MCO or whatever we call it :)

by - 1:19 AM

Tahun ni mencatat sejarah, yang kita semua tak jangkakan! Satu dunia, kaku tergamam.

Selama ni perkara ni berlaku mungkin saja didalam filem. Tapi tak ramai menjangkakan ia benar-benar berlaku. Kalaupun ada yang menjangkakan, tapi kita semua, semua negara tidak bersedia.

Hari ni, sudah hampir 4 bulan kita dibawah kawalan gerakan, atau juga boleh dikatakan Movement Restriction Order. Dan perkara ni berlaku, betul2 sewaktu kita sekeluarga bergerak semula ke UK. Ya, kita menjejak kaki semula ke UK pada 12 Februari 2020, untuk ummi selesaikan baki pengajian PhD yang sudah menjengah usia hampir 6 tahun. Dan, ini pertama kali, Idris Marbawi, anak ke dua ummi dan abati, menjejak kaki ke bumi kelahiran abang yeop 'Abid. Allahu, siapa sangka! SubhanALLAH walhamdulillah ALLAHuakbar.

Sepanjang 6 tahun ini, pelbagai perasaan ummi rasa, ummi belajar, dan ummi kesali. Namun biarlah nanti ia menjadi cerita buat anak2 ummi, membina pula kekuatan kalian untuk menjejaki langkah2 kalian didunia ini kelak.

2 tahun lepas, ummi tak kuat menghadapi persoalan orang sekeliling, kenapa ummi masih belum selesai PhD. Ummi sangka ummi mampu, tapi siapalah ummi menidakkan ketidakmampuan ummi. ALLAH mendatangkan rezeki berupa cahaya mata buat ummi dan abati, yang ummi mulanya rasakan sesak namun ialah sebesar2 ganjaran buat ummi. Hari ini, kerana kalian berdua, anak ummi pertama dan kedua, kerana kalian ummi semakin kuat. Dan ummi berharap ummi semakin matang, semakin sabar, dan terus-terus ALLAH beri kekuatan untuk menyusuri terus kehidupan kita sekeluarga dengan mawaddah sakeenah dan rahmah. La hawla wala kuwwata illa billah.

Benar ya ALLAH, tiada daya upaya kami tanpa bantuan dari Mu.

Dan kerana MCO ini, kita semua belajar untuk lebih berhati2, lebih menghormati alam, bahkan menghormati orang sekeliling, walau besar mahupun kecil pada nilaian kita, namun sama dinilai ALLAH, kecuali iman dan taqwa yang DIA lihat. Dari kejadian COVID ini belajarlah anak2 ummi beberapa perkara dalam mencari balance antara kehidupan manusia dan penghuni alam yang lainnya, haiwan dan tumbuhan yang juga punya hak dimuka bumi ALLAH ini. Lihatlah bagaimana hikmah besar MCO apabila manusia tidak mampu membaik pulih bumi, maka ALLAH lah yang memulihkan segalanya dengan mengehadkan aktiviti manusia. Ya kerana kita, kerana tangan manusialah bumi ini kian uzur. Lalu ummi terlihat hikmah ummi direzekikan ALLAH dijalan pengajian ini, landskap arkitek bukan sekadar ilmu juga pekerjaan demi sesuap nasi, tapi amanah ALLAHlah untuk menggunakan ilmu dalam menyediakan sustainable design dan development yang sebenar untuk bumi ini.

Dan hikmah seterusnya anak, lihatlah bagaimana kita kalut apabila ALLAH mendatangkan ujian. Ada yang saling menyalahkan, bahkan hal ini juga dipolitikkan. Begitu ignorant dan errogant nya kita, tidak sedikit pun mahu kita muhasabah diri masing2. Bahkan ada negara bercakaran tentang ubatan dan vaksin untuk virus ini, sedangkan kesahihan dan keberkesanan belum lagi terbukti. Bertapa ALLAH itu menunjukkan egois negara2 besar, orang2 besar, dan berkepentingan, bahawa tanpa izin ALLAH, tanpa empathy manusia, tanpa rasa tanggungjawab sesama manusia, ada hal yang tidak mampu kita selesaikan. Kecuali, semuanya berkerjasama, semuanya mengiyakan bertapa penting sekalian kita, sekalian apapun bentuk pekerjaan kita, di dunia ini. Hormatilah semua, dan bertanggungjawablah semua.

Ujian terbesar kita juga bagi umat Islam, apabila masjid dan surau tidak boleh dikunjungi. Ramai yang berkongsi keadaan Masjid Al-Haram, juga masjid nabawi yang lengang. Ingatkan dahulu dua inilah antara masjid yang paling ramai jemaahnya didunia. tapi saat ini ia kosong kecuali kepada para imam dan pekerja keselamatan dan kebersihan masjid ini. Apatah lagi masjid masjid lain didunia. Ramai yang menyuarakan rindu, sedangkan sebelum ini kebanyakan masjid dan surau hanya penuh atau hampir penuh pada waktu tertentu seperti solat jumaat, solat raya dan ramadhan. ALLAHu, dan ramadhan kita, terlalu berbeza tidak seperti ramadhan 35 tahun lalu, tidak sekali pernah ummi dan abati rasa seperti tahun ini.

Dan aidilfitri kali ini juga, turut berbeza dari sebelum ini. Dan hanya tangisan pengharapan kita panjatkan kepada ALLAH, semoga ujian ini segera diangkat, buat kita semua didunia ini. Segala nikmah yang sebelum ini kita siakan, yang dipandang kecil, baru terasa besar dan pentingnya buat kita.

Semoga tak terlambat untuk diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1441H

Taqabbalallahu minna waminkum.
Kullu am wa antum bikhair.

Dan semoga ummi berjaya submit thesis pada 28 Julai 2020 ni. INshaALLAH aamiin Ya Rabbal 'Alamin. Mohon perkenankan lah ya ALLAH.

Eid Mubarak, 1 Syawal 1441H, 24 Mei 2020, Sheffield, UK

You May Also Like

0 komen

Komen. Terima kasih.