Marriage

by - 5:25 PM

Tengah tunggu tram nak ke PMC Darnall untuk solat dan jamuan Eidulfitri


Dari dulu, selalu ummi lihat di Facebook, isteri dan suami, kawan2 ummi, berlumba-lumba share artikel, tentang peranan pasangan masing-masing.

Marriage? Apa adanya tentang perkahwinan yang ALLAH hadiahkan bagi dua pasangan yang saling menyayangi?

Ummi rasa tak logik langsung apabila kita, sebagai seorang isteri/ suami, share tentang tanggungjawab pasangan, adakah untuk remind pada pasangan kita, that YOU SHOULD BE LIKE THIS OR THAT? Nonsense!

Perkahwinan bukan untuk menjadikan seseorang bertanggungjawab pada diri kita seperti yang sepatutnya, tetapi ia sebaliknya. Perkahwinan sepatutnya menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab pada pasangan kita.

Maka apabila kita mengharap pasangan kita begini begitu, dan harapan kita hanya menjadi harapan, kita terus-terusan KECEWA.

Perkahwinan itu dihalalkan dalam suatu ikatan yang suci, supaya dua orang yang berpasangan itu saling menyayangi. Saling menyayangi dalam arti kata, saling memberi. Bukan meminta-minta.

Tak dinafikan ada kebanyakan yang terleka dari menjalankan tanggungjawab apabila bila dia berkahwin, dia belum faham apa tanggungjawabnya sebagai seorang suami/ isteri/ ibu dan ayah. Kerap bertelagah perihal ini tanggungjawab sang suami, itu tanggungjawab sang isteri. Tapi tidak terpenuhkan. Tidaklah seorang suami dan isteri itu sempurna sepenuhnya tiada khilaf. Insan istimewa Nabi Muhammad saw sendiripun sentiasa MEMBERI kepada pasangannya, tidak pernah sentiasa mengingatkan para isteri baginda bahawasanya mereka perlu begini dan begitu. Bahkan baginda sentiasa mendengar keluh kesah para isteri yang mengadu, tanpa baginda melabel isteri baginda tidak tahu bersabar dan pengeluh.

Ingatkah ketika Siti Fatimah mengeluh kepada baginda Nabi saw tentang lelahnya dia mengurus rumahtangga, lalu baginda nasihatkan zikir untuk menyejukkan lelah hati yang ditanggung, dikhabarkan juga baginda turut membantu menguli tepung didapur. Dan sebagainya. Ibrahnya, pasangan itu perlu saling mendengar, dan lumrah isteri itu suka mengadu. Tapi Rasulullah mengajar kita dan para isteri dengan zikir bagi meringankan apa yang terasa berat, berat hati yang ditanggung dalam menjalan tanggungjawab dalam rumahtangga.

Baru-baru ini bersempena Eidulfitri, ummi terbaca post yang banyak di share tentang 'TIADA ISTILAH GILIRAN BALIK KAMPUNG' yang isinya berkisar hak semua terletak kepada suami.

ALLAHU, ummi terasa sedikit, mungkin ini emosi seorang isteri yang merasa kurang adil. Ummi jarang sekali melihat seorang suami share post tentang peranan dan tanggungjawab seorang suami, dan seorang isteri share post tentang peranan dan tanggungjawab seorang isteri.

Ironi sungguh, kita manusia suka meminta dan tak berpuas hati dengan apa yang dah di BERI oleh orang. (Ummi pun sama! Sigh! 😔)

Ummi melihat ini sebagai penyakit hati manusia, suka meminta, tapi kurang memberi. Suka melihat sisi kosong yang belum terisi, dari melihat ruang separuh penuh yang sudah terisi.

Sungguh, ummi begitu tersentuh post-post ustaz ebit liew tentang bagaimana menghargai pasangan itu perlu dalam menambah-nambah kerukunan rumah tangga. Bukan ummi nak menangkan isteri, tapi jarang sekali ummi lihat seorang ustaz berdiri memenangkan pihak isteri, dan para ustazah berdiri memenangkan pihak suami dalam ceramahnya. Sebab kebiasaan, semua kita LIHAT APA PASANGAN KITA PATUT BERI, dari APA YANG BOLEH KITA BERI.

Tapi kita silap, bahawasanya kita akan gembira bila orang memberi. Sedangkan islam itu mengajar kita hidup untuk memberi.

Ummi tidaklah cakap kepada orang lain, melainkan kepada diri ummi sendiri. Semoga ummi menjadi isteri yang solehah, ummi yang mithali, yang ALLAH redha akhirnya dan hadiahkan syurga buat ummi. Aaamiin.

Hari ni hari raya ke tiga, Eidulfitri 1438H.

Selamat Hari Raya Eidulfitri, mohon maaf lahir batin.

Kullu am wa antum toyyibun.

Ummi masih bertatih,
27 Jun 2017,
3 Syawal 1438H,
Sheffield, United Kingdom.


You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.