempurnaan iman dan hidup dunia dan akhirat.jadi IANYA BERTUNJANGKAN ALQURAN DAN HADIS.itu yang terutama.
Banyak ayat quran dan hadis nabi s.a.w yang menyentuh tentang keperibadian muslim yang sejati secara keseluruhanya dan menjadi panduan kita sepanjang hayat..dan tidak cukup ruang Untuk ana ulas pada masa ini.
Dan apabila menyentuh kepada ayat alquran atau pada hadis. Tidak boleh tidak kita kene merujuk kepada mereka yang ARIF DAN MEMPUNYAI KEAHLIAN SELAYAKNYA Untuk kita lebih jelas dan mengetahui maksud tersurat dan tersirat.
Untuk melihat pada satu2 ayat alquran,kita perlu juga mengaitkan pada ayat yg sebelumnya atau ayat yg selepasnya(dalam surah2 yang lain) juga kepada hadis ..kerana kesemuanya bersangkut paut dan terkait rapat,agar kita tahu bagaimana keadaan nya yang sebenarnya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan yang demikian itu di haramkan atas orang-orang yang mukmin.
(Surah an-Nur: ayat 3).
Perlu kita mengetahui bahawa ayat 3 dari Surah an-Nur itu telah dimansuhkan oleh ayat 32 dari Surah an-Nur juga.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan kahwinknlah orang-orang yang sendirian(yang belum berkahwin) di antara kamu,dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah an-Nur: ayat 32).
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada isteri-isteri kamu itu anak-anak dan cucu-cucu dan memberikan rezeki kepada kamu dari yang baik-baik maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil.
(Surah an-Nahl: ayat 72).
Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
[Maksud surah al-Nur 24:26]
Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum.
Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut.
Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.
Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.
Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga.
Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka.
Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.
"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.
Inilah yang disebut sebagai:
Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.
Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.
1 komen
Assalamu'alaikum...
ReplyDeletepOsting menarik...=)
sudah jelas lagi terang...ingin gak tumpang menyuluh...kalau tersalah suluh maaf dipinta ye tuan punya rumah...hehe
ayat2 tu memang agak femes didiskusikan....terutamanya para remaja masa kini...biasalah...'remaja'...hehe
sbb ni hanya kOmen...straight to da pOint ya...dalam pada penjelasan diatas...hendak juga kita faham apa itu syariatullah dan apa itu sunnatullah...
syariatullah adalah syariat atau jalan dari Allah yg wajib utk manusia mengikutinya dan sunnatullah pula...adalah kebiasaan...kebiasaan ataupun senang dikhabarkan sebagai langkah yg paling baik yg biasa diambil...
jadi ayat yg di ulas2 diatas...yang baik utk yg baik and vice versa...itu adalah sunnatullah....yg mana bukan syariat....jika si pencuri mengahwini anak sheikh besar yg zuhud dan wara' serta faqih pula...perkahwinan itu tetap sah...kerana tidak melangar syariat tetapi pada kebiasaan@sunnah kehidupan...tidak begitu kan...=)....
Soal baik buruk...manusia bOleh berubah...mungkin selepas berkahwin...si pencuri itu jadi sheikh besar seanterO dunia?..siapa tahu?...ana x tahu..kamu tahu?..Allah saja yg mengetahuinya...=)
jadi bagi ana...x usahlah sakit kepala memikirkan calOn yg baik2....tp usahakan dulu manjadi yg terbaik...dan sunnatullah akan berjalan mengikut rentaknya...yang mana....jika kita baik...pasti yg baik akan tertarik....mungkin jua yg kurang baik tertarik....tetapi apa pilihan anda...yang baik atau kurang baik...^_^...pening bukan?...ya...niat ana utk memeningkan supaya akal dapat berfikir...
khulasahnya....usahakanlah utk menjadi yg terbaik...usaha...susah mmg susah...tp usaha itu yg dinilai Yang Maha Adil...wallahu'alam...=)
Komen. Terima kasih.