2018, masa tambahan survival Ph.D

by - 11:00 PM

Hari ni terasa nak menulis di blog.

Meruntun hati baca satu per-satu kes di Malaysia. Bukan di sini tiada kes2 macam tu, tapi atleast hati ni dah set yang orang-orang disini lain agama dan pegangannya. Tapi yang sebenarnya, di sini nilai Islam tu lebih extra dari di Malaysia, bukan dari segi solat etc, tapi dari segi civic minded nya.

Tahun 2018 mengikut perancangan asalnya sudah selesai pengajian, tapi tu lah, masih di sini dan masih mengharap 2018 ni juga merupakan tahun terakhir dan tahun ummi submit thesis (Ya ALLAH kabulkanlah, Aamiin).

Masa April 2018, ummi ingat lagi bilamana abati dan 'Abid 'terpaksa' pulang ke Malaysia. Ya terpaksa, terlalu panjang ceritanya kenapa mereka perlu balik, tapi itulah hakikatnya. Hampir sebulan ummi asyik menangis, sampailah ummi dipertemukan dengan seorang mentor yang juga kaunselor di Universiti. Alhamdulillah, di saat ummi memerlukan, ummi berjumpa dengan Joanne (Dr. Joanne). Dan ditakdirkan kondisi ummi dan dia sama, ummi melahirkan anak saat didalam pengajian, bezanya dia habis on time (4 years). Ummi sekarang didalam tempoh tambahan, semoga ummi mampu habiskan tahun 2018 ini, spesifiknya antara September - November.

Ummi tau ini bukan sesuatu yang untuk dibanggakan, tapi ummi terima ini sebagai salah satu juga natijah kepada usaha ummi sendiri- mungkin belum cukup usaha, atau sudah usaha tapi salah gayanya, atau mungkin sahaja takdir. Apapun, ummi cuba terima dan tambahkan usaha.

Di samping pengajian, pelbagai ujian lain yang perlu kita sekeluarga tempuhi. Terkadang ummi tidak kuat, tapi abati dan 'Abid memberi kekuatan kepada ummi. Dan itulah harapan ummi, bahawa keluarga ini sumber kekuatan kita sekeluarga. Saling memimpin menuju negeri abadi.

Abid dan adik-adik dibesarkan didalam dunia yang berjuta kali cabarannya berbanding ummi. Percayalah, ummi sangat takut. Tapi ketakutan ummi tak mampu menghalang perkara-perkara tersebut menjadi cerita-cerita yang hadir dalam hidup kita saat ni dan seterusnya.

Zaman ummi dulu-dulu, bukan zaman IT- Internet dan teknologi. Zaman itu, dosa itu suatu yang amat memalukan. Walaupun zahir melakukan dosa, jauh di sudut hati masih mengharap orang tak tahu. Tapi lain sangat nak saat ni, dosa2 terpampang, diperagakan dan dipertontonkan. Ummi tahu mereka juga berlawan dengan fitrah diri yang cuba sedaya upaya mengelak melakukan dosa, tapi mereka tidak tahu menjaga aib. Mereka gunakan alasan hak dan 'takdir' tanpa mereka sendiri faham apa maksud takdir dan juga hak manusia keatas dirinya. Nauzubillahi minzalik.

Ummi masih dan ada melakukan dosa, tapi ummi malu dengan diri sendiri dan ALLAH, apatah lagi bila manusia mengetahui. Ya ALLAH, semoga anak2 ummi terpelihara dengan rasa malu kepada ALLAH, tawadduk dengan dunia, lari dari gelombang dosa dan perkara yang sia2 dari pandangan ALLAH.

Peliharalah diri anak-anak ummi. Yang akhir nanti, timbangan ALLAH-lah yang menentukan mana hala tuju kita di akhirat- syurga atau neraka (wal iyya zubillah). Tinggalkanlah apa sahaja kehendakmu anak2 ummi dan abati jika ia jauh dari redha ALLAH (apatah lagi redha ummi dan abati). Buangkanlah anganmu anak2 ku jika ia sia2 dan membawa kelalaian mu dari ALLAH. Biarpun ragamu mati kerana gejolak rasa dan keinginan, tapi jika itu yang ALLAH redha, dan jika dengan itu ALLAH mengurniakan mu syurga, maka ikutilah ia anak2 ku.

Ummi tidak sekali kisah akan masa 9 bulan yang ALLAH beri untuk kandungkan kalian, ummi tidak anggap ia hutang kalian pada ummi, bahkan ia anugerah ALLAH buat ummi dan abati, tapi biarlah anak2 ummi juga ingat ia janji-janji kita kepada ALLAH untuk menjadi insan-insan taat sehingga kelak ALLAH panggil kita kembali kepada-Nya. Jagalah agama dan iman mu anak2 ummi dan abati, hanya itulah harapan kami saat ini dan sehingga kelak kita dipertemukan disyurga abadi.

'Abid dan abati dan Springfield, Sheffield


Sayang buat anak2 ummi,
Rabu, 4 July 2018,
IC, The UoS, Sheffield.

You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.